Tuesday, December 04, 2007

Ayu Ke Klinik



Selepas 2-3 hari Ayu cirit birit, dan hanya sedikit peningkatan selepas beli ubat di kedai makanan haiwan, aku memutuskan untuk membawa Ayu ke klinik. Berjumpa doktor. Ingat nak suntik vaksin sekali.


Ayu takut, terketar-ketar tapi doktor sangatlah baik. Melayan Ayu macam layan kanak-kanak. Di usapnya, dipeluknya. Tetapi Ayu masih lagi Ayu. Bukan Ayulah kalau tak ayu dan takut. Hanya kerana dia berada di tempat asing maka dia tidak lari menyembunyikan diri. Sebagai ganti, habis bahu aku dijadikannya tempat bersembunyi dan dipeluk erat.

Ayu kena suntik satu jarum. Aku ingat macam orang, samada suntik di bahu atau di punggung, tidak. Ayu di cucuk di di atas belakang. Bawah sikit dari leher. Tapi Ayu tidak meronta, macam tak perasan pun kena cucuk.

Oh..doktor bekalkan aku ubat seperti di atas. Antibiotik. Untuk makan selama 7 hari. Aduh, Ayu paling malas bab makan ubat. Dia akan buat mulut berbuih-buih seperti kena sawan setiap kali aku paksa dia telan ubat. Tidak hanya itu, dia akan meronta-ronta dan mencakar lengan. Dua kali sehari pula tu. Doakan Ayu tahan sahajalah. Ahad lepas, Ayu sampai berair mata apabila di paksa makan ubat.

Oh, dan aku rasa sedikit terperanjat (memang aku tak tahu pun), kedai makanan haiwan tidak ada lesen menjual ubat. Jadi kalau binatang kesayangan anda sakit, bawalah mereka terus berjumpa doktor.

Ayu, balik-balik sahaja terus tidur. Sepatutnya kata doktor, ubat yang dicucuk tidak membuatkan dia mengantuk, tetapi mungkin tekanan perasaan sewaktu datang berjumpa doktor itu yang membuatkan dia mengantuk. Oh...yang pasti, itu bukan tindakan luar kawal Ayu, setiap hari Ayu akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 20jam untuk tidur. Ada ketikanya, jika tidak diganggu Ayu boleh tidur sehingga 8-9jam terus menerus.

Oh tak jadi suntik vaksin, kena tunggu Ayu sembuh sepenuhnya dulu




Posted by Picasa

1 comments:

deidaa said...

Halah halah.. kecihan budak AYU.. cirit biritttt lah dia!

Tu lah.. dia cirit birit sbb rindu sgt ke aku kut? Maklumlah 2minggu doh dok jupe.. muehehe~!