Monday, December 03, 2007

HINDRAF, Janganlah Melampau

Kalau iya pun nak berkumpul di tengah bandar Kuala Lumpur, berkumpullah. Aku tiada sebarang bantahan. Lagipun yang berpanas, berhujan yang kena sembur gas pemedih mata bukan aku. Tetapi ua aku memang tidak bersetuju dengan kata-kata mereka yang kaum india di anak tirikan dari pembangunan. Entahlah, bagi aku, setiap orang berjaya atas usaha masing-masing. Kalau asyik mengharap bantuan, kita tak kemana.

Aku juga walaupun dalam mengeji tindakan yang bagi aku ‘tah hapa-hapa’ itu, terpana juga apabila memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri Britain yang diterjemah itu mengatakan kerajaan mengamalkan pembersihan etnik. Kalau iya pun nak membuat tuntutan membuta tuli, janganlah sampai temberang sambil tutup mata.

Kini ia sudah menjadi isu perkauman akibat pembohongan yang bagi aku tidak ada asasnya itu. Oh sebelum itu ditegaskan, aku bukan pro mana-mana parti di Malaysia ini. Mereka semua ada agenda tersembunyi dan membaca ke dua-dua belah pihak punya kenyataan boleh membuat aku pening lima-enam hari!

Apa maksud pembersihan etnik? Kerana sefahaman aku, ia adalah seperti yang dilakukan oleh puak Serbia kepada warga islam suatu ketika dahulu. Ia juga bermaksud seperti apa yang Israel lakukan kepada warga Palestin. Adakah begitu yang berlaku di Malaysia?? Adakah kaum-kaum lain seperti Melayu dan Cina pantang nampak pergerakan orang India dan akan segera pergi melemparkan bom? Menyembelih kepalanya? Lagi menyakitkan hati dikatakan extremist aka Pengganas Islam! Gila, Hindraf sudah melampau! Dalam masa meraih simpati antarabangsa, mereka sudah tidak tahu menjaga sensitiviti kaum lain, sehingga kalangan orang yang sebelum ini tidak peduli akan perisitiwa di Jalan Ampang menumpukan perhatian serta mencerca Hindraf.

Adakah mana-mana kuil yang telah dirobohkan oleh extremist Islam Malaysia? Ada ada? Berita yang dicanangkannya pun tidak benar. Apa ke gila orang Islam nak pergi robohkan kuil sedangkan dalam Islam sendiri dikehendaki menghormati kepercayaan orang lain. Bohonglah kata ada kuil yang dirobohkan disebabkan penghapusan etnik..

Kamu faham ke maksud penghapusan etnik? Ia bermakna orang India tidak bebas bergerak. Menjadi sasaran untuk dihapuskan. Tetapi yang aku tengok, mereka bebas lalu lalang, mengamalkan agama mereka..berniaga. Tidak pernah pula aku tengok sedang mereka berniaga di dalam kedai, tiba-tiba ada yang datang menembak kepalanya atas nama penghapusan etnik. Oh kalau penghapusan etnik berlaku, mustahil amat mustahil kamu semua boleh berarak beramai-ramai sampai jalan tutup di Jalan Ampang / Jalan Tun Razak itu. Oh nak berkumpul lagi? Berani berkumpul lagi? Yalah, kan ada penghapusan etnik...tak takut ke berkeliaran??? Ada patut ke digunakan perkataan penghapusan etnik?? Tolonglah jangan meraban HINDRAF! Takku maafkan pembohongan itu.

Jadi, kepada HINDRAF, janganlah melampau apabila membuat tuduhan. Aku tidak peduli kamu mohon warganegara British, pergilah mohon. Tapi jangan membuat tuduhan yang membuatkan orang-orang Islam Malaysia seolah kejam dan begitu hina.

4 comments:

sebol said...

Memang mereka pelampau.

dari asalnya "simpati pada orang india" jangan sampai bertukar kepada benci pula.

paNavia said...

kalo ada penghapusan etnik tu x wujudla perkampungan diorg kat batu caves nun.. aku kalo balik bt caves sure rasa pening sbb kat sana diorg conquer buat mcm kawasan diorg.. giler laa..

Aizam said...

rasanya takda lagi berlaku kuil kat malaysia dirobohkan, memang tak kenang budi punya pengikut HINDRAF.. TAPI!!... Masjid dirobohkan dan diranapkan oleh sesama bangsa & agama ada kerana perbedaan idealogi politik!..

kokja said...

ya betul!!!!!! memang tak kenang budi langsung.cuba kalo org british tak bawak diorang kat sini, lagi diorang merana miskin mcm kat negara india sana.mandi dan minum pakai air perigi,susah nak g sekolah,gaduh ngan pakistan tak habih2,bakar panggung sebab watak shah rukh khan mati dalam filem....ndak macam tu?