Friday, February 22, 2008

Cemerlang, Gemilang, Terbilang?

Image Hosted by ImageShack.us

Rupanya, bukan orang Malaysia je menyedari hakikat ini. Patutlah kalau ramai ahli-ahli BN yang menyampah dan menarik diri serta buat-buat tak nampak je.

Lepas itu, mengatakan bloggers politik Malaysia menggunakan blog untuk berkempen. Eheh. Mungkin juga, kerana untuk mendapat tempat di media arus perdana adalah amat-amat mustahil. Pelik juga apabila pemimpin-pemimpin parti seperti DAP dan PKR mempunyai blog dan youtube mereka sendiri, sedangkan di pihak parti pemerintah, alamat email pun berahsia.

Kalau kita kata pemimpin sekarang tak capable, dia marah. Kalau kita kata pempimpin sekarang tak menumpukan perhatian dalam mesyuarat besar-besar, pemimpin sekarang marah. Tapi kalau dah terbukti itu yang berlaku...nak buat macammana?

1. pemimpin sekarang tak capable?
2. pemimpin sekarang tak menumpu perhatian?
3. pemimpin sekarang tak hirau kadar jenayah?
4. pemimpin sekarang tak hirau kebajikan rakyat?
5. pemimpin sekarang banyak masa lapang?

Ok, dengan lima perkara tersebut, saya dengan ini nak cuba mengungkaikannya

1. pemimpin sekarang tak capable?
Eheh, betul la kot. Sampai seorang rakan chat saya yang bukan warganegara Malaysia bertanya, siapakah pemimpin Malaysia sekarang? 'Kerana anak menantunya mempunyai suara yang lebih besar berbanding dengan pemimpin sekarang?’ Jawapan saya: “Bukan hanya awak, saya dan seluruh rakyat Malaysia yang lain juga berada dalam keadaan yang amat keliru’

Kalau pemimpin sekarang capable, suaranya akan menenggelami suara-suara beruk-beruk jalanan yang lain. Bukan begitu?

2. pemimpin sekarang tak menumpu perhatian?
Ya. sudah tentu. Kalau tidak, tidak mungkin akan tersiar ke seluruh internet yang beliau berjaya tidur dengan bersungguh-sungguh dalam persidangan.

Kalau tidak, tidaklah mungkin ada persatuan belia yang berkumpul di hadapan pejabatnya untuk memberi bantal kepala dan bantal peluk. Semoga tidur lebih nyenyak selepas ini.

3. pemimpin sekarang tak hirau kadar jenayah?
Heh, iya betul. kalau tidak, tidak mungkin tersiar di muka surat hadapan, ‘Saya tidak tahu kadar jenayah tinggi’ Itupun setelah sehari sebelumnya berita menyiarkan perbandingan kadar jenayah tahun lepas dan tahun sebelumnya. Sadis sungguh.

4. pemimpin sekarang tak hirau kebajikan rakyat?
iya, kalau tidak.. ke mana dia menghilang semasa banjir teruk di Johor. Penting sangat ke rumah besar di Australia itu sampai membiarkan penolong pemimpin yang uruskan?

Moto asalnya ‘jangan bekerja untuk saya, bekerja bersama saya’ Eh. waktu-waktu penting, hilang pula dia.

5. pemimpin sekarang banyak masa lapang?
A’ah. Iya banyak masa lapang. Tahukah anda, pemimpin sekarang bermasa lapang yang banyak sampai kompleks membeli belah Pavillion di bukit bintang pun, dia pergi rasmikan. Come on lah, kompleks membeli belah di Malaysia bukan big event sampai tahap-tahap pemimpin paling tinggi kena pergi rasmikan.

Aduh penat pula apabila berkempen untuk calon bebas ini.

4 comments:

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

aha ha ha tergolek-golek aku dibuatnya.. inilah pemimpin parti bebas yg di tunggu-tunggu..

sebol said...

medan ikan bakar umbai tu dah 3 kali dirasmikan

zairulkm@birmingham said...

waa..makin hari your posting makin mirip kpd opposition...harap2 terjemahkan dlm mengundi nanti...sy gagal mengundi kali ini..jauhnya pusat mengundi di London...undi pos pulak tu..lagilah diragui...

ezza erisa said...

medam ikan bakar pun rasmi sampai 3kali? diperbuat dari emas 56karat ke? kekeke

ya...undi pos memang amat diragui....ada sesetengah anggota tentera mengakui tidak pernah melihat kertas undi mereka..jadi bagaimana pula laporan menyatakan undi pos adalah sebanyak 100%.

kita tengok kali ini, kalau dia kata undi pos adalah 100% maka tipu lagilah..sebab en zairul pun tak nak ke london membuang undi. ;)