Wednesday, January 09, 2008

Semua Orang Boleh Mengundi

Aku menerima email dari encik mayatkeras (yang masih hidup dan belum menjadi mayat, hehe) dengan tajuk ‘ Everyone Can Vote’ Dah ala-ala slogan Air Asia pula. Beliau turut membekalkan aku dengan senarai no kad pengenalan untuk di masukkan ke dalam laman web daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Email ini telah berlegar-legar di ruangan maya buat beberapa ketika.

Kita sendiri boleh melihat kepelikan pada nombor nombor ini. Selain dari 08 yang merupakan salah satu kod negeri dalam Malaysia, yang kod 75 dengan 74 tu kod negara mana? Uganda? Kerana setahu aku, untuk warganegara yang lahir di luar negara, kod nya akan menjadi 71.

Dibawah ini aku sertakan print screen sekali. Kanak-kanak (mungkin lebih sesuai kita panggil dengan panggilan yang memang glamour itu iaitu PENGUNDI HANTU) ini sudah boleh memilih kerajaan. Katanya umur kelayakan ialah 21 tahun. Apakah yang lahir tahun 1991 sudah berumur 21 tahun pada suku ketiga tahun 2007??? Sungguh sungguh sungguh, mengharukan. Sungguh mengejutkan. Dahlah tu yang umur 10tahun pun ada no kad pengenalan lama pula ke? Hebat, lebih hebat dari filem Mission Impossible. Kerana ini sudah jadi seperti filem Mission Possible.

Aku cuba lagi mencari-cari bukti. Sebagaimana diperdebatkan dengan seorang kawan yang mengatakan mungkin 99 di depan kad pengenalannya itu merupakan tahun 1899. Aku yang macam kucing mempunyai daya ingin tahu ini, menelefon ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang apabila ditanya mengatakan nenek-nenek moyang kita dulu mana ada MyKad lagi. Jadi mereka tidak ada lah kemungkinan untuk letak 99 sebagai kod utama MyKad mereka. Pulak?? Pening pula aku dengan jawapan mereka. Jadi MyKad sekarang kodnya hanya sesuai untuk digunakan selama 100tahun sahaja.

Jadi tak hairanlah kalau gegak gempita kerajaan nak mengusulkan pengerusi SPR dilanjutkan usia setahun lagi sebelum persaraan, ini rupanya yang dirahsiakan selama ini.. Maklumlah yang lahir tahun 1998 pun sudah bergelar haji. Ini adalah contoh no kad pengenalannya:

No Kad Pengenalan: 981231-08-1137 / 10 tahun?


No Kad Pengenalan: 910815-75-0017 : 17 tahun


No Kad Pengenalan: 991214-74-0101 /9 tahun

Posted by Picasa

7 comments:

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

Fetching URL kot tu..ala2 web yg betul2.. nmpk mcm betul siap url betul tp background proses lain.. agak jer..

ezza erisa said...

URL betul.
bukan fetching,

aku dah try masuk ke SPR.gov.my
lepas tu click ke 'semakan daftar pengundi' kemudian masukkan ic itu..

ini URL masa aku click dari main page spr.gov.my

http://daftarj.spr.gov.my/<--try kat sini.

mcm biasa, sebelum aku yakin dengan email-email yang diforward..aku sudah berusaha mem'mythbusted'kan nya...;)

zairulk said...

Sebab itulah opposition membantah SPR dan kuncu2nya..tapi entahlah rakyat M'sia nih tak pernah ambih peduli pun muslihat SPR. Di UK, parti Labour (Gordon Brown) tiap2 hari kena belasah dgn media...govn cool je. Cuba kritik kerajaan BN..siaplah engko...oh M'siaku...

ezza erisa said...

tak ada orang berani kritik..yang kumpulan bersih pun nak berhimpun pun siap kena sembur pemedih mata..

;)

oli said...

aku penah terjumpa benda ni. tp korang perasan x, kalau org tu lahir tahun 1898, dia punya IC no akan sama macam org yg lahir pada tahun 1998. betul x? apa yg memezakan org yg lahir 1998 dgn 1898

ezza erisa said...

aku dah telefon orang JPN, katanya tak ada lagi kes 1898 begitu sebab atuk nenek kita tak sempat nak pakai myKad (apa ke cerdik jawapan macam neh)

menurut seorang kawan yang tak kerja di JPN tapi pernah tengok no untuk atuk tahun 1900...nombor mykad nya ada asterisk di hadapan. contohnye *001231-11-5111.

kalau ada asterisk maksudnye dah tua. but ini dah tahun 2008. kalu yang lahir tahun 1898 maknanya usianya sudah 110 tahun. wujud lagi ke untuk mengundi? dan ya....mungkin yang ini kita boleh panggil sebagai pengundi bangkit dari kubur

;)

oli said...

thanks for the info. x tau pun camana konvensyen no KP dari JPN berkenaan benda nih