Friday, December 19, 2008

McDonald Prosperity: Siapa yang Prosperous??

Posted by Picasa


Semalam aku gatal lah nak beli Prosperity Burger ni. Beli sahajalah kat Drive Tru di Petronas Setiawangsa ala-ala nak balik ke rumah dah. Eh ada version double beef? Ini sudah bagus.

Jadi tanpa mengesyaki apa-apa, iyalah tahun lepas baru harga RM11.00 lebih. Kalau double pun takkanla mahal sangat kan? Dua tahun lepas tak sampai 10ringgit pun, aku pun gatal mulutlah order double punya set. Ha amik kau..mengada-ngada betul.

Apabila aku pandang balik skrin selepas mengesahkan pesanan, nah hamik kau. Betul betul double! RM22.95???? Gila! Kaya la McDonald macam ni. Hidangan harga macam tu, kalau makan kat kedai makan biasa, dapat lunch 3-4hari!

Prosperity betul aku. Menyesal pun iya. Tapi takkan nak undo balik kan? Kalau beli dua dah dekat harga RM50.00. Baik aku telan NANDOS kalau harga macam ni punya harga. Puas hati pun iya.

Akhir kata, dalam sibuk minyak turun harga, dan peniaga di gerai-gerai, runcit dan sebagainya diseru turunkan harga. Bila pula kita nak seru restoran makanan segera turunkan harga juga? Makin menjadi-jadi pula mereka ini.

Thursday, December 18, 2008

Adakadabra, Balik Balik Minyak!

Bosan, bosan, bosan. Tak habis-habis dua belah parti nak mainkan isu harga minyak nak menawan keluarga bahagia. Eh macam iklan Singer pula. Nak menawan hati rakyat Malaysia. Sesungguhnya aku dah bosan.

Untuk Kerajaan Malaysia (A)
Modal besar berkempen, naik satu kali je... turun 7 kali!

Banyaklah kau punya naik satu kali jer. Memanglah naik satu kali, tapi berapa peratusan kenaikan? Barang makanan naik berapa peratus sebab minyak naik 40% tu? Turun 7 kali ke...77 kali ke...bukan kau turunkan 40% sekali turun pun. Kau turunkan berperingkat juga. Dan harga barang tak susut juga. Duk banyak tu juga. Pengeluar, pembekal, pemborong dan peruncit semua beralasan harga barang mahal. Ho dulu kau kata kos pengangkutan meningkat pasal tu naikkan harga, now harga pengangkutan dah turun, alasan harga barang mahal pula. Ini dah macam teka - teki siapa wujud dulu, ayam atau telur neh.

Untuk Pembangkang (B)
Sebaik sahaja kerajaan turunkan 10sen - 20sen, ayat sama berkumandang, harga minyak boleh dikurangkan lagi. Macam minyak tu makcik sebelah rumah dia yang punya. Keluar dengan secara fakta pengiraan bagai.

Macam irama dan lagu, A turunkan 10sen, B akan kata harga boleh murah lagi. A turunkan sikit lagi, B akan boleh murah lagi.

Ya aku suka minyak 0.01sen je seliter. Bukan aku tak suka. Lagi murah lagi aku suka. Kalau percuma lagi la aku suka. TETAPI aku nampak ke dua-dua belah pihak, macam tak ada isu lain nak bercakap. Minyak, minyak, minyak. Fokuslah kepada benda yang lebih besar dari minyak. Dah RM1.80 dah.

Kalau diperhatikan, suratkhabar pun dah tak keluarkan kat muka depan berita mengenai harga minyak turun nih. Maksudnya kita ada banyak isu lain nak fokus. Kejatuhan ekonomi dunia. Kilang-kilang dah mula berhentikan pekerja. Peluang kerja makin kecil. Rang undang-undang pemilihan hakim. Isu pembinaan di kawasan berisiko tinggi. Sime Darby nak beli kepentingan IJN. Rita Rudaini menikah dengan pemain bola yang muda 10tahun dari dia. Helmet kura-kura kena ban. Manusia makin kejam, flush bayi dalam tandas. Bunuh orang sana sini. Bas tak ikut spesifikasi keselamatan dan banyak lagi.

Wednesday, December 17, 2008

Greatest Ever: Motosikal Honda Cup!

Minggu lepas melihat rencana di Discovery Channel. Berkenaan motosikal yang hebat-hebat dalam sejarah pembikinan motosikal dari tempat ke 10 hingga 1. Mengira turunlah ni kiranya.

Yang mengagumkan, di tempat 4, ada motosikal pakai enjin Jet okay? Siap ada lumba dengan jet lagi. Itu kat tempat nombor 4. Nombor dua Ducati 916. Fuh mavelous. Bila tengok juara, yea Honda Cup. Walaupun kuasa Honda Cup tak macam motosikal pakai enjin jet bila hidupkan enjin bunyi jet ho...

Betullah, Honda Cup memang benda paling hebat pernah di cipta dalam arena motosikal. Sila tengok video ni kalau tak percaya. Dan pemenangnya Honda Cawan :)



Jangan Kayuh Basikal Nak…

Disebabkan berbasikal adalah salah guna kanak-kanak (bawah umur 18tahun), maka aku telah mengambil keputusan untuk menutup kedai basikal kepunyaan aku. Habis kalau kanak-kanak tak boleh kayuh basikal, siapa nak beli basikal lagi dah? Yang umur 18 dah tentu naik motor Honda Cup paling kurang pasal dah ada lesen.

Kedai basikal aku bangkrap lepas ni, basikal merupakan pengangkutan utama budak-budak sekolah pergi sekolah. Kalau kayuh basikal pun jadi satu masalah, apa lagi yang tinggal untuk kanak-kanak berhibur. Tak laku basikal kat kedai aku.

Sejak bila kanak-kanak naik basikal perlu minta izin kerajaan? Bukankah perlu minta izin mak ayah depa je? Sejak bila pula mengayuh basikal menjadi satu kesalahan? Mereka bukan naik basikal pergi tembak orang, mereka kayuh sama-sama dengan geng depa je.

Aku cadangkan pihak berkenaan baca Convention on Rights of Child, Kemudian bicara pasal salah gunakan kanak-kanak. Pisahkan dari mak ayah ke? Adoi…pening la cik kiah.

Just wondering, kalau Jerit tak pakai kanak-kanak kayuh basikal, apa alasan untuk mensensasikan berita kayuh basikal? Apapun, kalau dah nak berkayuh sangat, apa pasal yang anjurkan tu tak kayuh sendiri? Lagi afdal.

Lurus Bendul?

Jangan saman aku ya Pierre Andre. Aku pun tak ingin bergossip pasal artis pasal nanti aku rasa blog aku jatuh kategori murahan pula. See, sekarang aku dedahkan kenapa aku tak suka bicara pasal artis kat blog aku. Pasal aku rasa bukan standard blog aku cakap pasal artis, tetapi yang ini aku bukan nak bicara pasal artis. Aku nak bicara pasal kekadang sesuatu itu lebih baik bicara dalam bahasa asing dari bahasa Melayu.

Kalau nak guna bahasa Melayu pun boleh, tetapi carilah terma yang betul. Bukan setakat terjemah secara langsung. Contoh mudah, dalam bahasa inggeris apabila disebut orientation dalam biodata ianya merujuk terus kepada seksual orang berkenaan. Kalau dikatakan straight (heterosexual) maksudnya dia tu normal, berkehendak pada kaum berlawanan. Dan tak ramai yang berani tulis sex orientation mereka, homosexual (lesbian atau gay) pun.

Dan apabila diterjemahkan straight ke dalam bahasa melayu sebagai lurus. Ianya rasa sangat kelakar. Tidak menjurus langsung kepada apa yang lurus itu. Lurus bendul ka? Bukankah lebih elok digantikan dengan perkataan normal? Atau mungkin dipadamkan terus orientation itu dari biodata kerana secara fitrahnya perempuan berkehendakkan lelaki, lelaki berhendakkan perempuan. Nak nak lagi orang Islam kita ni, pasal pasangan luar tabie tidak diterima dalam agama sekalipun.


Sumber print screen: Biodata Pierre Andre

Posted by Picasa

Tuesday, December 16, 2008

Surat Terbuka Kepada Pegawai Sistem Maklumat Jab. Imigresen

Aku ada satu soalan wahai programmer laman web Jabatan Imigresen. Pasal apa di laman web kamu tidak boleh right click? Bukankah laman web jabatan kerajaan adalah untuk rujukan? Bagi sesetengah orang yang buta ilmu IT, right click tu besar maknanya okey?

Aku kurang arif, adakah tidak membenarkan right click itu bermakna saudara / saudari programmer cuba memberitahu dunia yang 'lihatlah, aku dah pandai coding disable right click', kerana ianya cukup menyedihkan.

Adakah tidak membenarkan right click itu bermaksud pelayar tidak boleh menyalin isi kandungan di laman web imigresen? Kalau yang ni memang aku rasa sangat lawak. Semua yang ada di right click menu ada di menu atas. Copy? Paste? Select All? Source code? Kalau taknak orang copy, sepatutnya kau cari javascript yang disable drop down menu sekali.

Akhir kata, do not publish whatever document that you do not want people to have access to or copy it. Oh satu lagi, laman web organisasi kerajaan adalah untuk rujukan, bagaimana sesuatu itu dinamakan rujukan kalau kita tak dibenarkan right click untuk copy? (Although you can simply go to edit and click copy from there).

Simple said, orang yang programkan disable right click menu adalah orang yang baru jumpa javascript itu dan terasa ghairah dengan coding tak cukup bulan itu. Terima kasih.





Posted by Picasa

Monday, December 15, 2008

My New Toy - Altec Lansing MX5021 THX


Semengah tak? Edisi meriak.. hahaha. Aku berkenan dengan LG home theatre sebenarnya. Pasal dia punya design super lawa! Tapi, selepas fikir-fikir balik, seperti kata seorang kawan, beli yang murah-murah dah. Benda turun harga ni tak sesuai beli yang mahal-mahal. Termakan pula aku dengan nasihat beliau.

Jadi, inilah hasilnya. Altec Lansing MX5021 THX certified untuk televisyen aku. Bolehlah layan... Yang paling penting THX :)









Posted by Picasa

Oh Bukit Antarabangsa...

Punyalah banyak berita pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, sampai aku tidur pun mimpikan tanah runtuh. Oh bukan ini yang aku nak tuliskan.

Ceritanya bermula di pagi sabtu, dua hari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut hari raya haji yang suam-suam kuku sambutannya di ibu kota tanah air. Aku memang lambat tahu, walaupun aku tengok helikopter duk terbang turun, terbang naik di bukit berhadapan rumah aku, aku tidak tahu apa-apa sampailah menonton berita di malam hari kejadian. Sebak pun ada. Aku bayangkan kalau kejadian tersebut berlaku pada aku dan keluarga aku, mesti tangisan pilu berkumandang.

Lagilah sebak, rumah arwah kawan aku pun berada di kawasan yang sama. Perlukah aku telefon keluarganya bertanya khabar? Oh, nanti penat pula nak kenalkan diri yang aku ini kawan arwah anaknya. Tak mengapalah, aku doakan mereka semua dijauhkan dari mala petaka itu.

Okay berbalik kepada tragedi bukit antarabangsa, aku taknak tulis berkenaan bantuan, aku taknak tulis pasal penduduk yang mengamuk askar yang tak tolong penduduk. Aku nak tulis pasal tanggapan masyarakat pada penduduk yakni mangsa tragedi.

1. Padan muka, dah kaya.. nak duduk umah tinggi-tinggi atas bukit. Kan dah dapat balasan.
- What the hell????? Kalau duduk kat dalam gua pun kalau nak jadi kejadian tak diingini, jadi juga. Apa kaitan dengan kaya? Yang miskin pun kalau berada disitu kena juga. Dan siapa yang taknak duduk tempat tinggi-tinggi, nampak permandangan saujana mata memandang???? Dah orang jual, mereka mampu beli, beli sahajalah.
- Dan juga apa kenapa pula cakap pasal balasan? Pasal depa kaya? Apa kaya tu satu dosa ke?

2. Sampai mati pun pegang handphone lagi.
- Merujuk kepada yang mati kat tingkat bawah rumah yang kena langgar dek tanah runtuh tuh. Hello, orang zaman sekarang, berapa kerat tidur telefon bimbit letak kat ruang tamu macam telefon rumah. Semua orang jenis telefon bimbit letak kat tepi bantal okey. Apa salah dia pegang telefon? Apa? Apa? Apa?

3. Buat apa nak bantu, depa kan semua orang kaya
- Mentaliti zaman batu. Dah orang tengah susahkan tu... kaya tak kaya lain cerita. Tolong jelah. Hari ni musibah kena tang depa, nanti-nanti kalau kena kat kita pula? Time macam ni,...jumlah wang dalam bank ke tepikan lah dulu. Depa pun bukan nak cerita duit depa ada berkepuk-kepuk dalam bank. Mereka dah hilang rumah, hilang harta benda, hilang kereta. Tak teruk lagi ke keadaan itu?

Thursday, December 11, 2008

Mentera Beradu - Lirik Yang Menarik

Aku suka lagu ini. Lirik beginilah yang sepatutnya muncul lebih banyak dalam persada industri muzik tanahair. Menegur dalam lagu dan masih sedap didengar iramanya.





M. Nasir feat Malique - Mentera Beradu

Bismillah!

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan… Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang… bangau dah pulang… suara sumbang..

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodinya lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna….

Friday, December 05, 2008

Joke: Sempoi..

Dapat email ini dari deida. Kelakar la pula melihatnya. Betul juga kan? Kalau tulis 24jam pun kalau pintu tutup maksudnya tak buka juga. :)

Posted by Picasa

Thursday, December 04, 2008

Hang Jangan Sidai Kain Oh Key!

PUTRAJAYA 2 Dis. – Berkuat kuasa tahun depan, semua penghuni pangsapuri tidak lagi dibenarkan menyidai kain di beranda rumah bagi mengelakkan panorama yang boleh menjejaskan imej taman perumahan dan perbandaran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, garis panduan mengenainya telah diluluskan dan undang-undang mungkin dikuatkuasakan untuk bertindak ke atas mereka yang gagal mematuhi peraturan tersebut.

Sumber Utusan Malaysia 2 December 2008

----------------------------

Jadi orang KL, bersedialah untuk tidak membasuh baju???? Hahahah. Aduh, geli tali perut den dengar peraturan ini. Harap-harap pihak yang datang dengan idea ini pernah pergi melawat rumah-rumah PKNS dan DBKL ya. Pangsapuri buruk-buruk pun jangan lupa lawat (or lawak) sekali. Kebanyakan rumah tidak ada yard. Jadi sebelum kuatkuasakan peraturan tidak boleh sidai pakaian di beranda, baiklah pihak berkuasa pergi buat yard dan alatan penyidai khas di setiap apartment dan rumah di kawasan perbandaran. Which without doubt, will cost the government quite a large amount of money.

As for me, aku tak rasa terbabit dengan hal sidai kain baju ini, aku ada penyidai mudah alih yang aku memang sidai baju aku dalam rumah selepas di mesin basuhkan. Pasalnya risiko hujan, risiko kena terbang dek angin baju aku adalah tinggi. Pasal rumah aku ditingkat 14 dan aku tidak berada dirumah 24 jam sehari.

Wednesday, December 03, 2008

Berita Tak Terkejut

Tergesa-gesa nampaknya Majlis Tertinggi UMNO untuk membuang Zaid Ibrahim dari partinya. Iyalah, memang nampak macam pengkhianat, sudahlah bersuara tentang ISA yang disalahgunakan, kemudian menghadiri majlis yang diadakan parti pembangkang, sudah tentu memberikan imej yang tidak baik kepada parti UMNO. Buang sahaja, pecat sahajalah. Sudah tentu Zaid Ibrahim juga menjangkakan perkara yang sama. Siapa yang untung? Parti pembangkang juga...

Minyak turun lagi 10sen. Yea yea! Kaya...wa kaya. Seperti kata aku sebelum ini, kerosakan kesan kenaikan 78sen sudah berlaku. Ia tidak akan dapat dipulihkan. Nasi ayam yang naik harga 50sen tidak akan turun, air asam boi di pasar malam yang naik harga 20sen, tidak akan turun. Peniaga memang licik, asal ada peluang mendapatkan keuntungan, terus serkap. Walaupun dulu alasan menaikkan harga ialah sebab harga minyak mahal. Sekarang dah murah dari 28 February 2006, apa lagi alasan nak digunakan?

Kerajaan mungkin menetapkan harga minimum minyak. Heck kau. Masih dalam kajian. Dengan alasan, kalau harga minyak terus jatuh, negara akan rugi. Hahahaha. Kelakar kan? Waktu minyak menganas hampir 200USD setong, kau cakap negara akan bangkrap tanggung subsidi. Padahal minyak jadi mahal, kau untung juga. Now that minyak turun, kau cakap negara akan rugi juga.

Dalam masa yang sama radio 24 menyatakan, Petronas tidak akan rugi sebab pelaburan di luar negaranya dirancang dengan baik. Tahu dimana nak melabur. Jadi??? Bila negara akan rugi? Aku pun boleh lukis graf penururan pendapatan aku, tetapi siapa yang dapat verify? Sama macam kes minyak naik kerajaan bangkrap, minyak turun pun kerajaan bangkrap. Huh

Tuesday, December 02, 2008

Hidup Sihat, Jauhi Zina

Semalam sewaktu pulang dari kerja, aku terfollow sebuah kereta yang sticker belakangnya tertulis 'Hidup Sihat, Jauhi Zina'. Aku terkagum seketika. Tergamam pun iya. Bukan sebab aku selalu berzina, bukan juga sebab aku suka zina. Tapi alangkah bagusnya menggunakan cermin belakang kereta untuk tujuan dakwah seperti itu. Ya, dakwah ringan tetapi sekurangnya mencuba.

Lebih baik dari menampal sticker '18SX', 'Sex Trainer, First Lesson Free' dan sebagainya. Orang sekarang pun dah kurang guna perkataan zina. Kerana zina itu kotor. Zina itu buruk. Zina itu hina. Semua orang jijik apabila dengan perkataan zina.

Tetapi akibat peredaran zaman, kita selalu dengar perkataan 'aku dah main dia', 'aku open minded, boring-boring cari perempuan buat main pun sedap'. Cuba kita gantikan perkataan-perkataan ini dengan zina. 'Aku dah berzina dengan dia', 'aku open minded boring-boring cari perempuan berzina pun sedap'. Kan sangat keji bunyinya.

Al maklumlah dalam zaman sekarang ini, amatlah ramai yang terjebak nafsu. Berapa kerat lagi yang suci murni, ramai sekarang nak meniru gaya minah dan mat salleh yang tak sabar siap ada pertandingan siapa dulu yang hilang dara. Al maklum drama di TV pun tidak segan silu tunjuk adegan cium-cium, raba-raba dan sebagainya. Di internet jangan cakaplah, berlambak video lucah menunggu untuk menunjuk ajar remaja seawal usia 15tahun (mungkin lebih awal dari itu), untuk berzina. Yang lagi menyedihkan sudahlah berzina, tidak segan silu merakam dengan telefon bimbit untuk tontonan sendiri dan selepas itu pula turut dengan bangga berkata 'aku dah buat dah'.

Yang lebih menyedihkan yang dah kahwin pun kekadang berzina dengan orang lain lagi. Sedangkan kat rumah dah dapat. Apakah zina itu trend untuk menunjukkan kita dah maju. Tak zina tak amareka laaaa.

Kembalikan Kedaulatan Diraja?

Mungkin Anwar lupa kenapa "dikurangkan" kuasa diraja. Pasal tu dia nak jadi hero Sultan Melaka pula selepas jadi hero debat minyak.

PS: Pendekkan entry ni? :D

Monday, December 01, 2008

Kancil I Dah Jauh Berjalan...

Ye, meter dah selamat cecah nombor cantik. Jauh dah kereta aku berjalan. Patutlah macam-macam bunyi macam okestra ada kedengaran sekarang. Bunyi motobotlah, bunyi skru longgarlah, bunyi tikus lah. Tahan jelah telinga. Hee

Friday, November 28, 2008

54 Tahun! Padan Muka Hang!



Berjalan serentak untuk 3 pertuduhan 18 tahun setiap satu. Okaylah tu, 18tahun dalam penjara. Lepas ni bolehlah seksa tikus-tikus yang berkeliaran dalam sel. Ya tak?

Pihak pembelaan Pek Ha cakap Nirmala sakit mental? Mencederakan diri sendiri? Cuba kau rasa sendiri macammana sedapnya kena simbah air panas. Barulah bela orang cakap ada orang gila sendiri simbah air panas ke badan sendiri. Sesungguhnya aku peliklah, macammana ada orang sanggup dera-dera orang macam ni. Beberapa bulan lepas, ada seseorang yang bekerja di Pusat Pelarian Wanita memberitahu tentang pengalaman dia di sana. Ada orang gaji yang disuruh makan najis sendiri. Oh gila ke apakah itu?

Berkenaan Pek Ha pula, alasan pasal Nirmala tak pandai buat kerja, hello kalau tak pandai..ajar. Kalau tak boleh ajar juga, hantar je balik negara dia. Tak payahlah kau seterika semek tu (semek dalam bahasa pantai timur merujuk kepada perempuan, nama biasa kat pantai timur) satu badan dia just to teach her how to use iron kan?

Wednesday, November 26, 2008

Minta Maaf? Mana Boleh..Saya Tak Salah!

Saya tak sengaja memisleadkan parlimen. Kalau tak sengaja maknanya bukan salah saya. Jadi kalau dah bukan saya salah, saya tak perlulah minta maaf. - Itulah kata Nazri Aziz apabila semua ahli parlimen pembangkang minta dia minta maaf berkenaan kenyataan di parlimen tentang pemecatan hakim-hakim pada 1980-an dulu.

Ya Timbalan Speaker kata dia tidak salah. Tapi tak ada salahnya minta maaf. Aku tak salahkan anak Karpal Singh yang kecewa besar apabila Nazri Aziz enggan minta maaf. Angkuh, ego. Itu pendapat peribadi aku pada Nazri Aziz.

Sudah tentu kau salah. Kau tak buat kajian menyeluruh sebelum buat kenyataan. (Atau orang-orang pejabat kau tak buat kajian). Sudah tentu kau salah pasal baca buta-buta apa yang ditulis oleh pegawai komunikasi kau. Sudah tentu kau salah pasal kau ego banget, tak ada ruginya minta maaf.

Aku menyampah tahap gaban apabila Nazri kata, dia tak perlu minta maaf sebab dia tak salah sepertimana yang Timbalan Speaker telah tentukan.

Hari Raya ringan je mulut minta maaf, kau ada buat salah?

Contoh lain, kau bawa kereta pada kadar yang ditetapkan, tiba-tiba ada budak kecil lintas jalan. Terlanggar. Masuk hospital. Kau minta maaf juga walaupun bukan salah kau kan?

Contoh lain, kau terlanggar bahu orang di KLCC, kau blah bodo ke kau minta maaf? Walaupun kau tak sengaja? Minta maaf kan?

Secara logiknya, kau tak perlu buat salah sampai bunuh orang sebelum boleh menuturkan maaf, kau rasa orang tak puas hati dengan kau..dengan tingkah laku or kelakuan kau..just say I am sorry. Idaklah sampai koyak rabak seluar kau apabila menuturkan kata-kata tersebut. Huh!

Tuesday, November 25, 2008

Oh Datuk Shahrukh Khan ku....

Ye ye, Datuk Shahrukh Khan nak datang. Ye ye, Datuk Shahrukh Khan nak datang. Ulang lagi 1000kali.

Tak dapat datang hari penganugerahan? Tak apa. Kita tundakan hari penganugerahan. Khas untuk Datuk Shahrukh. Datang tau. Jangan tak jadi datang. Satu Malaysia dah tahu kami nak anugerahkan gelaran Datuk pada encik Shahrukh Khan ni. Kalau Datuk Shahrukh tak dapat datang, malu lah negeri Melaka. Sudahnya kontroversi kenapa Shahrukh dapat Datuk. Ini jawapanya, pasal Datuk datang menari poncho poncho dengan Juhi Chawla kat depan A Famosa. Juhi Chawla tak dapat Datuk juga? Oh tak dapat, pasal Juhi Chawla tak popular.

Hai, jangan hairan kalau lepas ni semua kerabat pembikinan filem dari seluruh dunia datang Melaka tau. Bak kata pemberi anugerah kat Melaka, satu cara mempromosi Melaka khususnya dan Malaysia amnya ke mata dunia. Semua nak dapat Datuk. Oh...applicable to lead actor je. Yang pengarah ke, penerbit ke, lead actress ke. even crook sekali pun...jangan mimpilah. Kita tak bagi.



Sumber berita:
News Strait Times
Posted by Picasa

Salahguna Harta Kerajaan

Sudahlah pakai kereta kerajaan, secara ganasnya potong barisan pula. Orang tak bagi menyelit pun, muka tepu buat bodoh. (Erk..buat ke bodoh? Haha). Ironinya, kereta ini milik Kementerian Kerja Raya. Kalau kerja raya, adakah bermakna jalan raya tu milik bapak mertua hang? Hang bukan polis, bukan tentera (kalau depa potong jalan tu bolehlah lagi dimaafkan), tak boleh menunggu macam rakyat jelata yang lain ka?

Gambar di snap pada hari Sabtu 22 Nov 2008 menghampiri jam dua petang di Jalan Ampang di simpang masuk ke Galaxy Ampang. (Bukan kerja lima hari seminggu ke? Bawa kereta bukan hak milik sendiri jalan-jalan ke apa?). Himpit baik punya. Al maklum bukan kereta sendiri, kalau calar ke, kalau berlanggar ke...bukan dalam tanggungan sendiri. I tukang bawak je you!

Faham sahajalah lampu isyarat disitu, jalan menghala masuk ke Galaxy Ampang, lampunya cepat sahaja bertukar warna merah.







Posted by Picasa

Tuesday, November 18, 2008

Muslihat PLUS Menurunkan Kadar Tol

Terpegun juga aku beberapa hari lepas apabila baca berita kat akhbar mengatakan PLUS dan kerajaan dalam perbincangan nak turunkan kadar tol. Memang adatlah kita suka dengan perkataan turun ni. Turun harga minyak, turun berat badan, turun kadar tol, turun harga makanan. Turun pangkat je yang tak berapa kita suka.

Akhirnya selepas beberapa hari orang Malaysia tunggu berita hangat ini, di tambah dengan penurunan harga petrol, maka hari ini PLUS pun umum kadar tol di lebuhraya PLUS dan ELITE turun 10%. Yea yea yea, terguling-guling pak pandir bersorak. Luncai pula sampai lemas sebab dah terjun bawa labu semasa mendengar berita ini. Kesian Pak Pandir, kesian Luncai. Kesian juga aku. Eh aku tak terlibat. Bukan aku lalu pun PLUS tu. ELITE jauh sekali.

Kadar pengurangan 10% itu hanya pada tengah malam dari jam 12malam menjelang jam 7 pagi setiap hari. Kalau hang lalu siang hari...10% pengurangan tu tak dapat. Apa? Pak Pandir dah sampai ke Baghdad mengulingkan diri? Tulah tak dengar berita sampai habis. Macammana kampung tak tergadai?

Ada kempen kata, kalau mengantuk jangan bawa kereta. Tidur dahulu, berehat tepi jalan. Kalau dah kurang 10% pada jam 12malam ke pukul 7 pagi, ramailah yang pulun bawa kereta walaupun tengah mengantuk. Macam galakkan bawa tengah malam pula kan? Nak jimat 2-3ringgit, boleh juga buat beli sebuah buku tulis untuk anak sekolah hasil jimat tol tu kan?

Antara risiko lain mengejar penjimatan 10%:

1. Tiada lampu jalan di lebuhraya. Dahlah mengantuk, mahu ada yang terbabas sebab tak nampak.

2. Sebaik keluar dari lebuhraya buatnya kereta rosak (bak kata Encik Zuhairy), dah kos nak towing kereta berkali ganda pula, al maklum waktu malam. Nak jimat 3-4ringgit tetapi????

3. Risiko kemalangan yang lebih teruk, ialah dah mengantuk. Demi membeli pembaris kepada anak-anak, sanggup nak dapatkan 10% pengurangan.

4. Pengurangan 10% tu macammana kira? Masuk lebuhraya jam 12malam, keluar sebelum pukul 7pagi? Atau masuk antara 12malam ke 7pagi tanpa kira waktu keluar? Atau waktu masuk tidak dikira, waktu keluar diantara 12malam hingga 7 pagi? Ayyak... susah susah.

Oh, lupa nak sebut, aku tak terbabit langsung dengan pengurangan ini. Wa lalu tol yg tak berapa laku jadi rasanya takkan ada pengurangan kot. Hahaha

Persembahan Graf Akhbar Tempatan Mengelirukan



Minyak turun lagi? Baguslah. Turun dari RM2.70 kepada RM2.00, not bad. Baguslah tu. Roti canai pun dah turun RM0.10 kan? Bolehlah jimat buat beli pemadam pensil anak sekolah dengan RM0.10 tuh. Yet, the damaged is unrepair. Gesalah peniaga turun harga macammana sekalipun, berapa kerat sangat nak ikut?

Oh, sebenarnya aku nak tunjuk graf akhbar gah tempatan. Sangatlah salah. Macam tak pernah belajar buat graf. Mungkin tak pergi sekolah graf kot? Terima kasih kepada encik Aloha yang memaklumkan aku akan graf mengelirukan ini. Ya sangat keliru. Bandingkan graf asal dengan graf yang aku sudah buat garisan itu.

Apa yang akhbar ini cuba sampaikan? Pada Februari 2006, harga minyak ialah pada kadar RM1.92 seliter. Tengok graf yang sama merujuk kepada tarikh hari ini iaitu pada 18 November 2008, harga minyak pada kadar RM2.00 seliter. Sila tengok pula kadar RM1.92 seliter dengar kadar RM2.40seliter. Apa ke jadahnya RM1.92 seliter itu digambarkan sama aras dengan RM2.40 seliter. Sejak bila RM2.00 seliter lebih rendah dari RM1.92 seliter????

Baru belajar buat graf? Atau semata-mata nak mengelirukan rakyat yang menampakkan setelah kenaikan minyak mendadak sehingga hampir 80sen kini ianya boleh turun menjadi RM2.00 dan lebih rendah dari kadar asal sebelum kenaikan iaitu RM1.92? mengikut graf di muka depan akhbar terkemuka ini, RM2.00 adalah lebih rendah dari RM1.88 seliter sebelum Feb 2006. Oh come on, who you try to fool?





Sumber Gambar:
Berita Harian

Monday, November 17, 2008

Nak Buat Perarakan Bogel?

Bantah kenaikan harga sewa PPR dengan perarakan bogel? Oh come on, are u really that stupid? Aku ingat kat Amerika sahaja yang ada orang berarak bogel. Aku ingat kat Amerika sahaja ada perarakan gay. Aku ingat semua benda yang membabitkan tidak pakai benang walau seurat tidak akan pernah berlaku di sebuah negara yang penduduk Islamnya melebihi 50%. Aku ingat dalam hayat aku, takkan ada ugutan macam ini berlaku di Malaysia. Aku ingat juga, hanya orang tak waras atau gila sahaja yang tak malu tunjuk anu pada khalayak ramai.

Tetapi rupanya aku silap. Rupanya ada ramai orang yang macam waras tetapi gila. Mungkin juga gila seks. Ada juga orang bodoh ugut nak buat perarakan bogel sekiranya PPR dinaikkan ke RM250 sebulan. Aku cadangkan kalau jalan juga perarakan tersebut, kita yang ramai-ramai waras dan tak gila ini, pergi tengok. Jangan lupa bawa lastik. Kita ramai-ramai pakat lastik anu-anu orang tak malu ini.

Movie Review - Quarantine



Okay, sneak preview di Galaxy Ampang. Kalau tak cakap sneak preview karang orang tak percaya lak aku dah tengok cerita ini. Al maklum ikut schedule dia akan mula tayang di pawagam pada 20 November.

Kisah berkisar kepada satu bangunan yang di kuarantin kerana dipercayai ada virus yang sangat dasyat yang mengancam keselamatan seluruh dunia sekiranya penghuni blok tersebut dapat keluar. Ada ala-ala ciri-ciri virus dalam cerita Resident Evil pula rasanya. Lebih kurang macam zombi yang menganas dan makan daging manusia.

Jalan cerita? Ok. Menariklah juga. Tapi plot sahajalah yang menarik. Dari segi lain hancus. Kalau cerita ini mendapat sambutan menggalakkan dan untung beriban pun sebab ia filem hollywood. Kalau cerita Melayu plot macam ini pun mahu aku kutuk lapan ratus kilometer.

Yang tak menarik ialah, filem ini di buat seolah-olah dokumentari seorang wartawan yang membuat rencana mengenai kehidupan ahli bomba. Bersama seorang jurugambar. Jadinya filem ini seolah-olah rakaman jurugambar yang mengikuti wartawan bekernaan dari awal sehingga akhir cerita. Visual sangatlah hampeh sebab konon visual dari kamera jurugambar yang ikut wartawan kan.. aku ingat 10minit pertama sahaja dia nak buat visual dari kamera jurugambar ikut wartawan, rupanya sampai ke sudah. Selama 1 jam 30minit mata aku terdera. Iyalah, kalau wartawan itu berlari, jurukamera berlari. Kalau jurukamera berlari, kamera pun dah jadi bergegar-gegar.

Pening kepala aku tau! Filem budget berjuta, nak buat kelainan tu boleh, tapi janganlah sampai nampak macam filem budget ciput tak sampai seribu ringgit. Aku pun boleh buat filem macam ni, beli je kamera video HD Sony tu shoot movie. Tah hapa-hapa. Oh dan ada banyak benda yang tidak kena dengan filem ini.

1. Mereka di kuarantin dan dilayan macam penjenayah. Apabila mereka cuba keluar dari bangunan, siap kena tembak dek sniper! Kejam kerajaan mereka ya?

2. Video kamera night vision bermakna video kamera tu yang boleh nampak dalam gelap. Aku pelik apabila nak sampai ending, si wartawan boleh merangkak ke arah kamera (jurukamera dah mampus dah), macam dia tahu sahaja kat mana kamera tu berada. Dalam gelap tuh! Merangkak terus ke arah kamera. Pandang tepat pada lensa pula tu!

3.. Wartawan masuk rumah penjaga bangunan cari kunci. Sudahlah gelap mengharapkan bantuan lampu video kamera sahaja, jumpa pula kunci bangunan itu. Macam tahu sahaja mana penjaga bangunan tu letak. Padahal ikut logik manalah jumpa.

4. Waktu tergesa-gesa nak buka pintu menggunakan kunci yang satu gengam itu, wartawan tersebut sangat pandai, cuba satu kunci dah boleh buka. Walaweh, segugus kunci! Dan sekali cuba boleh buka pintu, ajaib!

Pendek kata, cerita ini hampegas. Watch it if you want to feel dizzy.

Cuba - Faizal Tahir

Tetiba rasa lirik lagu ini macam ada sedikit kena mengena sahaja dengan feeling aku lately..Hahaha. Enjoy...


Friday, November 14, 2008

Rakyat Selesa...

Dalam berita Buletin Utama dua hari lepas, Najib dengan bangga berkata 'rakyat selesa walaupun kadar inflasi tahun ini meningkat', tahun depan sudah tentu kadar inflasi akan menurun. Itu kata Najib. Kata ekonomi, belum tentu aku nak pulih.

Betulkah rakyat selesa sekarang, hanya kerana roti canai turun harga RM0.10? Fikir-fikirkanlah...



Posted by Picasa

Thursday, November 13, 2008

Website KWSP Caca Marba?

Sudahlah tiba-tiba memandatorikan caruman KWSP kepada 8% yang sangat tidak patut mereka lakukan. Sepatutnya caruman kekal pada 11%, yang ingin jadikan 8% isilah borang pengurangan. Bukan sebaliknya. Oh, KWSP punya website sangatlah caca marba.

1. Aku masuk laman web KWSP. Aku click untuk baca notis pengurangan caruman. Diberitahu nak dapatkan borang, sila ke laman web kwsp.gov.my. Amatlah lawak, aku dah berada di laman web KWSP la ni, berapa kali nak pergi ke laman web KWSP? Boleh tak make our life simple? Instead of bagitahu borang tu boleh download kat KWSP website dengan link kepada www.kwsp.gov.my, linkkan sahaja kepada borang tersebut. Tidak perlulah orang nak kena menjelajah click borang sana click link ini nak dapatkan borang? Make sense?

2. KWSP ada dua versi, versi Bahasa Melayu dan versi English. Walaupun ayat-ayat dalam English, borangnya dalam Bahasa Melayu. Ya, almaklum, separa kerajaan bahasa utama ialah Bahasa Melayu. Perlu diingat, tak semua yang berada di Malaysia tahu bertutur bahasa melayu, expatriate contohnya hanya tahu perkataan 'makan, keluar' dan perkataan mudah lain. Macammana nak suruh mereka fill up form yang dalam bahasa melayu? Buat dwi bahasa tak bolehkah? Bukan apa, bila borang hanya dalam bahasa melayu, secara kadar langsung borang itu tidak difahami oleh expatriate, bila dah tak faham sudah tentulah mereka tak boleh isi. Kalau mereka tak boleh isi, maka siapa yang kena isi? Orang lain yang faham Bahasa Melayu.






Posted by Picasa

Wednesday, November 12, 2008

Harga Minimum Petrol?

Terdengar berita di radio 24 semalam, Shahrir Samad berkata adanya cadangan untuk menetapkan harga minimum petrol. Sebagai contoh, harga petrol minimum ditetapkan kepada RM1.90 seliter. Walaupun harga minyak dunia jatuh merudum dum dam dum, tidak akan ada penurunan lain. Hanya sebanyak itu sahaja.

Hehehe, waktu menaikkannya dulu tidak pula ada harga maksima ya? Waktu jatuh ini nak buat harga minimum pula. Kononnya boleh kurangkan subsidi minyak dan bolehlah duit itu disuntik kedalam ekonomi Malaysia. Oh dan rebet minyak sekali.

Apapun, ini semua bergantung kepada mesyuarat yang biasa mereka adakan seminggu sekali. Lor seminggu sekali ke? Waktu minyak turun banyak hari tu, sampai sebulan ambil masa nak buat keputusan nak turunkan harga 15sen.

Oh, kalau betul nak jimat duit subsidi minyak, kita batalkan sahaja Monsoon Cup tahun ini. Kata tak dapat untung?

Satu lagi pelan nak mengawal kemelesetan ekonomi, khas untuk golongan hawa di Malaysia, Jualan Mega yang diadakan setahun setahun sekali itu, kita buat tempohnya sehingga 6-7bulan. Ramai perempuan suka berbelanja, jadi ekonomi pasti dapat digerakkan dengan lajunya terutama sehari selepas dapat gaji.. :P

Kak Pidah, Kak Shahrizat? Apa Kes?

Kak Pidah cakap nak bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pada Kak Shahrizat pada Jun 2009. Kak Shahrizat kata ok saya terima. Kemudian Ahkak Shahrizat dapat banyak pula pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita walaupun selepas Kak Pidah cakap nak bagi jawatan itu kepada Shahrizat pada Jun. Maknanya orang nak Shahrizat bertanding lawan itu Pidah.

Pidah pula cakap pelan peralihan kekal. Dia masih nak bagi jawatan kepada Shahrizat pada bulan Jun. Tak kira berapa banyak pencalonan Shahrizat dapat. Pidah tetap nak jadi ketua untuk beberapa bulan lagi.

Apabila Shahrizat kononnya bersetuju walaupun dengan pencalonan yang begitu banyak dari akar umbi rela tak bertanding demi mengikut pelan peralihan yang diingini oleh Pidah, maka keluarlah gambar bersalaman keduanya di akhbar. Malah Rafidah Aziz berkata 'baguslah dia dapat undi, menandakan orang hendak dia jadi ketua, kalau tak ada satu undi untuk dia..risau saya..maksudnya orang tak suka kan dia'

Bagi aku pula, Rafidah Aziz tak ada hak nak buat pelan peralihan ketua wanita pada Jun. Hey dah namapun pemilihan UMNO pada bulan Mac. Nak tunggu apa lagi? Akar umbi ada hak untuk memilih ketua mereka. Kalau dah akar umbi kata nak jawatan itu dipertandingkan, go a head lah. Apa punya keras kepala Ketua Wanita UMNO ini? Orang bagi undi kepada Shahrizat itu dengan erti kata lain, menyampah kat Rafidah Aziz. Dia tu siapa nak buat pelan-pelan peralihan bagai Perdana Menteri Malaysia pula? Setakat memimpin satu cabang sahaja. Sudahlah Wanita dengan Puteri pun nak bercekau itu ini.

Oh, aku suka Shahrizat mengumumkan dia jadi nak bertanding balik jawatan itu (walaupun aku sedikit menyampah cakap berbelit-belit, kejab tak jadi menghormati pelan peralihan kuasa, kejab nak bertanding dan sebagainya). Sebabnya kalau dia tak bertanding, dia tak hormat akar umbi yang mencalonkan dia, macammana nak menjadi ketua kalau awal-awal belum jadi ketua dah keras kepala tak dengar cakap orang bawahan kan?

Monday, November 10, 2008

Sukarela atau Mandatori?

Aku dengar berita minggu lepas, Najib kata caruman KWSP boleh dikurangkan sehingga 3 persen. 8% daripada gaji. Tetapi ianya secara sukarela. Sesiapa yang hendak, boleh berbuat demikian. Sesiapa yang taknak, masih rela dipotong 11%, tidak mengapa. Tidak ada paksaan dalam mengurangkan simpanan hari tua. 3% pengurangan tersebut adalah secara sukarela, senang cakap, sesiapa yang rasa hari tua mereka terjamin dan tolong kerajaan gerakkan duit dalam ekonomi nah kurangkan. Sesiapa tak hendak, merasa takut-takut akan kesan 3% pada hari tua mereka tidak perlulah ngengada kurangkan 3%.

Beberapa hari berlalu, KWSP buat kenyataan, bermula Januari 2009, potongan KWSP adalah pada 8%. Selama dua tahun atau sehingga ekonomi dunia pulih. Sesiapa yang nak kekalkan 11%, sila muat turun borang dari laman web KWSP.

Sudah, aku pening, aku faham apa yang Najib cakap ialah 8% pada sesiapa yang nak. Sukarela. Sekarang KWSP buatkan ia seperti mandatori, 8% mandatori 11% sukarela.

Aku suka caruman aku pada kadar 11%, dan aku lebih suka tidak perlu berbuat apa-apa, tidak perlu mengisi borang walau seketul bagi mengekalkan caruman aku itu. Kerana penurunan 3% itu sukarela, aku tak sukarela. Patutnya yang sukarela itulah yang perlu isi borang, maklumkan kepada KWSP mereka nak caruman mereka dikurangkan. Kenapa pula yang hendak caruman mereka dikekalkan perlu mengisi borang? Aneh aneh.

Wednesday, November 05, 2008

MP, Hobi ke Keluar Dewan?

Sesungguhnya, aku rasa sangat tidak puas hati, bengang pun iya. Pembentangan belanjawan tambahan (entah apa nama sebutannya) yang berlangsung di Dewan Rakyat semalam oleh Najib. Apa yang aku tak puas hati?

Belum sempat perbahasan berlangsung, geng geng pembangkang keluar dewan. May I remind you, you have been selected to be in the DEWAN RAKYAT. Kalau manjang boikot keluar dewan, baik tak payah ada perwakilan.

Oh, hampir nak termuntah aku dengar Najib kata, pinjaman Valuecorp tu rendah risiko dijamin pulangan oleh kerajaan. Kalau Valuecorp tu kukuh gila, takkan buat pinjaman dari KWSP sampai 5 billion? Aku nak ambil duit KWSP buat bayar pinjaman pelajaran pun tak dapat, selamba katak Valuecorp ambil duit aku? Oh dan satu lagi, sektor kerajaan janganlah tertipu dengan pemanjangan tempoh pinjaman perumahan dan kereta itu. Itu bermakna bank untung lebih ho..

Perlukah aku turunkan simpanan KWSP aku kepada 8%? Bukan apa, nak masukkan senang, nak keluarkan kena tunggu tua melanguk. Dan nanti duit aku dalam tu senang-senang orang lain pinjam berbillion-billion. Erm mungkin tak payah, almaklum "DIJAMIN KERAJAAN". Kalau kerajaan tak ada duit, sapa jamin kerajaan ya?

Tuesday, November 04, 2008

Abby, Semoga Tabah

Aku tak selalu menulis pasal gossip, aku rasa sangat murahan kalau menulis gossip. Seolah nak lawan majalah kolam renang Mangga dan sebagainya. Aku tidak rela blog aku jadi tempat gossip mengossip. Aku ada pendirian peribadi kepada bahan gossip. :)

Tetapi menonton
Melodi di Ahad lepas, melihat Abby Abadi menangis membuatkan aku rasa sangat lah syahdu.

Tergamak Norman Hakim buat Abby macam tu. Apa lagi yang dikau cari? Isteri yang lawa? Abby tu tak lawa ke? Aku boleh nampak rajukan dan derita Abby yang sangat dalam. Dia nampak macam sangat memendam perasaan. Kalau Norman dah nak jadi lelaki muda balik, nak ngorat anak-anak dara lain, pergi sahajalah. Aku yakin wanita secantik dan setabah Abby akan dapat penganti, insyaALLAH yang lebih baik dari Norman.

Apa kaedahnya isteri baru bersalin, tapi sang suami sibuk berasmaradana dengan perempuan lain, siap tak hubungi isteri langsung? Memang padan sangatlah kena tangkap basah. Itupun nak menafikan lagi. Eh eh, tak dernya Jabatan Agama nak serbu bodoh-bodoh je, kurang-kurang depa dah siasat. Ingat kalau keluar Melodi cakap belit-belit sikit ada orang nak percaya? Sambil cakap sengih-sengih pula tu.

Ramai orang lebih kesian pada Abby, beliau pada awal interview cuba menunjukkan yang dia kuat, tidak terjejas dengan apa yang berlaku tapi akhirnya tewas dengan perasaan. Menangis juga. :(

Sabarlah Abby, semoga kebahagiaan menjadi milikmu. Norman nak ngorat dengan Memey ke Momok ke lantak lah. Poyo je.

Bila Aku kata Busy, Maknanya Busy

Aku tak faham apabila aku cakap aku 'busy', ada orang tak percaya. Ada orang ingat aku saje buat alasan semata-mata taknak jumpa atau alasan mengelakkan diri.

The truth is, sesiapa yang duk serumah dengan aku sahaja nampak, aku turun pukul 7 pagi, sampai rumah pukul 8malam setiap hari. Kalau aku cakap aku busy, tak caya juga, sila datang duduk serumah dengan aku. Maka tahulah rutin hari bekerja aku. Sudahlah di pejabat aku pun tak ada masa nak berdendang riang ria. Makan tengahari pun tak sampai setengah jam.

Jadi jangan nak jadi judgemental. Just because I said "No, I am too busy" atau "No, I do not have time for that" does not mean aku kecil hati, berulam jantung dengan anda, aku hanya sangat sibuk menjalani rutin harian aku. Contohnya minggu ini, aku terpaksa cakap 'tidak' kepada seorang client personal aku di Pantai Panorama Kondominium untuk baiki PC dia sebab aku sangat busy. Aku rasa hanya orang-orang sepejabat dengan aku sahaja yang faham, bagaimana hecticnya bekerja di pejabat aku. Minggu depan ada meeting di Cape Town Africa Selatan, dan guess one, aku terlibat dalam persiapan materials as always. Hari Raya Haji bulan depan ada meeting di Kuala Lumpur ada meeting lagi. Aku juga yang terlibat. Dan lagi, apabila aku cakap meeting, anda jangan nampak meeting tu masuk pukul 9 balik pukul 5. Meeting bagi event organiser macam pejabat aku ni, meeting bermaksud mula kerja pukul 7pagi balik kul 10-11 malam.

We are handling international meeting, of course commitment pun tahap international. Nak caya sudah, taknak tak apa. Bukan ada faedahnya aku nak menipu aku busy.

Entry tension orang tak percaya aku busy!

PS: Ampunkan percampuran bahasa melayu dan english aku.

Friday, October 31, 2008

Minyak Turun, Razak Bebas!

Ho, bagus bagus..ke dua-dua perkara aku suka. Satunya harga minyak turun. Sekarang sudah jadi RM2.15. Saya suka, walaupun kesan kenaikan 78sen tidak akan dapat diUNDO kan lagi. Harga barang tidak akan turun sewenang-wenangnya.

Dan hari ini juga, keputusan pada kes berprofil tinggi dibacakan. Seperti yang sedia maklum, Razak Baginda sudah dibebaskan. Baguslah, tak baik penjarakan orang yang tidak bersalah atau bukan pesalah utama atau perancang kejadian kan?

Tapi bila orang yang betul-betul bersalah nak muncul? Kesian Antatuya masih dibom, kesian juga trauma keluarga mereka.

TNB ni, Penat Nak Faham



Cik Kiah: Aduhai, harga minyak naik lagi, TNB pun nak naikkan tarif juga. Mati kebulur la anak kucing cik kiah, dahlah makan makanan mahal, cik kiah pula dah tak mampu sebab banyak kena belanja untuk makanan cik kiah sendiri.

Encik Seman: Saya baca dalam surat khabar, katanya TNB nak naikkan tarif sebab harga minyak dah naik, mereka kata kalau macam sekarang lagi tarifnya..rugilah mereka. Mereka pun taknak naikkan tarif tapi tulah, harga minyak dah mahal. Mereka "terpaksa".

Cik Gayah: Itulah, saya pun ada baca, minyak naik macam-macam naik. Bil elektrik rumah pun dah meningkat, dulu RM20.00 lebih sebulan, sekarang dah naik jadi RM65.00 lebih! Macammana dalam belanjawan kata yang kurang RM20.00 bil sebulan boleh dapat percuma eletrik sedangkan tarif dah naik?

Tuan Hasan: Tarif naik sebab minyak mahal. Nak tak hendak kena telan juga.

Cik Kiah: Tapi tuan-tuan, kenapa bila minyak dah turun sekarang ni, keluar pula kenyataan TNB tak pakai minyak? Terasa ditipu bulat-bulat, petak-petak dan segi tiga saja cik kiah rasa.


Orang-orang besar dan ada pengaruh dan power memang suka cakap belit-belitlah. Contoh ayat berbelit:

Sebelum pilihanraya: Tidak perlu naikkan harga minyak, sebab minyak mahal, Petronas dapat untung banyak. Kerajaan dapat banyak keuntungan juga.

Selepas pilihanraya: Tidak mampu lagi nak tanggung subsidi

Apabila harga minyak dunia turun:
Alasan untuk tidak menurunkan harga minyak Malaysia:
1. Matawang kita lemah
2. Petronas untung sedikit sahaja sebab harga minyak dunia jatuh, kerajaan tak ada untung
3. Kena mesyuarat kabinet dulu, baru boleh cakap.
4. Paklah yang kena umumkan, Shahrir Samad tak ada kuasa. Ayya!

Thursday, October 30, 2008

Memperbaharui Cukai Jalan Online

Masih ingat tak entry aku mempamerkan yang kita boleh membayar cukai jalan online pada April lepas. Linknya disini

Apabila melihat Maya Karin memjadi model MY E.G Services di kaca televisyen, aku agak kagum. Iyalah, artis tu jadi spoke person. Syarikat baru pula tuh. Kemudian, disebabkan roadtax aku akan mati pada bulan depan iaitu pada 20 November, maka macam biasalah, 30 hari sebelum aku dah sibuk-sibuk nak memperbaharuinya. Sementara duit gaji masih belum susut sepenuhnya.

Surat pemberitahuan oleh syarikat insuran sudah lama sampai. (Awal gile!) Jadi, aku sudah tahu berapa sepatutnya jumlah wang yang perlu disediakan. Aku teringatkan iklan Maya Karin pakai baju merah untuk My EG Services. Aku browse laman webnya.

Seterusnya mendapatkan nombor telefon dan membuat panggilan ke My EG Services. Pada hari yang sama aku dapat quotation harga. Disebabkan aku telefon ke My EG pada jam 5.50petang, dan mendapat sebut harga pada pukul 6.00 petang. Aku malas nak ambil tindakan lanjut.

Selasa, selepas pulang dari cuti Deepavali, aku dapat panggilan pada jam 9 pagi lebih sedikit, aku buka email aku dan seterusnya ke bahagian bayaran, terus ke maybank2u option seterusnya buat bayaran. Print screen resit yang dipaparkan, email kan balik kepada MY EG.

Seketika kemudian sudah dapat panggilan dari MY EG. Yang lebih menarik rebet minyak aku juga ada pilihan untuk dibank kan terus ke dalam akaun simpanan bank aku. Tidak perlu beratur di pejabat pos untuk menuntutnya.

Oh perlukah aku cakap, aku mendapat courier dari MY EG sehari selepasnya? Siap penghantaraan percuma lagi, Oh, ada diskaun RM6.00 tu. Jadi kiranya, aku puas hati dengan perkhidmatan MY EG Services untuk pembaharuan insuran dan cukai jalan kereta aku. :)

PS: Aku up entry ini sebab ada orang cakap, aku sentiasa ada menda nak komplain, nak kutuk nak itu nak ini. Ini ha aku nak cakap aku puas hati sampai up entry nih

Wednesday, October 29, 2008

Edisi Tak Ada Arah Tujuan


Saje je nak riak, boleh side parking di tempat yang sempit. Kancil Rocks! Ahaks.



Ini pula edisi mengkagumi kereta di belakang aku. Satria berwarna Honda Spoon. Hohoho

Posted by Picasa


Sunday, October 26, 2008

Matinya Menunggu Ambulan

Beberapa minggu lepas, aku menonton wayang filem melayu bertajuk Kami (sepertimana yang telah aku review sebelum ini). Ketika Abu ditikam, sewaktu kawan-kawannya berteriak agar di telefonkan ambulan, Abu yang sedang nazak berdialog 'Jangan telefon ambulan, aku nak naik kereta Ali, AMBULAN LAMBAT'. Kebanyakan yang berada dalam panggung tergelak, tergelak sebab dalam nazak-nazak si Abu sempat lagi dia buat permintaan.

Beberapa hari lepas, dalam berita utama di waktu perdana di TV3, menyiarkan kisah seorang lelaki penunggang motor, terbaring di atas jalan sehingga satu jam setengah dan sehingga meninggal, tapi ambulan yang di panggil tidak kunjung tiba. Nah, nampak kaitannya? Filem melayu cuba menyindir realiti Malaysia, tapi tak ada ramai pun pergi tengok. Yang pergi tengok pun tergelak-gelak sebab tak pernah telefon ambulan, tidak tahu realiti ambulan bagaimana. Paling kuat, di tengah bandar Kuala Lumpur ini, setiap kali siren berbunyi, kami pemandu-pemandu kereta akan cuba memberi kerjasama dengan mengalihkan kereta agar tidak menganggu perjalanan sesebuah ambulan.

Menyedihkan lagi, dalam berita tersebut, kamera memang fokuskan rupa lelaki itu yang sedang nazak, menunggu ambulan sehingga ke akhir hayatnya. Kalaulah ambulan datang tepat pada masanya, mungkin lelaki itu masih hidup, masih boleh berjumpa rakan-rakan, sanak saudara, anak-anak, cucu-cucu dan sebagainya.

Lebih menyakitkan hati, selepas lima minit lelaki itu meninggal dunia, maka datanglah bukan sebuah tetapi tiga buah ambulan untuk mengambil lelaki itu ke hospital. Ambulan JPA memberi alasan ada kemalangan lain yang perlu mereka tangani. Lagi dua ambulan itu, apa alasan mereka? Bukankah talian 999 itu untuk kecemasan dan sepatutnya berpusat? Kalau satu ambulan sibuk, apa guna ambulan yang lain?

Nah, jadi betullah kata Abu, ambulan lambat!

Thursday, October 23, 2008

Di Mana RM1.92 ku?



Minyak dah turun banyak ni, mana janji encik Shahrir Samad, nak turunkan harga minyak sebelum kenaikan 70sen jika harga minyak turun melepasi USD70 setong? Bukan apa, takut pula kalau Encik Shahrir Samad dan Encik Najib guna alasan harga ringgit tidak menentu, atau ekonomi tidak menentu untuk tidak menurunkan harga minyak.

Nak saya ingatkan di sini, ringgit telah diapungkan selama hampir 8 tahun pada harga 1USD bersamaan RM3.80. Boleh sahaja kita dapat harga kurang dari RM2.00 seliter. Jangan kata nilai matawang tak menentu. Orang suruh tambat balik tak hendak pulak dia.

Kami mahu harga murah untuk minyak!
Kami mahu harga murah untuk minyak!
Kami mahu harga murah untuk minyak!

Wednesday, October 22, 2008

Hebatnya DBKL Cari Duit...



Semua orang yang berada dalam wilayah Kuala Lumpur, terutama yang mempunyai kenderaan pastinya tidak lepas dari merasa sakit hati dan geram kepada DBKL. Manakan tidak, saman dari RM30 meningkat kepada 233%. RM100! Harga minyak naik 70sen pun sudah bising satu Malaysia, tetapi apabila DBKL sewenang-wenang menaikkan harga saman kesalahan letak kereta sampai begitu tinggi, seorang pun tak kisah.

Yang paling menyakitkan hati ialah, saman meningkat, tempat letak kereta tidak bertambah walau sepetak pun. Sudahlah hanya pandai menyaman, tidak pandai menyediakan kawasan letak kereta. Contoh paling nyata di Jalan Riong, Bangsar ini, wah saman hari-hari, aku tak nampak ada satu pun kawasan letak kereta yang betul-betul tulis 'P', ikut arah ini', Kalau sudah tidak ada tempat letak kereta, sudah pasti lah orang pun terpaksa meletak juga kereta mereka di tempat yang kena saman. Kalau dah terpaksa letak kereta begitu, kayalah DBKL. Hari-hari datang menyaman.

Oh, satu lagi yang tidak cerdik berkenaan pengurusan bayaran tempat letak kereta DBKL. Sungguh tidak bijak. Hendak tiru MPAJ? Hendak tiru Petaling Jaya? Boleh, tiru sahajalah, tapi kita ada word improvise. Pertingkatkan. Jangan beli mesin sebijik sebijun sama. Saman berjuta, mesin canggih sikit boleh tak?

Kelemahan mesin DBKL (konon baru, tapi lemah buat apa)

1. Bayaran minimum 50sen = 1 jam. Bagaimana kalau orang singgah nak minum air di restoren dan hanya mengambil masa 20minit? Bayaran berdasarkan waktu sebenar RM0.10 = 12minit. Untuk 20minit, bayaran sepatutnya hanya RM0.20. Kenapa mesti ada minimum?

2. Bayaran maksimum untuk 3 jam bersamaan RM1.50. Sangatlah tidak pandai. Bagi yang bekerja, pukul 8 pagi sampai sudah bayar RM1.50. Dapatlah sehingga pukul 11pagi. Turun lagi, bayar lagi RM1.50 dapat lah sehingga 2petang. Pukul 2 petang, turun lagi dan bayar lagi RM1.50 untuk sehingga 5 petang. Sehari 2 kali turun hanya untuk bayar bayaran tempat letak kereta? Kalau kerja main-main bolehlah, kalau kerja seperti aku yang kadangkala nak pergi tandas pun tak sempat nak bergerak dari meja kerja, bagaimana? Tak bayar karang, dapat saman RM100.00 pula! Tak boleh ke DBKL set up mesin tu, maksimum masanya lapan jam ke? 7 jam ke?

Nanti mereka jawab, berbahaya kepada kereta sebab orang tahu tuan kereta takkan menghampiri kereta dalam masa yang lama jadi pencuri akan dapat mencuri dengan sewenang-wenangnya. Ya aku jawab balik, sekurang-kurangnya ada option. Selebihnya terletak kepada kebijaksanaan tuan punya kenderaan. Apa beza lapan jam maksimum dan tiga jam? Pencuri tidak memerlukan setengah hari bekerja pun untuk mencuri barangan dalam sesebuah kereta.

Bagi aku, maksimum masa tiga jam hanya untuk menguntungkan DBKL semata-mata. Habis tempoh masa, tada, boleh saman RM100.00. Tiada agenda lain!

3. Yang paling bodoh antara semua ialah mesin bayaran tempat letak kereta hanya menerima syiling. Apa? Ulang sekali lagi? Syiling??? Ya syiling. Bayangkan kalau sehari aku perlu sediakan sekurang-kurangnya RM4.00 syiling, seminggu dah berapa? RM20.00 syiling? Sebulan? RM80.00 duit syiling. Ingat pakcik aku jual aiskrim ke? Mudah-mudah dapat syiling?

Sepertimana bodohnya LRT Putra punya mesin jual automatik kerana hanya menerima sekeping pertama wang kertas dan seterusnya semuanya duit syiling, itulah juga perasaan aku pada mesin bayaran letak kereta DBKL. Ingat orang bawa karung syiling ke pergi kerja?

Terima kasih.

Oh gambar di bawah ini, contoh pegawai DBKL ambil kesempatan. Van itu tidak menghalang jalan, tidak berada di simpang jalan, di berikan saman. Tidak ada garisan kuning atau kawasan bertanda larangan letak kereta. Perhatikan kereta proton saga yang berada di hadapannya tidak diberikan saman pula. Oh ini bukan kes terpencil, keesokan harinya kereta lain yang berada di situ turut diberikan saman. Kejar target jumlah saman ke bang? Orang tak buat salah pun dapat kertas?


Posted by Picasa

Betul ke Simpanan Aku Terjamin?



Banyak keraguan dalam cerita jaminan ini. Duit KWSP aku terjamin ke tidak? Kot kerajaan tak meminjam dari bank tempat aku simpan duit semasa, kerajaan pinjam dari KWSP pula. KWSP kan suka cakap duit mereka banyak, tiap-tiap bulan dapat income. Pembetulan KWSP, itu bukan duit hang, duit pekerja Malaysia. Hang tolong simpankan sahaja.

Dengar-dengar angin kutub selatan ada ura-ura nak buat pinjaman sehingga lima billion. Walaweh, 5 billion tu banyak, kalau tak dapat bayar, mampus aku tak ada duit apabila dah umur 55 tahun nanti. 5 billion = 5 ribu juta. Kalau untuk orang average seperti aku ini, satu juta pun tak habis makan sampai mati, 5 billion mungkin boleh sara sehingga 20 keturunan aku!

Apapun aku harap, duit aku selamat. Penat aku kerja datang pukul 8 balik pukul 7 malam kalau duit simpanan aku lesap. Ekonomi dunia merudum, meleset sana sini, pelabur lebih suka ambil pendekatan tunggu dan lihat, jadi haruskan aku yakin dengan simpanan dalam bank aku? Sudah tentu negara juga akan merasa tempiasnya bukan? Perlukan aku beli peti besi simpan duit dalam rumah bawah lantai papan sahaja?

Tuesday, October 21, 2008

Review - Kami The Movie

Lama betul aku tak buat review filem yang aku tengok. Mungkin salah satu sebabnya ialah kerana kebanyakkan filem yang aku tengok adalah filem lama atau kerana aku dah lama tak tengok wayang. Lama tuh. Sebulan berpuasa, terhenti segala jenis aktiviti menonton wayang. Ada orang cakap menonton wayang membuang masa, aku tak peduli. Kebanyakkan orang tidak sedar, mereka membuang masa dengan pelbagai cara yang lain.

Filem terbaru yang aku tengok ialah Kami. Di Mines pada Ahad lepas bersama Cyber semasa dalam perjalanan pulang dari rumah Jarlut (ini semua adalah rakan-rakan dari forum Kcarlife lah ni). Semasa masuk panggung, tidak ramai, tidak penuh.. tipikal lah untuk filem melayu. Orang takut kecewa. Orang tidak yakin, itu yang tidak masuk panggung. Lagipun apa nak hairan, dari 10 buah filem melayu, 8 darinya adalah filem sambil lewa, lepas tangan.

Kami, beberapa bulan lepas disiarkan di 8tv, sebagai siri tv. Sebagai satu jenis promosi untuk filemnya. Kami, siri tv jika tidak silap ada 8 episod kesemuanya. Dan corak penceritaan dalam siri tv nya berbeza dari drama-drama lain. Bercerita permasalahan setiap dari 5 kisah remaja berkenaan. Adii dengan kisah maknya yang hilang deria pendengaran, Sofie dengan masalah dengan ibunya, Lin bermasalah dengan tauke dadah dan juga perpindahan ibunya dari kampung ke bandar berniaga gerai makan, Abu pula bermasalah dengan bapanya yang kasih sayangnya berat sebelah, tidak sama rata manakala Ali pula dengan perpisahan ke dua orang tuanya.

Mengalihkan siri TV kepada filem kadangkala menjadi satu percubaan yang tidak menjadi tetapi tidak bagi Kami. Kami berjaya berdiri sebagai siri tv dan tidak juga kalah sebagai filem. Kalau pulangan jualan tiket yang menjadi satu petanda aras kejayaan sesebuah filem, maka kami sudah pasti gagal. Tetapi kalau dari segi penceritaan, Kami tidak kalah. Kami berjaya dengan jayanya.

Cuma kalau ada kekurangan sedikit disana sini, ianya biasalah. Filem Hollywood pun ada goof dan ketidak logikannya. Dalam Kami the Movie, menceritakan Abu lari dari sekolah Gurney, bertemu rakan-rakannya. Oh satu yang tidak best pasal Kami the Movie kerana Kami the Movie hanya menumpukan kepada watak Abu, Ali dan Lin. Sofie dan Adii bagaikan hanya penyeri filem sedangkan ini filem Kami berlima. Kenapa aku kata Sofie dan Adii tidak diberi perhatian sangat, ialah apa jadi dengan mak Sofie selepas tak jadi kahwin? Apa jadi dengan Adii dan keluarganya, mana ibunya yang ada masalah pendengaran itu? Sudah tidak muncul langsung.

Abu masih berjaya menjadi seorang remaja yang berkegemaran mencuri dan kelakar dalam masa yang sama. Walaupun semasa dihujung cerita semasa dia sedang marah akibat ditikam tetapi masih sangat kelakar sehingga membuatkan kita hampir tidak merasa ianya adalah adegan menyedihkan. Kita akan ingat ia sebagai satu babak kelakar sehingga kita melihat apa sudahnya yang terjadi kepada Abu.

Banyak rahsia dan segala jenis teka-teki dalam siri tv akan terjawab diakhir filem ini. Itulah keindahan filem ini. Tidak ada lagi teka-teki yang lain. Siri TV yang menarik, disudahi dengan filem yang menjawab segala macam persoalan, aku nasihatkan jangan disambung lagi. Jangan ada Kami TV season 2, jangan ada Kami The Movie 2. Jangan cacatkan filem dan tv siri yang cantik ini dengan menyambungnya sehingga bosan.

Contoh TV siri yang berkesudahan cantik, One Tree Hill kesudahan musim 4. Apabila semuanya sudah graduate dari sekolah. Tetapi menjadi sangat buruk dan bosan apabila disambung ke musim 5, nak jadi cerita yang berjaya sampai ke Hollywood pun pulang semula bekerja di kampung Oh my my.. Ending yang sempurna tidak harus dirosakkan. Terima kasih.

Monday, October 20, 2008

Melihat Abdullah Ahmad Badawi Naik Angin...

Aku sahaja yang terasa atau memang drama politik kebelakangan ini terlalu menonjol? Semperna pemilihan barisan tertinggi baru MCA dan UMNO ini, drama begitu menonjol sekali. Tidak tahulah bila akan tamat. Mac 2009 mungkin? Tidak tidak, drama politik tidak akan pernah habis.

Aku rasa drama ini lagi best dan hebat dari sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu. Bukan apa, kalau 8 Mac menyaksikan stesen televisyen dan media cetak berpusu-pusu cetak cerita buruk pasal parti pembangkang, tapi drama kali ini menyaksikan media pun hilang arus, tidak tahu siapa nak diperburukkan mungkin.

Melihat Paklah dalam berita seketika tadi membuatkan aku rasa agak bengkek dengan ayat-ayat dalam blog Tun Mahathir. Sepertimana yang Paklah kata, Tun tidak ada hak nak jadi pengarah UMNO. Siapa yang berada di puncak kekuasaan parti bukan hak milik seorang insan. Ia hak pemilihan akar umbi parti.

Bagi aku pula, Orang Najib, orang Paklah, orang Hishamudin, orang Muhyidin dan sesiapa sahaja, merupakan orang UMNO. Jadi apa masalah kalau bekerja bersama-sama. Setiap orang adalah prefer sesiapa, tetapi kalau betul berjuang untuk parti, apa masalah dengan jadi penyokong sesiapa? Bukan ahli partikah kalau sokong Paklah, bukan ahli partikah kalau sokong Khairy Jamaludin dan bukan ahli UMNO kah kalau sokong Mukhriz? Aku rasa tak payahlah fikir siapa orang siapa, selagi niatnya bekerja untuk negara bukan bekerja untuk kepentingan poket sendiri sudah cukup baik. Tapi ada lagike ahli politik sekarang yang bekerja memang ikhlas untuk melihat negara menjadi lebih maju semata-mata dan tidak menjaga dan melihat kepentingan sendiri? Tetttt, diragui sama sekali. Hahahah.

Aku juga rasa, sebagai rakyat biasa, Tun berhak menyuarakan pendapat dia. Tapi Tun bukan rakyat biasa, Tun orang berpengaruh. Kalau aku yang tulis, aku taknak Najib memerintah negara menjadi Perdana Menteri, dan tidak suka juga kepada Paklah, tentu orang melihat aku sebagai pembangkang tetapi tapi kalau Tun yang tulis, sudah tentu ia menimbulkan kemarahan. Walaupun Tun bukan lagi ahli UMNO (ini tang aku keliru sedikit, hari itu kata dah masuk UMNO balik, kenapa Paklah masih cakap Tun orang luar?, aneh). After all, blog adalah tempat orang meluahkan apa perasaannya, kerajaan kata penulis blog meroyan, penulis blog begitu dan begini, jadi apa sangatlah nak dihirau kenyataan Tun dalam internet kan? Biarkan sahajalah.

Lebih baik tumpukan perhatian kepada desakan MCA agar Khairy di ISAkan, itu lebih menarik. Jeng jeng jeng.

Friday, October 17, 2008

Drama Pendaftaran Prabayar

Dua minggu selepas raya ini merupakan minggu yang sangat super sibuk bagi aku. Sesangat-sangat sibuknya. Sekembali sahaja dari kampung, dah ada mesyuarat di Cyberjaya. 3 hari pula tu. Selepas itu, sibuk dengan persediaan mesyuarat di Kuala Lumpur pula. Nah..minggu ini empat hari lagi berada di tempat mesyuarat, termasuk hari Sabtu akan datang! Kalau ada yang kehairanan entry di blog ini tidak dikemaskini kerap sangat bulan ini, maka inilah jawapannya. Bahkan, mahu meluangkan masa menonton berita atau membaca surat khabar pun aku tidak sempat! Hectic sungguh schedule aku, itu belum schedule Paklah lagi kan? :)

Apapun, hari ini aku nak cerita tidak puas hati aku dengan pendaftaran talian pra bayar mudah alih telefon bimbit. Seperti dalam cerita KHellCC, maka aku telah membeli 4 simpack talian Celcom. Sehingga tengah hari belum di aktifkan. Aku menelefon 1111 yakni perkhidmatan pelanggan Celcom dan mendapat tahu yang talian kalau tak ada apa masalah akan dapat diaktifkan dalam masa sekejab tapi tak tentu, mungkin boleh menjangkau 3-7hari. 3-7 hari???? Apakah neraka ini? (Terjemahan langsung, what the hell). Aku mempunyai peserta mesyuarat dari seluruh Asia Tenggara, Timor Lestelah, Vietnam lah, Thailandlah dan mesyuarat sudah masuk hari ke dua, bermakna lagi dua hari mereka akan siap bermesyuarat. Aku tidak ada 7 hari untuk dibazirkan menunggu pendaftaran talian itu berjaya. Mereka hanya mahu menggunakannya untuk 3 hari. Mereka bukan berada di Malaysia untuk 3tahun!

Sebelum ini aku tidak kisah dengan pendaftaran talian pra bayar. Simpack terakhir yang aku beli ialah 5tahun dulu. Dan simcard lain yang sudah hilang sebelum pun talian pra bayar wajib didaftarkan. Jadi semasa inilah aku merasa pendaftaran talian pra bayar amat menyusahkan. Aku harap Kementerian Komunikasi boleh berfikir jalan lain untuk meringkaskan pengaktifan talian pra bayar. Selain DIGI yang mempunyai talian pendaftaran 24jam, CELCOM dan MAXIS bukan 24jam taliannya. Bagaimana kalau simpack dibeli pada pukul 1 pagi atas sebab kecemasan? Bagaimana kalau talian yang dibeli pada pukul 6 petang, dan malamnya menjelang 2pagi baru hendak dimasukkan ke dalam telefon dan kemudian mendapati taliannya masih belum didaftarkan? Dan nak jadi cerita hindustan, waktu inilah saat dan ketika perlu menggunakan telefon.

Amat menyenangkan apabila pengguna dibenarkan mendaftar talian pra bayar mereka sendiri. Mungkin secara online barangkali? Kaji satu kaedah yang menyenangkan ke dua belah pihak. Pembekal perkhidmatan dan pengguna. Aku naik menyampah apabila pegawai perkhidmatan pelanggan berkata, talian anda belum didaftarkan, kami tak boleh buat apa-apa. Here I thought you are the service provider. If you couldnot do anything, then who can? Lagi jawapan bodoh, sistem komputer cakap belum register, kami tak boleh adjust, tak boleh nak registerkan. Kalau nak cepat, pergi HQ, kat Jalan Semarak lah. Well, sebab nak cepatlah aku pakai telefon, kalau taknak cepat, aku pakai snail mail je hantar letak setem 30sen. Bagaimana seseorang yang sedang handle satu mesyuarat berkapasiti 45orang, hendak keluar pergi HQ syarikat pembekal talian komunikasi semata-mata nak daftarkan telefon bimbit?

Memanglah pendaftaran telefon itu diwajibkan, aku lagi rasa ada baiknya nombor prabayar boleh digunakan sebelum didaftarkan. Sekurang-kurangnya, bagi satu tempoh masa. 2 jam? 10 minit? Jadi, tidaklah ada kes, orang mati kena bunuh sebab masa dia nak minta tolong, nombor telefonnya belum didaftarkan dan taliannya belum diaktifkan jadi tidak boleh membuat panggilan. Besarnya imaginasi aku, ini semua akibat geram dengan presentative baik dari CELCOM dan juga MAXIS. Terima kasih.

Thursday, October 16, 2008

The KHellCC

Semalam aku ada welcome dinner meraikan peserta-peserta mesyuarat dari seluruh negara Asia Tenggara di KLCC, Al Marjan secara lebih tepatnya. Beberapa peserta ingin membeli simcard untuk membuat panggilan kepada sanak saudara di negara mereka. Oleh kerana itu, aku yang terfikir, apa salahnya aku tolong sebab ini adalah negara aku. Aku mengambil nama dan nombor passport mereka untuk membeli simcard dan seterusnya mencari kedai simcard.

Dan tekalah, betapa besar dan banyaknya kedai di KLCC, ada kedai jual telefon bimbit di tingkat 3 (yang selalunya kedai telefon bimbit ada menjual top up dan simcard). Aku masuk kedai dan meminta untuk membeli simcard. Masuk sahaja kedai Hello Hello, mereka menjawab simcard di tingkat bawah (ground floor).

Nah, berjalanlah aku ke bawah, pusing lapan kilometer mencari kedai yang ada jual simcard. Dari ground floor ke tingkat -1. Nah ke kedai DIGI sahajalah disebelah roti boy. Apabila aku minta nak beli simcard, jawapannya simcard prepaid sudah habis. Huh. Punyalah grandnya KLCC, simcard pun boleh habis?

Mencari simcard lain pula, alang-alang dekat dengan MAXIS. Pergi sahajalah MAXIS Centre. Walaupun kena pusing macam nak berarak. Dah lebih pukul 9. Kedai MAXIS pula dah tutup. Angin betul aku. Seganas-ganas KLCC, canggih la konon itu ini la konon. Simcard pun tak ada jual? Gila ke apa?

Sudahnya aku naik LRT pergi Ampang Park. Nah baik pergi shopping mall yang kecil-kecil. Senang sedikit nak mencari simcard. Idaklah lapan kilometer tawaf KLCC tapi kedai jual simcard pun tak ada. Adakah simcard merupakan barang kelas murahan? Tak layak masuk kedai dalam KLCC?

Monday, October 13, 2008

Apa Jasa Shah Rukh Khan?

Sebenarnya isu ini sudah lama (dalam arena internet, sejam adalah baru, seminggu? sudah sangat lapuk). Membaca berita minggu lepas mengatakan Shah Rukh Khan mendapat pangkat Datuk menggelikan hati. Sungguh menggelikan hati. Siapa Shah Rukh Khan? Apa jasanya kepada rakyat Melaka?

Jual rempah ratus? Mungkinkah dalam dialog dalam satu dari berpuluh filemnya ada menyebut sebuah perkataan 'Melaka' yang membuatkan melaka menjadi terkenal di seanterio India? Aku cadangkan sekali Amitach Bachan diberi pangkat Datuk juga, sebab dia menyebut nama Malaysia.

Oh tidak lupa gelaran Dato' Seri kepada rangkaian penulis skrip untuk siri televisyen 'Brothers and Sisters' kerana berpuluh kali menyebut nama Malaysia termasuk Pulau Tioman dan Kota Kinabalu.

Pening aku, lepas ini jangan terkejut kalau Angelina Jolie atau Tom Cruise mendapat pangkat Datuk juga. :)

Friday, October 10, 2008

Mencari Yang Ke dua..

Najib dengan rasmi menyuarakan yang beliau hendak bertanding jawatan teratas dalam parti. Lawan kemungkinannya iaitu Muhyidin Yasin menunggu berkat hari jumaat untuk mengumumkan apa yang beliau nak umumkan. Aku rasa berkat nak umum bertandinglah kot.

Yang lebih menarik perhatian ialah jawatan ke dua. Wah wah wah, ramai pula yang menawarkan diri. Calon-calon semuanya tak menarik minda. Paling tak menarik, abang Mike Tyson pun ada hati nak jadi Timbalan Presiden yang bakal merangkap jadi Timbalan Perdana Menteri? Aisey, come on, UMNO folks, dun forget lah, ini orang tidak faham bahasa Inggeris pun. Takkan nak jadikan dia orang nombor dua dalam parti yang merangkap jadi orang nombor dua dalam kerajaan? Macammana nak pergi menghadiri urusan-urusan rasmi melibatkan pembesar dari negara lain kalau tak tahu berbahasa Inggeris. (Imbas kembali, kang kata blogger memfitnah pula, Beliau mengaku tak tahu berbahasa Inggeris apabila di tangkap di Lapangan Terbang Australia membawa wang tunai melebihi dari apa yang dibenarkan, beliau tidak faham bahasa inggeris sebab tu TERBUAT KESALAHAN tersebut, wekkk)

Alasan apa beliau nak bertanding Timbalan? Hahaha, dah lima kali ambil SPM (bertanding jawatan Naib Presiden), nak juga masuk fasa baru, ambil peperiksaan STPM pula. Hahaha, apa kata, aku bagi cadangan, drop kelas sahajalah. Lepas ambil SPM ramai yang tak sambung belajar, keluar bekerja terus. Aku cadangkan Mike turut mengikuti jejak langkah ini.

Gosh Mac 2009 hanya tinggal beberapa bulan, apakah muka-muka yang terisi dalam minda anda? :D Aku membayangkan muka Obama pula. Hahahah

Monday, October 06, 2008

Belajar Masak Rendang

Gambar jem, hebatkan. Tak nampak dimana pun permulaan membuatkan aku sempat nyanyi lagu heavy metal ciptaan sendiri. Aku kongsikan liriknya 'where is the header, i can't see it! where is the header, i can't see it!' (ikut lagu theme spongebob squarepant). Hahaha. Nun saujana mata memandang, masih tak nampak ruang. Camno den nak potong kalu macam ni. Ini la punca-punca aku sangkut balik Sabtu hari itu. Rupanya, polis trafik kat depan tutup satu lorong. Aisey man. Mahu tak berangin ice cola cik kiah.


Hari Ahad yang indah, aku decided nak belajar masak rendang. Pagi-pagi dah pergi pasar. Tada, proses memasak rendang, ikut resepi Puan Zamzarina Aidah. Kira oklah walau tak sedap sangat pun. Percubaan pertama la katakan, termasam sedikit aku rasa, pasal lebih letak asam keping. Hahaha


Ini dia versi orang tamak selalu rugi. Masak banyak gila macam nak buat rumah terbuka. Eh ada lagi, kuah kacang satu periuk tapi lupa pula nak snap gambar. Akhir kata, semasa korang sibuk tekan pedal minyak dan brek serta clutch dalam kesesakan balik bandar, I sibuk makan nasi himpit berkuah kacang dengan rendang. Jangan jeles you.


Posted by Picasa

Sunday, October 05, 2008

Selamat Menempuh Kesesakan!

I dah kena, semalam 10 jam you! Sampai setiawangsa, naik ketar lutut. Hari ini giliran korang pula. Dengar laporan trafik di radio, macam menarik je. Boleh cabar rekod semalam kot kadar kesesakannya.

Apapun sesak semalam, sesak lawak. Terkandas dalam Terengganu yang lama benar. Sesak lampu isyarat. Sepanjang pemerhatian aku semalam:

1. Sesak lampu isyarat - Apabila tiga arah lain tiada kesesakan, hanya satu arah yang sesak (sepertimana yang berlaku di jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang (berhampiran Bukit Payung) sehingga ke Ajil!. Sepatutnya lampu isyarat ini diprogramkan agar arah yang dijangka banyak kereta ini dihijaukan lebih lama dan arah yang kurang banyak kenderaan dipendekkan masa jalannya.

2. Sesak polis trafik - Ya! Ini semalam berlaku disimpang jalan Kuala Berang - Kuantan. Alahai, kesesakan super panjang menjangkau lebih 10kilometer disebabkan anggota polis bertugas sekat jalan. Ops sikap atau Ops sesak?

3. Polis trafik bertugas, aku cadangkan memakai pakaian seragam dan berada ditepi jalan. Pantau dari tepi jalan. Percayalah aku, pemandu Malaysia ni, serta merta tukar cara pemanduan apabila melihat polis. Terus jadi berhemah, bersopan santun. Tak ada gunanya letak anggota polis didalam semak, shoot kereta laju atau memotong digarisan berkembar untuk diberi saman kerana ia tidak dapat mengelak kemalangan. Pemandu tidak takut sangat dengan saman (lagipun ia tidak memberi kesan serta merta kepada pemandu, pemandu takut apabila tengok abang polis berdiri kat tepi jalan. lagipun, Ops Sikap bukan untuk berghairah menunjukkan betapa ramai pemandu buat kesalahan jalan raya, Ops Sikap adalah bertujuan mengurangkan risiko kemalangan. Kalau dah bersembunyi dalam semak, tang mana pemandu nak takut kan?

4. Ada dua kejadian yang hampir-hampir buat aku tak sampai Kuala Lumpur dengan selamat semalam. Dan 80kilometer buat mood aku tak elok.
a) Avanza hijau. Di Setiu. Walaweh, tak belajar jarak selamat ke masa ambil lesen dulu? Ikut kereta aku dengan jarak super dekat. Aku sempat bercakap dengan adik aku, 'kereta belakang ni,kalau aku kena brek ni, mahu cium belakang aku ni!'. Dan ya, selepas berkonvoi dengan banyak lagi kereta lain yang memang banyak itu, adegan membrek berlaku. Aku melihat Avanza dibelakang aku kalut sampai ke tengah demi mengelak dari bercium dengan kereta aku. Ha kan aku dah cakap, bagi jarak la masa mengikut kereta lain!

b) Di sekitar Bukit Payung, makluman ini jalan dua lorong. Ada kereta ba alif nge alif nge (bangang), dari tepi jalan bagi signal tup tap tup tap terus menonong masuk ke lorong laju. Dahlah hujan. Brek aku pun tak makan sangat sebab jalan licin. Aku dah bagi hon pun jenis pekak beruk, badak, gajah, kambing buat tak dengar. Menonong juga masuk lorong laju yang jarak aku dengan dia tak sampai lima meter. Tak pepasal aku kena masuk sampai atas double line kat tengah. (Nasib baik jalan kat sini kat tengah tu bukan divider, idak aku tak ada tempat nak lari). Buat aku terfikir, lorong perlahan tu buat apa? Tak boleh masuk situ dulu bila dari tepi jalan? Nak kejar lorong laju serta merta tu buat apa?

Semalam sesak dalan Terengganu je, bila sampai lebuhraya jalan dah clear. Oh terima kasih kepada pemandu kereta Perdana plet Johor yang tolong saya buka penutup tangki minyak kereta kat Petronas R&R Gambang. Nak tercabut sendi tangan, ketat betul Bangla Petronas Tok Randuk tutup tangki minyak kereta gue.

Akhir kata, selamat hari raya, selamat memandu dalam sesak menuju ke destinasi anda! Hehehe. I dah lepas, petang ni bolehlah rehat-rehatkan tulang lutut. :D

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya!

Esok pagi aku akan berangkat pulangg ke kampung halamang (tambah g) sebelum orangg mula bangung sahur. Aku tidak mahu kandas di tol Gombak seperti tahung lalu akibat terlambat bangung. Akan ku update blog ini sepulangnya aku dari kampung walaupun dua minggu selepas minggu hari raya merupakan minggu yang sangat sibuk bagi aku!

Terhibur aku dipagi ini apabila melihat berita laporan polis pemuda UMNO berkenaan Teresa Kok menghina telur. Hahahahaha. Telur ayam ke telur siapa yang rasa terhina itu? Kahkahkah. Tolonglah, dah masuk 51tahun merdeka, ada sahaja kebodohan yang nak ditunjukkan kepada pengetahuan umum.

Sekali lagi, selamat hari raya dari saya, ezza erisa. Memohon keampunan atas segala terkasar dan terlembut. Semoga perjalanan kita semua selamat ke mana-mana destinasi. :)