Thursday, November 15, 2007

Anugerah Penyapu Cetus Kontroversi

Ya, setelah Menteri Besar Selangor mencipta rekod dengan memberikan anugerah penyapu yang pada asalnya cukup menggelikan hati aku, tiba-tiba ia dilanda kontroversi. Kalah kontroversi si Menteri Penerangan Malaysia memaki hamun wartawan di siaran langsung stesen televisyen antarabangsa.

Ada yang berkata, tidak patut. Ada yang kata terlalu menghina. Malah apabila menonton berita buletin utama semalam, malah tanpa segan silu TV3 mengatakan dalam masyarakat melayu, penyapu dianggap sial. Heh? Betul? Aku melayu, aku melayu, aku melayu. di ulangi sekali lagi aku melayu Tidak pula aku tahu penyapu itu tanda kesialan dalam masyarakat aku. Jadi dari mana anggapan ciptaan TV3 yang menyatakan penyapu itu sial??? Sengaja nak mengsensasikan cerita yang tiada apa yang perlu dikontroversikan?

6 comments:

-> eije Profil said...

sebab kepercayaan mcm ni lah org melayu kita jadi mcm ni, mundur , lemah sebab banyak pantanglarang.. kalau hukum agama tu takde pulak nak ikut..

wawa said...

islam hadhari kata penyapu tu sial?

wohooo..

kagumnya..

ezza erisa said...

encik aizam, :D
kepercayaan yang mana? penyapu sial? masalahnya org melayu sendiri tak de lak yg kata penyapu sial. dakyah tv3 sahaja

wawa,

mungkin ada dalam kitab baru kut?

Anonymous said...

Kalau dia diberi hadiah penyapu untuk 'penghargaan' pencapaian dia sebagai MB agak-agak dia letak jawatan tak? Entahlah, Nabi Muhammad tak pernah beri hadiah penyapu malah sapu dan kemaskan rumah wanita Yahudi yang hina dia ketika wanita itu sakit. Cuba fikir,elok ke bagihadiah penyapu sebagai sindiran, dah tu sebarkan seluruh Malaysia dalam surat kabor. kala bapak dia yan terima anugerah tu apa macam, bagga agaknya dia.

ezza erisa said...

aku tak kiralah dia nak bagi penyapu ke penyodok ke pelocok je...yg pasti niat dia tu...nak suruh PBT tersebut tingkatkan prestasi..

ayah dia ada keje PBT ke? kalau ada, bolehla cik anon berikan penyapu kepada ayah dia.

;)

Anonymous said...

dah tuh tak buat keja....dok huhahuha jer.....cukup bulan dapat gaji......baik jadi tukang penyapu jaa....huahuahuahuahua....