Friday, January 04, 2008

Rakyat Malaysia yang Tak Prihatin

Entah kenapa aku rasa dua-tiga hari ini, Malaysia suram. Walaupun pelbagai kisah dan kes di paparkan. Dari pengisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu kepada skandal seks dan rakaman video bekas Menteri Kesihatan Malaysia yang membawa kepada perletakan jawatannya. Entahlah, bagi aku semua itu tidak menarik. Cuma mungkin aku merasa sedikit kasihan kepada bekas Menteri itu kerana dia dijatuhkan dengan cara aib apabila DVD itu diberikan secara percuma sahaja.

Ramai lagi pemimpin tinggi yang berselindung disebalik ‘itu bukan saya, itu teknik fotografi’ dan sebagainya. Tetapi aku juga rasa kelakar apabila melihat kepada undian SMS di Edisi 7 pada pukul 7malam semalam. Apa yang sepatutnya ada untuk memimpin. Lebih kurang macam tu lah soalannya, dan pilihan A: Kemampuan Memimpin B: Moral. Hahahahahahahah. Patut ada C. Keduanya sekali. Kerana diantara A dan B tidak releven kalau hanya dibenarkan memilih satu.

Ok, sudah sudahlah pasal itu. Aku sebenarnya rasa menyampah kalau pergi berjalan ke kompleks membeli belah pada hari minggu. Kenapalah mesti ada beribu orang di kompleks membeli belah. Ramai yang merayap tak beli apa pun. Aku menyampah dengan beberapa kerat manusia yang macam tak sekolah apabila pergi kompleks membeli belah.

Contoh:

1. Di tangga bergerak.
Tidak perlulah kita tulis sila berdiri di sebelah kiri supaya orang nak laju boleh jalan di sebelah kanan macam di stesen LRT (Sedangkan di stesen LRT yang bertulis itupun ramai yang rabun, buta huruf tak boleh mentafsir maksud tanda itu). Faham faham sendirilah apabila orang nak jalan laju tu, bagi sahajalah ruang. Escalator tu pun bukan mak tiri kita yang punya.

Ada pasangan-pasangan yang hangat dilamun cinta dan dilambung dosa duk berpeluk erat, kemas nak naik tangga bergerak. Macamlah kalau tak berpeluk, maka pasangannya akan jatuh tergolek dan mati semasa naik tangga. Apabila dah berpeluk erat, orang belakang yang lalu tak ada ruang, dan pasangan-pasangan ini pula bila bercinta, dunia mak tiri dia yang punya. They do not bother about other people. Bukan sahaja orang bercinta, yang bebudak sekolah yang pergi bergroup pun sama juga.

2. Troli Pasaraya
Ini aku sendiri lah yang alami. Aku baru masukkan duit dalam lubang troli tu. Nak tolak, troli aku, ada lah satu pasangan ni berdiri tepi troli duk bermanja-manja. Yang si perempuan ini sudah nampak, aku tiada ruang lain nak tolak troli tu kecuali melalui mereka (yang terang-terang menghalang jalan orang baru ambil troli) tetapi masih buta fikiran. Tak bergerak. Dekat dua minit aku duk termanggu kat situ sampai kesabaran aku nipis macam kulit bawang. Kena buka sound kuat – kuat ‘tepi sikit boleh?’ Suara pun dah nada menengking. (Aku pantang betul pergi shopping dalam ramai orang, sabar aku ada sedikit kurang la). Apabila dah kena tengking sepatah baru lah nak bergerak. Kalau orang baik-baik mintak jalan tak bergerak pun.

Adeh, ini membuatkan aku kalau rasa nak membeli belah, aku pergi hari kerja. Biar hari minggu aku sepi tak ada benda nak buat, dari aku pergi ke kompleks membeli belah nak shopping dan sudahnya aku sakit kepala akibat tengok ramai sangat orang yang tak berapa menggunakan akal di hari minggu. Mungkin otak mereka hanya guna 5 hari seminggu. Hari minggu, otak di tutup dari berfikir. Hahaha

1 comments:

Anonymous said...

my rule of thumb erisa...shopping masa time weekdays - lepas orang dapat gaji (10hb ke atas)..nescaya cuma 30% sahaja yang datang bershopping..

jangan datang time dapat gaji..cuti umum, cuti negeri, cuti sekolah dan sebagainya terutamnya Hari Raya!!

Lagi satu aku pantang orang datang shopping bawak baby siap dengan stroller (betul ke ejaan dia?)@ kerusi baby bergerak tu...dahlah bawak troli, bawak kerusi baby lagi..dia je dah consume 1/4 daripada keluasan lantai pasaraya..tu tak termasuk kalau baby tu menangis lagi..lagi bingit jadinya...

i wish i stay in the moon :)

~venomie~