Thursday, December 06, 2007

Usia Persaraan Pengerusi SPR dilanjutkan?

Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda umur persaraan pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 tahun kepada 66 tahun dibawah Artikel 114(3).

Kenapa? Kenapa? Dah bersara wajib tu lepaskan sahajalah, nak meminda-minda pula. Tahulah tahun depan pilihanraya. Apa yang susah dengan pengerusi baru? Takut tak sekufu ke? Oh SPR bukan badan telus, sebab laman web SPR sendiri berakhir dengan .gov.my. Dan SPR bukan badan mandiri, SPR berada di bawah kerajaan. Jadi..fikir-fikir sendirilah.

Aku bukan pro mana-mana parti. Sekadar melihat dari kaca mata seorang yang masih atas tiang, tidak tahu mana satu yang patut aku terjun. Oh mungkin aku patut berada di atas tiang dan memilih untuk memerhati untuk selama-lamanya.

3 comments:

Aizam said...

Bersih adakan himpunan rakyat depan Parlimen 11 Disember ini bagi membantah penyambungan perkhidmatan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman..

sebol said...

kalau ada lagi bersih, nak letakkan wawa kerumah mu atau join sekali?

kasorrga said...

mu doksoh payoh² pikir la...
mu join jah sek-sek pembangkang tuh... sbb setakat aku tgk writing mu le nih, xdok doh ke arah movie or leisure... semo ke arah politik & kisah pemimpin, masyarakat yg korup... saling x tumpah mcm blog jeff ooi doh blog mu nih hehehhe.