Friday, November 16, 2007

Kenapa Saya Lambat Hari Ini

Image Hosted by ImageShack.us


Kepada abang polis trafik yang hari ini bertugas di simpang Jalan Jelatek / AU Keramat. Hari ini saya betul betul rasa nak lalu dan langgar punggung abang polis trafik yang bertugas disitu. Kenapa saya rasa nak langgar abang polis hari ini? Tidak pada semalam? Atau pada hari-hari sebelum itu iaitu sejak 5tahun saya berada dan lalu tiap-tiap hari disitu?

Kerana hari ni abang polis trafik yang seorang ini amatlah menyakitkan hati. Rupanya sahaja boleh membuatkan saya terasa hendak menyumpah di dalam hati. Begitu juga dengan tahap pendengarannya. Oh maaf ya abang polis trafik.

Kerana abang, hari ini jalan AU2 sesak teruk. Abang tidak pernah jaga lalu lintas di simpang Jalan Jelatek / AU Keramat ya bang? Jadi kenapa abang dengan begitu pekak telinga dan buta mata, menyekat aliran trafik dari AU Keramat untuk memberi jalan kepada laluan dari Setiawangsa / Wangsa Maju (Jalan Jelatek) sahaja???

Saya tidak kisah abang nak tahan trafik jalan saya. Tapi janganlah tahan 10 minit, kemudian lepaskan jalan saya 1 minit. Dan satu minit itupun terpaksa bersesak kerana jalan Dato Keramat dilepaskan masuk ke jalan Jelatek. Kenapa hari ini abang trafik tiba-tiba tahan, sedangkan sebelum ini, kereta dari Jalan saya akan menyelit masuk perlahan-lahan ke Jalan Jelatek. Namanya pun beri laluan.

Apabila menunggu terlalu lama, maka banyaklah kereta yang tidak sabar dan seterusnya membunyikan hon. Apa yang abang trafik buat ialah menjeling tajam seolah – olah kereta tersebut sudah bertukar menjadi Deception.

Hari ini AU2 sesak kerana abang polis menahan susur keluar yang tidak pernah di tahan selama 5tahun! Bravo!

2 comments:

Anonymous said...

salah eja la....deception?ker DECEPTICON yg jahat dlm transformer.....ker abg trafik tuh org jahat dlm TERMINATOR?

ezza erisa said...

hehehe...
maklumlah angin kus kus masa menaip..ejaan pun salah...ya ya

saya maksudkan DECEPTICON

tq ;)