Wednesday, January 16, 2008

Dua Kepelikan

1. Kes Pembunuhan Antatuya
Dah selesai ke? Tertangguh ke? Aku tak nampak sebarang berita mengenai sekarang di berita televisyen mahupun surat khabar. Disembunyikan? Atau memberi ruang kepada berita lain?

Selepas apa juga yang berlaku dalam tahun 2007, termasuk pembunuhan kejam arwah Nurin Jazlin, tidak dapat dinafikan pembunuhan Antatuya dan diledakkan dengan C4 adalah kes terbesar tahun 2006. Dan ianya membabitkan dua buah negara.

2. Kes Kehilangan Kanak-kanak
Sekarang Sharlini hilang. Sebelum ini Nurin. Sebelum itu Yin. Aku pelik satu perkara sahaja dari semua kes kehilangan kanak-kanak yang mendapat liputan maha meluas ini.

Memang pemberian poster itu bagus. Memang menayangkan gambarnya di kaca televisyen semasa waktu perdana itu bagus. Tetapi aku pelik, kenapa hanya gunakan satu gambar. Kalau di google ‘gambar Sharlini' contohnya, hanya ada satu gambar dia. Semasa pemberian poster pun gambar itu, semasa di buletin utama pun gambar itu.

I mean, come on... Takkan tak ada lima enam keping gambar yang boleh di siarkan bersama? Hanya untuk membuatkan orang lebih perasan. Sekeping gambar, kalau bagi kat aku....nipis betul harapan nak dikenal pasti. Kadangkala juga rupa dalam gambar tidak sepenuhnya menyerupai rupa sebenar. Ubah kedudukan muka, postur kedudukan...sudah berbeza. Alangkan arwah Nurin pun tidak dapat dikenal pasti serta merta.

3 comments:

Wawa said...

oh sebol ngan aku baru cakpa pasal gmabra nih.

dah la bagi gambar kepala budak tu senget.

bagila gambar tepi, gambar tegak.

ngok ngek tul

ezza erisa said...

mungkinkah sharlini itu herot?

aduh...bukan nya aku tak simpati tetapi...imagine...kalu kita duk cari budak herot..sekali sharlini tak herot..kita akan terlepas pandang.

faraa said...

pasal poster pun daha lama aku ngan oficemate aku komplain. daha takda gambar lain ker?? Muka senget tu payahlah org nak cam. Nak tengok poster pun kena senget kepala daaa....(termasuk lah aku)