Friday, November 23, 2007

WHC 1357

Pagi ini seperti biasa, aku lalu Jalan Tun Razak untuk ke Bangsar. Seperti selalu dibawah Star LRT sekarang sudah menjadi ‘bottle neck’. Istilah ‘bottle neck’ merujuk kepada sebagai contoh, dari dua lorong di akhirnya menjadi satu. Atau tiga lorong menjadi satu. Faham-fahamlah ya...mana-mana pemandu, kebiasaannya sudah tahu apa maksud apabila di sebut ‘bottle neck’ ini.

Aku melalui lorong yang ditutup, diakhirnya aku harus mencelah masuk ke lorong disebelah aku. (Lorong itu cuma disempitkan untuk memberi ruang kepada kereta-kereta dari Bulatan Pahang melaluinya.)

Oh..sewaktu aku menyelit masuk ke lorong besar itu, adalah sebuah kancil (yang hebatlah konon), di belakang aku, seolah tidak mahu memberi ruang. Memula sekali, apa peraturan bottle neck bang? Bergilir-gilir bukan? Jadi kenapa abang begitu bersungguh-sungguh nak mencucuk kereta aku???

Ok, kemudian dia bagaikan tak puas hati, memotong dari belah kiri dan seterusnya menyelit di hadapan aku. Sudahlah ruangannya sempit, hampir sahaja aku terlanggar belakang moderno nya. Setelah hampir seminit, kemudian dia mula buat aksi orang gila. Membrek tak tentu pasal. Kau saja nak aku gabra atau kau memang sudah buang tabiat nak mati kemalangan? Kalau dah rasa nak mati, pergi langgar pembahagi jalan. Mati sorang-sorang, jangan menyusahkan orang lain.

Mungkin dia salah seorang forumner kcarlife (mungkinlah) tapi tak ada sticker pun. Kalau dia buat aksi liar dan bodoh itu untuk menaik perhatian aku, untuk mengatakan dia juga seorang forumner, ya..ia tindakan amat bodoh! Kalau dia buat begitu kerana marah aku selit di hadapan dia sewaktu bottle neck tadi, ia tindakan tidak waras! Ia dipanggil bergilir-gilir! Kalau dia buat begitu untuk tingkatkan hormon adrenalin dalam badan aku, ianya lebih bodoh dari bodoh. For God Sake, its 8.30am! Aku tak terangsang, teruja untuk menekan minyak malah merasa pemandu WHC1357 itu memang wajar di tarik balik lesennya serta merta.

Oh kemudian, aku memandu seperti biasa, kereta kancil yang ada skup dan belakang moderno itu (kalau ada skup dan belakang moderno sudah dikira paling kuat di Malaysia mungkin, kalah kereta-kereta Evo dan juga Merc serta Volvo) sedang mencucuk kereta Jazz biru dihadapannya pula. Bersungguh benar mencucuk, seolah-olah kalau dia pergi ke depan, dia boleh terbang sampai ke pejabat dengan cepat sekali. Kalau nak menguji skill cucuk mencucuk, nak menguji kehebatan kereta, pergi ke tempat sepatutnya. Jangan memburukkan mood orang yang elok moodnya menuju ke pejabat.

Mungkin dia merasakan keretanya kebal, dan dia juga pemandu paling handal mengemudikan kereta di jalan raya, ya mungkin. Tetapi orang lain pun dapat lessen dari JPJ juga.

Jadi, kepada pemandu WHC 1357, kalau rasa handal, hebat, buktikan di litar lumba, Jangan duk nak mencucuk kereta-kereta orang nak pergi kerja. Aku bukan pemandu paling berhemah, tetapi aku tahu waktu masa nak tekan minyak, waktu mana nak kawal kereta aku. Jadi kalau ada yang berkata, pemandu kancil berlagak ya, aku sudah jumpa seorang.

Akhir kata, semoga anda menerima pengajaran suatu hari nanti. Terima kasih

3 comments:

Anonymous said...

aku pun selalu kena cucuk dengan kancil macam ni..ada hati nak cucuk gen2..aku bagi dia lepas tu faham-faham je la...tak cukup tanah dia lari..turbo ke tak turbo ke..kalau stuck kat jem tak guna..
erisa, ignore je la perangai mamat poyo macam tu.Geng Kcarlife atau ACFK jarang perangai macam tu..
~venomie~

ezza erisa said...

ya tu la....sibuk mencucuk...macam baru sampai kuala lumpur (tapi plet kl). pagi2 nak cucuk ke mana? kereta berderet.cucuk botox ke apa? keke..sakit mental!

maybelah bukan geng kcarlife or acfk..selalu orang dah lama main kereta ni..takde nak menyucuk tak pepasal.

memang ignore pun..tgk je dari belakang jelah show orang tak ada otak itu.hahaha.

well serius, kalu eksiden time tu..memang aku takmo tlg..nak lalu sambil buat thumb up je..
akakaka

Anonymous said...

cukup seronok kalau tengok dia ter'cium' montot bas rapid KL heheheh
~venomie~