Monday, December 31, 2007

Selamat Meninggalkan 2007

Aku baru menggunakan pass percuma untuk menonton The Golden Compass yang aku canang-canang dalam entry aku sebelum ini. Sungguh kelambatan. Hampir sahaja tayangannya tamat. Baru sempat menonton. Bulan November dan Disember tahun ini merupakan bulan yang ‘hectic’. Sungguh banyak perkara harus diuruskan sehingga tidak ada masa untuk ke panggung.

Mujur sahaja aku menonton The Golden Compass secara percuma. Kalau berbayar, mahu sahaja aku kutuk ia penuh perasaan. Dari awal, sampai ke sudah, tidak faham. Apa itu Dust? Kenapa ada demon? Kenapa perempuan bernama Nicole Kidman itu jahat? Mungkin mereka hendak menarik minat orang untuk menonton filem susulannya, tetapi kalau sudah dari awal lagi tidak faham...nak menonton filem sambungan pun tidak berminat. Aku pula bukan pembaca novel. Walaupun The Golden Compass adalah hasil dari novel, kalau aku tak baca, manakan aku faham jalan ceritanya. Sudahnya aku terdera. Pening tau!

Oh, sebelum aku masuk menonton The Golden Compass aku terpaksa beratur (beratus) di dalam barisan yang panjang di GSC Midvalley itu. Silap aku juga kerana tidak membuat tempahan. Heh, aku ingat dengan pass itu, aku boleh menuju ke kaunter tempahan. Rupanya tak boleh. Berada di dalam barisan yang panjang, buat aku rasa rimas. Tambah rimas dengan gelagat anak muda kota raya yang lagaknya macam tak ingat dunia. Tambah memualkan apabila mata aku disajikan dengan pemandangan umat akhir zaman iaitu berpeluk-pelukkan macam neraka dia yang punya.

Memalukan sungguh. Kenapa? Sebab dibelakang anak-anak muda pasangan muda-mudi melayu yang enak asyik berpeluk (tak kisah beratus panjang, lagi lama dalam barisan lagi syok la kut), di ikuti oleh satu pasangan India (kekasih la kut, takkan abang adik pula). Tidak pula berpeluk peluk sakan. Membuatkan aku terfikir, siapa sebenarnya yang Islam neh? Yang peliknya, pasangan-pasangan terlampau romantis ini selalunya bukan suami isteri. Sebab selalunya kalau yang dah siap tangan kadi ni, dia tak pula berpeluk-peluk menunjukkan kemesraan depan-depan khalayak ramai.

Ok, habis episod satu. Pada hari ahad pula, aku membaca surat khabar hiburan sisipan. Entah Mingguan, entahkan Berita Minggu. Kurang ingat. Aku terbaca mengenai perasmian sebuah filem baru yang dibintangi oleh Yasin, Nur Fazura dan Rita Rudaini bertajuk ‘Kantoi’. Sungguh naïf plot filem itu. (Kalau dah semasa perasmian pun, dah ada yang mengutuk, mungkinkah filem ini akan mendapat kutipan 3-4 juta?)

Plotnya mengenai, seorang warganegara di curi dompetnya. Lalu pergi ke kawasan penempatan buruh Indonesia untuk mendapatkan dompetnya semula. sang buruh Indonesia enggan memberinya, (di dalamnya ada MyKad), Semasa itu juga, pihak polis (erk pelik, bukan pihak immigresen ke) menyerbu. Sang warganegara di tangkap dan dihantar ke Depoh Tahanan untuk dihantar pulang ke negara asal. Sementara buruh Indonesia yang mencuri MyKadnya dilepaskan kerana mempunyai MyKad.

Sungguh, merendahkan IQ pihak pemerintah sahaja langkahnya. Gambar dalam MyKad bagaimana? Kalau dah Sang Warganegara mengatakan dia adalah warganegara, kenapa tidak pula di uji cap ibujarinya?

Aduh, sungguh daif plot filem ini.

SELAMAT MENINGGALKAN 2007. Apakah pencapaian anda pada tahun ini?

0 comments: