Monday, January 28, 2008

Hujan, Laju dan Telefon Bimbit

Semalam, aku ke Shah Alam dan laluan utama Kuala Lumpur <--> Shah Alam seperti yang di ketahui oleh ramai orang adalah Lebuhraya Persekutuan. (selain KESAS yang tolnya adeh..boleh mencucuk jantung dan poket den).

Dalam perjalanan pulang lebih kurang pukul 8.10malam di Lebuhraya Persekutuan, hujan mula turun. Mulanya perlahan, beransur-ansur menjadi lebat. Semasa dalam peralihan dari perlahan ke lebat ini, aku masih mengekalkan berada di lorong laju. Ala...federal highway, tak pernah tak sesak!

Maka aku masih berada di lorong laju. Dan aku perhatikan adalah sebuah kereta Iswara tonggek warna oren, dalam hujan pun laju. Aku jeling sekali imbas, nampak seperti dia sedang bertelefon.

Dalam laju-laju tu, eh..ada kereta kat depan, hendak mengelak kereta depan, beliau telah cuba mencilok masuk ke lorong aku. Huh. bagai nak tergamam aku seketika, sudahlah hujan, jalannya licin, ada pula makhluk bawa kereta bagai pelagak ngeri ini. Aku hampir terbabas, adalah seinci lagi sebelum aku menghentam pembahagi jalan, Kereta belakang juga sudah membrek. Dan mungkin di ikuti oleh semua kereta-kereta lain. Ada kedengaran bunyi hon. Aku dah hangin, dia ubah laluan selepas menghimpit aku dengan penuh aksi, dia kembali ke lorongnya. Seterusnya bagi hon (mungkin angkat tangan juga, tak nampak sebab hujan).

Kesimpulannya, tolonglah, kalau dah hujan tu, perlahankanlah kenderaan anda. Kalau nak laju pun jangan menyusahkan orang lain. Hampir sahaja aku menjadi mangsa akibat kepoyoan orang lain.

Oh ending kepada cerita hampir ini, dia masuk ke lorongnya, aku memberi hon panjang seterusnya meneruskan perjalanan ke rumah dengan sedikit ayat-ayat tak berapa elok keluar dari mulut aku. Hehe.

Gambar di bawah merupakan situasi sebenar.



Posted by Picasa

0 comments: