Thursday, December 06, 2007

Tabung Umi dilancarkan

Umi Azlim Mohamad Lazim, 24 kini ditahan di China setelah di dapati bersalah menyeludup heroin. Umi Azlim ditahan sejak 19 Januari lalu atas kesalahan membawa masuk heroin seberat 2,983 gram.Anak sulung daripada enam beradik itu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou pada 15 Mei lalu setelah menjalani hukuman penjara kira-kira lima bulan.

Maka tabung Umi pun dilancarkan untuk membiayai kos guamannya.

Persoalannya perlu ke?

Di Malaysia sendiri menjatuhkan hukuman bunuh kepada pengedar dadah. Apa bezanya dengan kes Umi Azlim? Beginilah sikap gadis gadis muda sekarang. Sungguh otak letak kat kepala lutut. Ini satu lagi kes aniaya (kunun), ikut je cakap pakwe Uganda. Bukan tak berpelajaran, ada ijazah lagi.

Yang pelik, kenapa pihak immigresen kat pintu KLIA tak dapat kesan semasa perempuan ini berlepas keluar? Dahlah tu 30 perempuan Malaysia lain di tahan di luar negara selepas berlepas dari Malaysia bawa dadah?

Aku taknak menderma bagi tabung Umi, banyak lagi penyeludup dadah dalam Malaysia yang boleh aku dermakan untuk tabung mereka. Mekanismanya sama. Penyeludup dadah. Kalau tertangkap di Malaysia pun, boleh kena hukuman gantung sampai mati. Apa bezanya dengan tertangkap di China? Dan di hukum mati di China?

6 comments:

sebol said...

ada 30 lagi kena tangkap?

tak tau pun berita tu.

ezza erisa said...

ada dalam berita minggu lepas...
32 orang, secara tepatnya.

Anonymous said...

yup betul.. yg byknya kt area latin.. btw diaorg tk bawa dari klia.. tp bawa bila dh kt negara luar tu.. contoh dari kl ke madrid.. kt madrid baru org bagi bag.. then terbang ke brazil.. contohnya mcm tulah.. so kene kt madrid or brazil.. cuma kes raja munira aje yg bawa dari malaysia.. tp aku sependapat ngan erisa.. mereka ni mmg bodoh.. sbb mereka tau mereka bawa bag curiga.. tp tanak amik tau@ada yg tau.. tp buat2 tatau bila dh kena!

ezza erisa said...

raja munirah terdampar kat japankan...rayuan di tolak...serve 7 years in prison..

org suruh bawak barang curiga...lurus bendul bawak...pakwe la yg suruh katakan.

Anonymous said...

yup... 7 tahun kene jail.. gara2 percaya ke bf iran nama mihad.. tp dia kata kene tipu n tak tahu pun ada brg dlm tu.. yg ni tk pasti sbb tk baca laporan dia.. lain2 negara aku baca n kebanyakkannya mmg tahu pun ada brg seludup dalam tu.. cuma tak tahu itu dadah.. byknya org nigeria jahat ni ckp p seludup berlian hitam..

ezza erisa said...

2.9kg bukan sesuatu yg ringan untuk teraniaya...dan kena tipu..maybe dia tak tahu lah isi kandungan tetapi...takkanlah takde curiga langsung untuk sesuatu yg 2.9kg??

ada jenis modus operandi, mintak org tlg check in kan beg dia lah apa lah..yg ni lagi satu..sesiapa yang naif...org mintak tlg..terus tolong, padahal kalu dah check in bawah nama kita...kira beg tu kita punyalah. apa-apa dlm beg tu. kita le yg punya.

mudah benar anak-anak gadis kita...tergoda dek romantika pakwe international...jual dadah pun ayang tak kisah

bak kata sorang forumner;
lokasi terkini muda mudi malaysia:
lelaki kat pusat pemulihan dadah,
girl kat penjara2 antarabangsa