Monday, November 05, 2007

Filem Minggu Ini

Terlambat, sungguh aku terlambat. Maklumlah sejak sebelum bulan puasa aku tidak berkunjung ke tempat gelap itu. Kesempatan cuti ganti pada hari Jumaat lalu membolehkan aku membuat larian filem, ganti balik apa yang aku terlepas akibat kesibukan. (huh percayalah apabila aku katakan sibuk, bermakna aku benar-benar sibuk, ingat aku buat lawak ke? hehe)

Filem 1: Bourne Ultimatum

Ya ya ya, aku terlambat untuk filem ini tetapi sebab aku mengelak membaca spoiler dan juga review maka aku boleh enjoy filem ini dengan begitu baik sekali. Seperti filem filem Bourne yang terdahulu, kita boleh harapkan aksi dan babak-babak menarik dari filem ini. Aku bukan pengemar filem-filem aksi. Tetapi untuk filem filem seperti Bourne (hero mesti hensem) aku terpaksa buat pengecualian.

Terjawablah siapa Bourne yang sebenar. Banyak aksi tak logik tetap boleh dimaafkan. Sesiapa yang terlepas menonton Bourne akhir ini, bolehlah pergi ke panggung atau tunggu DVD original. (atau kalau nak cepat, silalah tunggu celebriti dunia memuat turun filem filem barat memuat naikkan versi DVD ripnya).

Filem 2: Resident Evil the Extinction

Ya, ini adalah filem yang amat mengujakan aku. Lagi tak logik dari Bourne. Tetapi kerana ianya adalah adaptasi dari permainan video tak bolehlah nak merapu banyak. Alice, aku rindu kau beraksi dalam baju merahmu yang mengoda itu!

Memang sangat best

Filem 3: 30 days of nights

Filem yang begitu hebat dipromosi. Sedangkan pada awalnya aku nak membeli tiket untuk ‘Stardust’ pun boleh tergoda untuk untuk membeli tiket ini. Maklumlah, pontianak, ngeri kejam kapak...semua ada.

Akupun masuklah tengok dengan pengharapan yang tinggi. Orang yang terlibat bukan calang-calang orang. Tetapi sedihnya, hampa. Tak menarik. Bosan. Tidak diperincikan sebaik mungkin. Aku yang ratu terkejut apabila tengok cerita, dan juga ratu tutup mata apabila adegan ngeri sebab takut darah ini boleh membuka mata sehingga ke akhir cerita. Ianya memanglah ngeri, kapak leher, gigit leher. Tetapi entahlah, jalan ceritanya bagai tidak kena, perinciannya hilang. Ketakutannya bagai tidak mampu menyerap.

Dari korang pergi layan ini filem, mungkin ada baiknya pergi tengok filem Hati Malaya. (Oh aku pun belum tengok, jadi tidak mampu nak komen)

Filem 4: Hari lain pula (Stardust)

Aku tertarik nak tengok filem ini apabila tengok dia punya tag line ‘Cerita Dongeng yang banyak songeh’

Sungguh banyak songeh. Permulaan agak perlahan dan bosan tetapi ianya menjadi semakin menarik. Ya....memang best cerita ini.

2 comments:

paNavia said...

resident evil mmg best..
tp xtau apesal aku still rasa #2 is the best..
patutnya ending tu bleh dipanjangkan lagik.. tunjuklaa team alice vs the zombies baru kaw2..

semlm aku tgk 1957:hati malaya..
best jugak..
ada satu part tu touching giler aa sampai aku nangis.. ehehehe..
not bad lahh.. sampai aku terasa nak bawak mak ayah aku plak gi tgk.. :D

deidaa said...

Aku rasa resident evil ni ada kesinambungan lagik.. aku tensen buleh dok? Huhu!

Resident Evil nomot 4 mesti makin dok beshhhh!