Wednesday, January 02, 2008

2008: Perkara Pertama

Selepas tengok bunga ros, bunga lili dan bunga teratai pada malam tahun baru, aku sempat meninjau kesesakan jalan raya di sekitar kuala Lumpur. (Terima kasih kamera trafik DBKL!). Sungguh, sungguh dan sungguh. Sungguh apa tah! Tahun baru dimulai dengan pertunjukan bunga api yang maha cantik gemilang terbilang, sungguh menarik. Tapi rasanya pertunjukan bunga api yang sepuluh minit yang dinantikan itu, tidak berbaloi langsung dengan kesesakan lalu lintas yang terpaksa diharungi dalam perjalanan rakyat pulang. Nasib lah aku boleh melihat bunga api KLCC, tumpang tepi rumah jiran. (Tumpang tepi je..bukan masuk rumah pun).

Mari kita lihat temasya lampu brek di malam tahun baru pula ya! Inilah perkara pertama yang berlaku di malam yang sibuk nak dikira turun itu. Selepas melihat ribuan kenderaan di jalanraya sekitar Kuala Lumpur selepas pukul 12malam ini, aku langsung tidak kesal kerana tidak pergi mengira turun. Hehehe

Ada sesetengah imej yang blur, maklumlah, selepas elok habis pertunjukan bunga api, hujan pun turun di Kuala Lumpur. Aduh kuyup lah yang berbaris di pentas KLCC ya.


Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Kg Pandan
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Tun Razak di hadapan Istana Budaya
Image Hosted by ImageShack.us

Persimpangan Jalan Tun Razak Jalan Ampang
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Tun Razak Jalan U Thant
Image Hosted by ImageShack.us

Persimpangan Jalan Raja Laut / Jalan Sultan Ismail
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Pudu
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Maharajalela
Image Hosted by ImageShack.us

Ribuan Manusia menunggu untuk naik Monorail
Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

jep said...

jem betul kl... dasat... jadi jem begitu pastinya menjadi pemati klimaks untuk tahun baru... aaaaa...

Nepthys D'Arcy said...

waahhh beb! keje kat kawalan trafik ker?

ezza erisa said...

jem itu tidak mematikan klimaks tahun baru. Ia adalah satu tanda, tahun baru....kereta baru...jalan makin sesak. kkekeek..jadinya...kalau sambutan mengira turun tahun baru diakhiri dengan jem, ianya adalah latihan untuk berhadapan dengan 12bulan mendatang ;)

wakakak...aku kerja dengan department 'illegal birth control mission' di malam tahun baru...dengar kata banyak kondom dijumpai...
huh