Monday, February 11, 2008

Dung Dung Chang!!!!

Sekarang aku isytiharkan, kaki aku kebas, bukan setakat muscle yang wujud kat otot kaki aku, Marcello pun dah ada sekali. Apa tidaknya, perjalanan pulang ke Kuala Lumpur petang semalam memang menguji daya tahan kereta dan juga daya tahan otot dan sendi kaki itu sendiri.

Aku bertolak pukul 2 petang dari rumah, sampai di Bandar Kuala Terengganu pukul 3.30 petang. Sempat bergolek-golek melihat masjid Kristal seketika sebelum memulakan perjalanan sebenar ke bandaraya Metrofulus (tak ada fulus, tak boleh hidup). Pukul 6.00petang baru masuk lebuhraya pantai timur. Sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu ke lebuhraya, aku gunakan jalan Jerangau Jabor. Taklah sesak, tapi kereta memang banyak. Dan aku pula bagai tiada mood nak memotong. (aku ni memang pelik, masa datang angin, habis semua kereta aku potong, kalau tak ada inspirasi, aku akan bawa dengan penuh kesabaran). Kenapa aku tiada inspirasi?? Kerana panjang betul barisannya.

Sampai di Hentian Rehat Gambang, berhenti makan seketika. Kemudian beratur (baca: beratus) untuk isi minyak. Dekat 30minit terhenti tunggu nak isi minyak je. Sepanjang-panjang LPT tu, cuma ada dua je stesen minyak dan menjadi amat kritikal pada setiap kali musim perayaan.

Perjalanan di teruskan pada pukul 7.00 malam. Dah ok la. Bolehlah speed 120-130kmj. TETAPI sampai di Lanchang, aku kandas. Sesungguh-sungguhnya kandas. Kesesakan teruk di LPT. Yang mana tidak pernah berlaku. Nak kata sebab tol, tol amatlah jauh lagi. Nak kata kemalangan, tak ada nampak gayanya pun.

Jalan dan jalan dan jalan jumpa tol. Ingatkan sebab tol, tidak, lepas tol LPT pun sesak teruk lagi. Aku dengar radio, katanya sesak sampai ke Karak. Karak mana wei??? Lepas tol karak pun sesak lagi. Aku tengok ramai duk guna lorong kecemasan, walaupun aku penat dan sangat letih kaki aku, tidaklah aku berani gunakan lorong kecemasan. Lagi kelakar apabila sampai di tol karak, aku terpaksa menunggu giliran untuk sentuhkan kad touch and go sebab tak ada ruang nak berjalan ke depan selepas palang.

Nasib baik aku tak kerja hari ini, kalau tidak aku mungkin akan pengsan semasa bekerja. Kesesakan teruk sampailah tol gombak. Oh, banyak kereta tidak tahan dengan keadaan sesak itu terpaksa lepak di tepi jalan. Manakan tidak, temperature asyik nak naik ke Hot sahaja.


Sewaktu aku melintasi Petronas Janda Baik, fuh….kereta kereta yang minyaknya kritikal akibat berada di dalam kesesakan melampau, sedang beratus untuk mengisi minyak. Kali ini beratus yang amat-amat panjang, dari lebuhraya dah beratus. Entah bila agaknya mereka akan dapat mengisi minyak.

Aku sampai di rumah pada pukul 11.30malam. Hampir 3 jam lebih lambat dari waktu kebiasaan. Raya Cina memerlukan pesta merah, maka aku berpesta lampu merahlah semalam.

PS: Terdengar Radio Hitz.fm berkata, kalau belum mulakan perjalanan tangguh dulu. Aku nak dalam perjalanan weiiiiiiiiiiiiii. Kaki aku kebas. Mata aku berat.

0 comments: