Friday, January 11, 2008

Seolah Misi Mustahil

Aku jarang tertekan sebab kesesakan jalan raya. Ianya bagai sudah sebati. Malah kalau tak sesak, rasanya penuh jiwa ini dengan kehairanan yang mencengkam. Disebabkan kelalian ini maka aku boleh bertahan, belum jadi gila, boleh berada di jalan raya pada masa yang sungguh boleh mendatangkan tekanan darah tinggi dengan perasaan biasa-biasa. Tapi, kesebatian itu juga ada hadnya. Aku selalu cakap, aku boleh tahan kesesakan jalan Kuala Lumpur..tetapi kesesakan biasa. Aku belum boleh bertahan dengan kesesakan luar biasa.

Buktinya, pada hari Rabu lepas, kesesakan teruk berlaku di ibu kota disebabkan banjir akibat hujan lebat. (Apa? Banjir?? Katanya masalah banjir sudah dapat diatasi??). Yang pelik banjirnya di Lingkaran Lebuhraya ke Dua (MRR2) tetapi Jalan Mahameru pun sudah lebih teruk daripada biasa.

Aku yang memulakan perjalanan dari Jalan Bangsar (yang sedia sesak akibat orang nak masuk ke Jalan Travers dan semua kereta ngok ngek yang suka hati tiap-tiap hari parking tepi jalan), kemudian masuk ke Mahameru menuju ke Jalan Tun Razak. Sepatutnya apabila sampai ke Jalan Tun Razak selepas susur bulatan Pahang, jalan sudah lancar. Tetapi tidak. Waktu ini aku masih bertahan. Tak komen apa pun lagi.

Kemudian aku dengar radio KL, katanya ada kemalangan depan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak. Huh, dahlah hujan, banjir di MRR2 ditambah dengan kemalangan di jalan itu. Pasti meriah. Pesta lampu merah di sana sini.

Sebaik aku sampai di depan Perpustakaan Negara, aku berbelah bahagi, samada menggunakan Lebuhraya Bertingkat Ampang Ulu Kelang atau menggunakan laluan tanpa tol Jalan Semarak – Dato Keramat. Melihat di atas flyover untuk masuk ke Lebuhraya Bertingkat kereta tak bergerak-gerak, aku buat keputusan untuk menggunakan Jalan Semarak – Dato Keramat.

Ok, disinilah kemuncak aku rasa macam di tindih dengan perasaan. Otak aku sedikit lagi nak mereng. Lagi 5km ke rumah. Selalunya kalau sesak pun bermula dari depan LRT Damai. Tak adalah tekanan mental sangat, sebab hari-hari macam tu.

Cerita satu: Aku lalu Jalan Perumahan Gurney, lepas pejabat pos depan Wisma Felda dah sangkut. Huh. Jauh lagi tu. Aku cuba bertahan. Adalah dalam 20minit sebelum sampai ke simpang empat depan banglo tinggal Nurkumalasari tu. Aku buat keputusan lalu Lanai Gurney. Sebab sesak tak boleh nak squeeze masuk ke depan pun.

Cerita dua: Lalu la konon jalan apa tah. Sampai depan deretan kedai di sebelah Pangsapuri Murni, dah tak bergerak jalan. Aduh,, aku tak boleh tahan. Aku tak boleh fikir. Bersabar 10minit sampai jumpa simpang, aku belok masuk ke Jalan Ken3. Nak meredah ke Jalan Maktab. Masa nilah aku terasa.....’apalah nasib aku hari ni..dah macam misi mustahil je nak sampai ke rumah’. Semua jalan sesak, tiga kali sesat dari biasa.

Cerita tiga, aku kemudian sampai di simpang jalan Maktab dengan jalan apa tah. Depan Mindef. Aku berbelah bahagi, nak lalu wangsa maju atau Bukit Baru Keramat. Aku putuskan nak lalu Jalan Bukit Baru. Selepas sampai jalan Bukit Baru, nak keluar simpang pula satu masalah. Kiranya aku kat simpang nak masuk seberang jalan. Kereta semua berhenti akibat sesak. Aku tak boleh menyelit. Aduh....tensennnnnnnnn. Sudahnya aku buat tindakan drastik. Keluar sahaja dari simpang, aku guna arah bertentangan, jalan sampai simpang jalan besar. Fuh....aku jarang potong q. Sungguh. Sebab aku dah biasa bersabar. Tetapi aku sudah tahap kalau aku tak potong q, aku boleh rasa nak meluak-luak tah perasaan apa. Ada rasa berat kat kepala aku. Bukan marah, bengang je kot. Sebaik aku keluar ke Jalan Jelatek, perasaan bengang aku berkurangan sebab jalan dah lancar sedikit. Bolehlah nak bawa kereta pada 20km sejam.

Yang pelik, banjir kat MRR2, kemalangan kat Jalan Tun Razak, apa kena mengena dengan Dato’ Keramat dan Jelatek???

Akhirnya selepas hampir dua jam aku pendam perasaan bengang, aku sampai juga ke rumah. Cerita kartun Kitaretsu pun sudah hampir tamat. Aku terpaksa mandi lama-lama, aku terpaksa makan banyak-banyak malam tu...demi nak hilangkan perasaan bengang yang masih bersisa apabila aku teringat tentang kesesakan yang aku alami. Waktu-waktu beginilah, aku sangat-sangat berharap, aku cepat dapat kerja di kampung-kampung yang bilangan basikal melebihi bilangan tayar kereta.

Oh, Aku perlukan tips untuk lebih bersabar apabila kesesakan luar biasa yang berlaku. :D

6 comments:

zairulk said...

my dear..kalu sudah duduk area Jln Jelatek dan kerja kat area Bangsar..naik ajelah LRT Putra...tapi kalu sudah minat memandu...kena bersabar jelah dengan jem tu....KL harus ada pengangkutan awam yang efisien cam London spt bas 2 tingkat, itulah cara terbaik nak atasi jem..tinggalkan kete kat rumah..marilah naik bas/LRT je!

ezza erisa said...

hehehe....naik LRT dan bas pun susah juga..sebab saya bekerja kekadang kena keluar ke sana sini.. dan tempat yg saya kena pergi tu selalunya tak ada pengangkutan awam yang mudah dan cepat. nak menunggu teksi berkunjung pun susah...

hendak tak hendak..terpaksa hadap juga kesesakan lalu lintas

hehe

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

oh mydear (ke ke ke) mintak tlg blaja naik motor yer..

ezza erisa said...

abe kerol,
boleh tlg belikan motor dengan duit nak ambil lesen motor sekali tak? heheheh

Anonymous said...

masa ni la perlu belaian husband ehheheh lepas balik kerja penat-penat boleh gak si abang urut otot-otot yang lenguh tu ~venomie~

Anonymous said...

Alahai cek adik....akak rasa kene buka IKIM.FM...sambil drive sambil zikir dan nyanyi nasyid...jangan bengang2 dong...jadikan keDUDUKan dalam kete tu satu nikmat