Monday, November 05, 2007

Ramainya Pekerja Asing!

Dalam minggu kemeriahan Hari Raya Aidilfitri 3 minggu lepas, TV3 dalam Buletin Utamanya tidak habis habis mengeluarkan rencana mengenai lambakan pekerja asing di Malaysia. Mulanya aku bosan, hari hari bersambung. Setiap hari bersambung dan bersambung dan bersambung. Topiknya pula tak habis-habis dengan menunjukkan muka muka mamat / minah indon, mamat Bangla, mamat Nepal dan sebagainya di depoh depoh tahanan pekerja tanpa izin ini.

Apabila aku kembali ke Kuala Lumpur, dan dikurung di dalam sebuah hotel di Bukit Bintang selama 5-6 hari, aku mula dapat merasakan yang rencana yang disiarkan di TV3 bukan semata-mata untuk mengekalkan rating, tetapi kebanjiran warga asing ini memang parah. Secara tiba tiba aku jadi menyampah dan benci pada mamat-mamat Bangla dan Nepal ini. (Sepanjang aku di Bukit Bintang, aku tidak berjumpa dengan kedai kedai yang menggunakan pekerja asing dari Indonesia, maka kerana itu aku belum menyampah dengan mereka)

Contoh paling mudah, pada jam 12malam, aku memerlukan salinan dokumen penting untuk dibuat salinan sebanyak 40 keping (double sided). Aku menuju ke kedai berhampiran (ala-ala seven eleven tetapi bukan seven eleven). Puas aku menerangkan kepada mamat Bangla itu apa kehendak aku. Kerana salinan asal di cetak di atas kertas one sided maka habislah ayat aku berterabur. Dari Bahasa Inggeris sebenar kepada Bahasa Melayu sebenar kepada Bahasa Rojak kepada bahasa isyarat! Rasa hendak aku terajang sahaja muka mamat Bangla yang tidak faham dengan kehendak aku itu dan buat muka tak tau itu.

Kemudian 3-4 hari lepas, semasa aku sedang dalam proses merayap ke Carrefour Midvalley, aku sedang mencari cari di seksyen perkakasan. Aku mencari benda yang sangat biasa iaitu ‘cable tie’. atau dalam bahasa melayunya pengikat kabel. Carrefour besar. Dan aku berlegar-legal di kawasan ‘hardware’ berkali kali. Takkan tak ada? Lalu aku ternampak akan mamat South Asia ini sedang menyusun barang di seksyen hardware. Aku menuju ke arahnya dan bertanya dimana cable tie. Dia menggeleng, aku tak pasti samada dia tak faham bahasa Inggeris atau dia tak tahu dimana cable tie atau apa.

Majikan memang suka menggaji pekerja asing. Satu kelebihan kepada mereka. Gaji murah, tidak perlu bersusah payah untuk menambahkan kos untuk mencarum di dalam KWSP. (SOCSO aku tak pasti pula). Maka majikan dengan penuh tamak haloba berduyun-duyun membawa masuk pekerja asing ini. Yang kadangkala amatlah menjengkelkan.

Minta maaflah, aku tahu kamu datang mencari kerja kerana kesusahan di negara sendiri, Malaysia menjanjikan kehidupan yang senang kepada keluarga kamu. Tetapi apabila kamu datang ke mari mengkahwini anak-anak dara / teruna kami semata-mata untuk menjadi warga negara itu amatlah menjengkelkan.

Memang mereka ni diperlukan, itu memang tidak boleh dinafikan kerana rakyat Malaysia sekarang tinggi kelas dan standardnya. Rela masuk rancangan Bersamamu, Finding Angel, surat khabar dan segala jenis media sambil mengeluarkan tangisan dari bekerja menjadi buruh binaan, tukang sapu lantai dan sebagainya kerana kita tinggi kelasnya untuk bersama-sama mencari rezeki dengan cara susah ini. Sungguh kita rasa kurang standard untuk bersama-sama Mamat / Minah Indon atau Mamat-mamat South Asia untuk mencuci longkang. Sedangkan hakikatnya, mereka bekerja mencari rezeki yang halal, tetapi ada antara kita pula yang lebih suka meminta-minta memohon simpati dan bantuan orang.

Sekarang juga trend, mamat-mamat South Asia ini juga turut diambil bekerja sebagai pengawal-pengawal kondominium, apartment-apartment yang kerjanya duduk melanguk di dalam pondoknya sahaja. Apa yang dikisahnya hanya kalau ada pelawat nak masuk, sila tandatangan buku, atau buka halangan untuk masuk. Apa sahaja yang berlaku di luar kawasan jagaan, walaupun hanya 10-20meter tidak diendahkan, termasuklah yang meraung-raung meminta tolong akibat diragut.

Belum lagi menyentuh kepada minah-minah Filipina, Indon, China yang dibawa masuk atau datang sendiri dengan pass lawatan social atau menyalahgunakan visa on Arrival untuk menjadi GRO dan pelacur murahan di lorong – lorong popular di ibu kota. Kadangkala terasa seperti berjalan di Bangkok sahaja!

Maaflah kalau ada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku. Ini adalah luahan perasaan kecewa aku setelah berhadapan dan memerlukan urusniaga dengan mereka ini.

1 comments:

kokja said...

hehe memang betul pun.contohnya yg kat tmn u kat jb ni.aku duduk sewa kat apartmen.kira mcm rasa bagus la duk kat tpt yg agak mahal ni sbb aku memang tak mampu beli.tup2 beberapa bulan lalu jiran aku ialah mat2 bangla!tak puas hati tul.selalu dengar diorg bercakap2 bahasa diorang yg tak ape2 tu.mat bangla tu plak keje kat johnnys dlm jusco tmn u.hampeh tul.camne la diorang dapat keje kat ctu.johnnys kat alamanda pun camtu gak.mana la diorg reti cakap melayu.kena ckp english broken ngan diorg.diorg pun kadang2 tak reti sgt english.last2 slps mcm cakap ayam ngan itik, pekerja tempatan lain yg amik alih layan kitorg. geram tul.yg tak puas hati lagi,salah sorg pak guard yg jaga rumah aku tu mat bangla gak.baru keje gak rasanya sebab baru nampak muka dia baru2 ni.bangla lagi!petang2 kdg2 diorg bkumpul kat pondok pak guard tu.mcm rasa nak langgar je sbb halang laluan org nak masuk.kat cni ada dua apartmen yg tletak kat sebelah2.apartmen yg satu lagi tu pekerja kilang sewa utk pekerja asing diorg mcm bangla,minah indon, nepal...bla..bla...dah jadi mcm 2nd jakarta plak aku rasa.yela sampah bertaburan merata2,lintas jalan lenggang lenggok mcm nak g pasar,berkumpul kat tepi jln ramai2...eiii sakitnya ati aku.ni lagi satu spesis yg aku rasa mcm nak langgar.dahla restoran,laundry,salon, kedai runcit n segala kedai2 mcm dah jadi mcm diorg pulak yg conquer.aku tgk tukang masak pun org indon.nak tau apa kedai mkn tu punya promo?"sila mampir lagi" la...tu bkn bahasa indon ke? tak termasuk lagi nasi ayam penyet indon pun diorang ada jual!!!sekarang baru aku tau nasi ayam penyet tu originally from indon!