Thursday, January 31, 2008

Kadangkala Aku Terlupa

Betul, aku terlupa setiap kali aku membaca suratkhabar dan menonton televisyen berkenaan dengan harga minyak, Dimana pernyataannya yang kerajaan menanggung subsidi yang amat tinggi hasil kenaikan minyak.

Sungguh aku terlupa.. Apa yang aku lupa? Aku termakan dengan segala macam kata-kata yang mengatakan kerajaan akan bangkrap kalau selama-lamanya menanggung subsidi minyak.

Tiba tiba aku teringat, bukankah Malaysia sebuah negara pengeluar minyak? Kalau harga minyak makin mahal, negara akan bertambah kaya. Dengan kekayaan negara ini adalah pelik kalau dikatakan akan bangkrap lah negara jika subsidi minyak teruk meningkat. Minyak mahal = Malaysia kaya = harga minyak dalam negara makin mahal sebab kerajaan tak mampu subsidi? Apakah ini????

Hentikan slogan otak udang ‘Harga Minyak di Malaysia masih murah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain’. Nak banding dengan siapa? Singapura? Thailand? Mereka bukan pengeluar minyak. Contohi Brunei, kenapa orang kata negara mereka kaya? Sebab mereka negara pengeluar minyak. Apa bezanya Brunei sebagai pengeluar minyak dan Malaysia sebagai pengeluar minyak??

Entahlah, aku mungkin terlupa lagi.

Seperti Kebiasaan

Contoh orang potong barisan kalau nak kenal. Tergedik gedik bagi signal. Macam tak tahu kalau nak buat u-turn kena gi barisan yang paling kanan. Maklumlah, barisan panjang...malas nak beratus. Langkah mudah, sampai depan, pasang signal anda. Contoh ini boleh ditiru dan boleh diguna pakai oleh semua warga Kuala Lumpur. Haha, aku pun selalu buat. Cuma kali ini aku hendak membelok ke kanan...bukan nak buat u-turn.



Ini pula namanya apabila aku ya aku obsessi susu. Hehehe



Posted by Picasa

Wednesday, January 30, 2008

Punyalah Ramai Artis Realiti TV

Rasa dah muak. Sampai tak kenal. Ramai betul. Dari yang berjaya popular kepada yang tak sudah sudah buat kontroversi agar dapat perhatian dan seterusnya popular. Aku agaklah, dah 200 – 300 kot artis yang lahir dari program realiti tv. Dan kebanyakan terjun lombong atau balik jual kacang selepas habis demam sesuatu realiti tv itu.

Contoh paling ketara, Akademi Fantasia. Dah nak masuk musim ke enam. Apa jadi dengan 60 peserta akademi fantasia sebelumnya? (Hasil congak 12 orang satu musim x 5 musim). Ramai ke yang berjaya menonjolkan diri? Begitu juga dengan Malaysian Idol, One in A Million, Gangstaz, Mentor, Audition, Who Will Win, Raja Lawak dan pelbagai nama lain yang kononnya memberi kuasa kepada penonton untuk memilih siapa yang menjadi pujaan hati masing-masing.

Dalam ramai-ramai bintang (ke tahi bintang) realiti TV ini, aku perasan dan perhati hanya ada tiga orang, aku ulangi EMPAT ORANG yang selepas keluar dari rancangan ini, tidak perlu menumpang nama program yang mereka sertai untuk popular dan diterima peminat

1. MAWI (tak perlu letak AF)
2. JACLYN VICTOR (tak perlu letak Malaysian Idol)
3. FAIZAL TAHIR (tak perlu letak One in a Million)
4. Rich (tak perlu letak AF sebab orang lebih kenali dia sebagai vokalis kumpulan Estranged)

Ya, ini sahaja senarai artis yang lahir dari program realiti tv yang tidak perlu kita sebut nama programnya. Yang lain, kalau kita tak panggil secara pakej dengan nama panggilan rancangannya, maka orang buat-buat blur tak kenal siapakah itu. Contohnya, pemenang akademi fantasia ke empat. Faizal. erk..faizal mana? ooo Faizal AF4. Contoh lain, Dina mana? oo Dina Malaysian Idol. Fiq mana? Fiq Mentor. Razali mana? Razali Audition. Pija mana? Pija Mentor. Sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh.

Bintang lain (tahi bintang), semuanya terpaksa berusaha gigih, Malah ada yang selepas berusaha tidak sanggup lagi terus berusaha. Contoh. Akma AF, tah ke mana hilangnya. Selain gossip cinta dengan rakan seakademi.

Akhirnya, peminat peminat artis realiti TV yang tidak termasuk dalam senarai kejayaan aku ni, jangan lah marah-marah aku pula ya. Aku cuma mengatakan apa yang aku nampak. Hihi.

Walaupun ada di antaranya yang punya suara bagus, tapi entahlah untung sabut timbul, rugi batu..tenggelam terus.

Monday, January 28, 2008

Hujan, Laju dan Telefon Bimbit

Semalam, aku ke Shah Alam dan laluan utama Kuala Lumpur <--> Shah Alam seperti yang di ketahui oleh ramai orang adalah Lebuhraya Persekutuan. (selain KESAS yang tolnya adeh..boleh mencucuk jantung dan poket den).

Dalam perjalanan pulang lebih kurang pukul 8.10malam di Lebuhraya Persekutuan, hujan mula turun. Mulanya perlahan, beransur-ansur menjadi lebat. Semasa dalam peralihan dari perlahan ke lebat ini, aku masih mengekalkan berada di lorong laju. Ala...federal highway, tak pernah tak sesak!

Maka aku masih berada di lorong laju. Dan aku perhatikan adalah sebuah kereta Iswara tonggek warna oren, dalam hujan pun laju. Aku jeling sekali imbas, nampak seperti dia sedang bertelefon.

Dalam laju-laju tu, eh..ada kereta kat depan, hendak mengelak kereta depan, beliau telah cuba mencilok masuk ke lorong aku. Huh. bagai nak tergamam aku seketika, sudahlah hujan, jalannya licin, ada pula makhluk bawa kereta bagai pelagak ngeri ini. Aku hampir terbabas, adalah seinci lagi sebelum aku menghentam pembahagi jalan, Kereta belakang juga sudah membrek. Dan mungkin di ikuti oleh semua kereta-kereta lain. Ada kedengaran bunyi hon. Aku dah hangin, dia ubah laluan selepas menghimpit aku dengan penuh aksi, dia kembali ke lorongnya. Seterusnya bagi hon (mungkin angkat tangan juga, tak nampak sebab hujan).

Kesimpulannya, tolonglah, kalau dah hujan tu, perlahankanlah kenderaan anda. Kalau nak laju pun jangan menyusahkan orang lain. Hampir sahaja aku menjadi mangsa akibat kepoyoan orang lain.

Oh ending kepada cerita hampir ini, dia masuk ke lorongnya, aku memberi hon panjang seterusnya meneruskan perjalanan ke rumah dengan sedikit ayat-ayat tak berapa elok keluar dari mulut aku. Hehe.

Gambar di bawah merupakan situasi sebenar.



Posted by Picasa

Smart Tunnel Projek Kebanggaan


Ya, aku mengambil masa satu tahun selepas pembukaan Smart Tunnel untuk merasa kagum. Dan kekaguman itu tidak datang dengan begitu mudah. Kekaguman itu memerlukan aku menonton saluran National Geographic. Haha.


Sebelum ini aku bukan tidak kagum, cuma kerana aku tidak mengetahui disebalik tabir, maka sungguh mudah untuk menyalahkan, serta mengutuk-mengutuk projek itu. Apatah lagi seminggu selepas pembukaan terowong untuk lalu lintas, Kuala Lumpur dilanda banjir teruk sehingga habis Jalan Tunku Abdul Rahman berendam air..begitu juga dengan Kampung Baru. Maka bertambahlah orang yang mengutuk projek Smart Turtle eh Tunnel ini.


Kesempatan menonton di sebalik tabir akan susah payahnya menghasilkan Smart Tunnel membuatkan aku bangga. Sudahlah terowong sebegitu merupakan yang pertama di dunia (berfungsi sebagai jalanraya dan jalan air), mesin gerudinya (Tunnel Boring Machines (TBM)) di bawa dari Jerman piece by piece (erk..camne nak translate ayat ini ya). Di pasang di Malaysia, kemudian apabila dah siap, mesin gerudi yang besar gebadak itu di dismantle piece by piece dan dihantar balik ke Jerman untuk berkhidmat dengan terowong lain pula. (Mungkin orang lain dah tahu apabila Terowong SMART memulakan kerjanya pada tahun 2003, tapi aku ni lambat)


Terowong SMART merupakan projek 3 lapisan. Lapisan paling bawah untuk banjir peringkat pertama. Lapisan tengah dan atas untuk kenderaan tetapi pada masa kritikal boleh ditutup untuk laluan kenderaan dan menjadi laluan air sepenuhnya.


Lampunya yang begitu kuat dan kalis arus aliran air yang deras juga mengkagumkan aku. Begitu juga dengan laluan keselamatannya. Bak kata rancangan khas mengenai Smart Tunnel di National Geographic, kemalangan dan letupan merupakan sesuatu yang paling menakutkan dan mimpi ngeri semua terowong. Dan Smart Tunnel mempunyai aspek keselamatan ini apabila setiap kilometer dilengkapi dengan pintu kecemasan. Ya, kamu mungkin tidak boleh mengheret kereta kamu keluar melalui pintu kecemasan, tetapi kamu boleh berlari menyelamatkan diri melalui pintu-pintu kecemasan ini.


Paling menarik apabila rancangan itu menunjukkan footage sewaktu air banjir menaiki lapisan ke dua dan paling atas. Laju betul air memenuhi ruang tersebut.


Tapi pelik juga. dulu-dulu tak ada Smart Tunnel, yang sesak cuma di Jalan Sungai Besi – Seremban, tapi sekarang jika Smart Tunnel di tutup selepas hujan lebat satu dua hari, sesaknya ya ampun....sampai tak terjangka ke mana sudahnya.


Sila menonton siaran ulangan Malaysia Smart Tunnel di National Geogprahic Channel (Astro Channel 553) pada 27 Januari 8 malam, dan 1 Februari pukul 4.00 petang.


Posted by Picasa

Friday, January 25, 2008

Kes Perbicaraan VK Lingam



Aku tidak minat mengikuti kes ini dari awal. Mungkin bidang-bidang kehakiman negara tak ada kaitan dengan aku (ah sudah, my low education brain is talking now). Perbicaraannya juga tidak ada menariknya pada aku. Tetapi itu mula berubah apabila aku baca dan dengar berita mengenai alasan-alasan super stupid gampang dari pihak-pihak bela diri.

Antara ayat ayat gampang pembelaan diri yang bagi aku rasa nak sepak je orang yang bagi jawapan

  1. Orang dalam video tu, macam saya, suara macam saya, gaya macam saya, tapi saya tak dapat pastikan samada dia adalah saya atau tidak. Oh please, aku tengok sekali imbas pun dah dapat cam.

  2. Saya tidak ingat saya ada buat panggilan pada malam tersebut tetapi pastinya bukan kepada Ketua Hakim negara. Oh stupid, kamu tidak ingat pun buat panggilan tetapi boleh ingat pula bukan kepada??

  3. Percutian ke New Zealand satu kebetulan. Satu kapal terbang. sama tempat pergi. Siap bergambar berpeluk-peluk, Masih mengatakan kebetulan? Oh come on.

  4. Kemudian ada pula katanya, rakaman itu dirumah, dia boleh berlagak menelefon President Bush sekali pun. Oh pertama kata tidak ingat, kemudian point lain kata boleh je buat-buat telefon. Budak umur 10tahun pun tidak berlagak menelefon kawan-kawan ohkei? Apa ke gila buat-buat menelefon? Kau bukan darjah 1.


Kalau dah bersalah, memakan diri sahaja ayat-ayat berbelit macam ular begini. Kalau dia dibebaskan dari pertuduhan maka jelaslah sistem kehakiman Malaysia memang tahap bodoh gampang apabila boleh mendengar dan mempertimbangkan pembelaan diri seperti di atas.


Oh gambar-gambar lama hasil perhimpunan para peguam di depan Palace Of Justice dan menghala ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 25 September 2007 selepas video klip ini mula mendapat perhatian di laman web popular youtube.com

Tambah maklumat, perbicaraan hari Isnin 28 Januari 2008: Lingam says his memory is fine despite having said "I DO NOT REMEMBER" 26 times during the inquiry Dah temberang, takkan nak cakap 'semua saya ingat, crystal clear lagi'






Posted by Picasa

Monday, January 21, 2008

Cuti Umum Semperna Thaipusam

Perkataan pertama masa aku tengok buletin utama semalam. Yea! Perkataan ke dua selepas Yea, ‘terima kasih Hindraf’. Haha. Gembira betul aku. Macam aku pula yang nak naik batu caves hari rabu ini tengok kavadi. Kenapa aku gembira? Kenapa aku suka hati sangat? Walhal Thaipusam tu bukan aku yang sambut pun.

1. Aku gembira sebab kesian rakan sepejabat aku yang hendak ke Batu Caves. Sampai kena minta cuti.
2. Aku trauma betul kerja di hari Thaipusam. Tiga tahun berturut-turut, aku kandas di jalan raya selama hampir 3jam akibat kenderaan yang banyak masuk nak pergi Batu Caves. Memanglah Batu Caves di Selangor, tapi Batu Caves dengan Kuala Lumpur tu sekangkang kambing sahaja. (Kalau ikut masa, dari KL dan sampai Kuantan dah tu).
3. Sehari sebelum Thaipusam pun sudah sesak teruk. Jadi kaki sudah lenguh tekan pedal clutch dan brek. Jadi sepatutnya hari Thaipusam tidak terdera lagi kaki aku. Hehe

Terharu pula aku tengok Sami Vellu teruja dengan pengumuman PM sampai terus bangun bersalam. Yang pelik, menurut kata Sami Vellu, mereka telah minta kerajaan umumkan cuti umum Thaipusam kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak tahun 1986. Perlu 22 tahun untuk buat keputusan tuh. Ada juga faedahnya HINDRAF meracau di tengah kota. Hehe

PM kata, ‘amiklah cuti Wilayah, Hari Thaipusam je Kuala Lumpur sesak teruk’ Adeh, takkan baru perasan kut? Yea yea, hari Rabu cuti. Terima kasih, terima kasih kerana tahun ini selepas tigatahun aku tidak akan lagi trauma pada hari Thaipusam!

Friday, January 18, 2008

Artis Kita Tak Tahu Malu?

Aku menjenguk blog Santeira sebentar tadi. Sudah jenuh aku dengar mengenai anak pontianak berbogel menunjukkan tits, boobs, beraksi lebih-lebih di depan kamera. Tapi hari ini baru aku ketemu dan melihat gambarnya. Wah wah wah... betullah artis-artis ni memang jenis tak tahu malu. Kalau tahu malu, nanti ada stage fright pulak. Anda boleh membaca lanjut di blog Puan Sri Santeira (hehe!). Curi satu gambar ya! Inilah namanya super impose (bak kata tuan punya badan).



Artis kita ni memang jenis tak tahu malu agaknya. Kalau tahu malu takkan ada yang bergambar begini. Koleksi peribadi itu ya.. tetapi kau tu bukan mat salleh. Kau dah kahwin ke?

Oh, begitu juga dengan peserta AF5 yang bernama Zana. Yang sekarang menjadi DJ di radio matahari. Sudahlah sewaktu di dalam AF kecoh seketika dengan gambar bogel hasil dari tangan sendiri menangkap gambar sebab begitu obses dengan badan sendiri. Kalau tahu malu, takkan selepas itu terhasil gambar yang ini pula? (PS: Gambar yang bakal dinafikan oleh tuan punya diri dan dikatakan superimpose)


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Contoh artis lain yang tidak tahu malu ialah Faizal Tahir. Pada hari yang sama melodi mengemukakan temubual mengenai dia dan pemakaian, pada malam yang sama tarikh yang sama dia buat hal.

Contoh paling menarik, Wan Nur Azlin dan video klipnya. Walaupun sudah 4-5tahun, tetapi percayalah orang takkan pernah lupa. Ada angan-angan hendak kembali ke dalam bidang lakonan. Aduh, mukanya di tapak kaki ya kak? Audien yang sama melihat video itu kini di ajak untuk menonton drama lakonannya. Mujur sahaja tidak jadi berlakon akibat penerbit tidak dapat menunjukkan surat pelepasan dari Kementerian Penerangan.

Aku terbaca alasannya, untuk menolong suami mencari rezeki. Hahahaha fakap! Pernah dengar perkataan orang jual nasi lemak tepi jalan tolong suami? Terimalah kenyataan, dunia glamour lakonan sudah dibungkus terus untuk kamu.

Artis lain yang tak tahu malu, seperti Natasha Hudson yang meniru puisi-puisi penulis terkenal dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan dengan penuh caca marba dalam bahasa Melayu, diterbitkan dan mengclaim itu adalah hasil nukilannya sendiri. Apabila sudah tersebar yang dia hanya memplagiat karya orang, eh...seboleh mungkin mahu menafikannya lagi. Memang tidak tahu malu.Cerita lanjut disini

Dengan ini Ayu turut mengatakan dia juga cukup menyampah dengan ragam artis Malaysia. Buwekkk!


Posted by Picasa

Wednesday, January 16, 2008

Sejarah Sepatutnya Menarik

Ya.. sepatutnya menarik. Tetapi sistem pendidikan Malaysia membunuh keseronokan itu!

Aku yakin purata rakyat Malaysia yang belajar di dalam sistem pendidikan Malaysia akan bersetuju dengan aku yang mengatakan sejarah adalah subjek paling membosankan, paling tidak cool, paling tidak menarik, paling dibencikan kerana perlu menghafal banyak fakta...tarikh penting dan sebagainya.

Ya....kirakan aku sekali. Aku benci sejarah. Tidak hairan apabila masa sekolah dulu, aku lebih suka subjek matematik kerana aku tidak perlu menghafal.. hanya perlu mengingati formula dan semua soalan akan nampak serupa. Yang dibedakan hanyalah nombor tetapi pengiraannya tetap sama.

Aku mula sedar menariknya sejarah apabila aku mula membaca buku-buku dan sejarah di internet mengenai kejadian 13 Mei. Kemudian aku membaca buku di luar alam persekolahan mengenai catatan kemerdekaan tanah Melayu dari British. Kemudian aku membaca pula kenapa Singapura berpisah dengan Malaysia selepas mendapat kemerdekaan dari British. Oh sungguh menarik. Sungguh mengasyikkan.

Aku mula tertanya-tanya, kenapa aku benci subjek yang begitu menarik ini di sekolah dulu? Aku tiada jawapan sehingga waktu makan tengahari semalam.

Aku berbual dengan rakan sepejabat yang berasal dari Amerika dan Australia. Ya, si Janine dari Amerika dan Meredith dari Australia. Dan Janine mula bercerita mengenai menariknya sejarah pada zaman persekolahannya. Manakala aku dan Siew Yan mula mencebik bibir sesama sendiri kerana kami, tidak merasa keseronokan itu. Kami hanya dibebankan dengan semua hafalan tarikh tarikh yang akan masuk peperiksaan.

Kemudian Janine berkata ‘oh come on guys, dun you curious how you got this delicious food and everything?’ Erm...yes we are. Tetapi sistem pendidikan Malaysia tidak berdasarkan how tetapi when and when and when again!

Kemudian Janine berkata yang sejarah merupakan subjek kegemarannya. Cikgunya menggunakan kaedah ‘storyteller’ mengenai kejadian yang berlaku. Bila itu tidak penting, yang penting jalan ceritanya.

Haha. Berbeza sungguh dengan cikgu sejarah zaman aku sekolah dulu. Cikgu sejarah aku yang seramai 5-6 itu menggunakan kaedah buka buku teks...dan cikgu akan bacakan satu perenggan demi satu perenggan. Yang bagi aku rasanya, kewujudan cikgu sejarah tidak perlu langsung. Aku sudah pandai mengeja, selayaknya aku boleh membaca buku teks itu pada masa senggangku pada bila-bila masa sahaja. Tidak perlu seorang cikgu untuk membacakan sesuatu yang aku sendiri boleh baca.

Malah peperiksaan subjek sejarah itu sendiri berbeza. Di sini setiap tarikh itu penting. Tarikh, tahun Melaka di jajah British. Soalannya sendiri berbentuk objektif. Salah tanda terus salah. Sedangkan di Amerika, soalannya berbentuk karangan. Dan bukan soalan tarikh yang menjadi titik penting ceritanya.

Patutlah sekarang aku rasa sejarah menarik kerana aku tidak perlu menghafal tarikh, aku hanya perlu mengingati apa yang berlaku. Jadi aku nak mengekalkan pendapat pertama aku, Sejarah itu Menarik, Pendidikan Malaysia Merosakkannya.

PS: Satu tarikh yang sampai sekarang aku ingat, 3 Oktober 1996. Seluruh semenanjung bergelap gulita akibat keputusan bekalan elektrik. Hehe.

Abe Kerol Aizam turut mengulas mengenai pendidikan sejarah di Malaysia di blognya.

Dua Kepelikan

1. Kes Pembunuhan Antatuya
Dah selesai ke? Tertangguh ke? Aku tak nampak sebarang berita mengenai sekarang di berita televisyen mahupun surat khabar. Disembunyikan? Atau memberi ruang kepada berita lain?

Selepas apa juga yang berlaku dalam tahun 2007, termasuk pembunuhan kejam arwah Nurin Jazlin, tidak dapat dinafikan pembunuhan Antatuya dan diledakkan dengan C4 adalah kes terbesar tahun 2006. Dan ianya membabitkan dua buah negara.

2. Kes Kehilangan Kanak-kanak
Sekarang Sharlini hilang. Sebelum ini Nurin. Sebelum itu Yin. Aku pelik satu perkara sahaja dari semua kes kehilangan kanak-kanak yang mendapat liputan maha meluas ini.

Memang pemberian poster itu bagus. Memang menayangkan gambarnya di kaca televisyen semasa waktu perdana itu bagus. Tetapi aku pelik, kenapa hanya gunakan satu gambar. Kalau di google ‘gambar Sharlini' contohnya, hanya ada satu gambar dia. Semasa pemberian poster pun gambar itu, semasa di buletin utama pun gambar itu.

I mean, come on... Takkan tak ada lima enam keping gambar yang boleh di siarkan bersama? Hanya untuk membuatkan orang lebih perasan. Sekeping gambar, kalau bagi kat aku....nipis betul harapan nak dikenal pasti. Kadangkala juga rupa dalam gambar tidak sepenuhnya menyerupai rupa sebenar. Ubah kedudukan muka, postur kedudukan...sudah berbeza. Alangkan arwah Nurin pun tidak dapat dikenal pasti serta merta.

Monday, January 14, 2008

Mencari Teman Seks di Televisyen?

Aku tak pernah chitchat di televisyen tak kiralah di TV3, NTV7, 8TV, TV9 atau @15. Kenapa? Ada tiga sebab kenapa aku tak akan dan tak akan chitchat di televisyen
1. Aku tahu Yahoo Messengger yang percuma kosnya di internet. Tak perlu membazir RM0.50 untuk setiap sms yang aku terima
2. Aku ada ramai kawan-kawan yang aku boleh sms bila-bila masa. Tak perlu untuk aku mencari teman untuk di ajak bersembang di televisyen
3. Aku tak berduit. Baiklah duit aku itu aku simpan.

Atas ke tiga-tiga sebab di atas maka aku isytiharkan aku tidak bodoh untuk menghabiskan duit aku ke atas kaca televisyen yang mudah-mudah meraih keuntungan percuma. Tetapi itu hak masing-masing, kalau anda hendak berchitchat di televisyen dari pagi ke petang, itu hak peribadi anda. Bukan duit aku yang anda gunakan. Tak begitu?

Tetapi pada malam minggu lepas, aku yang berjaga untuk menonton filem di TV3 (Late Cinema ke apa tah tajuknya). Sewaktu iklan pantaslah jari aku menukar ke saluran saluran lain. Singgah seketika di saluran 708 (8TV). Disebabkan video lagunya yang agak menarik, aku terhenti di situ. Kemudian terbaca mesej-mesej dari penchitchat di sebelah tepi. Kebanyakkannya mengadu sedang sepi. Mencari teman bersms. Mencari teman itu, mencari teman ini.

Tambah mengejutkan yang terang-terang mempromosi diri dengan cara tak senonoh. Dengan nickname yang agak double meaning, dengan ayat-ayat yang eee.... Ada moderator. Tapi aku agak moderatornya chinese, jadi dia tak faham maksud-maksud ayat BM yang agak pelik itu. Aku tengok moderatornya menjalankan tugas juga, ada nickname yang direject, dan dia juga pantas menjawab apabila ditanya soalan.

Mungkin moderator untuk ruangan chitchat TV perlu lebih peka. Namanya moderator. Oh, selalunya orang cakap 'cakap sahaja tak guna..mana buktinya' 'Cakap tanpa bukti macam menembak angin, pelurunya habis, tetapi tidak ke mana' Maka disini aku sertakan bukti. Ini adalah snapshot ayat-ayat di chitchat 8TV pada malam minggu 13 Januari 2007 melepasi pukul 1pagi.

Aku cuba tengok chitchat tv lain, TV9..senonoh. @15 senonoh. Kenapa chitchat 8TV begitu meriah dengan awek-awek dan mamat-mamat sepi mencari teman??










Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Posted by Picasa

8tv Rockin Birthday Concert



Semalam aku menonton konsert ini di 8TV. Sementelah tak ada cerita lain yang hendak ditonton, HEROES kat TV3 sudah ketinggalan zaman kerana aku sudah habis tengok musim ke dua. Nak layan CSI pun rasa malas. Dan akhirnya remote control aku berhenti di saluran 8TV.

Oh, entry ini adalah untuk memuji dan memuji dan memuji. Buat pertama kali aku rasa rugi tak pergi konsert tetapi dalam masa yang sama aku rasa...ala...pergi konsert pun nanti aku tak boleh ikut rentak orang ramai. Aku bukan jenis huha huha kat konsert. Sementelah semalam ke dua dua rakan serumah tak ada. Aku buat konsert sendiri, nyanyi sendiri ikut band kat kaca TV.

Rupanya Malaysia tak kurang bakat. Tanpa jemputan artis luar negara, konsert itu sungguh meriah. Malah tahap adrenalin pun turut meningkat dengan persembahan bertenaga dari artis-artis yang bercampur aduk. Ada dari arus perdana, ada indie band.

Kalau hendak dibandingkan dengan konsert Jom Heboh yang barisan artisnya ... alahaiii.. atau konsert Akademi Fantasia yang suara pesertanya alahai.... ini adalah konsert yang paling menarik pernah aku tengok di TV...

Ada POP Shuvit, Hujan, Meet Uncle Hussein, Bitter Sweet, Che’ Nelle (Sabahan Australian yang berjaya dapat kontrak dengan Virgin Records wow!), dan artis kelahiran program reality 8TV seperti Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan Suki.

Oh...persembahan paling tak dapat lupa:
Jaclyn Victor dengan lagu No One. Aku teringat awal-awal aku dengar Alicia Key nyanyi lagu ini, seorang kawan aku pernah cakap...’jab lagi mesti ada artis Malaysia cuba bawa lagu ini’ dan aku menjawab ‘tak mungkin boleh lawan kebestan Alicia Key’. Tapi sekarang aku tarik balik. Dia nyanyi dengan tersendiri. Ibu jari berdiri untuk Jaclyn!

Meet Uncle Hussain dengan Lagu Untukmu. Lagu ini memang dah popular tetapi melihat mereka buat persembahan walla.....aku jatuh cinta kali ke empat belas dengan lagu ini. Sungguh hebat persembahan mereka.

Hujan dengan lagu Pagi yang Gelap: ini rasanya semua penonton yang hadir nyanyi dengan mereka. Aku yang kat rumah pun turut nyanyi. Kebetulan Berita Minggu semalam ada lirik lagu mereka. Wahahaha.

Oh..Suki suck! Nyanyi lagu baru dia yang belum di releasekan dan tak pernah ada makhluk dengar dan mengharapkan penonton menyanyi dengan dia. Are you stupid girl??? Ini bukan tempat promosi album baru.

Faizal Tahir? Dua kali suck! Eeee..aku memang suka dia dulu-dulu Tapi semalam secara rasmi aku berhenti jadi peminat dia. Buat malu sahaja. Memula baling CD. Ok..boleh diterima akal lagi. Kemudian buka baju atas pentas. Dibaling jaket..kemudian baling baju...baju dalam pun baling juga. Wow...tak berbaju di atas pentas. Nak tiru Salman Khan ke? Diakhiri dengan pembukaan tali pinggang seluar. Erm...ada skru longgar ke bang dalam otak tu?

Secara keseluruhannya aku memang amat-amat puas hati dengan konsert ini. Bukan hanya artis reality tv yang mutu suaranya ala-ala alahai sahaja di beri peluang. Inilah konsert sebenar, artis yang diberi peluang di atas pentas deserved to be there!

Inilah baru namanya konsert!

Ps: Disebabkan aku tengok tracking, ramai betul yang cari perkataan Faizal Tahir buka baju..maka disini aku bagi link gambar jelas dan nyatanya. Aku bagi link je..taknak mencemarkan blog aku yang baik ini dengan gambar-gambar so called penyanyi urban. Merah kat dada dia tu..kononnya huruf S tapi dah terpadam dek peluh. Ini menandakan dia bukan tak sedar diri tengok penonton bagi reaksi sampai dia buka buka baju, ini menunjukkan dia dah rancang dari sebelum konsert. Kalau tidak, takkan sempat cat S kat dada pula. Klik disini

Posted by Picasa

Friday, January 11, 2008

Seolah Misi Mustahil

Aku jarang tertekan sebab kesesakan jalan raya. Ianya bagai sudah sebati. Malah kalau tak sesak, rasanya penuh jiwa ini dengan kehairanan yang mencengkam. Disebabkan kelalian ini maka aku boleh bertahan, belum jadi gila, boleh berada di jalan raya pada masa yang sungguh boleh mendatangkan tekanan darah tinggi dengan perasaan biasa-biasa. Tapi, kesebatian itu juga ada hadnya. Aku selalu cakap, aku boleh tahan kesesakan jalan Kuala Lumpur..tetapi kesesakan biasa. Aku belum boleh bertahan dengan kesesakan luar biasa.

Buktinya, pada hari Rabu lepas, kesesakan teruk berlaku di ibu kota disebabkan banjir akibat hujan lebat. (Apa? Banjir?? Katanya masalah banjir sudah dapat diatasi??). Yang pelik banjirnya di Lingkaran Lebuhraya ke Dua (MRR2) tetapi Jalan Mahameru pun sudah lebih teruk daripada biasa.

Aku yang memulakan perjalanan dari Jalan Bangsar (yang sedia sesak akibat orang nak masuk ke Jalan Travers dan semua kereta ngok ngek yang suka hati tiap-tiap hari parking tepi jalan), kemudian masuk ke Mahameru menuju ke Jalan Tun Razak. Sepatutnya apabila sampai ke Jalan Tun Razak selepas susur bulatan Pahang, jalan sudah lancar. Tetapi tidak. Waktu ini aku masih bertahan. Tak komen apa pun lagi.

Kemudian aku dengar radio KL, katanya ada kemalangan depan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak. Huh, dahlah hujan, banjir di MRR2 ditambah dengan kemalangan di jalan itu. Pasti meriah. Pesta lampu merah di sana sini.

Sebaik aku sampai di depan Perpustakaan Negara, aku berbelah bahagi, samada menggunakan Lebuhraya Bertingkat Ampang Ulu Kelang atau menggunakan laluan tanpa tol Jalan Semarak – Dato Keramat. Melihat di atas flyover untuk masuk ke Lebuhraya Bertingkat kereta tak bergerak-gerak, aku buat keputusan untuk menggunakan Jalan Semarak – Dato Keramat.

Ok, disinilah kemuncak aku rasa macam di tindih dengan perasaan. Otak aku sedikit lagi nak mereng. Lagi 5km ke rumah. Selalunya kalau sesak pun bermula dari depan LRT Damai. Tak adalah tekanan mental sangat, sebab hari-hari macam tu.

Cerita satu: Aku lalu Jalan Perumahan Gurney, lepas pejabat pos depan Wisma Felda dah sangkut. Huh. Jauh lagi tu. Aku cuba bertahan. Adalah dalam 20minit sebelum sampai ke simpang empat depan banglo tinggal Nurkumalasari tu. Aku buat keputusan lalu Lanai Gurney. Sebab sesak tak boleh nak squeeze masuk ke depan pun.

Cerita dua: Lalu la konon jalan apa tah. Sampai depan deretan kedai di sebelah Pangsapuri Murni, dah tak bergerak jalan. Aduh,, aku tak boleh tahan. Aku tak boleh fikir. Bersabar 10minit sampai jumpa simpang, aku belok masuk ke Jalan Ken3. Nak meredah ke Jalan Maktab. Masa nilah aku terasa.....’apalah nasib aku hari ni..dah macam misi mustahil je nak sampai ke rumah’. Semua jalan sesak, tiga kali sesat dari biasa.

Cerita tiga, aku kemudian sampai di simpang jalan Maktab dengan jalan apa tah. Depan Mindef. Aku berbelah bahagi, nak lalu wangsa maju atau Bukit Baru Keramat. Aku putuskan nak lalu Jalan Bukit Baru. Selepas sampai jalan Bukit Baru, nak keluar simpang pula satu masalah. Kiranya aku kat simpang nak masuk seberang jalan. Kereta semua berhenti akibat sesak. Aku tak boleh menyelit. Aduh....tensennnnnnnnn. Sudahnya aku buat tindakan drastik. Keluar sahaja dari simpang, aku guna arah bertentangan, jalan sampai simpang jalan besar. Fuh....aku jarang potong q. Sungguh. Sebab aku dah biasa bersabar. Tetapi aku sudah tahap kalau aku tak potong q, aku boleh rasa nak meluak-luak tah perasaan apa. Ada rasa berat kat kepala aku. Bukan marah, bengang je kot. Sebaik aku keluar ke Jalan Jelatek, perasaan bengang aku berkurangan sebab jalan dah lancar sedikit. Bolehlah nak bawa kereta pada 20km sejam.

Yang pelik, banjir kat MRR2, kemalangan kat Jalan Tun Razak, apa kena mengena dengan Dato’ Keramat dan Jelatek???

Akhirnya selepas hampir dua jam aku pendam perasaan bengang, aku sampai juga ke rumah. Cerita kartun Kitaretsu pun sudah hampir tamat. Aku terpaksa mandi lama-lama, aku terpaksa makan banyak-banyak malam tu...demi nak hilangkan perasaan bengang yang masih bersisa apabila aku teringat tentang kesesakan yang aku alami. Waktu-waktu beginilah, aku sangat-sangat berharap, aku cepat dapat kerja di kampung-kampung yang bilangan basikal melebihi bilangan tayar kereta.

Oh, Aku perlukan tips untuk lebih bersabar apabila kesesakan luar biasa yang berlaku. :D

Wednesday, January 09, 2008

Semua Orang Boleh Mengundi

Aku menerima email dari encik mayatkeras (yang masih hidup dan belum menjadi mayat, hehe) dengan tajuk ‘ Everyone Can Vote’ Dah ala-ala slogan Air Asia pula. Beliau turut membekalkan aku dengan senarai no kad pengenalan untuk di masukkan ke dalam laman web daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Email ini telah berlegar-legar di ruangan maya buat beberapa ketika.

Kita sendiri boleh melihat kepelikan pada nombor nombor ini. Selain dari 08 yang merupakan salah satu kod negeri dalam Malaysia, yang kod 75 dengan 74 tu kod negara mana? Uganda? Kerana setahu aku, untuk warganegara yang lahir di luar negara, kod nya akan menjadi 71.

Dibawah ini aku sertakan print screen sekali. Kanak-kanak (mungkin lebih sesuai kita panggil dengan panggilan yang memang glamour itu iaitu PENGUNDI HANTU) ini sudah boleh memilih kerajaan. Katanya umur kelayakan ialah 21 tahun. Apakah yang lahir tahun 1991 sudah berumur 21 tahun pada suku ketiga tahun 2007??? Sungguh sungguh sungguh, mengharukan. Sungguh mengejutkan. Dahlah tu yang umur 10tahun pun ada no kad pengenalan lama pula ke? Hebat, lebih hebat dari filem Mission Impossible. Kerana ini sudah jadi seperti filem Mission Possible.

Aku cuba lagi mencari-cari bukti. Sebagaimana diperdebatkan dengan seorang kawan yang mengatakan mungkin 99 di depan kad pengenalannya itu merupakan tahun 1899. Aku yang macam kucing mempunyai daya ingin tahu ini, menelefon ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang apabila ditanya mengatakan nenek-nenek moyang kita dulu mana ada MyKad lagi. Jadi mereka tidak ada lah kemungkinan untuk letak 99 sebagai kod utama MyKad mereka. Pulak?? Pening pula aku dengan jawapan mereka. Jadi MyKad sekarang kodnya hanya sesuai untuk digunakan selama 100tahun sahaja.

Jadi tak hairanlah kalau gegak gempita kerajaan nak mengusulkan pengerusi SPR dilanjutkan usia setahun lagi sebelum persaraan, ini rupanya yang dirahsiakan selama ini.. Maklumlah yang lahir tahun 1998 pun sudah bergelar haji. Ini adalah contoh no kad pengenalannya:

No Kad Pengenalan: 981231-08-1137 / 10 tahun?


No Kad Pengenalan: 910815-75-0017 : 17 tahun


No Kad Pengenalan: 991214-74-0101 /9 tahun

Posted by Picasa

Minyak Oh Minyak


Tiada minyak kelapa sawit. Sebaliknya di umpan dengan minyak masak berasaskan bahan lain. (PS: Rupanya ada, tapi diletakkan kat bahagian depan sedikit, di pasaraya ini cuma ada minyak masak 5kilogram dengan cap pasaraya sahaja)


Tiap-tiap tahun ada sahaja krisis yang melanda. 2006, krisis gula. 2007 krisis gula dan minyak masak. Pembukaan 2008 dengan krisis minyak pula. Apa masalah negara Malaysia ni sebenarnya? Disalahkan kepada harga murah. Ada pihak meminta kerajaan naikkan harga supaya penyeludupan berkurangan yang membawa aku ke square satu dalam masalah ini.


Pihak mana yang bodoh gampang minta kerajaan naikkan harga barang keperluan ini? Kesalahan siapa yang memaksa rakyat membayar lebih ni?
Pihak mana yang menyeludup?
Pihak mana yang mengawal sempadan sampai ianya boleh di seludup keluar?

Betul ke krisis ini berlaku kerana kekurangan bekalan? Atau sengaja di sembunyikan? Kalau penggunaannya seperti biasa, pengeluarannya juga seperti biasa, jadi bagaimana ia boleh berkurangan secara drastiknya? Bukan di satu dua tempat malah ia menjadi isu nasional apabila semua tempat kekurangan bekalan.

Rakyat Malaysia pula pantang, pantang diumumkan ada krisis bekalan. Maka berduyun-duyun membuat pembelian panik. Pantang jumpa tempat jual minyak, terus berlari pergi. Kalau kata boleh beli minyak had limit 5kilogram sekeluarga, mereka beli 20kilogram. Apabila bekalan yang sudah sedia berkurangan, ditambah dengan pembelian panik maka krisis akan makin buruk.

Kesian pula melihat makcik makcik jual goreng pisang lepak kat kedai masing-masing tidak menggoreng.

Posted by Picasa

Tuesday, January 08, 2008

How I Met Your Mother



Aku mula terpandang drama komedi ni kat Star World lima enam bulan yang lepas. Tengok episod pertama aku sudah mula rasa yang cerita ini amatlah menarik dan kelakar. Aku cuba cari maklumat di internet. Ya ya, aku sudah jatuh cinta sama siri ini.


Disebabkan aku tak ada ASTRO pada masa itu terpaksalah aku korbankan siri kegemaran aku itu tanpa berpeluang nak tengok bila rancangan itu ke udara pun. Kemudian siri ini muncul di ntv7 setiap hari jumaat pukul 11.45pm. Sungguh lewat. Tetapi demi kerana aku sudah jatuh hati, aku terpaksa la menunggunya juga.

“How I Met Your Mother” mengisahkan pasal Ted pada tahun 2030 sedang bercerita kepada anak-anaknya tentang bagaimana dia bertemu dengan ibu mereka. Tapi ceritanya sungguh-sungguh kelakar. Di temani oleh Barney yang ngok ngek, Robin broadcaster, dan kawannya yang sudah bertunang iaitu Lily dan Marshall. Barney ni memang amat-amatlah ngok ngek tahap kerapu. Kalau di telefon, dia ajak orang phone five (ala-ala high five gitu), lepas tu pakaian mesti pakai suit dan tali leher je. Nak bagi nampak smart la kononnya.

Macam-macam karenah lucu Ted dalam mencari wanita idamannya. Ramai yang berkata ini adalah siri Friends wanna be. Ya kalaupun ia Friends wanna be, ianya adalah satu siri dengan idea baru. Yang lebih mengkagumkan ianya amat popular di Amerika. Memang hampir menyaingi siri Friends dah pun.

Kat Amerika dah masuk musim ke tiga. Kat NTV7 baru musim satu. Jangan terperanjat, siap ada sebut nama Malaysia kat dalam siri nih. Hehehe

Slap Bet Episode:
Ted
: No I don’t. Robin wants this to stay a secret, its going to stay a secret.

Barney
: Ted, it’s not going to stay a secret. You seein my research I came upon a gentlemen in Malaysia who is in possession of a certain video tape. He just emailed me and it will be up andrunning on Myspace in about…right now.


Silalah menonton di NTV7 setiap Jumaat jam 11.45malam. (kekadang lambat main sebab cerita cina habis lambat). Tapi minggu lepas aku ada tengok hari Khamis pun ada.

:D
Posted by Picasa

Monday, January 07, 2008

Dairi Pertama Kereta Aku



Memula kena sengih dulu banyak-banyak kali. Aku tak biasa berdiari. Aku juga tak biasa menulis kegiatan peribadi aku di blog. Tapi ini adalah dairi kereta aku. Selalu ada pertama untuk segalanya. Pertama kali berjalan, pertama kali makan, pertama kali jatuh basikal, pertama kali jatuh cinta. Semalam aku ada satu pertama kali. Ya...pertama kali yang gabra. Hahaha. Sungguh. Ceritanya begini,

Once upon a time, sebelum nak pergi brunch, aku sempatlah konon nak singgah Giant Setiawangsa. Tetapinya disebabkan sebuah Wira yang lembab dan kemudian laju sehingga aku tak sempat nak memancung dihadapannya, aku terlepas nak masuk ke Giant.

Masa ni aku dah rasa kereta aku lain macam. Macam tersenguk-senguk. Takkan aku tak reti bawa kereta pula selepas 10tahun dapat lesen. Berhenti di lampu isyarat, hendak membuat pusingan U untuk kembali ke Giant. Sewaktu lampu bertukar hijau, aku menekan minyak, eh mati enjin kereta aku. Nasib tak ada orang di belakang.

Kemudian aku berjaya menghidupkan enjin seterusnya membuat u-turn. Eh mati lagi. Sudah, sesuatu tidak kena berlaku. Aku ke tepi. Pasang lampu kecemasan. Buka bonet. Orang yang lalu jalan tu cuma lalu sepi sahajalah. Pandang.. tapi pandang sahajalah. Biasalah. Warga Kuala Lumpur. Berhenti karang, kena samun lak. Mana tahu tektik perompak ke apa ke. Hahaha

Aku telefon kawan aku (masih sedang tidur lagi rupanya). Wahaha, tidaklah aku telefon suruh dia datang pun, hanya nak bertanya apa patut aku buat. Patutkah aku bawa kereta perlahan-lahan ke bengkel. Atau patutkah aku panggil mekanik datang? Dia suruh aku bawa perlahan-lahan. Serius, aku dah gabra. Aku tak pernah hadapi situasi sebegini sepanjang aku bawa kereta. Macam-macam aku duk terfikir. Apa yang tak kena? Aku servis kereta aku mengikut jadual. Tukar alat ganti mengikut jadual.

Sewaktu aku bawa kereta perlahan-lahan dengan lampu kecemasan menyala, aku melihat banyak kereta dah terpaksa perlahan sama di belakang aku walaupun aku dah ke tepi. Lagilah aku gabra. Dua kali gabra. 1. Aku pantang tengok kereta follow aku. Aku rasa macam diaorang tengah menyumpah aku sebab bawa kereta perlahan gila. 2 Aku tak pernah bawa kereta amat perlahan begitu. Lagilah aku gabra.

Akhirnya selepas 2-3kali enjin mati, selamat juga aku sampai di bengkel kereta berhampiran. Kawan aku cakap, mungkin penapis minyak tersumbat. ‘Memang masterpiece la agakkannya, tepat pula tu, memang dengan ini disahkan memang sebijak kancil. Hahaha!’

Maka selepas menukar penapis minyak dan spark plug (dah terbakar rupanya), dapatlah kereta aku merempit seperti biasa, tidak tersenguk-senguk macam aku baru belajar bawa kereta. Banyak nasib baik kejadian ini.

1. Berlaku pada hari minggu di kawasan persekitaran rumah. Kalau di hari kerja di tengah jem, sudah....dapat maki hamun aku nanti atau di lebuhraya. Mati aku!
2. Rupanya penapis minyak kena asyik tukar juga. Ingatkan boleh guna sampai 1tahun.
3. Nasib baik kes minor. Idak rabak poketku.

Itulah diari pertama kereta aku. Pertama kali kereta aku buat perangai. ;)


Posted by Picasa

Friday, January 04, 2008

CELCOM Power Icon

Menjadi tanda tanya besar kepada aku. Kenapa Power Icon CELCOM menggunakan orang luar negara? Pemain bola sepak luar negara. Pemuzik dari Indonesia. Sungguh aku tertanya-tanya. Tak adakah muka Malaysia yang boleh dijadikan Power Icon? Dulu apabila Steven Rahman datang Malaysia, maka dia pun boleh jadi Duta Celcom. Aku pun tak faham. Lima kali tak faham. (Nota: Steven Rahman adalah orang yang separuh Malaysia, yang dijemput berlakon sebagai Hang Tuah dalam Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang)

Buat menghabiskan beras sahaja. Maya Karin jadi duta Celcom itu betul. Sebab dia warga negara Malaysia, berada di Malaysia menggunakan talian telefon Malaysia. Power Icon antarabangsa dikaitkan dengan Celcom untuk apa? Takkan berada di London tetapi menggunakan talian telefon mudah alih Malaysia pula? Kalau tak silap aku, (kalau tak silapla, mungkin aku silap) Gurmit Singh pun pernah jadi model iklan Celcom. Aneh bukan? Tak ada talian telefon mudah alihkah di Singapura sehingga Gurmit Singh perlu menggunakan Celcom?

Aku tengok pembekal perkhidmatan mudah alih lain, tak ada pula ambil artis / ahli sukan dan sesiapa sahaja dari luar negara. Kerana targetnya orang Malaysia atau pekerja buruh import tetapi berada di Malaysia. DIGI dengan orang kuningnya, MAXIS..erm. entah. Aku tak berapa perasan iklan MAXIS.

Oh, aku saje je heran, sebab CELCOM sentiasa mengumumkan untung tak berapa menggalakkan. Mungkin boleh sahaja buang semua Power Icon yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu dan seterusnya mencari Power Icon dalam negara yang lebih murah dan lebih praktikal dan lebih diyakini oleh orang ramai yang Power Icon itu pengguna Celcom. Kerana selepas apa juga yang CELCOM buat, mereka membuat pengiklanan untuk menarik perhatian orang ramai menggunakan talian mereka. Tidak lebih dari itu.

Ini bukan sessi mengutuk CELCOM. Aku sendiri selain MAXIS, turut menggunakan CELCOM sebagai talian ke dua aku.

Rakyat Malaysia yang Tak Prihatin

Entah kenapa aku rasa dua-tiga hari ini, Malaysia suram. Walaupun pelbagai kisah dan kes di paparkan. Dari pengisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu kepada skandal seks dan rakaman video bekas Menteri Kesihatan Malaysia yang membawa kepada perletakan jawatannya. Entahlah, bagi aku semua itu tidak menarik. Cuma mungkin aku merasa sedikit kasihan kepada bekas Menteri itu kerana dia dijatuhkan dengan cara aib apabila DVD itu diberikan secara percuma sahaja.

Ramai lagi pemimpin tinggi yang berselindung disebalik ‘itu bukan saya, itu teknik fotografi’ dan sebagainya. Tetapi aku juga rasa kelakar apabila melihat kepada undian SMS di Edisi 7 pada pukul 7malam semalam. Apa yang sepatutnya ada untuk memimpin. Lebih kurang macam tu lah soalannya, dan pilihan A: Kemampuan Memimpin B: Moral. Hahahahahahahah. Patut ada C. Keduanya sekali. Kerana diantara A dan B tidak releven kalau hanya dibenarkan memilih satu.

Ok, sudah sudahlah pasal itu. Aku sebenarnya rasa menyampah kalau pergi berjalan ke kompleks membeli belah pada hari minggu. Kenapalah mesti ada beribu orang di kompleks membeli belah. Ramai yang merayap tak beli apa pun. Aku menyampah dengan beberapa kerat manusia yang macam tak sekolah apabila pergi kompleks membeli belah.

Contoh:

1. Di tangga bergerak.
Tidak perlulah kita tulis sila berdiri di sebelah kiri supaya orang nak laju boleh jalan di sebelah kanan macam di stesen LRT (Sedangkan di stesen LRT yang bertulis itupun ramai yang rabun, buta huruf tak boleh mentafsir maksud tanda itu). Faham faham sendirilah apabila orang nak jalan laju tu, bagi sahajalah ruang. Escalator tu pun bukan mak tiri kita yang punya.

Ada pasangan-pasangan yang hangat dilamun cinta dan dilambung dosa duk berpeluk erat, kemas nak naik tangga bergerak. Macamlah kalau tak berpeluk, maka pasangannya akan jatuh tergolek dan mati semasa naik tangga. Apabila dah berpeluk erat, orang belakang yang lalu tak ada ruang, dan pasangan-pasangan ini pula bila bercinta, dunia mak tiri dia yang punya. They do not bother about other people. Bukan sahaja orang bercinta, yang bebudak sekolah yang pergi bergroup pun sama juga.

2. Troli Pasaraya
Ini aku sendiri lah yang alami. Aku baru masukkan duit dalam lubang troli tu. Nak tolak, troli aku, ada lah satu pasangan ni berdiri tepi troli duk bermanja-manja. Yang si perempuan ini sudah nampak, aku tiada ruang lain nak tolak troli tu kecuali melalui mereka (yang terang-terang menghalang jalan orang baru ambil troli) tetapi masih buta fikiran. Tak bergerak. Dekat dua minit aku duk termanggu kat situ sampai kesabaran aku nipis macam kulit bawang. Kena buka sound kuat – kuat ‘tepi sikit boleh?’ Suara pun dah nada menengking. (Aku pantang betul pergi shopping dalam ramai orang, sabar aku ada sedikit kurang la). Apabila dah kena tengking sepatah baru lah nak bergerak. Kalau orang baik-baik mintak jalan tak bergerak pun.

Adeh, ini membuatkan aku kalau rasa nak membeli belah, aku pergi hari kerja. Biar hari minggu aku sepi tak ada benda nak buat, dari aku pergi ke kompleks membeli belah nak shopping dan sudahnya aku sakit kepala akibat tengok ramai sangat orang yang tak berapa menggunakan akal di hari minggu. Mungkin otak mereka hanya guna 5 hari seminggu. Hari minggu, otak di tutup dari berfikir. Hahaha

Wednesday, January 02, 2008

Azam oo azam

Mementang semua orang buat review apa yang mereka gembira dan sedih dengan apa yang berlaku dalam tahun 2007, aku masih duk terfikir-fikir. Apa pencapaian aku sepanjang tahun? Dari segi karier dan juga personal aku. Rasanya tak banyak berubah. Gaji jelah naik. Oh such a loser. Damn damn damn it!

Apabila orang tanya azam baru pun, aku tak ada idea. Aku ada perancangan lima tahun. Aku tak ada perancangan setahun. Jadi haruskah aku bagitahu yang aku tiada azam baru? Satu tahun, terlalu singkat untuk aku realisasikan apa yang aku terbayang. Kekangan kewangan sudah mestinya. Berapa sangat mampu terkumpul dalam satu tahun? RM10,000? Huh. Tak cukup..tak cukup. Jadi usahlah bertanya apa azam aku. Tunggu sahaja 2012 nanti (Kalau panjang umur, kalau tidak tak adalah azam aku). Azam oo azammm. Tahun baru ni...popular betul orang yang namanya azam. Semua orang tak berhenti menyebut-nyebut namanya.

Jadi apa 2007 bagi aku? Tahun tanpa sebarang kenangan terlampau manis dan juga kenangan terlampau pahit mungkin

Bulan Mei ayah aku kena stroke. Sebelah badan. Alhamdulillah, dari langsung tak boleh bergerak separuh badan, dia dah boleh berjalan. Buat kerja-kerja macam biasa. Hanya dalam masa 7 bulan. Kalau di tanya apa yang dilakukannya, ubat apa dimakannya, erm...banyak sekali sih. Tak larat nak senaraikan. Senaman (berhenti masa tidur sahaja), urut, mesin Ogawa, ubat-ubatan, kolam air panas, pasir pantai.. banyaklah..

Oh since sudah tahun 2008, sukalah aku menyatakan tahun ni tahun lompat, maka aku boleh sambut birthday aku yang ke udara 4 tahun sekali itu. Ya, akulah yang lahir pada tanggal 29 Februari itu. Jadi tidak hairan apabila nombor telefon bimbit aku bermula dengan 229 yang merujuk kepada February 29. Haha. Teka berapa umur saya? 32? 28? 24? 20? 16? :P tidak tidak..umur saya baru 7 tahun.

2008: Perkara Pertama

Selepas tengok bunga ros, bunga lili dan bunga teratai pada malam tahun baru, aku sempat meninjau kesesakan jalan raya di sekitar kuala Lumpur. (Terima kasih kamera trafik DBKL!). Sungguh, sungguh dan sungguh. Sungguh apa tah! Tahun baru dimulai dengan pertunjukan bunga api yang maha cantik gemilang terbilang, sungguh menarik. Tapi rasanya pertunjukan bunga api yang sepuluh minit yang dinantikan itu, tidak berbaloi langsung dengan kesesakan lalu lintas yang terpaksa diharungi dalam perjalanan rakyat pulang. Nasib lah aku boleh melihat bunga api KLCC, tumpang tepi rumah jiran. (Tumpang tepi je..bukan masuk rumah pun).

Mari kita lihat temasya lampu brek di malam tahun baru pula ya! Inilah perkara pertama yang berlaku di malam yang sibuk nak dikira turun itu. Selepas melihat ribuan kenderaan di jalanraya sekitar Kuala Lumpur selepas pukul 12malam ini, aku langsung tidak kesal kerana tidak pergi mengira turun. Hehehe

Ada sesetengah imej yang blur, maklumlah, selepas elok habis pertunjukan bunga api, hujan pun turun di Kuala Lumpur. Aduh kuyup lah yang berbaris di pentas KLCC ya.


Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Kg Pandan
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Tun Razak di hadapan Istana Budaya
Image Hosted by ImageShack.us

Persimpangan Jalan Tun Razak Jalan Ampang
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Tun Razak Jalan U Thant
Image Hosted by ImageShack.us

Persimpangan Jalan Raja Laut / Jalan Sultan Ismail
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Pudu
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan Maharajalela
Image Hosted by ImageShack.us

Ribuan Manusia menunggu untuk naik Monorail
Image Hosted by ImageShack.us