Wednesday, January 30, 2008

Punyalah Ramai Artis Realiti TV

Rasa dah muak. Sampai tak kenal. Ramai betul. Dari yang berjaya popular kepada yang tak sudah sudah buat kontroversi agar dapat perhatian dan seterusnya popular. Aku agaklah, dah 200 – 300 kot artis yang lahir dari program realiti tv. Dan kebanyakan terjun lombong atau balik jual kacang selepas habis demam sesuatu realiti tv itu.

Contoh paling ketara, Akademi Fantasia. Dah nak masuk musim ke enam. Apa jadi dengan 60 peserta akademi fantasia sebelumnya? (Hasil congak 12 orang satu musim x 5 musim). Ramai ke yang berjaya menonjolkan diri? Begitu juga dengan Malaysian Idol, One in A Million, Gangstaz, Mentor, Audition, Who Will Win, Raja Lawak dan pelbagai nama lain yang kononnya memberi kuasa kepada penonton untuk memilih siapa yang menjadi pujaan hati masing-masing.

Dalam ramai-ramai bintang (ke tahi bintang) realiti TV ini, aku perasan dan perhati hanya ada tiga orang, aku ulangi EMPAT ORANG yang selepas keluar dari rancangan ini, tidak perlu menumpang nama program yang mereka sertai untuk popular dan diterima peminat

1. MAWI (tak perlu letak AF)
2. JACLYN VICTOR (tak perlu letak Malaysian Idol)
3. FAIZAL TAHIR (tak perlu letak One in a Million)
4. Rich (tak perlu letak AF sebab orang lebih kenali dia sebagai vokalis kumpulan Estranged)

Ya, ini sahaja senarai artis yang lahir dari program realiti tv yang tidak perlu kita sebut nama programnya. Yang lain, kalau kita tak panggil secara pakej dengan nama panggilan rancangannya, maka orang buat-buat blur tak kenal siapakah itu. Contohnya, pemenang akademi fantasia ke empat. Faizal. erk..faizal mana? ooo Faizal AF4. Contoh lain, Dina mana? oo Dina Malaysian Idol. Fiq mana? Fiq Mentor. Razali mana? Razali Audition. Pija mana? Pija Mentor. Sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh.

Bintang lain (tahi bintang), semuanya terpaksa berusaha gigih, Malah ada yang selepas berusaha tidak sanggup lagi terus berusaha. Contoh. Akma AF, tah ke mana hilangnya. Selain gossip cinta dengan rakan seakademi.

Akhirnya, peminat peminat artis realiti TV yang tidak termasuk dalam senarai kejayaan aku ni, jangan lah marah-marah aku pula ya. Aku cuma mengatakan apa yang aku nampak. Hihi.

Walaupun ada di antaranya yang punya suara bagus, tapi entahlah untung sabut timbul, rugi batu..tenggelam terus.

0 comments: