Tuesday, November 06, 2007

Surat Terbuka Untuk Radio Xfresh

Kepada Sesiapa yang Berkenaan,

Tuan / Puan,

Saya selaku pendengar radio berbahasa Melayu dan Inggeris di negara Malaysia ini ingin mengucapkan tahniah kepada radio xfresh yang pada mulanya muncul dengan gaya yang berbeza. xfresh pada asalnya ke udara untuk menarik golongan remaja dalam lingkungan usia 12-25 tahun mengikut pendengaran saya semasa radio ini dirasmikan pada tahun 2004 kalau tak silap saya. Apabila xfresh muncul dengan konsep 100% buatan Malaysia, dan lain beb, saya tertarik pada awalnya. Xfresh juga di gembar gemburkan sebagai radio no 2 Malaysia dibelakang kakak sesyarikat dengannya iaitu Era.

Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini saya kurang faham dengan hala tuju Xfresh. Saya juga turut merasa jengkel dengan cara radio ini ditadbir. Maafkan saya jikalau bahasa yang saya guna menyakitkan hati pihak yang berkenaan.

Dek kerana radio ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, kurang pendengar yakni 500,000 sahaja pendengarnya maka susunatur dan konsepnya terpaksa di ubah. Tiada lagi 100% buatan Malaysia. (Ya, maka fahamlah kita, radio kita memang memerlukan lagu-lagu asing, jadi artis-artis picisan jangan nak memekak kata radio tak menyokong mereka, sudah terbukti radio yang main 100% lagu Malaysia tak boleh hidup)

Konsep barunya dengan DJ buangan dari kakak sesyarikat diharap dapat membangkitkan kemeriahan radio Xfresh ini. Betul tak pihak yang berkenaan? Malangnya, akibat keseganan hidup, mati tak mahu radio Xfresh ini dan diberi masa setahun untuk memperbaiki rating pendengar, maka radio Xfresh menjadi radio yang terdesak. Terdesak mencari rating. Terdesak agar tidak dihentikan operasi. Mungkin juga satu radio yang digunakan oleh kakak sesyarikat yang menjadi no 1 itu untuk menyingkirkan saingan terdekatnya. Dek kerana kakak sesyarikat tidak boleh mengutuk dan menghina saingannya, maka adakah Xfresh dijadikan sebagai satu alat mengutuk radio-radio lain ya?

Xfresh dengan tema barunya Lain Punya Hangat, Panggilan Hangus, Sasau = Sarah Sauzana, Super K, Lebih Hangat, Segar (heh, xfresh = ex fresh = dulu segar). Dengan segala macam iklan yang memburuk burukkan radio yang mendakwa mereka lebih hangat dari biasa, adakah itu satu strategi? Kerana saya merasa mual, loya dan hampir muntah darah dengan tindakan murahan ingin menjatuhkan stesen radio lain dengan mengambil pendekatan mengutuk begini. Kalau ingin bersaing, bersainglah dengan cara yang betul, bersih, sepertimana radio yang mendakwa mereka hangat itu, tidak pernah pula aku mendengar DJ dan iklan mereka mengutuk stesen-stesen radio lain secara langsung dari corong frekuensi mereka.

Semoga soalan saya mendapat jawapan dari pihak berkenaan kerana saya sudah tidak dapat menahan telinga saya, dan tidak dapat menahan perasaan untuk mencaci Xfresh kerana konsepnya sekarang yang membuat saya hilang hormat.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Pendengar Radio Malaysia

6 comments:

sebol said...

apa aku nak komen?

aku suka exfresh pasal dia banyak lagu rap.

ezza erisa said...

aku pun suka juga dengan seleksi lagu-lagunya tetapi aku tak tahan dengan cara ia ditadbir dan sessi kutuk mengutuk radio lain

Saya Ben Paul....
Saya Sarah Sauzana.

Dengki benar nampaknya xfresh dengan radio lain itu

Wawa said...

oh yg paling best, diorang tawar sejuta kalau ko dapat buktikan dia mainkan lagu2 bukan malaysia.

yg diorang dok mainkan lagu pudar - rossa tapi sis mila nyanyi tu camne?

then lagu menghapus jejak si kumpulan apa ntah nyanyikan balik tuh.

oh c'mon.

Wawa said...

oh yg paling best, diorang tawar sejuta kalau ko dapat buktikan dia mainkan lagu2 bukan malaysia.

yg diorang dok mainkan lagu pudar - rossa tapi sis mila nyanyi tu camne?

then lagu menghapus jejak si kumpulan apa ntah nyanyikan balik tuh.

oh c'mon.

ezza erisa said...

wawa,
selepas aku baca entry sejuta ko ni..aku pun ptg itu waktu drive balik mendengar radio xfresh

sebaik sahaja diumumkan kalau terdengar lagu bla bla bla kami menawarkan sejuta (SEJUTA APA?? RUPIAH?? RINGGIT???? SEJUTA TIN KOSONG)...terus berkumandang lagu menghapus jejak by SOFAZ.

apakah maksud lagu indonesia bagi xfresh.fm??? dinyanyikan? dicipta?

lagu omputih takper lak berkumandang. pelik sungguh!

cik bintang said...

xfresh ni mmg lame dah hipokrit..
termasuklah penyampai popularnye sewaktu dulu... oh maaf komentar ku bersifat peribadi..

aku pun bencik la EX-FRESH.FM ni.. hipokrit...!