Thursday, November 29, 2007

4 Lebuhraya Tidak Mengalami Kenaikan Tol

Perlukah kita bergolek bergembira? Atau perlukah kita menangis tergolek-golek juga?? 4 lebuhraya tidak naik, disusuli dengan 6 lebuhraya yang akan naik dari 7 hingga ke 50%. Apa??? Lima puluh peratus??? Sebut betul betul lima puluh peratus????

Lebuhraya yang tidak mengalami kenaikan seperti PLUS, SPRINT, Jambatan Pulau Penang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang Hulu Klang.

Heh, aku tak tau mengenai lebuhraya lain, tapi aku arif benar dengan Lebuhraya Bertingkat Ampang Hulu Kelang itu. Penuh sesak. Waktu pagi dan petang, rasanya lebih beribu kenderaan melaluinya. Bagi aku, yang selalunya masuk di Jalan Tun Razak, dan keluar di simpang Jelatek yang jaraknya tidak sampai 3 Kilometer, dan tolnya berharga RM1.50. Harga sekarang pun sudah jauh dari tidak berpatutan. Apatah lagi harga akan datang. Tambahan dengan jumlah kenderaan yang bertenggek nak membayar tol sehingga berderet-deret jumlahnya.

Oh, jangan bergembira dulu. Jangan, jangan. Pancingan undi ini sungguh baik. Sungguh bijak. Tapi kata-kata menteri pengangkutan yang sungguh kedengaran paling lawak ‘kalau Lebuhraya Seremban Port Dickson naik sampai seratus ringgit pun, orang tak kisah. Tak ada orang lalu’ Sungguh, aku tergelak dalam tangisan. Ya...betul. Aku dulu penduduk Port Dickson, dan selalunya kalau hendak ke Seremban, aku akan menggunakan laluan Rantau – Mambau. Jaraknya hampir sana, aliran trafiknya juga biasa sahaja. Tidak terkisah dengan kesesakan jalan raya. Tetapi, bagi warga KL yang pada hujung minggu ingin bersantai di Port Dickson, laluan mereka (kebanyakkannya tak tahu pun ada laluan alternatif) akan menggunakan laluan ini. Dan...lawak tersebut juga tidak kelakar, kerana jika tahu ianya tidak mendapat sambutan, kenapa diadakan pembinaannya????

Oh lagi satu sebab kenapa anda tidak boleh bergembira dengan ‘pengorbanan’ kerajaan yang sanggup membayar pampasan sebanyak RM344juta kepada pemegang konsesi. Ianya hanyalah jaminan untuk setahun. Setahun dan setahun sahaja. Mungkin tahun depan, kenaikkan ada yang mencapai sehingga entah berapa ratus peratus. Siapa boleh jangka kan??

Oh lagi satu sebab kenapa anda tidak boleh bergembira, siapa pemegang konsesi tersebut? Kenapa perjanjian dengan pemegang-pemegang konsesi menampakkan yang kerajaan perlu begitu patuh? Apa yang dijanjikan dalam kontrak dengan pemegang konsesi?

Berikut adalah kadar baru bagi lebuhraya-lebuhraya yang mengalami kenaikan. Source The Sun.


Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

sebol said...

Ezza
mereka tak bayar RM 380juta
hanya 255 juta sahaja.

ezza erisa said...

aku baca the sun katanya banyak tu...

estimated cost.

akhbar aku baca salah baca kut? hehehe

ezza erisa said...

aku nak betulkan...
salah baca..
hehehe

344juta...estimated cost...

dah ubah kat entry juga