Friday, February 29, 2008

29 Februari Birthday Aku

Kita lari seketika dari topic politik. Hari ini birthday aku. Birthday yang jarang nak jumpa. Aku harap aku lakukan sesuatu yang menarik hari ini kerana aku akan ingat semua birthday aku jadi aku taknak ada kenangan buruk untuk hari yang jarang-jarang muncul itu.


Secara jujurnya aku ingat semua kehadiran tarikh 29/2 sejak aku berusia 12tahun. Hahaha, sesiapa yang nak hulurkan simpati sebab aku jarang celebrate birthday tu…hulur sedikit sudahlah. Sebab yang bestnya berhari lahir 29/2 ialah aku ingat hampir ke semua ulangtahun aku. Juga, kebanyakan orang mudah mengingati tarikh itu. Buktinya, kawan sekolah rendah aku yang sudah lama tidak berhubung juga menghantar pesanan ringkas mengucapkan selamat hari lahir. ::)

Berbalik kepada tajuk utama, apa yang aku lakukan hari ini?
Memorable kah? Ya, sudah pasti…. Tapi dengan penuh keletihan bagi aku dan kelawakan bagi orang yang mendengar

Cerita bermula apabila aku mengambil keputusan untuk ke Standard Chartered Jalan Ampang menaiki LRT. Ya dengan LRT. Sampai di Masjid Jamek, aku selalunya menggunakan Laluan A. Entah apalah malangnya nasib aku (or nasib lawak aku), hari ini Laluan A ditutup dan aku perlu menggunakan Laluan B yang tidak pernah aku gunakan sepanjang aku pandai naik LRT yang 1tahun sekali aku naik itu.

Sebaik tiba di depan pintu exit Laluan B, aku terpingga-pingga hendak lalu ke mana. Kerana kalau lalu Laluan A, keluar sahaja pintu LRT..jalan sedikit sudah nampak Bangunan Bank Muamalat dan seterusnya sebelah Bank Muamalat ialah Standard Chartered.

Sudahnya aku berjalan tanpa hala tuju, terjenguk-jenguk untuk meninjau perkataan Bank Muamalat. Jalan sikit patah balik….tengok tengok dah sampai simpang yang ada Bangkok Bank tu (dah hampir ke Central Market aku berjalan)…patah balik..lalu pula Mahkamah Persekutuan. Dari jauh aku nampak perkataan Bank Muamalat. Ya..aku ikut je jalan tu. Cis tiba tiba aku sampai di Masjid India, berhampiran Mydin. Bank Muamalat yang aku nampak tu rupanya Bank Muamalat berhampiran Jalan Tar. Bukan yang di Jalan Ampang. Adeh…pusing lagi dan lagi…

Dahaga, berhenti beli air. Tanya makcik jual air. Mana LRT (sekarang aku sudah totally lost. Jalan nak ke LRT pun aku dah tak tahu. Nama sahaja duk KL. Dia tunjukkan jalan dan cuba mencover kesesatan aku dengan berkata, makcik pun macam ni juga. Sesekali sesat juga. Terima kasih lah makcik. Baik sikit feeling aku. Kaki penat tak hilang lagi. Dah pusing lebih 1jam setengah nih.

Akhirnya, dari Jalan Tar aku jumpa laluan A LRT yang ditutup itu. Dari situ aku taulah mana nak tuju. Yang aku angin kus kus nya ialah, rupanya laluan B LRT Masjid Jamek tu cuma seberang jalan sahaja. Aduh..stupido betul aku. Dekat dua jam menapak tengah hari buta. Itulah kenangan birthday aku yang paling tak best bagi aku tahun ini.

Penat doh..Malaysian do not walk. :D

2 comments:

Jie said...

Selamat ulangtahun kelahiran, semoga ditetapkan iman, sihat tubuh badan ( dpt raun2 KL lagi..) dan kesengan harta benda...


berapa kalori agaknya terbakar hari ni...:p

Anonymous said...

Happy belated birthday erisa..dah masuk 10 hari baru aku wish hehehehhe~venomie~