Monday, January 07, 2008

Dairi Pertama Kereta Aku



Memula kena sengih dulu banyak-banyak kali. Aku tak biasa berdiari. Aku juga tak biasa menulis kegiatan peribadi aku di blog. Tapi ini adalah dairi kereta aku. Selalu ada pertama untuk segalanya. Pertama kali berjalan, pertama kali makan, pertama kali jatuh basikal, pertama kali jatuh cinta. Semalam aku ada satu pertama kali. Ya...pertama kali yang gabra. Hahaha. Sungguh. Ceritanya begini,

Once upon a time, sebelum nak pergi brunch, aku sempatlah konon nak singgah Giant Setiawangsa. Tetapinya disebabkan sebuah Wira yang lembab dan kemudian laju sehingga aku tak sempat nak memancung dihadapannya, aku terlepas nak masuk ke Giant.

Masa ni aku dah rasa kereta aku lain macam. Macam tersenguk-senguk. Takkan aku tak reti bawa kereta pula selepas 10tahun dapat lesen. Berhenti di lampu isyarat, hendak membuat pusingan U untuk kembali ke Giant. Sewaktu lampu bertukar hijau, aku menekan minyak, eh mati enjin kereta aku. Nasib tak ada orang di belakang.

Kemudian aku berjaya menghidupkan enjin seterusnya membuat u-turn. Eh mati lagi. Sudah, sesuatu tidak kena berlaku. Aku ke tepi. Pasang lampu kecemasan. Buka bonet. Orang yang lalu jalan tu cuma lalu sepi sahajalah. Pandang.. tapi pandang sahajalah. Biasalah. Warga Kuala Lumpur. Berhenti karang, kena samun lak. Mana tahu tektik perompak ke apa ke. Hahaha

Aku telefon kawan aku (masih sedang tidur lagi rupanya). Wahaha, tidaklah aku telefon suruh dia datang pun, hanya nak bertanya apa patut aku buat. Patutkah aku bawa kereta perlahan-lahan ke bengkel. Atau patutkah aku panggil mekanik datang? Dia suruh aku bawa perlahan-lahan. Serius, aku dah gabra. Aku tak pernah hadapi situasi sebegini sepanjang aku bawa kereta. Macam-macam aku duk terfikir. Apa yang tak kena? Aku servis kereta aku mengikut jadual. Tukar alat ganti mengikut jadual.

Sewaktu aku bawa kereta perlahan-lahan dengan lampu kecemasan menyala, aku melihat banyak kereta dah terpaksa perlahan sama di belakang aku walaupun aku dah ke tepi. Lagilah aku gabra. Dua kali gabra. 1. Aku pantang tengok kereta follow aku. Aku rasa macam diaorang tengah menyumpah aku sebab bawa kereta perlahan gila. 2 Aku tak pernah bawa kereta amat perlahan begitu. Lagilah aku gabra.

Akhirnya selepas 2-3kali enjin mati, selamat juga aku sampai di bengkel kereta berhampiran. Kawan aku cakap, mungkin penapis minyak tersumbat. ‘Memang masterpiece la agakkannya, tepat pula tu, memang dengan ini disahkan memang sebijak kancil. Hahaha!’

Maka selepas menukar penapis minyak dan spark plug (dah terbakar rupanya), dapatlah kereta aku merempit seperti biasa, tidak tersenguk-senguk macam aku baru belajar bawa kereta. Banyak nasib baik kejadian ini.

1. Berlaku pada hari minggu di kawasan persekitaran rumah. Kalau di hari kerja di tengah jem, sudah....dapat maki hamun aku nanti atau di lebuhraya. Mati aku!
2. Rupanya penapis minyak kena asyik tukar juga. Ingatkan boleh guna sampai 1tahun.
3. Nasib baik kes minor. Idak rabak poketku.

Itulah diari pertama kereta aku. Pertama kali kereta aku buat perangai. ;)


Posted by Picasa

0 comments: