Friday, January 04, 2008

CELCOM Power Icon

Menjadi tanda tanya besar kepada aku. Kenapa Power Icon CELCOM menggunakan orang luar negara? Pemain bola sepak luar negara. Pemuzik dari Indonesia. Sungguh aku tertanya-tanya. Tak adakah muka Malaysia yang boleh dijadikan Power Icon? Dulu apabila Steven Rahman datang Malaysia, maka dia pun boleh jadi Duta Celcom. Aku pun tak faham. Lima kali tak faham. (Nota: Steven Rahman adalah orang yang separuh Malaysia, yang dijemput berlakon sebagai Hang Tuah dalam Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang)

Buat menghabiskan beras sahaja. Maya Karin jadi duta Celcom itu betul. Sebab dia warga negara Malaysia, berada di Malaysia menggunakan talian telefon Malaysia. Power Icon antarabangsa dikaitkan dengan Celcom untuk apa? Takkan berada di London tetapi menggunakan talian telefon mudah alih Malaysia pula? Kalau tak silap aku, (kalau tak silapla, mungkin aku silap) Gurmit Singh pun pernah jadi model iklan Celcom. Aneh bukan? Tak ada talian telefon mudah alihkah di Singapura sehingga Gurmit Singh perlu menggunakan Celcom?

Aku tengok pembekal perkhidmatan mudah alih lain, tak ada pula ambil artis / ahli sukan dan sesiapa sahaja dari luar negara. Kerana targetnya orang Malaysia atau pekerja buruh import tetapi berada di Malaysia. DIGI dengan orang kuningnya, MAXIS..erm. entah. Aku tak berapa perasan iklan MAXIS.

Oh, aku saje je heran, sebab CELCOM sentiasa mengumumkan untung tak berapa menggalakkan. Mungkin boleh sahaja buang semua Power Icon yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu dan seterusnya mencari Power Icon dalam negara yang lebih murah dan lebih praktikal dan lebih diyakini oleh orang ramai yang Power Icon itu pengguna Celcom. Kerana selepas apa juga yang CELCOM buat, mereka membuat pengiklanan untuk menarik perhatian orang ramai menggunakan talian mereka. Tidak lebih dari itu.

Ini bukan sessi mengutuk CELCOM. Aku sendiri selain MAXIS, turut menggunakan CELCOM sebagai talian ke dua aku.

6 comments:

Metal Jawa said...

red + green = cakit mata aku

sebol said...

Celcom cuba nak jadi lebih "cool" drpd maxis, tapi tak menjadi.

Walhal, maxis dan digi tak guna sangat watak asing.

digi guna saiful apek, guna orang kuning
maxis guna mawi.

tapi maxis dan digi kelihatan lebih cool dari celcom.

kasorrga said...

hok terry & gigg tuh aku leh terima lagi... sbb 2 ekor tu mmg terer main bola... hok kump. peterpan tuh, aku xleh terima... masa pop shuvit & disagree nyanyi lagu tuh lg siokkk aku rasa...

ezza erisa said...

kayu,
itu lah pasal.
Apa lebihnya Peterpan over malaysian band? Macam Malaysia sudah tak ada artis yang hebat-hebat. Kalau pemain bola sepak logik la (itupun still doubtful) sebab pemain bola sepak Malaysia lemah lembut.

Apa bestnya Peterpan. Sudahlah sekarang ada ura-ura mereka akan berpecah. Aku rasa tahap Peterpan di Indonesia lebih kurang taraf Spider di Malaysia sahaja. Jadi...apa bestnya Peterpan sampai dijadikan Power Icon CELCOM?

Tak ada artis Malaysia dah ke yang layak jadi Music Power Icon? Adeh..sungguh...keliru

cik bintang said...

aku tau sebab ape..
1.)sebab peterpan dah sign kontrak
power icon celcom.. (XLcom di indonesia)
2.)celcom mmg suka membazir
3.)celcom sgt koya
4.)celcom x support band tempatan
5.)celcom mmg suka puclisiti murahan

ezza erisa said...

cik bintang,
ko jgn mare aku lak tau
aku tau ko peminat utama peterpan

aku pun minat jugak lagu dia

tapi nak jadikan power icon CELCOM Malaysia tu..rasanya they dun deserve it lah. Kalau nak jadi power icon kat Indonesia, lain ceritalah...

:D