Monday, January 28, 2008

Smart Tunnel Projek Kebanggaan


Ya, aku mengambil masa satu tahun selepas pembukaan Smart Tunnel untuk merasa kagum. Dan kekaguman itu tidak datang dengan begitu mudah. Kekaguman itu memerlukan aku menonton saluran National Geographic. Haha.


Sebelum ini aku bukan tidak kagum, cuma kerana aku tidak mengetahui disebalik tabir, maka sungguh mudah untuk menyalahkan, serta mengutuk-mengutuk projek itu. Apatah lagi seminggu selepas pembukaan terowong untuk lalu lintas, Kuala Lumpur dilanda banjir teruk sehingga habis Jalan Tunku Abdul Rahman berendam air..begitu juga dengan Kampung Baru. Maka bertambahlah orang yang mengutuk projek Smart Turtle eh Tunnel ini.


Kesempatan menonton di sebalik tabir akan susah payahnya menghasilkan Smart Tunnel membuatkan aku bangga. Sudahlah terowong sebegitu merupakan yang pertama di dunia (berfungsi sebagai jalanraya dan jalan air), mesin gerudinya (Tunnel Boring Machines (TBM)) di bawa dari Jerman piece by piece (erk..camne nak translate ayat ini ya). Di pasang di Malaysia, kemudian apabila dah siap, mesin gerudi yang besar gebadak itu di dismantle piece by piece dan dihantar balik ke Jerman untuk berkhidmat dengan terowong lain pula. (Mungkin orang lain dah tahu apabila Terowong SMART memulakan kerjanya pada tahun 2003, tapi aku ni lambat)


Terowong SMART merupakan projek 3 lapisan. Lapisan paling bawah untuk banjir peringkat pertama. Lapisan tengah dan atas untuk kenderaan tetapi pada masa kritikal boleh ditutup untuk laluan kenderaan dan menjadi laluan air sepenuhnya.


Lampunya yang begitu kuat dan kalis arus aliran air yang deras juga mengkagumkan aku. Begitu juga dengan laluan keselamatannya. Bak kata rancangan khas mengenai Smart Tunnel di National Geographic, kemalangan dan letupan merupakan sesuatu yang paling menakutkan dan mimpi ngeri semua terowong. Dan Smart Tunnel mempunyai aspek keselamatan ini apabila setiap kilometer dilengkapi dengan pintu kecemasan. Ya, kamu mungkin tidak boleh mengheret kereta kamu keluar melalui pintu kecemasan, tetapi kamu boleh berlari menyelamatkan diri melalui pintu-pintu kecemasan ini.


Paling menarik apabila rancangan itu menunjukkan footage sewaktu air banjir menaiki lapisan ke dua dan paling atas. Laju betul air memenuhi ruang tersebut.


Tapi pelik juga. dulu-dulu tak ada Smart Tunnel, yang sesak cuma di Jalan Sungai Besi – Seremban, tapi sekarang jika Smart Tunnel di tutup selepas hujan lebat satu dua hari, sesaknya ya ampun....sampai tak terjangka ke mana sudahnya.


Sila menonton siaran ulangan Malaysia Smart Tunnel di National Geogprahic Channel (Astro Channel 553) pada 27 Januari 8 malam, dan 1 Februari pukul 4.00 petang.


Posted by Picasa

0 comments: