Thursday, January 31, 2008

Kadangkala Aku Terlupa

Betul, aku terlupa setiap kali aku membaca suratkhabar dan menonton televisyen berkenaan dengan harga minyak, Dimana pernyataannya yang kerajaan menanggung subsidi yang amat tinggi hasil kenaikan minyak.

Sungguh aku terlupa.. Apa yang aku lupa? Aku termakan dengan segala macam kata-kata yang mengatakan kerajaan akan bangkrap kalau selama-lamanya menanggung subsidi minyak.

Tiba tiba aku teringat, bukankah Malaysia sebuah negara pengeluar minyak? Kalau harga minyak makin mahal, negara akan bertambah kaya. Dengan kekayaan negara ini adalah pelik kalau dikatakan akan bangkrap lah negara jika subsidi minyak teruk meningkat. Minyak mahal = Malaysia kaya = harga minyak dalam negara makin mahal sebab kerajaan tak mampu subsidi? Apakah ini????

Hentikan slogan otak udang ‘Harga Minyak di Malaysia masih murah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain’. Nak banding dengan siapa? Singapura? Thailand? Mereka bukan pengeluar minyak. Contohi Brunei, kenapa orang kata negara mereka kaya? Sebab mereka negara pengeluar minyak. Apa bezanya Brunei sebagai pengeluar minyak dan Malaysia sebagai pengeluar minyak??

Entahlah, aku mungkin terlupa lagi.

6 comments:

sebol said...

kenaikan "subsidi di atas kertas"

zairulk@Birmingham UK said...

u ni ezza...kejap sokong govn..kejap belasah govn..anyway..baguslah kalu u dah sedar hakikat nih..mmg laa harga minyak m'sia murah..tp compare laa dgn nilai wang yg kita dapat....cth di uk..fresh graduate paling koman gaji starting 1,500 pounds..harga minyak kat sini average 1.03 pound per liter, internet + mobile + phone + cable tv..package 40 pounds..kite? Astro je dah RM80..stremyx RM80...tulah kita kat m'sia membayar harga service yg cukup tinggi! Tapi rakyat m'sia tetap mengundi kerajaan yang sama w/pun tahu harga minyak akan naik lepas election..oh malaysiaku!

ezza erisa said...

hehehe
bukan sokong bukan belasah.

inilah pemikiran orang yang tiada fahaman politik....apa yang baik dipuji...apa yang nampak tak masuk akal..dikutuk-kutuk..

itulah, betul. harga minyak murahlah sangat kunun. RM1.92 converted ke duit asing seperti USD atau Euro memanglah nampak murah dari harga minyak di negara yang dibandingkan.

Cubs selepas itu kita convertkan pula gaji purata. Frest graduate tak sampaipun USD500.Tak sampai pun Euro250.

Maka murahlah sangat harga minyak kita itu seperti dicanangkan oleh pemimpin2 yang elaun parking keretanya sahaja sudah RM5000 sebulan....

sub_zero said...

minyak dorang nak bagi naik..
gaji agak2 kalu sume org mintak naik boleh dapat x?
aku rase kalu dorang naikkn pun dlm less than rm100 jer..
naik gaji kedekut..tp naik harga laju jer..
patut naik gaji lebih 500%..
barula boleh hidup..
tgk sendiri fresh graduate kita sendiri yg baru habis blaja..
dpt gaji mula rm1500..
sewa = 500
minyak = 500
mkn = 300
kreta = 500
motor = 200
tu belum bayar kredit kad, bayar bil2, entertainment, save dlm bank, save utk kawen, beli rumah & dsb..

conclusionnye..
nak naik harga minyak kalu..
tolong naikkn standard gaji pekerja..
dah nak masuk 2020..
tapi standard gaji masih lg di takuk 1990..

amm said...

tumpang..

JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA.
MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI.
MASUK SINI:
http://www.keluartopik.com

StingRay said...

'cerdik pandai' memimpin..