Thursday, December 27, 2007

Maka Bandaraya Kuala Terengganu Namanya

Tidak pasti samada aku harus berbangga atau aku harus berduka dengan kemasyhuran bandaraya Kuala Terengganu dengan rasminya pada selasa depan bersamaan dengan 1 Januari itu. Ada banyak sebab kenapa aku harus memandang sinis akan penjenamaan Bandaraya Kuala Terengganu itu yang bagi aku hanya helah memancing undi

7 sebab kenapa saya rasa sinis akan bandaraya Kuala Terengganu

1. Demi untuk mengangkat Kuala Terengganu sebagai bandaraya, dan kerana kutipan cukai belumpun mencapai 80juta setahun dengan jumlah penduduk juga kurang dari 500ribu orang, maka Kuala Terengganu diangkat menjadi bandaraya konsep. Bandaraya Persisiran. Bandaraya konsep itu kononnya jalan merintis untuk jadi bandaraya sebenarlah.

2. Kuala Terengganu menjadi bandaraya dengan adanya Mc Donald di stesen bas yang selama ini penuh dengan mek mek selenger yang macam baru masuk bandar, baru ada Giant yang gigih nak bersaing dengan Maidin Mall lalu membangunkan kedai betul betul di tepi Maidin.

3. Adakah penjenamaan bandaraya pada 1 Jan untuk meraih undi? Maksudnya, wah BN memerintah 4tahun terus jadi bandaraya? Terus kuala terengganu maju, padahal tak ada apa yang berubah sangat sejak 10tahun dulu. Kalau adapun cuma aliran trafik yang ermm...bagi aku dah pening sebab dah tak tahu jalan mana boleh lalu, jalan mana tak boleh lalu.

4. Jalanraya sedia ke menjadi bandaraya? Maksudnya, setiap kali musim raya..kesesakan tak habis-habis dibandaraya Kuala Terengganu itu. Oh pengangkutan awam pun sama. Masih digunakan bas-bas yang hendak roboh itu. Maka tak ke mencemar imej bandaraya?

5. Dengan adanya masjid replika kristal tu dah boleh angkat jadi bandaraya ke?

6. Penduduk ramai lagi yang miskin, nak pergi shopping pun berkira duit di poket. Apa ertinya bandaraya apabila penduduk makin di tindas dengan kenaikan semua harga akibat penjenamaan itu?

7. Oh sebab paling akhir ialah kerana budget UNTUK PERASMIAN BANDARAYA KUALA TERENGGANU menjangkau sehingga RM4 juta. Banyak tu. Semata-mata untuk perasmian. Berapa banyak bunga api nak dipancarkan ke udara agaknya?

Apapun, tahniah warga Kuala Terengganu. Akhirnya sudah bergelar bandaraya. Sepertimana aku hairan dengan Shah Alam yang tidak ada hospital itu boleh menjadi Bandaraya, begitu jugalah aku hairan dengan Bandaraya Kuala Terengganu. Semoga Terengganu terus maju.

15 comments:

Aizam said...

dukacita dimaklumkan cola x naik.. kita cuma dapat taraf bandaraya tempelan.. penduduk pn x smpi setengah juta.. x ckp syarat lagi tuu.. aku bagi 20 thn lagi tgk ada perubahan drastik tak.. rumah buruk penuh kat tgh2 bandar tuuuu... mcm rumah stuart little jer..

btw perasmian yg membazirkan duit rakyat...

m.faisal said...

"Sepertimana aku hairan dengan Shah Alam yang tidak ada hospital itu boleh menjadi Bandaraya"
heeelllllooooo!!!
selangor medical center kat shah alam laaaaa!!
Selangor Medical Centre
Lot 1, Jalan Singa 20/1 Section 20,
40300 Shah Alam

ezza erisa said...

selangor medical centre milik government ke?
aku merujuk kepada hospital milik government

kalau swasta tak dikira bang

sard said...

apa2 pon aku tetap anak TERENGGANU dan aku bangga jadi anak tganu, biarlah apa org nak komen, komen hanya komen, maybe luahan emotional tanpa rational, peace

zairulk said...

Saya bekas warga KT yg kini berada di Birmingham,UK sejak Nov 07. Secara jujur KT tak layak jadi City lagi...servis masih out lagi..masih tiada perkhidmatan angkut sampah dari rumah, semua sampah kena hantar ke pusat berhampiran. Tapi cukai pintu rumah saya mencecah RM350 setahun.

Rumah saya di Subang Jaya dgn segala servis okey..cukai pintu masih reasonable lagi.

Zack_NS said...

To be honest aku nampak byk perubahan pada Bandar k Trg lately... ini sebab diorg byk duit... cuba tgk bajet 2008 Trg saja cecah 1.8billion.. compared dgn kelantan tak sampai 0.5billion... Penduduk Trg keseluruhannya tak sampai 1 juta... aku dengar Pak Lah reimburse balik duit royalti yang sepatutnya diterima oleh Trg semasa bawah Dr M duit... tunggakan saja sampai RM4billion belum dibelanja lagi... beberapa kali I pergi K.Trg nampak projek kat sana macam air... bandar K.Trg persisir sungai terengganu memang cantik ... konsep bandaraya persisir air yg di war2kan memang kena aku rasa... MB trg pon aku nampak byk idea dan bekerja kuat memajukan trg... tgk saja industri perlancongan ... jumlah pelancong ke Trg berkembang paling tinggi antara negeri2 lain... so dengan duit yg banyak, idea dan usaha yg sungguh2 aku tak hairan Trg boleh maju melebihi negeri2 lain

kasorrga said...
This comment has been removed by the author.
kasorrga said...

i hate this entry... i hate u...
aku org sama kg dgn mu... tp mu telah berubah... why? why?
Zack_NS hok bukan org tganu pon dok puji... anak jati sendiri x bersyukur? huhuuhuhu i hate u...

ezza erisa said...

aku bukan tak bersyukur
aku cuma rasa belum masanya lagi

mung tak pernah gi pun KT...mu tak tau...kekeke

aku duk situ lama...3 tahun...pehtu..tiap-tiap kali balik beraya singgah aje kat bando..cari apa yang patut...aku siap borak ngan itik..itik yang warga sejati bando Kuala terengganu dan sekarang menetap di terengganu itupun tergelak bahak bahak sehari sebelum perasmian.

Belum lagi masuk kisah kisah yang seminggu sebelum perasmian...apabila kekawan KT aku duk panggil KT bandaraya tak siap..tengah kejar2 buat touch up menjelang perasmian.

aku bukan anti pembangunan la abe kayu...:P aku cuma merasakan KT belum masanya laginya menjadi BANDARAYA. Mungkin perlu 5-10tahun lagi.

Takut kita bangga tak bertempat, macam pak pandir..menang sorak kampung tergadai.

Ganu_Ulu Pueh said...

Relaks lah, KT jadi bandaraya ker, bandar koboi ker.. jgnlah emosional sgt...think positif.. bagi aku KT jadi bandaraya ada gak pekdahnya, kurang2 ada gak satu bandaraya kat pantai timur yg rata2 semua org melayu... walaupun gimik pilhanraya... lepas ni sama2lah bangunkan KT jadi bandaraya sebenar.. tingkatkan servis, pembangunan menyeluruh, pembasmian kemiskinan...tganu mmg banyak potensi, duit dah ada cuma perubahan minda diperlukan... rakyat t'ganu yg masih berfikir cara kg perlu diubah minda... itu aku rasa perkara yg selalu diwar-warkan oleh Idris Jusoh... dalam masa 2-3 tahun lagi bila siap Taman Tamadun Islam, Taman Ilmu, komplek Sukan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa2, Kuala Terengganu City Centre, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu, Pusat Nukleus Pembiakan dan Penyelidikan Kambing, Pelancongan Pesisir Pantai Tanah Besar Penarik-Merang, Pelancongan Pesisir Pantai Tanah Besar Jerteh Kampung Raja, Kuala Besut, Taman Plastik Kerteh, Taman Industri Berat Telok Kalong, Taman Pemprosesan Makanan Cendering, Projek Lembah Agro, Kuala Besut- Setiu-Kuala Berang,Lembah Sitrus, dungun, Projek Agropolitan, Hulu Terengganu, Taman Ilmu Besut, Setiu dan byk project2 lain aku rasa wajah Terengganu akan berubah sama sekali... pelancong2 akan bertambah berlipat kali ganda.. semua org nak datang Trg ... watch out tahun 2008 ni, sukma08 akan diadakan di KT, Musabaqah peringkat Antarabangsa juga kat KT, Tahun Melawat Terengganu juga tahun ni, Monsoon Cup 2008 dan lain2.
Sekian sedikit komentar drp orang t'ganu yg selalu mengikuti perkembangan negeri warisan ulama' ini.
//Selamat tahun baru hijrah, moga T'ganu dan Msia dilimpahi rezeki dan kesejahteraan yg lebih banyak ditahun2 akan dtg... peace//

Anonymous said...

wow wow..sorry kerana berkata pemikiran anda begitu tidak matang sama sekali.

Anonymous said...

Saya dilahirkan di Terengganu tapi dibesarkan di Pahang dan Selangor. Oleh kerana datuk, nenek dan sedara mara yang masih ramai kat Terengganu maka adalah juga balik Terengganu. Tipulah kalau saya katakan KT tak ada perubahan. memang ada perubahan dan ada juga yang masih tak berubah. Tentang KT menjadi bandaraya, mungkin ramai yang terkejut termasuklah saya. Bagaimana pun jika dah cukup syarat maka tak menjadi masalah untuk MPKT diangkat taraf menjadi MBKT. Lagipun jika dibandingkan dengan KL, mungkin jauh bezanya. Taraf KL kalau tak silap saya adalah metropolitan walaupun PBT masih digelar Bandaraya. Pernahkah anda ke Bandaraya lain di Malaysia seperti Kota Kinabalu, Kuching (Utara dan Selatan) dan Melaka? Mungkin yang menjadi persoalan adalah syarat taraf PBT adalah terlalu rendah.

ZAr said...

terengganu ke arah bandaraya..
cuma org2 atas tak sabo2 nak umum..
mungkin jugak untuk meraih undi..

biasa la..
strategi2..
nok menang pilihanraya..
pembangkang pon gune strategi sendiri.

tapi..nak komen sket..
bandaraya terengganu rama orang gile..
tiap2 ari aku jupe..
ade hok cakap sorang..
ade hok tok luluh nok kelih..
ade hok mitok pitih..
"boh, pitih sia.."
macam2 lagi..

smoga keadaan "bandaraya" terengganu bertambah baik!

Anonymous said...

kalu nok cakap pasal kt ni..aku nk sumer org pk pasal nie...
kos hidup di trg no 2 tinggi lepas lembah klang
dan
kadar kemiskinan no 2 ter corot lepas sabah

ironinyer..hakikat hidup di trg memeritkan..
peluang keje?
kos sara hidup?
kemudahan awam?
dn byk lagi...

hanya org terengganu cm aku je yg tahu..

Anonymous said...

kalu nok cakap pasal kt ni..aku nk sumer org pk pasal nie...
kos hidup di trg no 2 tinggi lepas lembah klang
dan
kadar kemiskinan no 2 tertinggilepas sabah

ironinyer..hakikat hidup di trg memeritkan..
peluang keje?
kos sara hidup?
kemudahan awam?
dn byk lagi...

hanya org terengganu cm aku je yg tahu..