Monday, December 31, 2007

Talian Nur 15999 Tidak Percuma

Banyak tiang-tiang di Jalan Bangsar yang memaparkan Talian Nur 15999 untuk dihubungi untuk membuat aduan, laporan dan pertanyaan. Aku menyokong penuh kehadiran talian Nur walaupun tidak nampak apa-apa yang kesan besar dari kemunculannya.

Apapun aku hanya ada satu soalan yang berlegar-legar di fikiran aku. Setahu aku lima nombor digunakan dalam talian ini. Aku berpendapat untuk senang diingati. Kemudian aku terfikir lagi, betul ke pendapat aku itu? Kerana setahu aku, talian lima nombor ini selalunya digunakan oleh rancangan-rancangan realiti televisyen dan cajnya kadangkala tidak masuk dek akal.

Setelah bertanya pakcik google, maka tahulah aku...Talian Nur tidak percuma. Empat sen seminit di caj untuk panggilan ke 15999. Pelik pula aku. Kenapa tidak sahaja digunakan talian tol percuma 1-800? Alangkan banyak syarikat-syarikat besar menggunakan talian tol percuma, kenapa tidak panggilan Nur? Ya panggilan talian Nur bukan mahal. 4 sen seminit sahaja. Tetapi...melihat kepada perutusan suratkhabar (press statement), talian Nur di buka untuk membantu meringankan beban warga tua, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, ibu tunggal dan keluarga miskin yang sememangnya wajar mendapat pembelaan, terutama pada waktu kecemasan. Jadi, kenapa dan mengapa seharusnya talian yang merupakan panggilan sepenting itu dikenakan sebarang caj?

Sungguh, aku masih tertanya-tanya.

0 comments: