Friday, February 29, 2008

Sejarah Wang Ehsan

Masa Pas memerintah Terengganu dulu, miskin jugaklah kerajaan negeri kerana kerajaan Pusat naungan BN enggan memberikan duit kepada Kerajaan Terengganu. Kelakar betul. Kemudian dijaja-jaja Pas tidak bijak mentadbir negeri. Tol Jambatan Sultan Mahmud pun jadi isu.

Kemudian kerajaan Pusat pun kononnya mengagih wang ehsan kepada rakyat Terengganu secara langsung. Bukan kepada Kerajaan Negeri kerana tidak sekufu fahaman politiknya. Wang Ehsan itu kononnya hak rakyat Terengganu kerana ianya adalah 5% dari jumlah keuntungan Petronas (ke apa tah, tak berapa ingat pula aku)

Wang Ehsan mula diagihkan. Melalak dan menyalak-nyalak kerajaan Pusat yang mereka sudah memberikan wang Ehsan kepada rakyat Terengganu dan semoga pilihanraya akan datang (2004) rakyat Terengganu akan mengundi dan mengembalikan kuasa Be End di Terengganu.

Tetapi yang ramai orang luar tidak tahu, pengagihan Wang Ehsan itu tidaklah setelus mana. Entah apa criteria yang membolehkan rakyat kelas mana yang dapat wang ehsannya. Rakyat yang berfahaman Be End ke? Tidak tidak. Wang itu untuk semua rakyat. Kata kerajaan Pusat

Blah bla dan blah. Wang itu bukan untuk semua rakyat. Wang itu juga bukan untuk yang berfahaman Be End. Jadi siapa yang mengaut untung wang ehsan? Kroni kroni Be End sahaja. Wang Ehsan yang pernah ayah aku dapat hanyalah RM200.00. Walaupun ayah aku pun seorang ahli UMNO kampung. Tetapi tidak aktif, setakat tampal bendera dalam rumah sahaja. Tidak menaikkan bendera sampai 4-5 batang pokok kepala. Wah…ada orang yang lain 5-6kali terima wang ehsan sebab aktif berparti politik (read: Be End). Wah wah wah…jadi siapa yang sebenarnya mendapat tempias wang ehsan?

Apabila Be End kembali berkuasa di Terengganu, wang ehsan hilang. Di ganti dengan Monsoon Cup dan Masjid Kristal. Erm, ke mana wang ehsan yang sepatutnya terus diberikan kepada rakyat Terengganu itu pergi agaknya?

Sama-samalah kita fikirkan.


29 Februari Birthday Aku

Kita lari seketika dari topic politik. Hari ini birthday aku. Birthday yang jarang nak jumpa. Aku harap aku lakukan sesuatu yang menarik hari ini kerana aku akan ingat semua birthday aku jadi aku taknak ada kenangan buruk untuk hari yang jarang-jarang muncul itu.


Secara jujurnya aku ingat semua kehadiran tarikh 29/2 sejak aku berusia 12tahun. Hahaha, sesiapa yang nak hulurkan simpati sebab aku jarang celebrate birthday tu…hulur sedikit sudahlah. Sebab yang bestnya berhari lahir 29/2 ialah aku ingat hampir ke semua ulangtahun aku. Juga, kebanyakan orang mudah mengingati tarikh itu. Buktinya, kawan sekolah rendah aku yang sudah lama tidak berhubung juga menghantar pesanan ringkas mengucapkan selamat hari lahir. ::)

Berbalik kepada tajuk utama, apa yang aku lakukan hari ini?
Memorable kah? Ya, sudah pasti…. Tapi dengan penuh keletihan bagi aku dan kelawakan bagi orang yang mendengar

Cerita bermula apabila aku mengambil keputusan untuk ke Standard Chartered Jalan Ampang menaiki LRT. Ya dengan LRT. Sampai di Masjid Jamek, aku selalunya menggunakan Laluan A. Entah apalah malangnya nasib aku (or nasib lawak aku), hari ini Laluan A ditutup dan aku perlu menggunakan Laluan B yang tidak pernah aku gunakan sepanjang aku pandai naik LRT yang 1tahun sekali aku naik itu.

Sebaik tiba di depan pintu exit Laluan B, aku terpingga-pingga hendak lalu ke mana. Kerana kalau lalu Laluan A, keluar sahaja pintu LRT..jalan sedikit sudah nampak Bangunan Bank Muamalat dan seterusnya sebelah Bank Muamalat ialah Standard Chartered.

Sudahnya aku berjalan tanpa hala tuju, terjenguk-jenguk untuk meninjau perkataan Bank Muamalat. Jalan sikit patah balik….tengok tengok dah sampai simpang yang ada Bangkok Bank tu (dah hampir ke Central Market aku berjalan)…patah balik..lalu pula Mahkamah Persekutuan. Dari jauh aku nampak perkataan Bank Muamalat. Ya..aku ikut je jalan tu. Cis tiba tiba aku sampai di Masjid India, berhampiran Mydin. Bank Muamalat yang aku nampak tu rupanya Bank Muamalat berhampiran Jalan Tar. Bukan yang di Jalan Ampang. Adeh…pusing lagi dan lagi…

Dahaga, berhenti beli air. Tanya makcik jual air. Mana LRT (sekarang aku sudah totally lost. Jalan nak ke LRT pun aku dah tak tahu. Nama sahaja duk KL. Dia tunjukkan jalan dan cuba mencover kesesatan aku dengan berkata, makcik pun macam ni juga. Sesekali sesat juga. Terima kasih lah makcik. Baik sikit feeling aku. Kaki penat tak hilang lagi. Dah pusing lebih 1jam setengah nih.

Akhirnya, dari Jalan Tar aku jumpa laluan A LRT yang ditutup itu. Dari situ aku taulah mana nak tuju. Yang aku angin kus kus nya ialah, rupanya laluan B LRT Masjid Jamek tu cuma seberang jalan sahaja. Aduh..stupido betul aku. Dekat dua jam menapak tengah hari buta. Itulah kenangan birthday aku yang paling tak best bagi aku tahun ini.

Penat doh..Malaysian do not walk. :D

Thursday, February 28, 2008

Penuh bicara politik

Sampai tak ada ruang untuk berita lain. Kesian aku. Kesian aku. Kesian aku tak sanggup nak tengok berita kat TV. Berita kat TV sebelum pilihanraya ini bukan lagi berita untuk pengetahuan am tetapi untuk menambah dosa kering dan basah.

Tahukah kita apa yang berlaku sejak demam pilihanraya ini berlaku? Apa yang media tidak beri liputan kerana ruang muka depan surat khabar penuh dengan cerita-cerita negara muflis kalau turunkan harga minyak. Eh, duit untuk buat Masjid Kristal yang berjuta ringgit tu, kalau guna untuk subsidi minyak lagi bagus tahu. Tak ada faedahnya buat masjid tetapi penduduk Pulau Wan Man tak cukup pun untuk berjemaah sembahyang Jumaat. Sudahlah nak masuk kawasan itu dikenakan bayaran. Sejak bila pula nak menunaikan sembahyang, berbayar nih? Pening lutut aku yang tak berapa warak ni tau?

Berita yang sepatutnya hangat tetapi dipinggirkan sebab memberi ruang Be End berkempen di waktu perdana

1. Kematian Lelaki dalam Penjara yang masih dalam kes mahkamah berkenaan kes bunuh kanak-kanak perempuan.
Patut jadi hangat ni, sudah tentu kena belasah dek kekawan satu sel atau tah sesiapa sebab tak ramai penjenayah kejam bunuh kanak-kanak tau.

2. Mayat dalam Bas Puteri Umno
Siapa mayat tu? Kenapa tak diperbesar-besarkan cerita itu? Tak ada ruang. Sibuk berkempen

3. Gempa bumi di Aceh. 7.2 di skala richter. Apalah sangat nasib malang rakyat Aceh, cerita politik lagi sedap. Boleh kutuk-kutuk orang, boleh fitnah-fitnah orang. Pakat reramai makan daging busuk kat bawah tanah nanti.

4. Kes Sharlinie
Senyap sunyi dah eh. Setakat gambar poster kat tol booth je sekarang ya? Dulu dalam Buletin Utama kata patut siarkan setiap hari posternya dalam berita. Apa jenis kata-katakah ini?

5. Google buka pejabat di Singapura
Sedih pun iya. Aku dah berkira nak update resume. Tak jadilah camni. Gegak gempita kerajaan (sebelum gagak gempita pasal pilihanraya) pasal google sedang meninjau peluang membuka pejabat di Malaysia.
Google Buka Pejabat Di Singapura

Tapi yang ini regional sales office sahaja. Mungkin Google masih meninjau peluang nak buka pejabat di Malaysia idaklah teman pasti.

Tapi takyahlah gebang membesar-besarkan hati rakyat kalau belum tentu datangnya lagi encik Google itu. Tak jadi kang, kecewa lah I.

6. Demonstrasi Orang Be End
Apabila calon yang mereka sokong tidak diangkat dalam penamaan calon. Contoh di marang terengganu, punyalah ramai yang berdemonstrasi. Tak masuk buletin Utama pun

7. Drama Po Kuan DAP
Tarik diri lepas tu masuk bertanding balik. Di api-apikan oleh akhbar arus perdana cakap ada pergolakan besar dalam DAP Perak. Yang BN Terengganu sampai 70% muka baru tu, tak ada pergolakkan ke.

8. Tesco Jual Ayam Tak Halal
Di saman 5 juta. Ada kecoh masuk berita utama tak??? Hal kebajikan seluruh umat Islam tuh.

Berita tak perlu diperbesar-besarkan

1. Haji Hadi tak nak bersalam
Heh, besar betul isu itu. Sumpah aku nak tergolek. Kot iya pun nak tonjolkan imej buruk, tidaklah perlu memberi liputan pada sesuatu yang tidak perlu.

2. Nurul Izzah Bertanding
Dikatakan hanya menjadi bayangan ayahnya. Eh dipihak Be End tu penuh anak menantu cucu cicit kambeng semua bertanding takde pula jadi isunya.

3. Negara Akan Bankrap
Ugutan paling kelakar. Well, kita tak tengok lagi macammana kerajaan baru memerintah macammana. Yakin betul Be End yang kalau pembangkang memerintah, negara akan bangkrap. Mungkin mereka ada idea dan solution untuk membaikpulih keadaan semasa. Siapa tahu?

Dengan keadaan sekarang, aku rasa sesiapa memerintah pun akan bangkrap juga. Kos sara hidup tinggi, gaji kecil.

4. Kempen Be End bagus: Yuran Sekolah Dimansuhkan
Lapan kali gelak please. Berapa ringgit dimansuhkan? Sekolah rendah RM4.50 Sekolah menengah RM12.00. Itu sahaja. Jadi janganlah meriak-riak macam orang sawan yang pendidikan di sekolah adalah percuma. Mana ada percuma??? Percuma bermaksud, pelajar pergi daftar hari pertama sekolah..dapat buku dapat apa-apa sahaja tanpa menghulur walau sepuluh sen pun.

Jangan buat lawak oh key?

5. Nik Aziz panggil orang UMNO, orang utan
Wah wah wah..besar betul cerita ini. Time Khairyl beruk eh..Khairyl A/M (bukan A/L or A/P, A/M anak menantu) Perdana Menteri memanggil orang-orang yang hendak berkumpul di Dataran Merdeka sebagai Beruk Jalanan tidak pula menjadi satu berita hangat di televisyen.

Bagi aku, Nik Aziz pun sama, tak payah layanlah beruk-beruk ini. Orang berpendidikan tidak membalas najis apabila dilontarkan najis.

Kata Nik Aziz, orang utan itu sopan, bukan binatang. Ada perkataan orang. Adeh, pak nik aziz, nama sahaja Orang....mendenya binatang.

Nanti kalau aku terpandang lagi, aku ulas lagik :D

Kopi dan Pasta Sahaja

(Copy and Paste Only)
Dr. Ismail Salleh pertikai kenyataan Najib mengenai kenaikan harga minyak

Baru sebentar tadi (Rabu 27 Feb08) saya menonton TV1 rancangan ISU SEMASA siaran lansung, jam 9.30 hingga 10.30. Panel jemputan kali ini adalah: (1) Senator Prof. Dato' Dr. Ismail Salleh (cacat penglihatan) (2) Dato Saleh Majid, pakar ekonomi (3) Dr Nik Hasyuden Yusof, pensyarah Ekonomi. Iaitu di bawah tajuk "Ekonomi dan Pilihanraya".

Saya sangat tertarik dengan kenyataan Dr Ismail Salleh berkaitan kenyataan Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak. Saya sempat mencatit ulasan Dr Ismail lebih kurang begini.

"Dalam kempen pilihanraya, Dato Seri Najib menyatakan harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya nanti"

Kata Dr Ismail lagi:
"ini adalah kenyataan yang boleh menyelirukan masyarakat, kerana sebelum ini lebih kurang 2 bulan lepas,Perdana Menteri dan menteri-menteri melalui media TV dan akhbar telah menggambarkan bahawa kerajaan sudah tidak boleh lagi menanggung subsidi minyak yang banyak berikutan kenaikan harga minyak dunia melepasi 100 dollar setong.Seolah-olah harga minyak terpaksa dinaikkan di negara kita"

Kata Dr Ismail lagi:
"Kenyataan Dato' Seri Najib ini boleh mengelirukan kerana media sebelum ini sudah memperjelaskan kepada rakyat, rasional kenaikan harga minyak itu dan meminta rakyat serta memahaminya, dan perlu bersedia dengan kenaikan ini"

ULASAN SAYA:

Tahniah atas kenyataan yang jujur dengan membahas isu ini. Suatu kenyataan yang tidak merapu seperti Najib.Walaupun Dr Ismail seorang yang buta matanya, tapi hati dan pemikirannya tidak buta, tapi Najib nampaknya lebih buta pemikirannya. Bolehkah kita berpegang pada janji Najib ini? Najib kata harga minyak tidak naik tetapi tak beritahu tempoh selepas pilihanraya itu sama ada berapa hari, berapa bulan atau berapa tahun.

Kalau lepas pilihanraya, minyak naik, adakah kita boleh berhimpun di depan rumah Najib, menuntut janji-janji pilihanrayanya. Hairannya dalam menifesto BN tidak dinyatakan bahawa BN berjanji tidak akan menaikkan harga minyak. Ini kenyataan Najib sahaja.

Sebelum ini juga Najib mempertikaikan BERSIH dan HINDRAF membuat demo jalanan. Najib kata "kalau hendak buat di stadium kita boleh bagi" Tetapi apabila dipohon, ditolak. KALAU NAJIB JANJI SEMUA TAK BOLEH PERCAYA....


Original Source:Here

Tuesday, February 26, 2008

Terdesak betul Be End.

Lawak betul iklan undilah barisan nasional kat televisyen itu. Selang lima minit mesti keluar. Agaknya berapa banyak duit yang dilaburkan oleh Be End ya untuk masuk tv sekerap itu? Sudahlah di waktu perdana, waktu berita perdana pun dia masuk juga berkempen. Waktu menonton cerita pun dia ke udara juga. Could we have a peaceful one hour?? Without all this nonsense public campaign. Parti lawan langsung tak berpeluang masuk membeli waktu perdana untuk menyiarkan iklan kempen mereka.

Paling lawak sekali...apabila iklan tersebut menunjukkan kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia sepanjang berada di bawah pemerintah Be End. Apa yang kelakar? Apa yang kelakar? Ulang soalan, apa yang kelakar.

Ditunjukkan pembangunan berterusan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Ada yang bercakap mengenai era pertanian etc. Sampai keluar muka Tun Mahathir, ditunjukkan Litar Sepang, KLIA, ERL, Putrajaya..etc..

Sampai giliran Paklah, tunjuk power point koridor yang dirasmikan BARU BARU INI. Power point je???? Hahahahaha hahahaha hahahahaha x 100.

Itu jeke kejayaan empat tahun memegang tampuk pemerintahan Malaysia? Power point je? hahahaha lagi seratus kali.

Kita sudah berada dilandasan yang betul. (kejab lagi datang keretapi laju gilis kita)

Monday, February 25, 2008

Muka Depan Surat Khabar Sekiranya...

BA menang majoriti 2/3

Image Hosted by ImageShack.us


Hehe, Yang rasanya tidak mungkin berlaku dalam pilihanraya kali ini.

Tiada Barisan Alternatif itu sendiri. Bendera parti pun tiada...dimana yang diwar-warkan sebagai Barisan? Barisan sepatutnya bersatu, bukan menyebarkan agenda masing-masing sendiri. Kita tengok Be End, mereka tidak menyebarkan agenda setiap parti, bukan bendera keris, bukan bendera MIC, bukan bendera MCA yang didirikan, tetapi bendera Biru itu sahaja. Mungkin untuk ini, parti lawan harus mengambil iktibar dan bersatu teguh sedikit.

Terang-terang DAP mengakui tidak boleh bekerjasama dengan PAS kerana ideologi yang berbeza.

Oh kepada mak menteri yang begitu tegar menyelar bloggers,

Mak menteri said the opposition parties were using the blogs because they know that the Home Affairs Ministry was busy monitoring reports in the mainstream media. (dakwa pak pak menteri, Media di Malaysia bebas bersuara, bersuara kempen satu pihak, memang bebas)
And she also without fear called us bloggers cowards and nuisance.


Ya kamu mak menteri, bukan opposition parti sahaja berblog tau. Orang-orang yang belum memutuskan nak pangkah siapa pun berblog juga (seperti aku ini yangmasih tercari-cari hala tujuan mata pen aku di dalam tempat pembuangan undi). Mak menteri boleh memanggil kami apa sahaja (as of kami pun boleh panggil kamu apa sahaja juga). Kutuk-kutuklah bloggers bebanyak lagi.

Mungkin mak menteri terlupa, pilihanraya lagi dua minggu sahaja dan yang paling mak menteri terlupa agaknya, bloggers pun pengundi berkelayakan tau. Jangan kutuk lelebih. Pangkah warna bukan biru kang

Hari Penamaan Calon Yang Kontroversi

Kalau dah perlu dibayar cukai setem, kenapa diumumkan pada disaat akhir? Teluskah begitu? Ada negeri yang hari cutinya Jumaat, terpaksa berkejar sehingga ke Kuala Lumpur untuk mematikan setem. Bijak sungguh strategi SPR untuk memenangkan Be End.

Khairyl Jamaluddin Abu Bakar, permohonan yang kontroversi dari awal. Setakat 9 tahun (mengikut katanya) bergiat dalam politik sudah bermimpi kerusi parlimen. Bagaimana dengan yang berpuluh tahun menjadi orang politik,usahkan kerusi parlimen, kerusi pejabat pun belum tentu dapat diduduki. Yang lebih kontroversi apabila borang pencalonannya di terima biarpun tiada perkataan Bin di dalam borangnya. Yang kemudian di bantah oleh parti PKR. Tetapi SPR dengan begitu senget sekali menolak bantahan itu kerana katanya di dalam IC Khairyl Jamaluddin itu sendiri tidak ada Bin. Wah wah wah, setahu aku..setiap warganegara yang beragama Islam, akan disertakan Bin dan Binti di dalam kad pengenalannya. Anak buluh betongkah Khairyl sehingga tiada Bin dalam IC nya? Sama-sama kita nilaikan.

1. Samada memang anak buluh betong
2. Atau helah SPR untuk membantu Be End
3. Lahir kat luar negara, sebab kalau lahir luar negara, selalunya mereka tak letak Bin or Binti sebab taknak anak mereka kena panggil Bin pula dek kawan-kawan sekolah.

Isu Uncle Samy Vellu juga amat kelakar. Katanya hari lahirnya 8 Mac, kenapa dalam IC nya 20 / Jun pula? Ingatkan artis je tipu-tipu usia. Aisey ....bila pula mau cucuk botox?

Aku tak suka cara Pengerusi SPR jawab soalan. Angkuh semacam. Eksen betul jawab soalan wartawan. Kalau taknak tertekan, pencen awal-awal. Jangan duk sibuk pinda perlembagaan demi menjamin kemenangan Be End.

I heard I heard, banyak betul anggota tentera dan polis ada dua tempat mengundi tahun ni. 1. Undi Pos. 2 Undi mengikut kad pengenalan asal sebelum masuk berkhidmat jadi tentera atau polis. Wah wah wah.. Sistem dah canggih, itupun boleh terlepas pandang ke wahai SPR?






Posted by Picasa

Sunday, February 24, 2008

Kenapa Anda Harus Tengok (Errr) Duyung

Erk….tajuk macam positif sahaja. Sekejab lagi encik kayu_ria akan datang menghentam akulah nih. Seorang kawan dari forum kcarlife telah mengajak aku tengok tayangan perdana Duyung di Midvalley (boleh sebut nama tak ni? Kau kan selalu nak berahsia? :P). Heh, tiket percuma pantang ditolak. Hehehe. Jadi dengan tiada sebarang keraguan, aku katakan ya. Aku juga tidak tahu langsung pasal filem ini selain yang aku tahu si Maya Karin si pontianak sudah bertukar menjadi Duyung pula kali ini.Maka pada hari Jumaat selepas waktu kerja, bergeraklah aku ke Midvalley yang letaknya 100kangkang kera sahaja dari pejabat aku itu. ;)

Jadi pada masa ditetapkan masukkan kami semua ke panggung wayang itu. Ramai juga orang-orang yang berpakaian glamour, yang aku sendiri tak pasti, artis atau kawan-kawan artis.

Sebenarnya cerita ini sungguh ringkas. Sinopsisnya boleh aku ceritakan dalam masa 30saat sahaja. (Amaran! Amaran! Tutup browser sekarang kalau tak mahu terbaca spoiler yang tak spoil langsung ini).

Jimmy, si miskin yang hatinya baik. Bertemu dengan si duyung. Oleh kerana kebaikan hatinya maka si duyung memberikan harta-harta lanun kepadanya. Jadilah Jimmy kaya raya. (ini sahaja plot ceritanya)

Dari 3 baris plot itu, dikembangkan menjadi cerita satu jam setengah yang rasanya tidak keterlaluan boleh aku katakan mendera mental aku. Sehingga terasa waktu begitu lambat sekali berlalu. Adalah 5-6kali aku tengok jam di lengan.

Kalau adapun penyelamat cerita hanya rupa cantik Maya Karin dan Orix si beruk Fuyoh (filem ini ditaja oleh Digi maka tidak hairan apabila si beruk Orix hanya mampu menjadi tukang promosi digi). Itu yang paling tak menarik apabila filem dijadikan tempat menjual iklan. Adeh. Celcom dah taja filem, Digi dah. Hotlink bila nak taja filem? haha.
Lakonan Saiful Apek masih di tahap biasa seperti kita tengok di filem-filem yang lepas. Dialog-dialog kelakarnya sungguh menarik perhatian dan tidak kering gusi. (Gusi mana kering woi…ada air liur hehehe)

Benda-benda yang membuatkan cerita ini sedikit membosankan:

1. Ekor Duyung itu sangatlah nampak murahan.
2. Emas di tempat tinggal Duyung..wakakaka..sungguh nampak tipu sekali
3. Harta karun yang ditinggalkan oleh Duyung di pulau Jimmy. Wakakaka, sungguh nampak murah. Kalung pearl yang boleh dibeli di Pasar Filipina di Kota Kinabalu dengan harga RM10.00 seutas ohkey..
4. Baju-baju pelakon. Aduh…tak mampu diselamatkan oleh pemandangan laut yang cantik. Kenapa semua baju pelakon mesti berwarna kusam? Satu warna je pulak tuh.
5. Kalau ada pun kelainan, Jimmy tidak bercinta dengan si Duyung. Yang lain semuanya boleh dibaca. Dari siput tiupan memanggil si Duyung kepada si penjahat yang berjumpa dengan Duyung dan seterusnya ditangkap untuk dijual.
6. Pelik juga apabila Jimmy dan keluarga kelihatan amat miskin tetapi mampu pula membeli pakaian dan peralatan skuba.


Sewaktu penghabisan filem, naiklah kredit. Patutlah.. pengarahnya si Prof Razak. Yang terkenal sebagai adeh..malas nak sebut. Adeh… patutlah semua pelakon kaku cam kayu. Walaupun si Maya Karin itu actress hebat tetapi langsung tidak diberi peluang menonjol di dalam filem ini. Macam tak sangka pula aku Maya Karin yang begitu berprestige sanggup berlakon di bawah pengarah ini.

Kalau sesiapa boleh layan filem-filem seperti Meet the Spartan, Scary Movie dengan gelak ketawa tanpa menghiraukan logik dan sebagainya, bolehlah menonton filem Duyung ini. Ingat, expectation itu jangan ditinggikan. Aku terlalu letak expectation tinggi sementelah Cicakman berjaya mendapat pungutan berjuta-juta. (Walapun cicakman juga adalah filem bukan original – gabungan Spiderman dan Batman).

Apapun review aku dan pandangan aku, aku yakin filem ini akan box office juga kerana gabungan KRU dan Prof Razak adalah gabungan penerbit dan pengarah box office. Walaupun ceritanya sedikit mengecewakan tetapi tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya mereka cuba lari dari tema biasa. Dan mereka layak mendapat kredit untuk itu.

Bintang: erm...2.5 / 5. Kira bolehlah tengok.

Election Song: Pak La La La

Election Blah Blah Blah by Comedy Court.Sangatlah kelakar.

Saturday, February 23, 2008

No, It Is No One of The Main Reasons

Question from reporter: About the elections, is not allowing Anwar to run, one of the main reasons to hold the elections on 8th March?

Answer (by you know who): No it is not one of the main reasons, it is the only reason.
;)

Friday, February 22, 2008

Cemerlang, Gemilang, Terbilang?

Image Hosted by ImageShack.us

Rupanya, bukan orang Malaysia je menyedari hakikat ini. Patutlah kalau ramai ahli-ahli BN yang menyampah dan menarik diri serta buat-buat tak nampak je.

Lepas itu, mengatakan bloggers politik Malaysia menggunakan blog untuk berkempen. Eheh. Mungkin juga, kerana untuk mendapat tempat di media arus perdana adalah amat-amat mustahil. Pelik juga apabila pemimpin-pemimpin parti seperti DAP dan PKR mempunyai blog dan youtube mereka sendiri, sedangkan di pihak parti pemerintah, alamat email pun berahsia.

Kalau kita kata pemimpin sekarang tak capable, dia marah. Kalau kita kata pempimpin sekarang tak menumpukan perhatian dalam mesyuarat besar-besar, pemimpin sekarang marah. Tapi kalau dah terbukti itu yang berlaku...nak buat macammana?

1. pemimpin sekarang tak capable?
2. pemimpin sekarang tak menumpu perhatian?
3. pemimpin sekarang tak hirau kadar jenayah?
4. pemimpin sekarang tak hirau kebajikan rakyat?
5. pemimpin sekarang banyak masa lapang?

Ok, dengan lima perkara tersebut, saya dengan ini nak cuba mengungkaikannya

1. pemimpin sekarang tak capable?
Eheh, betul la kot. Sampai seorang rakan chat saya yang bukan warganegara Malaysia bertanya, siapakah pemimpin Malaysia sekarang? 'Kerana anak menantunya mempunyai suara yang lebih besar berbanding dengan pemimpin sekarang?’ Jawapan saya: “Bukan hanya awak, saya dan seluruh rakyat Malaysia yang lain juga berada dalam keadaan yang amat keliru’

Kalau pemimpin sekarang capable, suaranya akan menenggelami suara-suara beruk-beruk jalanan yang lain. Bukan begitu?

2. pemimpin sekarang tak menumpu perhatian?
Ya. sudah tentu. Kalau tidak, tidak mungkin akan tersiar ke seluruh internet yang beliau berjaya tidur dengan bersungguh-sungguh dalam persidangan.

Kalau tidak, tidaklah mungkin ada persatuan belia yang berkumpul di hadapan pejabatnya untuk memberi bantal kepala dan bantal peluk. Semoga tidur lebih nyenyak selepas ini.

3. pemimpin sekarang tak hirau kadar jenayah?
Heh, iya betul. kalau tidak, tidak mungkin tersiar di muka surat hadapan, ‘Saya tidak tahu kadar jenayah tinggi’ Itupun setelah sehari sebelumnya berita menyiarkan perbandingan kadar jenayah tahun lepas dan tahun sebelumnya. Sadis sungguh.

4. pemimpin sekarang tak hirau kebajikan rakyat?
iya, kalau tidak.. ke mana dia menghilang semasa banjir teruk di Johor. Penting sangat ke rumah besar di Australia itu sampai membiarkan penolong pemimpin yang uruskan?

Moto asalnya ‘jangan bekerja untuk saya, bekerja bersama saya’ Eh. waktu-waktu penting, hilang pula dia.

5. pemimpin sekarang banyak masa lapang?
A’ah. Iya banyak masa lapang. Tahukah anda, pemimpin sekarang bermasa lapang yang banyak sampai kompleks membeli belah Pavillion di bukit bintang pun, dia pergi rasmikan. Come on lah, kompleks membeli belah di Malaysia bukan big event sampai tahap-tahap pemimpin paling tinggi kena pergi rasmikan.

Aduh penat pula apabila berkempen untuk calon bebas ini.

Kata Mereka

Media luar negara suka memburuk-burukkan Malaysia. Katanya media luar mempunyai agenda sendiri apabila melaporkan tentang kejadian-kejadian yang berlaku di Malaysia. Maka tidak hairanlah apabila Al Jazeera yang membuat panggilan telefon secara langsung dengan bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin (aku panggil bekas sebab sekarang tiada Parlimen ohkei...kerajaan sementara tidak dikira dalam konteks ini) mengenai perhimpunan Bersih, dihambur secukup rasa. Maklumlah, media luar negara suka memburuk-burukkan keadaan.

Kalau media luar negara sengaja nak memburuk-burukkan negara aku ini, kenapa aku rasa artikel dibawah ini begitu betul sekali?

Sumber: Disini


Truth and justice are no longer Malaysian way
By Michael Backman
The Age
November 21, 2007

THE Government of Australia will probably change hands this weekend. There will be no arrests, no tear gas and no water cannons. The Government of John Howard will leave office, the Opposition will form a government and everyone will accept the verdict.

For this, every Australian can feel justifiably proud. This playing by the rules is what has made Australia rich and a good place in which to invest. It is a country to which people want to migrate; not leave.

Now consider Malaysia. The weekend before last, up to 40,000 Malaysians took to the streets in Kuala Lumpur to protest peacefully against the judiciary's lack of independence, electoral fraud, corruption and a controlled media.

In response, they were threatened by the Prime Minister, called monkeys by his powerful son-in-law, and blasted with water cannons and tear gas. And yet the vast majority of Malaysians do not want a change of government. All they want is for their government to govern better.

Both Malaysia and Australia have a rule of law that's based on the English system. Both started out as colonies of Britain. So why is Malaysia getting it so wrong now?

Malaysia's Government hates feedback. Dissent is regarded as dangerous, rather than a product of diversity. And like the wicked witch so ugly that she can't stand mirrors, the Government of Prime Minister Abdullah Badawi controls the media so that it doesn't have to see its own reflection.

Demonstrations are typically banned. But what every Malaysian should know is that in Britain, Australia and other modern countries, when people wish to demonstrate, the police typically clear the way and make sure no one gets hurt. The streets belong to the people. And the police, like the politicians, are their servants. It is not the other way around.

But increasingly in Malaysia, Malaysians are being denied a voice — especially young people.

Section 15 of Malaysia's Universities and University Colleges Act states that no student shall be a member of or in any manner associate with any society, political party, trade union or any other organisation, body or group of people whatsoever, be it in or outside Malaysia, unless it is approved in advance and in writing by the vice-chancellor.

Nor can any student express or do anything that may be construed as expressing support, sympathy or opposition to any political party or union. Breaking this law can lead to a fine, a jail term or both.

The judiciary as a source of independent viewpoints has been squashed. The previous prime minister, Mahathir Mohamad, did many good things for Malaysia, but his firing of the Lord President (chief justice) and two other Supreme Court judges in 1988 was an unmitigated disaster. Since then, what passes for a judiciary in Malaysia has been an utter disgrace and the Government knows it.

Several years ago, Daim Zainuddin, the country's then powerful finance minister, told me that judges in Malaysia were a bunch of idiots. Of course we want them to be biased, he told me, but not that biased.

Rarely do government ministers need to telephone a judge and demand this or that verdict because the judges are so in tune with the Government's desires that they automatically do the Government's beckoning.

Just how appalling Malaysia's judiciary has become was made clear in recent weeks with the circulation of a video clip showing a senior lawyer assuring someone by telephone that he will lobby the Government to have him made Lord President of the Supreme Court because he had been loyal to the Government. That someone is believed to have been Ahmad Fairuz Abdul Halim, who did in fact become Lord President.

A protest march organised by the Malaysian Bar Council was staged in response to this and corruption among the judiciary in general. But the mainstream Malaysian media barely covered the march even though up to 2000 Bar Council members were taking part. Reportedly, the Prime Minister's office instructed editors to play down the event.

Instead of a free media, independent judges and open public debate, Malaysians are given stunts — the world's tallest building and most recently, a Malaysian cosmonaut. Essentially, they are given the play things of modernity but not modernity itself.

Many senior Malays are absolutely despairing at the direction of their country today. But with the media tightly controlled they have no way of getting their views out to their fellow countrymen. This means that most Malaysians falsely assume that the Malay elite is unified when it comes to the country's direction.

Tengku Razaleigh Hamzah, a former finance minister and today still a member of the Government, told me several weeks ago in Kuala Lumpur that he could see no reason why today Malaysia could not have a completely free media, a completely independent judiciary and that corrupt ministers and other officials should be publicly exposed and humiliated.

According to Tengku Razaleigh, all of the institutions designed to make Malaysia's Government accountable and honest have been dismantled or neutered.

It didn't need to be like this. Malaysia is not North Korea or Indonesia. It is something quite different. Its legal system is based on British codes. Coupled with traditional Malay culture, which is one of the world's most hospitable, decent and gentle cultures, Malaysia has the cultural and historical underpinnings to become one of Asia's most civilised, rules-based, successful societies.

Instead, Malaysia's Government is incrementally wasting Malaysia's inheritance.

END

Also available on the Age's website:
http://www.theage.com.au/news/business/truth-and-justice-are-no-longer-malaysian- way/2007/11/20/1195321781628.html

Tuesday, February 19, 2008

Media Malaysia MEMANG Tak Bebas Bersuara

Akhirnya, perjalanan malam aku di layar internet terhenti di TranungKite.net. Terlihat pula tajuk dimuka depan laman tersebut yang dibaca begini:

Indeks Kebebasan Media bagi tahun 2007 menunjukkan kedudukan Malaysia lebih teruk dari negara Sri Lanka dan Bangladesh! Malaysia menduduki tempat ke 150 !. Seperti biasa menteri-menteri Malaysia akan menolaknya dengan pelbagai alasan. - GB

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Aku segera mengklik link tersebut. Maka benar. Pembetulan pihak TranungKite, Media Malaysia berada di tangga ke 151. Sungguh tidak mengejutkan. Buktinya saban hari kita boleh membaca segala macam kebaikan satu pihak sahaja. Dikawal selia 24jam sehari agaknya. Mungkin juga drat untuk buletin Utama perlu di hantar untuk kelulusan kerajaan sebelum boleh disiarkan?

Tidak hairan apabila orang seperti aku ini TERPAKSA lebih mempercayai berita-berita di laman web bukan arus perdana berwebhostingkan host-host luar negara kerana media dalam negara sungguh pandai membelitkan cerita. Dan itupun boleh dinafikan oleh orang-orang besar yang mengatakan media bebas melaporkan apa yang terjadi. BEBAS KAMBING APA KAH INI?

Sungguh naif juga apabila aku terpaksa bergantung kepada youtube untuk melihat acara perhimpunan Bersih kerana media arus perdana sibuk menyatakan kecederaan seorang anggota polis dalam temasya itu berbanding berita mengenai perhimpunan itu sendiri.

Link senarai penuh kebebasan Media boleh di dapati
disini

Monday, February 18, 2008

Youtube Kubah Masjib Kristal Bermuka Orang



Bukan tidak percaya, cuma susah nak percaya. Lagipun bila diperhatikan, sewaktu rakaman berhampiran kubah dilakukan, nampak macam dua gambar yang dicantumkan. Cuma walau bagaimanapun ia terakam di dalam rakaman itu, kita harus ingat satu perkara. Masjid Kristal masih lagi sebuah masjid dan merupakan rumah ibadah bagi yang beragama Islam.

Kalau ada sesiapa yang menggunakan kreativiti untuk mendapatkan perhatian, maka sungguh keji orang itu. Yang sesungguhnya ia tidak mustahil dilakukan dengan segala bagai jenis teknologi yang ada di dalam sesuatu yang bernama komputer pada hari ini.

Kalau benar video itu asli, maka kita harus ambil dia sebagai iktibar.

Apapun aku tetap merasakan ia hanyalah sandiwara dari si celik perisian komputer.

Politik Malaysia dari Kaca Mata Aku

Aku sebenarnya baru berjinak-jinak dengan senario politik tanah air. Sebelum ini aku tidak peduli walau sekelumit pun. Tapi disebabkan sekarang adalah trend politik diperbualkan di sana sini, terpaksalah aku ambil tahu sedikit sebanyak. Siapa yang tidak bercakap mengenai politik sesungguhnya samada sudah bosan dan jemu dengan scenario politik tanah air atau sememangnya tidak ingin ambil tahu lagi.

Kerana, pada akhirnya selepas berbelanja jutaan ringgit, parti Barisan Nasional akan kembali berada di tampuk selesanya. Harapan untuk parti selain dari parti komponen BN untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia dilihat hampir mustahil dengan pelbagai faktor yang sedia ada. Untuk mengurangkan majoriti kerusi parlimen itu mungkin, untuk memerintah adalah tidak mungkin. Ya, mari mengundi dan mendapatkan kerusi sebanyak 76 di dalam parlimen. Biar sampai huru hara nak membentuk kerajaan. Kenapa saya rasa BN akan kekal memerintah?

1. Parti selain komponen BN tidak bersatu. Mereka hanya bersatu apabila menjelang pilihanraya, sedangkan parti komponen BN tidak pernah berpecah. Barisan Alternatif yang diwar-warkan untuk bersaing dengan BN amat kabur. Parti apakah yang berada di dalamnya? Kerana setiap kali pilihanraya, anggotanya berbeza-beza. Tahun ini aku belum melihat sebarang sign dan petanda yang DAP akan berada di dalam Barisan Alternatif. Mungkin aku tersilap. Setiap satu parti mempunyai agenda berlainan dan mungkin tidak dapat menarik perhatian pengundi. Ambil contoh politik Amerika, mereka mempunyai dua parti politik yang kuat, iaitu Republican dan Democrat. Tidak hairan apabila kedua-dua buah parti penah menerajui tampuk pimpinan Amerika.

2. Kekangan kempen. Parti selain parti dalam BN mengalami masalah kempen. Apabila televisyen dan media cetak terang-terang menyebelahi sebelah pihak dan pihak yang lain itu di anggap pengkhianat negara (meminjam kata-kata dalam komen zairulK dalam entry sebelum ini.). Makcik-makcik, pakcik-pakcik yang berada di kampung yang tidak ada pilihan lain selain menonton dan membaca media arus perdana sudah hampir 100% dipancing undinya dengan segala macam kempen. Sekolah agama rakyat tidak akan terbiar etc.

3. Kekangan kewangan. Apabila parti parti diluar komponen BN bergerak, mereka terpaksa menggunakan wang parti yang terkumpul entahkan banyak entahkan sedikit. Tempat berkumpul juga menjadi satu masalah. Di pihak BN, kewangan tidak menjadi satu masalah. Manakan datang berjuta duit dalam tabung BN untuk digunakan bagi kempen pilihanraya itu? Duit siapakah itu?? Tempat berkumpul pula sudah hampir pasti dewan-dewan dan balai-balai raya. Walaupun ia bukan hak BN tetapi kerana sebelum ini BN yang memerintah jadi balai raya itu BN yang punya.
Juga kekangan kewangan apabila wang untuk penamaan calon dinaikkan dari RM5,000 ke RM20,000.

4. Ketakutan orang ramai. Ini sebab paling utama aku rasa. Orang ramai takut untuk berubah. Takut untuk mencuba berada dalam kepimpinan dan idea baru sementelah dari tahun 1963 sudah disogokkan dengan corak pemerintahan yang begini. Sedangkan, peluang itu datang 4 -5 tahun sekali untuk merubah. Kalau kerajaan baru tidak boleh memberi perubahan padahalnya kita boleh menukarnya kembali ke pemerintahan lama.

Oh, aku bukan anti mana-mana parti politik. Tetapi kerana begitu kuat sekali parti BN berkempen dan mencuri waktu Buletin Utama maka aku rasa muak. (Mungkin tak entry-entry aku ini dipanggil menghasut? Sukahati aku lah nak bersuara, hak aku sebagai warga Malaysia nak menyuarakan pendapat aku…kot kot ada cybertroopers upahan BN datang pulak)

Aku juga tidak suka dengan konsep Islam hadhari yang diperkenalkan sejak 4 tahun lepas. Betul, aku tidak pernah bercakap mengenai konsep ini kerana aku memang menyampah. Apakah itu Islam Hadhari? Agama baru ke? Bukan. Islam sederhana kata orang-orang yang arif dengan maksud hadhari itu. Oh,,,pengsan seketika. Aku cakap terus terang, kita ini diberi pilihan..samada berada dalam Islam sebenar dengan mengikut al Quran dan sunnah atau kita jadi orang bukan Islam. Tidak ada kesederhaan dalam mengikut al Quran dan sunnah.. Either Islam or not. There is no third option which is Islam sikit-sikit atau dalam bahasa BN Islam Hadhari.

Ada satu lagi yang aku benar-benar meluak dengan scenario politik Umno secara khasnya. Siapakah Khairil Jamaluddin yang begitu lantang memanggil orang lain sebagai beruk beruk jalanan? Siapakah dia? Mungkin mertuanya boleh menasihatkan supaya orang yang bernama Khairil Jamaluddin itu tidak menceburi diri dalam politik secara serius kerana itu salah satu sebab kenapa orang ramai merasa jemu dengan pentadbiran mertuanya. Bak kata pepatah lama, lebih sudu dari kuah. Lebih beruk dari pokok.

PS: Tanda-tanda dekatnya kiamat apabila kita memilih orang yang batil menjadi pemerintah. Oh tanda-tanda kiamat yang lain ialah, apabila kita memperhiaskan masjid untuk berbangga-bangga sehingga kita lupa apa sebenarnya kegunaan masjid. Terima kasih.

Sunday, February 17, 2008

Media Arus Perdana Bodoh?

Agaknyalah kot, Dua tiga kali juga aku tertanya-tanya sebelum aku buat kesimpulan ini. Kalau sekali salah, makanya kesilapan. Kalau berkali-kali diulang, memang tak lain dah tak bukan… selain dari perkataan pengampu besar (atau berat sebelah), media arus perdana Malaysia juga bolehlah dinobatkan sebagai media yang bodoh, mungkin terbodoh di dunia, atau juga di seluruh galaksi bima sakti. Dan galaksi – galaksi lain yang mungkin wujud. Patutnya media arus perdana Malaysia ini, diflush ke dalam lubang hitam di angkasa lepas.

Kenapa aku kata media Malaysia ini bodoh?

Parlimen sudah dibubarkan pada 13 Februari, pada malamnya berkumandanglah berita di waktu perdana mengenainya. TV3 masih tertidur semasa menulis ayat berita dengan memanggil Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) sebagai Perdana Menteri.

Berita tadi pula, memanggil Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Surat khabar NST hari jumaat juga dengan tidak segan silu merujuk AAB sebagai Perdana Menteri.

Parlimen sudah dibubarkan, mana ada jawatan PM atau TPM? Kerajaan pun sudah tiada. Mungkin kerajaan yang sama akan naik, tapi bagi tempoh 13 Februari sehingga petang 8 Mac, Malaysia tidak ada parlimen. Kalau tiada parlimen dari mana datangnya PM dan segala jenis mak nenek menteri kabinet yang lain?

Aku juga rasa nak muntah darah dengan cara media arus perdana dipergunakan untuk parti BN berkempen. Semuanya baik, semuanya elok di pihak BN. Najib pergi ke tanah felda pun duk siar cakap kerajaan dah bagi tanah dah bagi itu ini, buat apa undi parti lain? Aku nak juga dengar kempen parti sebelah satu lagi di kaca tv.

Berita malam tadi memualkan aku sampai aku hanya boleh tengok berita 5minit pertama sahaja. Diceritakan ‘satu pertubuhan tidak berdaftar’ buat demonstrasi untuk menghalang proses pilihanraya.

What??????? Putar belit apakah ini? Setahu aku, kumpulan Hindraf itu berkumpul untuk berjumpa AAB untuk memberi bunga ros. Berkenaan pula mereka ingin membuat rayuan pembebasan pemimpin – pemimpin HINDRAF yang di tahan di bawah aksa ISA. Jadi apa kaitan demonstrasi pembebasan pemimpin Hindraf dengan dakwaan berita yang mengatakan ia menghalang proses pilihanraya? Betul betul aku rasa nak terajah sahaja tv ketika itu. Tapi kalau terajang nanti, aku juga yang perlu beli tv baru. (Hehe) Sudahnya terkeluar ayat-ayat yang membuatkan aku segera beralih tengok 712. Tengok berita celebriti Amerika lagi bagus. Tidaklah sampai ayat-ayat tidak elok keluar dari bibir aku.

Thursday, February 14, 2008

Janji Pilihanraya Saya

Undilah saya dalam pilihanraya yang bakal berlangsung pada 8 Mac ini kerana saya boleh mengotakan janji-janji manis saya seperti mana yang saya telah tabur dalam pilihanraya yang lepas-lepas. Berikan parti saya kemenangan besar supaya saya pun boleh besar kepala dan berdiri, duduk, tidur dengan selesa di atas sehingga tidak mampu lagi mendengar suara keluhan orang yang mengundi saya.

Saya juga akan meneruskan kesinambungan perjuangan saya yang belum selesai sebelum ini. Pembangunan lima wilayah yang baru saya rasmikan baru-baru ini memerlukan saya untuk bergerak dan berdaya saing.

Saya berjanji, sekiranya parti saya iaitu parti Tengkorak menang (tak besar pun tak mengapa, asalkan cukup untuk mendapat suara majority di parlimen iaitu 2/3), harga minyak dan lain-lain barang keperluan akan naik juga tetapi tidaklah sampai menjadi yang paling mahal di Asia Tenggara. Saya akan gunakan subsidi yang boleh dijimatkan untuk membina banyak lagi pengangkutan awam seperti landasan ERL dari Johor ke Perlis, dari Kelantan ke Selangor.

Saya juga akan membina landasan keretapi di Terengganu supaya murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah di Terengganu tidak perlu lagi menyewa bas untuk membuat lawatan ke negeri Kelantan untuk melihat keretapi dan landasannya.

Saya juga berjanji akan memberikan sebuah kereta kancil 660cc bagi semua yang masuk dalam rancangan Bersamamu, Finding Angels dan silap-silap yang masuk rancangan Trippin pun saya akan bagi kereta kancil 660cc sebijik seorang. Almaklum, saya memperuntukkan sebilangan besar dari simpanan saya untuk menang pilihanraya kali ini.

Janji saya yang paling agung, sementelah saya juga suka memuat turut perisian cetak rompak, siri televisyen popular Amerika Syarikat, serta filem-filem luar yang lambat masuk ke Malaysia, serta lagu-lagu popular dalam bentuk MP3, saya akan menghapuskan akta cetak rompak dan isu memindah turun ini. Malah saya akan wujudkan akta yang membenarkan semua rakyat memindah turun dengan percuma.

Undilah parti Tengkorak saya, dan yakinlah pada saya dan perwakilan saya yang mewakili saya di tempat anda semua kerana janji –janji saya sangat manis. Kalau saya menang pada tahun 2008 ini, saya akan datang ke tempat anda semula pada tahun 2012 pada waktu pilihanraya untuk berkempen untuk menang pilihanraya itu juga.. Sepanjang empat tahun saya memerintah nanti, jangan sibuk pula mencari saya kerana saya mungkin berada di luar negara, merasmikan perniagaan keluarga saya. Almaklum, saya akan menjadi pemerintah yang sangat low profile dan jarang sekali berada di dalam negara.

Berkenaan isu banjir pula, semua mangsa banjir akan di pindahkan ke balai raya setiap kali banjir dan bot-bot percuma akan disediakan untuk mengangkut lembu kerbau dan ayam itik anda semua.

Saya juga berjanji, tidak akan tidur dalam persidangan dan memalukan delegasi Malaysia kerana saya akan bermain games di telefon bimbit Sony Ericson k800i saya (model ini akan saya jual sebaik menang pilihanraya, dan saya akan memilih telefon yang mempunyai kamera 5.0MP pula). Kalau saya sangat mengantuk dan bosan dengan ceramah merapek selepas saya habis bermain games, saya mungkin akan cuba menghantar mms kepada rakan-rakan perwakilan lain dengan membuat muka seperti tidur, tetapi sebenarnya saya tidak tidur. Saya pura-pura sahaja.

Ada lagi janji manis saya, jumpa saya lagi kalau saya rajin nak berkempen. Alah buang masa sahaja kempen-kempen ini, kemenangan ditangan saya sudah terjamin. Parti PUAS pun bertanding 60 kerusi parlimen sahaja. Saya bertanding 1000 kerusi. Parti ketidakadilan rakyat saya belum dapat maklumat lagi.

Hari Khamis Aku

Orang TM (yang membahasakan diri sebagai Telekom, waktu dia telefon handphone aku dia akan menyebut..’ezza, ni telekom ni’ heheh) telah datang ke pejabat pada hari ini. Ya semalam dia ada telefon, tetapi waktu itu aku sedang berada di dalam kereta mendengar lagu Linkin Park dengan penuh kekuatan. Oh, sudahkah aku maklumkan, yang sebelah pembesar suara kereta aku belah depan telah pecah akibat mendengar lagu Linkin Park itu? Adehh...duit lagi.

Sewaktu dia di dalam bilik server sedang menguji line, aku bercerita kepadanya perihal mamat helpdesk yang menyuruh aku buat msconfig dan berkata LAN led sepatutnya nyala permanent.

Bukan sahaja aku nak tergelak, dia pun dua kali tergelak. Dan terus berkata, ala diaorang bukan tahu apa, diaorang ikut buku manual depan mata je. Pakai belasah je bagi arahan. Kalau pelik-pelik masalah, diaorang pun dah mula mengelabah.

Aku cakap dengan orang telekom itu, setiap kali aku nak buat aduan, aku dah siap-siap uji semua benda yang mungkin, restart server, restart modem, buat direct connection, jadi bila aku telefon aku memang nak buat aduan semata-mata, aku bukan nak dengar apa perlu aku buat pasal aku dah buat semuanya sebelum telefon.

Orang Telekom itu, menukar modem dengan sebuah modem baru, tapi masalah belum selesai, setakat ini dia sudah balik dan cuba tukar port di tempatnya pula kerana tiada masalah di tempat aku. Packet Drops berterusan,tracert yang aku lalukan dalam 30kali, hanya 5 yang pertama sahaja lepas pergi. Yang lain time out.

Ada masalah dengan line. Katanya line drop. Tidaklah pula aku faham. Maka aku menuntut penjelasan, katanya line drop sampai tak mampu nak sokong Streamyx. Itulah penerangan ringkas. Penerangan panjang aku tak minta pula.

Hari Rabu Aku

Cuti, tersedar sebab bunyi mesej dari rakan sepejabat. Adeh, apa pasal mesti hantar mesej pada pukul 9 pagi. Lainkali kena tulis dalam handover email, jangan hantar mesej atau telefon sebelum pukul 10.00 pagi melainkan sangat-sangat penting. Hahaha.



Apabila sudah bangun, aku membasuh baju pula. Selepas membasuh baju (minggu depan aku akan beli mesin basuh..jangan di tanya kenapa, kita semua maklum sebabnya), aku lepak tengok NCIS di Star World. Kemudian teringat pasal bateri kereta aku yang sudah hampir meninggal. Aku nak bawa pergi charge lah. Kalau kalau mampu bertahan sehingga akhir bulan sebelum mendapat gaji. Kalau tak dapat juga, maka aku akan naik LRT sampai dapat gaji. Wahahaha. Kunun.

Kemudian jenguk ke luar tingkap bilik seketika, tak lama lagi, akan berdiri sebuah kompleks membeli belah Jusco di depan tingkap bilik aku. Aduh, dekatnya kompleks membeli belah itu nanti. Makin cepatlah duit aku surut setiap bulan. Sekarang macam air sungai kecil mengalir, bila dah buka Jusco tu nanti rasanya seperti air sungai besar lah aliran tunai aku nanti. Hahah

(Gambar bakal Jusco Setiawangsa)

Image Hosted by ImageShack.us

Aku keluar pergi bengkel kereta. Katanya kena caj bateri sekurang-kurangnya tiga jam. Aku ambil keputusan untuk tinggal kereta dan jalan kaki balik ke rumah. (Yang merupakan tindakan yang aku kesali sampai hari ini, haha). Dari area keramat permai (berhampiran LRT Setiawangsa ke rumah aku yang terletak di atas bukit itu), aku jalan kaki. Berjalan di tanah rata, di lorong pejalan kaki siap berbumbung menyeronokkan juga. Aku banyak notis benda-benda yang selama ini aku tak pernah ambil perhatian langsung pun. Tetapi apabila sampai di Petronas Setiawangsa, aku mula rasa menyesal amat menyesal berjalan kaki. Dahlah jauh, kena mendaki bukit pula itu.

Semasa itu aku amat bersyukur aku ada kereta selama ini. Aku tak pernah rasa sekali pun berjalan dari situ ke rumah aku. Penat ya ampun, kalau sesiapa yang sedang merancang nak jogging, bolehlah pilih route ini. Rasanya kadar berbukitnya 60darjah kot. Dahlah aku ini bukan minah jogging atau exercise. Sesekali mendaki bukit, tercungak la jugak RM1.50. Maka dengan ini aku kena akuilah, aku memang penghuni bukit.

(Ini sneak peak jalan yang aku daki, tinggi lagi aku nak naik tuh)


Image Hosted by ImageShack.us

Sampai di rumah pada pukul 12:30 tengahari, buka forum cari katanya PM nak buat pengumuman, terus buka tv. Maka dapatlah tengok secara langsung pengistiharan pembubaran parlimen. Petangnya, sewaktu nak mengambil kereta, aku sudah tidak mahu berjalan lagi. Aku tahan sahaja teksi. Hehehe,

Waktu balik, terus setting balik semua siaran radio, dan ingatkan nak meronda pergi tengok wayang ‘Dunia Baru’ tapi aku rasa mengantuk sangat dan penat. Sampai ke rumah, aku melayan internet seketika, tengok spekulasi pilihanraya etc dan kemudian membuta. Fuh, sungguh indah Rabu aku.

Tuesday, February 12, 2008

Hari Selasa Aku

Bangun dengan tak bermaya sebab malam tadi aku melayan games ‘Tropix’ main monyet beli-beli pulau sampai pukul 1 pagi. Kemudian bergerak ke Putrajaya pagi tadi.

Balik dari Putrajaya terasa ingin buat kaedah mythbuster (rancangan dekat Discovery Channel). Jadi kebetulan aku terasa nak bawa kereta dengan penuh leisure dan menikmati permandangan Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban. Maka aku telah mengikut belakang bas Mutiara sepanjang jalan. Tak adalah ikut secara ekstrem, sampai jarak 2 kaki. Aku bagi ruang rasanya 10 kaki (atau lebih kurang jarak apabila dua manusia terbaring). Sungguh, kereta aku terasa lebih ringan. (Mengikut mythbuster yang telah di buktikan benar, mengikut belakang kenderaan besar, mengurangkan rintangan angin dan seterusnya menjimatkan penggunaan petrol).

Dan iya, sekali lagi aku katakan, kereta aku terasa lebih ringan kerana tiada rintangan angin, sementara berkenaan petrol pula tidaklah pandai aku hendak mengukurnya kerana aku baru mengisi minyak tangki penuh semasa di Putrajaya sebelum itu. Kalau dah mythbuster kata, confirm / sah boleh kurang penggunaan petrol, siapa aku untuk menyangkalnya sementelah aku sudah merasa perbezaan semasa aku memandunya.

Kemudian aku sampai ke pejabat, disinilah cerita lawak bodoh sombong ini bermula. Disebabkan sambungan internet ini amatlah perlahan, aku menelefon TM. Maka seperti biasa rutin rutin itu ini sudah aku buat kerana macam biasa, mereka sudah ada arahan-arahan rasmi untuk memaksa aku meletakkan gagang tanpa membuat aduan.

Maka aku yang agak bijak ini, membuat dulu semua apa yang mereka akan tanya sebelum telefon. Kemudian datanglah soalan kelakar ini:

technical support: cuba check lampu modem
aku: dah check. lampu power nyala, LAN menyala lip lap lip lap blinking, DSL menyala permanent.
technical support: oh, ada problem tu, LAN tu sepatutnya menyala tak blinking

aku dalam hati; dakyah mana ko pakai ni. Penat aku argue, tak juga dipercayainya. Memanglah lampu LAN tu blinking. Kalau lampu DSL yang blinking tu barulah masalahnya kat situ.

Sudahnya aku tanya, cut the chase, saya cuma nak buat report, boleh ke tak? Dia masih duk memaksa aku tak percaya aku dah buat semua yang aku dah buat. Siap tanya ada buat msconfig all tak? Aku cakap dah. (Tapi aku memang tak buat pun yang ni, tak ada kaitan pun)

Dia macam tak percaya, siap tanya aku, macammana step buat msconfig all. Hahahaha. Macam dua hari aku mengadap pc. Aku terangkan satu-satu. Ha baru la macam percaya. Dey pakcik, berapa hari jadi technical support ni? Nak main teka teki dengan aku lah pula.

Oh akhirnya aku berjaya buat aduan selepas bergayut dengan mamat itu selama 31:08. Penat tau. Apabila aku dah tahu ia bukan salah server atau modem di belah aku dan masih cuba di perkotak dan di spongebobkan.

Oh, TM, better advise your technical support / helpdesk about LAN led. Blinking is good sign. TQ

Speed aku dibawah ini adakah normal untuk pakej korporat 1.5MBPS?


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, February 11, 2008

Dung Dung Chang!!!!

Sekarang aku isytiharkan, kaki aku kebas, bukan setakat muscle yang wujud kat otot kaki aku, Marcello pun dah ada sekali. Apa tidaknya, perjalanan pulang ke Kuala Lumpur petang semalam memang menguji daya tahan kereta dan juga daya tahan otot dan sendi kaki itu sendiri.

Aku bertolak pukul 2 petang dari rumah, sampai di Bandar Kuala Terengganu pukul 3.30 petang. Sempat bergolek-golek melihat masjid Kristal seketika sebelum memulakan perjalanan sebenar ke bandaraya Metrofulus (tak ada fulus, tak boleh hidup). Pukul 6.00petang baru masuk lebuhraya pantai timur. Sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu ke lebuhraya, aku gunakan jalan Jerangau Jabor. Taklah sesak, tapi kereta memang banyak. Dan aku pula bagai tiada mood nak memotong. (aku ni memang pelik, masa datang angin, habis semua kereta aku potong, kalau tak ada inspirasi, aku akan bawa dengan penuh kesabaran). Kenapa aku tiada inspirasi?? Kerana panjang betul barisannya.

Sampai di Hentian Rehat Gambang, berhenti makan seketika. Kemudian beratur (baca: beratus) untuk isi minyak. Dekat 30minit terhenti tunggu nak isi minyak je. Sepanjang-panjang LPT tu, cuma ada dua je stesen minyak dan menjadi amat kritikal pada setiap kali musim perayaan.

Perjalanan di teruskan pada pukul 7.00 malam. Dah ok la. Bolehlah speed 120-130kmj. TETAPI sampai di Lanchang, aku kandas. Sesungguh-sungguhnya kandas. Kesesakan teruk di LPT. Yang mana tidak pernah berlaku. Nak kata sebab tol, tol amatlah jauh lagi. Nak kata kemalangan, tak ada nampak gayanya pun.

Jalan dan jalan dan jalan jumpa tol. Ingatkan sebab tol, tidak, lepas tol LPT pun sesak teruk lagi. Aku dengar radio, katanya sesak sampai ke Karak. Karak mana wei??? Lepas tol karak pun sesak lagi. Aku tengok ramai duk guna lorong kecemasan, walaupun aku penat dan sangat letih kaki aku, tidaklah aku berani gunakan lorong kecemasan. Lagi kelakar apabila sampai di tol karak, aku terpaksa menunggu giliran untuk sentuhkan kad touch and go sebab tak ada ruang nak berjalan ke depan selepas palang.

Nasib baik aku tak kerja hari ini, kalau tidak aku mungkin akan pengsan semasa bekerja. Kesesakan teruk sampailah tol gombak. Oh, banyak kereta tidak tahan dengan keadaan sesak itu terpaksa lepak di tepi jalan. Manakan tidak, temperature asyik nak naik ke Hot sahaja.


Sewaktu aku melintasi Petronas Janda Baik, fuh….kereta kereta yang minyaknya kritikal akibat berada di dalam kesesakan melampau, sedang beratus untuk mengisi minyak. Kali ini beratus yang amat-amat panjang, dari lebuhraya dah beratus. Entah bila agaknya mereka akan dapat mengisi minyak.

Aku sampai di rumah pada pukul 11.30malam. Hampir 3 jam lebih lambat dari waktu kebiasaan. Raya Cina memerlukan pesta merah, maka aku berpesta lampu merahlah semalam.

PS: Terdengar Radio Hitz.fm berkata, kalau belum mulakan perjalanan tangguh dulu. Aku nak dalam perjalanan weiiiiiiiiiiiiii. Kaki aku kebas. Mata aku berat.

Monday, February 04, 2008

Tempat Letak Kereta

Petak letak keretanya, muat-muat masuk kereta-kereta yang kecil. Kereta besar masuk sahaja, musti melebihi garisan kuning. Hehe
Posted by Picasa

Berita Tempat Berkempen???

Aku sudah nyatakan pendirian aku. Aku tidak berminat pada politik (walaupun berkali-kali aku buat entry politik diblog aku). Tapi sejak kebelakangan ini, aku rasa dunia aku penuh dengan politik murahan ini. Buka mata sahaja cerita politik ke udara. Oh tolonglah, izinkan aku hidup aman tanpa mendengar orang berkempen boleh tak?????

Berita berita di kaca televisyen (Buletin Utama) pula tidak habis-habis dijadikan medan / padang / lapangan terbang / langit untuk berkempen. Perhimpunan MIC dengan Timbalan Perdana Menteri, Pak Lah pergi merasmikan Politeknik Hulu Terengganu what so ever. Kelantan negeri paling mundur. Sekadar menyebut beberapa contoh. Kalau nak senaraikan, mahu subuh pagi esok pun tak habis lagi. Oh come on. Give me a break please.

Banyak lagilah kempen kempen (kononnya secara tersirat tetapi aku nampak secara tersurat, terang-terang berkempen) yang membuatkan aku mual, mahu muntah darah dan tercekik tulang ayam. Katanya tarikh pilihanraya belum ditentukan, tapi kempen sudah dimulakan. Cuba membasuh minda orang awam. Dan untuk membuatkan aku melupakan kenaikan minyak lima kali dalam tempoh 4 tahun.

Bukti besar semalam dalam setengah jam pertama, hanya ada dua cerita mengenai hal ehwal semasa yang tidak berkait dengan politik. Satunya kes bayi kembar, kedua ops sikap. Tidakkah ada berita-berita yang lebih besar dari kempen politik yang berlaku di Malaysia? Semalam tak ada orang cedera kena ragut ke? Semalam tak ada kereta kena pecah ke?

Aku rasa, aku sudah mahu anti berita waktu perdana sehingga berakhirnya pilihanraya yang aku sendiri tidak tahu. Yang besar kemungkinan sebelum 21 Mac 2008. Itu spekulasi aku.

Video youtube, I can't tell you the date, but I already boost a nationwide campaign!