Sunday, December 09, 2007

Enchanted

Image Hosted by ImageShack.us

Entry ini di tulis untuk menyangkal tuduhan kayuria yang mengatakan aku berminat nak menjadi blog politik pula. Hahaha sungguh, aku cuma ulas apa yang aku tengok setiap hari. Maaflah kalau setiap hari aku disogokkan dengan berita-berita politik. Jadi aku mengulas sahajalah dari sisi kaca mata aku yang berwarna unggu ini. Sebab aku dah lama tak tengok wayang. Hahaha

Filem yang sungguh menghiburkan. Sangat-sangat menghiburkan. Ada wartawan yang makan bersama aku minggu lepas berkata, filem ini agak bosan. Ehem, aku malas nak dengar pendapat dia sedangkan ulasan nya dalam surat khabar pun seringkali tidak menepati standard, malah kadangkala menyebarkan spoiler cerita. Jadi aku minta dia diam dan teruskan dengan memakan nasi dalam pinggannya sahaja.

Enchanted mengisahkan Giselle dari dunia fantasi yang ditolak ke dalam perigi buta dan tercampak di tengah-tengah kota New York. Ya, maka kita akan melihat konflik masa sekarang yang mana masyarakatnya tidak percaya lagi kepada ‘happily ever after’. Haha.

Aku malas nak review panjang lebar, nanti tertulis spoiler pula, tetapi apa yang ingin aku cakapkan ialah Enchanted memang sebuah filem yang menarik. Agak kecewa apabila Disney mengumumkan ini adalah filem dongeng terakhir mereka. Oh, sungguh kecewa.

Pertembungan watak fantasi dan watak realitinya sungguh mencuit hati. Terutama Pip si chipmunk yang kehilangan suara di alam realiti. kita boleh melihat betapa naifnya Giselle dan Putera Edward yang baru bertemu sehari malah sudah mengakui mereka adalah pasangan sehati dan sejiwa. Dan ianya berubah apabila Giselle tercampak di alam realiti.

Oh, anda tidak tersilap panggung apabila dihidangkan dengan animasi kartun cerita fantasi selama 15minit pertama..

Pastikan anda menonton filem ini. Sungguh sungguh menghiburkan!

3 comments:

sebol said...

kalau kau tengok cerita the kngdom & buat reviu tentangnya, pasti blogmu akan menjadi blog politik kembali

ezza erisa said...

dengarnya the kingdom adalah filem propaganda america.

walaupun aku minat sama itu jen. garder..tapi tak apalah..tunggu dvd haram jelah..kekek

kasorrga said...

weh mokcik...
dokkan mu gi tgk cerita ni sbb nok wat review dan nok menyangkal tuduhan aku? lawok nguh la mu nih... terguling bating aku...
tp..ok la..sekali sekala review pilem diikuti dgn review Asian Idol...
p/s:actually... review politik mu tuh beh... tp..sbb atas pagar...jd x beh la...hahahhaha