Tuesday, December 11, 2007

Jelapang Berdarah Lagi

11 Disember, 2007 10:17 AM

Tujuh Maut, 28 Cedera, Empat Parah, Bas Persiaran Rempuh Lori Tangki

IPOH, 11 Dis (Bernama) -- Tujuh maut manakala 28 lagi cedera dengan empat daripadanya parah apabila sebuah bas persiaran merempuh belakang sebuah lori tangki yang membawa muatan kimia di Plaza Tol Jelapang (menghala ke selatan) pada awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, enam orang termasuk pemandu dan pembantu pemandu bas persiaran itu maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Ipoh.

Ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 5 pagi ini, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Kubang Pasu, Kedah menuju ke Cameron Highlands, merempuh lori tangki itu semasa lori tersebut berhenti membayar tol di plaza berkenaan, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai akibat brek bas persiaran itu gagal berfungsi ketika menuruni laluan berbukit berhampiran plaza tol maut tersebut.

Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Ipoh, katanya.

Katanya bas yang membawa rombongan wanita Umno itu seramai 35 orang termasuk pemandu dan pembantu pemandu dipercayai bertolak dari Kubang Pasu pada pukul 12 tengah malam tadi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dijangka melawat tempat kejadian itu hari ini.

-- BERNAMA

------------------------------------------------------
Bas masih degil. Taknak check kenderaan sebelum berlepas. Dah nampak macam-macam jenis amaran semasa menghampiri jalan tu, takkan tak reti-reti nak perlahankan kenderaan.
Tol Jelapang masih di situ. Dah berapa banyak kematian. Takkan semuanya salah pemandu?

0 comments: