Friday, November 30, 2007

Periuk Mawi

Image Hosted by ImageShack.us


Sungguh menjengkelkan. Sampai ke periuk, kau nak jadi model? Periuk pun nak ambil kau jadi model? Kalau tak lekat muka Mawi kat kotak periuk tu, tak laku ke periuk?? Memula aku macam berkenan, sebab satu set lengkap, murah pula tu. Boleh dibeli dan bagi hadiah kepada kawan-kawan yang naik pelamin semperna cuti sekolah ini.

Tetapi apabila terpandang kotaknya, bukan periuk yang menjadi model, tetapi muka penyanyi idaman anak-anak dara seMalaysia, maka aku putuskan...TIDAK. Muntah darah aku nak bawa kotak periuk bermodelkan Mawi ini.

Oh, aku tak suka Mawi! Kepada peminat-peminat Mawi yang berjumlah ratusan ribu, bolehlah berlari ke pasaraya berhampiran anda untuk mendapatkan periuk belanga cap Mawi ini.Cepat sebelum kehabisan, takut terpaksa tarik-tarik rambut pula untuk mendapatkan set periuk belanga terakhir kalau lambat.


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Kekejaman Kepada Binatang

Pasaraya yang satu ini mula mengorak langkah membesarkan lagi pasaraya besarnya dengan menjual binatang peliharaan. Tetapi pasaraya besar, sepatutnya kekal sebagai pasaraya besar. Janganlah menjual binatang. Dan diletakkan di tengah tengah laluan orang ramai. Memang ada amaran 'Jangan Sentuh' tapi siapa peduli? Bagi kanak-kanak, inilah masa untuk mencucuk dan menyentuh badan binatang-binatang itu. Sungguh mengalami tekanan dan terkejut sentiasa.

Oh lebih menambah kekejaman apabila 2 ekor burung dikurung di dalam sangkar yang maha sempit. Sekurang-kurangnya berilah mereka ruang untuk mengibarkan sayap, bertatih terbang. Mereka adalah burung, bukan hamster!


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Siapa Membazir Minyak Negara?

Setiap kali ura-ura harga minyak hendak dinaikkan, maka gegak gempitalah rakyat jelata. Iyalah, naik lima sen pun kesannya bukan pada kereta sahaja. Peniaga pun mula naikkan harga barang, pemborong juga, malah ayam KFC pun mula di kecilkan atas alasan yang sama. Maka orang-orang di atas pun sibuklah juga memberi amaran kepada peniaga, JANGAN MENAIKKAN HARGA BARANG. Amaran wajib setiap kali harga minyak naik. Amaran main-main setiap kali harga minyak naik. Ya, kalau tak main-main, takkanlah susu pekat naik dari RM2.10 kepada RM2.50 setin. Kalau tak main-main, takkan ayam naik sehingga RM6.00 sekilo dari RM5.40.

Lebih menjengkelkan apabila orang-orang atasan ini menyelar rakyat membazir minyak negara. Kononnya rakyat membazir subsidi negara. Rakyat masih tidak sedar dan menggunakan minyak petrol sewenang-wenangnya. Kereta makin bertambah. Proton resah apabila kereta tidak terjual. Apabila terjual sudah tentu jualan petrol juga meningkat.

Oh yang lebih menjengkelkan berulang-ulang kali orang-orang atasan yang berfikir menggunakan lutut ini menuduh rakyat membazir petrol. Sungguh menggunakan lutut apabila bersuara.

Kami, tidak memerlukan escot enam kenderaan di hadapan, dan enam kenderaan di belakang kami setiap kali menaiki kereta di jalan raya. Kami tidak memerlukan tambahan 2 buah motosikal polis di hadapan escot enam kenderaan di hadapan dan tambahan 2 buah motosikal polis belakang escot enam kenderaan di belakang. Jadi, untuk seorang manusia berjawatan tinggi ada sekurang-kurangnya 10 buah kereta / motor membazir petrol. Kiralah pula untuk berapa ramai manusia berjawatan tinggi membazir petrol?? Kalau yang itu tidak dikira membazir petrol pula kan?

Jadi, janganlah orang-orang atasan menuduh dan mengatakan rakyat membazir subsidi minyak. Sedangkan rakyat sedang bertungkus lumus untuk menjimatkan perbelanjaan mereka.

Thursday, November 29, 2007

Ibu Pejabat Imigresen (Bah Visa) Ada Penyakit Pekak?

Banyak nombor di link imigresen website telah aku dail berkali kali. Bukan sehari, bukan dua kali, bukan seminggu. Berkali kali berhari-hari. Banyak kali. Tetapi malangnya, telefon di Pejabat Imigresen Putrajaya hanyalah satu hiasan. Tidak berguna untuk mendapatkan sebarang maklumat. Sudahlah letaknya jauh di Putrajaya, untuk satu soalan mudah yang tidak memerlukan masa yang panjang, tidak ada orang di pejabat tersebut yang mempunyai telinga untuk menjawabnya.

Mungkin semua staffnya pekak atau bisu. Mungkin juga Pejabat Imigresen tidak mampu mengupah seorang tukang jawab telefon. Iyalah, lagikan bumbung pun boleh bocor..apalah sangat tidak menjawab telefon.

Talian helpline nya pun tidak boleh dipakai. Berdering tanpa dijawab. Beginikah ciri-ciri perkhidmatan yang cekap??? Oh maafkan bahasa aku yang sedap di baca ini.

4 Lebuhraya Tidak Mengalami Kenaikan Tol

Perlukah kita bergolek bergembira? Atau perlukah kita menangis tergolek-golek juga?? 4 lebuhraya tidak naik, disusuli dengan 6 lebuhraya yang akan naik dari 7 hingga ke 50%. Apa??? Lima puluh peratus??? Sebut betul betul lima puluh peratus????

Lebuhraya yang tidak mengalami kenaikan seperti PLUS, SPRINT, Jambatan Pulau Penang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang Hulu Klang.

Heh, aku tak tau mengenai lebuhraya lain, tapi aku arif benar dengan Lebuhraya Bertingkat Ampang Hulu Kelang itu. Penuh sesak. Waktu pagi dan petang, rasanya lebih beribu kenderaan melaluinya. Bagi aku, yang selalunya masuk di Jalan Tun Razak, dan keluar di simpang Jelatek yang jaraknya tidak sampai 3 Kilometer, dan tolnya berharga RM1.50. Harga sekarang pun sudah jauh dari tidak berpatutan. Apatah lagi harga akan datang. Tambahan dengan jumlah kenderaan yang bertenggek nak membayar tol sehingga berderet-deret jumlahnya.

Oh, jangan bergembira dulu. Jangan, jangan. Pancingan undi ini sungguh baik. Sungguh bijak. Tapi kata-kata menteri pengangkutan yang sungguh kedengaran paling lawak ‘kalau Lebuhraya Seremban Port Dickson naik sampai seratus ringgit pun, orang tak kisah. Tak ada orang lalu’ Sungguh, aku tergelak dalam tangisan. Ya...betul. Aku dulu penduduk Port Dickson, dan selalunya kalau hendak ke Seremban, aku akan menggunakan laluan Rantau – Mambau. Jaraknya hampir sana, aliran trafiknya juga biasa sahaja. Tidak terkisah dengan kesesakan jalan raya. Tetapi, bagi warga KL yang pada hujung minggu ingin bersantai di Port Dickson, laluan mereka (kebanyakkannya tak tahu pun ada laluan alternatif) akan menggunakan laluan ini. Dan...lawak tersebut juga tidak kelakar, kerana jika tahu ianya tidak mendapat sambutan, kenapa diadakan pembinaannya????

Oh lagi satu sebab kenapa anda tidak boleh bergembira dengan ‘pengorbanan’ kerajaan yang sanggup membayar pampasan sebanyak RM344juta kepada pemegang konsesi. Ianya hanyalah jaminan untuk setahun. Setahun dan setahun sahaja. Mungkin tahun depan, kenaikkan ada yang mencapai sehingga entah berapa ratus peratus. Siapa boleh jangka kan??

Oh lagi satu sebab kenapa anda tidak boleh bergembira, siapa pemegang konsesi tersebut? Kenapa perjanjian dengan pemegang-pemegang konsesi menampakkan yang kerajaan perlu begitu patuh? Apa yang dijanjikan dalam kontrak dengan pemegang konsesi?

Berikut adalah kadar baru bagi lebuhraya-lebuhraya yang mengalami kenaikan. Source The Sun.


Image Hosted by ImageShack.us

Stesen Petrol Tak Selamat



Video di atas menunjukkan seorang ayah yang kurang prihatin akan keselamatan anaknya. Wow!Ok..now berbalik kepada cerita asal:

Image Hosted by ImageShack.us


KUALA LUMPUR: A 3-year-old who suffered 70 per cent burns on his body when a pump nozzle at a petrol station caught fire may need plastic surgery. The family of Muhammad Ikmal Imran Ahmad Nizam plans to file a suit against the petrol station for negligence.

Speaking at a press conference at the office of lawyer Karpal Singh yesterday, the boy's father, Ahmad Nizam Abd Rahman, said he did not expect a normal stop at the petrol station in Batang Kali on Oct 12 to turn awry.

Nizam said he and his family were going back to their hometown to celebrate Hari Raya when the incident happened.

"I was pumping petrol when the pump nozzle caught fire. Everything happened so fast. The next thing I knew Ikmal was on fire."
Nizam said he and his two other sons were also burnt by the flames but Ikmal was the most seriously injured.

He said he tried to put out the fire but there were no fire extinguishers. He found out later that the extinguishers were kept in the office.

Nizam rushed his children to a clinic and then to the Kuala Kubu Hospital where he and his two other sons received outpatient treatment while Ikmal was transferred to the intensive care unit of Selayang Hospital.

Nizam said Ikmal was badly traumatised by the incident.

"He cries whenever he sees fire on TV or a lighter."

Karpal said the family was taking action against the petrol station as it failed to provide safety measures.

Source: New Strait Times 29/11/2007

--------------------------------

Kesian betul. Selepas baca berita ini aku baru perasan, tak pernah nampak pula pemadam api di stesen minyak. Di simpan di dalam peti besi, di dalam pejabat buat apa?

Alangkan kita kena api sedikit dah pedih, tak mampu dibayangkan trauma si kecil ini.


Kepada mat-mat motor dan kereta yang bebal, buta tak boleh baca tanda amaran sekali, tolonglah...jangan hisap rokok di stesen minyak. Nyawa kamu melayang tak apa, sebab itu kesalahan kamu, radius nak meletup stesen minyak tu..tak terjangkau dek minda wei.

Wednesday, November 28, 2007

Foverer Young

Grey’s Anatomy: Oh. aku bukan nak buat sinopsis pasal Grey’s Anatomy episod ini. Tetapi episod yang ini betul betul membuka mata aku. Bukanlah aku jiwang karat intan diamond segala. Forever Young mengisahkan mengenai kemalangan bas sekolah. Seorang remaja perempuan yang menjadi cheerleader begitu bersungguh sungguh hendak membetulkan wajahnya kerana jika tidak, dunianya akan berakhir. Tambahan dengan kakinya dan punggungnya yang cedera. Bagi dia, jika tidak menyertai pasukan sorak dunianya sudah berakhir. Oh..ini bukan cerita yang membuat aku rasa karat.

Derek: Night, Bailey.
Bailey: Sit down.

Derek: What?

Bailey: Sit down!

Derek: You ok?

Bailey: What do you care? With your hair products and your perfect little face, perfect little life. What do you care how I am?

Derek: My perfect little life. Have you been paying attention at all?

Bailey: Yeah, I pay attention. I pay attention! I pay attention to people in all walks of life, all types. I notice people. I see people. It's guys like you who don't see people like me.

Derek: I don't see you?

Bailey: I'm not talking about you, Shepherd. Just guys like you. Who don't see girls like me. We don't exist for you. We exist to do your homework! We exist to build your ego up... I am a successful married mother. I am chief resident, I am CHIEF resident of a major metropolitan hospital! I am a surgeon, who saved his life today! And he still doesn't see me... I may as well still be that high school girl with the mushroom haircut and the coke bottle glasses and the band uniform. The girl who didn't get to go to homecoming dance cause it didn't even occur to him to ask me. All those late nights tutoring him, and it didn't even occur to him to ask?

Derek: Mmm. Band uniform. Really?

Bailey: Do I look like I wanna be mocked by you right now?

Derek: No, you don't. I'm just gonna say one thing. In high school, I was 110 pounds, and I hadn't yet figured out hair product, so I had a big afro. And, um, I had acne... and I too, wore a band uniform. Sax.

Bailey: Oboe.

Derek: I would have been honored to take a girl like you to homecoming.

Dr Bailey (well sesiapa yang ikut cerita ini tahu, Dr Bailey digelar nazi kerana ketegasannya) bertemu dengan rakan sekolahnya yang berada di atas bas itu. Aku lupa, pemandu bas kut. bernama Marcus. Memanggil Bailey sebagai Mandy (nama pertama Dr Bailey ialah Miranda. Dan kemudian Dr Bailey mula bertukar karektor menjadi minah gedik yang tak pernah aku nampak dalam karektor Dr Bailey sebelum ini. Mulanya ia kelakar. Ya..siapa sangka Dr Bailey yang tegas itu boleh menjadi gedik dan bagai remaja yang dilamun cinta. Sampai George pun tidak tahan melihat karenah itu. Siap kena sound dekat Dr Hahn (yang menggantikan tugas Dr Burke, ya Dr Burke sudah lari ya...). Semua paperwork yang sepatutnya diisi sendiri oleh Marcus, di isi oleh Dr Bailey.

Ya, Dr Bailey bercerita yang dia merupakan tutor untuk Marcus di zaman sekolahnya. Menolong menyiapkan kerja sekolah untuk pelbagai jenis mata pelajaran. Mereka hampir hampir ke prom night bersama. (eh prom night ke malam apa tah...ingatan jangka pendek lak aku)..

Marcus mengalami masalah jantung dan terpaksa di bedah, dan boleh lihat bagaimana Bailey lemah, tidak tahu nak buat apa. Tugas-tugas seperti menjahit luka Marcus sewaktu mula mula dimasukkan ke hospital pun, dia nak buat. Sepatutnya itu semua tugas intern sahaja.

Maka kita akan melihat Marcus seolah mempergunakan Bailey. George kata, ‘kamu sepatutnya masuk dan bagi ucapan panjang kepada Marcus’ Tetapi tidak, Bailey tidak melakukannya.

Ditunjukkan shift berakhir, dan Dr Shephard menegur Dr Bailey...good night Dr Bailey. Dan tiba tiba sahaja Dr Bailey mengarahkan Dr Shephard duduk. Seterusnya Dr Bailey memberi ucapan panjang (yang sepatutnya di tuturkan di hadapan Marcus) kepada Shephard. Bailey mula meraban (sehingga Shephard tak faham)..’its not about Dr Shephard, just listen to what I gonna say’. Dia meluahkan rasa tidak puas hati kepada Marcus. Mengenai date ke prom night, bukan hampir-hampir nak pergi bersama, Marcus tak nampak dia. Nampak sebagai seorang tukang buat kerja rumah, tetapi tidak nampak dia sebagai seorang perempuan untuk di ajak ke prom night. Dan Marcus selalu pergunakan dia, dan dia skit ada feeling la maybe untuk Marcus. sebab tu dia macam rela sahaja jadi orang yang buat segala-galanya.

Ada ramai yang macam tu, kalaupun bukan untuk cinta, sekurangnya hargai kekawan yang dah banyak bersusah payah untuk kita. Bukan take them for granted. Tempat mengadu masalah, tempat suruh buat kerja rumah, tempat jadi hamba tetapi pada masa yang sama, malu nak mengaku itu kawan kita. Malu nak mengaku mereka kawan yang baik.

The Golden Compass Ticket!

Image Hosted by ImageShack.us

Pagi ini, aku menerima sepucuk surat dari Maybank eChannel Division. Ya..aku terima surat dari Maybank eChannel Division. Hehehe

Aku dah tahu isi kandungannya iaitu dua tiket untuk menonton filem The Golden Compass. Mereka menelefon aku minggu lepas untuk memaklumkan yang aku merupakan pemenang bertuah. Bagaimana aku mendapatnya? Oh aku secara bertuahnya telah menjadi orang ke 10 membeli tiket di dalam talian gsc.com.my menggunakan maybank2u.

Tiket boleh mula digunakan selepas 6 Disember. Ya..sehari selepas tayangannya di Malaysia. Tidak perlu menunggu untuk tanda asterisk (*). Terima kasih maybank2u. :P.


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, November 26, 2007

Hindraf di Jalan Ampang

Wow! India adalah golongan kelas ke dua? Wow! Siapa yang termasuk dalam 10 manusia paling kaya di Malaysia itu? Wow! Ingin menyampaikan memorandum kepada British High Commission? Wow..tuntutan 128 trillion.

Kalau masih berada di negara asal, apakah kehidupan dan kehidupan dan kehidupan kamu berubah mendadak? Mungkin sudah kaya raya? Ya mungkin! Tapi realitinya kita boleh lihat bagaimana kehidupan dinegara kamu itu.

Wow berarak di tengah-tengah Jalan Ampang yang pada setiap harinya itu dipenuhi dengan ratusan kenderaan! Wow...Malaysia yang selama ini digambarkan sebagai negara selamat dengan penduduk yang harmoni rupanya tidaklah seaman mana. Dengan Bersihnya, dengan Hindrafnya. Selepas ini setiap kaum mungkin merusuh di Jalan Ampang. Setiap kaum ada alasan sendiri untuk membuat tuntutan. Tatkala Malaysia dengan gahnya menyambut 50 tahun kemerdekaan, ia sudah menjadi satu gegak gempita seantero dunia kerana pada tahun yang sama...rakyat mula menjadikan jalan sebagai tempat mereka bersuara.

Dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media Aljazeera, Uthayakumar mengakui demonstrasi jalanan itu diadakan untuk memalukan kerajaan yang didakwa meminggirkan masyarakat India sejak 50 tahun lalu.

Email aku terima (potong sikit-skit ambil point penting sahaja dari Parti Sosialis Malaysia), Parti ni tak ada dalam parti politik pun sebab permohonan mereka tidak diluluskan.

[QUote]
We should not forget that apart from racial discrimination, the majority of Indians face economic discrimination because they are workers in a system that favours the businessmen and the capitalists. About 70% of Malaysian Indians are workers. The problem they face as workers include -low wages. In many factories the basic pay in RM 18 per day, which works out to RM 468 per month.
-There is no job security. Outsourcing, the widespread use of contract workers, and the easy availability of migrant workers all weaken the bargaining position of Malaysian labour.
-Labour laws are being tightened and being made more pro management;
-Low cost adequate housing is difficult to find.
-Prices of goods is rising faster than wages! Petrol, toll and now flour.
-Basic services – health care, education, roads, water - which used to be heavily subsidized are now becoming increasingly expensive;

The problems listed above are also experienced by workers of all races in Malaysia – even the Malays, who are the beneficiaries of the Bumiputra policies. Only about 20% of Malay workers have jobs in government. The remainder have to work in the private sector where they too experience economic discrimination as workers in a capitalist economy. Malays workers are not exempted from the problems of low wages, job insecurity, rising costs of basic services, etc.

It appears that that some sections of working class Malays are beginning to question the Bumiputra policy which has benefited the UMNO-putra and their cronies far far more than the average Malay worker. Consider the following -
- the Mat Rempit phenomena. Isn’t this, in part, an expression of the frustration and resentment of ordinary Malay youth who are having difficulties finding and holding jobs because of the low-wage and migrant labour policies of the BN government;
-more than 50% of the 40,000 Bersih demonstration on 10/11/07 was made of Malay youth who were not from PAS or KeAdilan. They turned up because they are fed-up with the government which is only helping a small sector of Malay elite. [End Quote]

Friday, November 23, 2007

WHC 1357

Pagi ini seperti biasa, aku lalu Jalan Tun Razak untuk ke Bangsar. Seperti selalu dibawah Star LRT sekarang sudah menjadi ‘bottle neck’. Istilah ‘bottle neck’ merujuk kepada sebagai contoh, dari dua lorong di akhirnya menjadi satu. Atau tiga lorong menjadi satu. Faham-fahamlah ya...mana-mana pemandu, kebiasaannya sudah tahu apa maksud apabila di sebut ‘bottle neck’ ini.

Aku melalui lorong yang ditutup, diakhirnya aku harus mencelah masuk ke lorong disebelah aku. (Lorong itu cuma disempitkan untuk memberi ruang kepada kereta-kereta dari Bulatan Pahang melaluinya.)

Oh..sewaktu aku menyelit masuk ke lorong besar itu, adalah sebuah kancil (yang hebatlah konon), di belakang aku, seolah tidak mahu memberi ruang. Memula sekali, apa peraturan bottle neck bang? Bergilir-gilir bukan? Jadi kenapa abang begitu bersungguh-sungguh nak mencucuk kereta aku???

Ok, kemudian dia bagaikan tak puas hati, memotong dari belah kiri dan seterusnya menyelit di hadapan aku. Sudahlah ruangannya sempit, hampir sahaja aku terlanggar belakang moderno nya. Setelah hampir seminit, kemudian dia mula buat aksi orang gila. Membrek tak tentu pasal. Kau saja nak aku gabra atau kau memang sudah buang tabiat nak mati kemalangan? Kalau dah rasa nak mati, pergi langgar pembahagi jalan. Mati sorang-sorang, jangan menyusahkan orang lain.

Mungkin dia salah seorang forumner kcarlife (mungkinlah) tapi tak ada sticker pun. Kalau dia buat aksi liar dan bodoh itu untuk menaik perhatian aku, untuk mengatakan dia juga seorang forumner, ya..ia tindakan amat bodoh! Kalau dia buat begitu kerana marah aku selit di hadapan dia sewaktu bottle neck tadi, ia tindakan tidak waras! Ia dipanggil bergilir-gilir! Kalau dia buat begitu untuk tingkatkan hormon adrenalin dalam badan aku, ianya lebih bodoh dari bodoh. For God Sake, its 8.30am! Aku tak terangsang, teruja untuk menekan minyak malah merasa pemandu WHC1357 itu memang wajar di tarik balik lesennya serta merta.

Oh kemudian, aku memandu seperti biasa, kereta kancil yang ada skup dan belakang moderno itu (kalau ada skup dan belakang moderno sudah dikira paling kuat di Malaysia mungkin, kalah kereta-kereta Evo dan juga Merc serta Volvo) sedang mencucuk kereta Jazz biru dihadapannya pula. Bersungguh benar mencucuk, seolah-olah kalau dia pergi ke depan, dia boleh terbang sampai ke pejabat dengan cepat sekali. Kalau nak menguji skill cucuk mencucuk, nak menguji kehebatan kereta, pergi ke tempat sepatutnya. Jangan memburukkan mood orang yang elok moodnya menuju ke pejabat.

Mungkin dia merasakan keretanya kebal, dan dia juga pemandu paling handal mengemudikan kereta di jalan raya, ya mungkin. Tetapi orang lain pun dapat lessen dari JPJ juga.

Jadi, kepada pemandu WHC 1357, kalau rasa handal, hebat, buktikan di litar lumba, Jangan duk nak mencucuk kereta-kereta orang nak pergi kerja. Aku bukan pemandu paling berhemah, tetapi aku tahu waktu masa nak tekan minyak, waktu mana nak kawal kereta aku. Jadi kalau ada yang berkata, pemandu kancil berlagak ya, aku sudah jumpa seorang.

Akhir kata, semoga anda menerima pengajaran suatu hari nanti. Terima kasih

Thursday, November 22, 2007

Pulau Batu Puteh / Pedra Blanca

Gemuruh dunia blog seketika apabila Malaysia mengemukakan satu gambar sebagai bukti Pedra Blanca adalah sebahagian dari kepulauan Johor. Sungguh gemuruh gegak gempita. Apatah lagi apabila gambar bukti ini diambil dari sebuah laman blog yang hanya wujud kira-kira hanya sebelum Mahkamah Keadilan Dunia mula bersidang.

Dan seperti kata pemblog-pemblog tersohor, Malaysia sebuah negara yang besar, sudah tentu memiliki keupayaan untuk mengubah jurugambar-jurugambar terhebat tetapi mengemukakan bukti gambar yang diambil dari sebuah lamab blog??? Blog yang sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya akan kewujudannya.

Kalau pun kita hendak berebut sesuatu dengan jiran tetangga, silalah jangan memalukan negara kita ini.

Gambar kerajaan Malaysia: diambil dari website leuchtturm3.blogspotcom.
Image Hosted by ImageShack.us


Gambar dari Kerajaan Singapore pula;
Image Hosted by ImageShack.us


Selanjutnya:
simple jean

Antara komen yang mencuit hati aku di simple jean:
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, November 21, 2007

Email Kaya-kaya

Quote: "Berikan saya laptop & internet dan letakkan saya di mana saja yang anda suka. 24 jam kemudian, saya boleh buktikan menghasilkan RM10,000 sehari"- lihat bukti wang dalam website

Jika Anda Fikirkan Ianya Mustahil, FIKIRKAN fakta ini....

"Seorang super trader terkenal, Dan Zanger, dari hanya seorang bekas kontraktor binaan telah menjana $11,000 menjadi $18,000,000 ($18juta) hanya dalam masa 18 bulan saja. Ianya samalah seperti menjana $1,000 menjadi $1.8juta dalam masa 18 bulan. "

kini, anda juga mampu memiliki kekayaan dengan hanya beberapa langkah dan menghadiri seminar kuasa forex yang kami anjurkan...”

Contohnya email-email kaya spamming yang masuk ke inbox aku.

Untuk sesiapa yang rajin sangat, dan nak kaya dengan cara mat jenin ni, peluang begini memang menarik. Tetapi tak terfikir ke satu kata pepatah ‘if it is too good to be true, it is not true’

Jadi, berniagalah kamu, berforex internet lah kamu, berwangmudahlah kamu. Sebagai orang bijak pandai, adakah kamu rasa akan ada pelaburan yang begitu mudah, senang dan dijamin mendapat pulangan???? Berapa juta sudah keuntungan yang masuk dalam akaun bank kamu??

Malah kalau ada yang sudah terbukti berjaya, maka adakah duit yang kamu dapat itu halal sumbernya? Manusia sudah rabun halal haram apabila melibatkan duit. Sedangkan hakim syariah pun boleh menerima rasuah, apatah lagi manusia-manusia kerdil yang tertekan dengan kenaikan harga barang mungkin.

Oh, kepada yang sering menghantar spam mail yang mengatakan kekayaan dengan cara bermain duit di internet itu, stop spamming my mail. Kamu tak serik serik ke apabila aku balas dengan maki hamun???

Monday, November 19, 2007

Rombongan Cik Kiah ke Dengkil

Image Hosted by ImageShack.us
Berbaris sebelum terjun becak lumpur.

Cik Kiah pergi Dengkil semalam. Kenduri kahwin si Jarlut. Jejaka idaman Melaya. Cik Kiah tumpang kereta cyber. Pasal cik kiah nak mencuba naik kereta kenari cyber. Tak pernah cik kiah naik kereta kenari cyber sebelum ini.

Memula cik kiah, cyber dan emmie pening juga, tak tahu macammana nak ke Dengkil. Alih-alih kita ikut Sungai Besi sahajalah. Yang menjadi bangganya kerana cyber tidak sesat walaupun tanda jalan kat Malaysia ni memang hampagas. Sedarkah kamu semua, dari Kuala Lumpur tiada sign '
Dengkil'? Sudah dekat-dekat Putrajaya baru wujud tanda itu. Sudahlah begitu, elok sampai simpang exit keluar, situlah tulis jalan ke Dengkil. Tak boleh bagi amaran awal ke...2km ke? 1 km je susur keluar?

Cik kiah yakin cik kiah, cyber tak sesat (ayat cover line) tapi kalau pergi ramai-ramai lagi seronok. Maka cyber patah balik, tunggu depan klinik kesihatan Dengkil. Menunggu Jali dan gerilanya. Kemudian aku bosan lalu turun membeli surat khabar. Dari cermin kereta nampak kancil ada scoop. La...matrad badak biru satu keluarga rupanya. Kemudian Apexi datang. Setelah habis 7batang batang rokok, (kalau hisap rokoklah)maka Jali satu keluarga muncul. Ada kereta Epinmoderno satu keluarga, Kenarizal dan isteri, Budu Berulat (dengan pasangan ke? Tak perasan pula aku), dan sapa tah sorang dua lagi kalau ada. Aku tak perasaan.

Sessi bermesra dengan pengantin, acah-acah pengantin tengah makan beradap, kemudian pergi makan. Sessi pengantin pula acah-acah tetamu. Dah siap makan, sessi ajak2 pengantin bergambar. Lepas sessi photografi, sessi pau bunga pahar pula. Best best. Gambar dalam kamera mahal si Jali. Bila nak up kat forum ni?? Aku ada gambar kereta kereta tengah adventure nak sampai rumah pengantin sahaja. Dahla siap satu rombongan terjun becak. Hehehe...

Lepas balik, mungkin ada aktiviti menyental tayar kereta pula selepas itu.

Adventure ke rumah pengantin.
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, November 16, 2007

Kenapa Saya Lambat Hari Ini

Image Hosted by ImageShack.us


Kepada abang polis trafik yang hari ini bertugas di simpang Jalan Jelatek / AU Keramat. Hari ini saya betul betul rasa nak lalu dan langgar punggung abang polis trafik yang bertugas disitu. Kenapa saya rasa nak langgar abang polis hari ini? Tidak pada semalam? Atau pada hari-hari sebelum itu iaitu sejak 5tahun saya berada dan lalu tiap-tiap hari disitu?

Kerana hari ni abang polis trafik yang seorang ini amatlah menyakitkan hati. Rupanya sahaja boleh membuatkan saya terasa hendak menyumpah di dalam hati. Begitu juga dengan tahap pendengarannya. Oh maaf ya abang polis trafik.

Kerana abang, hari ini jalan AU2 sesak teruk. Abang tidak pernah jaga lalu lintas di simpang Jalan Jelatek / AU Keramat ya bang? Jadi kenapa abang dengan begitu pekak telinga dan buta mata, menyekat aliran trafik dari AU Keramat untuk memberi jalan kepada laluan dari Setiawangsa / Wangsa Maju (Jalan Jelatek) sahaja???

Saya tidak kisah abang nak tahan trafik jalan saya. Tapi janganlah tahan 10 minit, kemudian lepaskan jalan saya 1 minit. Dan satu minit itupun terpaksa bersesak kerana jalan Dato Keramat dilepaskan masuk ke jalan Jelatek. Kenapa hari ini abang trafik tiba-tiba tahan, sedangkan sebelum ini, kereta dari Jalan saya akan menyelit masuk perlahan-lahan ke Jalan Jelatek. Namanya pun beri laluan.

Apabila menunggu terlalu lama, maka banyaklah kereta yang tidak sabar dan seterusnya membunyikan hon. Apa yang abang trafik buat ialah menjeling tajam seolah – olah kereta tersebut sudah bertukar menjadi Deception.

Hari ini AU2 sesak kerana abang polis menahan susur keluar yang tidak pernah di tahan selama 5tahun! Bravo!

Thursday, November 15, 2007

Anugerah Penyapu Cetus Kontroversi

Ya, setelah Menteri Besar Selangor mencipta rekod dengan memberikan anugerah penyapu yang pada asalnya cukup menggelikan hati aku, tiba-tiba ia dilanda kontroversi. Kalah kontroversi si Menteri Penerangan Malaysia memaki hamun wartawan di siaran langsung stesen televisyen antarabangsa.

Ada yang berkata, tidak patut. Ada yang kata terlalu menghina. Malah apabila menonton berita buletin utama semalam, malah tanpa segan silu TV3 mengatakan dalam masyarakat melayu, penyapu dianggap sial. Heh? Betul? Aku melayu, aku melayu, aku melayu. di ulangi sekali lagi aku melayu Tidak pula aku tahu penyapu itu tanda kesialan dalam masyarakat aku. Jadi dari mana anggapan ciptaan TV3 yang menyatakan penyapu itu sial??? Sengaja nak mengsensasikan cerita yang tiada apa yang perlu dikontroversikan?

Wednesday, November 14, 2007

Selepas Sekian Lama

Selepas sekian lama, asyik menjenguk blog masing-masing, dan borak-borak di Yahoo Messenger, akhirnya bertemu 10mata. (4 mata aku, 4 mata Wawa, 2 mata sebol. Keke.

Oh gambar yang sama boleh didapati di blog mereka berdua juga. :). Fun meeting you guys!

Image Hosted by ImageShack.us

Apabila Sang Menteri Bersuara



Sekitar kekecohan di Kuala Lumpur semasa BERSIH berkumpul. Terkejut dan sedih mendengar seorang menteri dengan penuh rasa amarah bukan sahaja tidak menjawab soalan yang ditanya, malah memburuk-burukkan negara lain pula. Mungkin menteri menteri Malaysia patut dihantar untuk latihan menghadapi temubual secara langsung dan bukan sahaja setakat pandai membaca teks ucapan yang disediakan oleh pekerjanya.

Telefon secara langsung oleh pihak penyiaran Al Jazeera bersama Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin.

Tuesday, November 13, 2007

Bangsar Kecoh!

Manakan tidak, ketika sedang enak aku menikmati makanan di Bangsar Mutiara, tiba-tiba elektrik padam. Nah, aku sangka hanya di bangunan itu. Sekembalinya aku ke pejabat, nah...bergelap juga sih. Mati kutu. Nak buat apa ni? Bergolek - golek aku tidur, lepas tidur bangun, pergi beli air Pepsi Max. Iyalah, nak minum air sejuk di dalam pejabat, tidak ada. Semuanya gelap, panas, tiada komputer, tiada printer, tiada pencetak, tiada segala-galanya.

Dell telefon, bagitahu sudah email aku quotation, tetapi bounce back. Iya...servernya sudah padam. Tiada tempat nak sampai, sudah pasti bounce back.

Image Hosted by ImageShack.us

Aku telefon TNB. Wah, seriusnya. 15454. Aku berada di no 39. Akhirnya selepas lama menunggu di talian, aku dapat bercakap juga dengan pegawai khidmat pelanggan. Aku tak tanya banyak, cuma bertanya, bilakah dijangka pulih. Maka pegawai itu menerangkan yang salah sebuah pencawang TNB meletup dan kerosakannya teruk. Dijangka pulih lewat petang. Maka aku pun keluar bersiar-siar seketika.

Pukul 4.00petang, aku pulang ke pejabat, aku melihat ada lori generator sedang sibuk nak pergi buat power backup. Maklumlah, tak ada elektrik, tak keluar lah surat khabar esok. Dahlah NST, harian Metro, Malay Mail. Berita Harian..China Press pun kat sini. Parah sih.

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us


Malaysia Boleh! Hip hip horray! Malaysia Boleh Bergenerator. Hehehe
Image Hosted by ImageShack.us


Pukul 4.30petang aku cabut. Hari ini, semasa aku datang, aku lihat lori generator tu masih ada. Mang aii....lamanya. meletup teruk gamaknya. Pukul 11.00 pagi, aku dapat panggilan telefon, minta aku alihkan sikit kereta sebab lori generator nak keluar. Aku sempatlah temubual mamat-mamat penjaga generator itu. Oh...pencawang utama TNB yang meletup. Patutlah.

Pukul 11.00pagi, elektrik kembali ke zaman 2007. Tidak lagi menggunakan generator. Alhamdulillah. Aku rindu nyamannya penghawa dingin. Heee

Malaysia : violent crackdown against peaceful protest

International Federation for Human Rights (FIDH)

Malaysia

Violent crackdown against peaceful protest


Email: ibrachet@fidh.org


Paris, 12th November 2007 - The International Federation for Human Rights (FIDH) expresses its deep concern regarding the repression of a peaceful rally that took place in Kuala Lumpur on November 10th, 2007.

The rally was organised by BERSIH, a coalition of over 70 civil society groups and political parties, including SUARAM, FIDH member organisation in Malaysia, and aimed at asking free and fair elections in Malaysia.

On November 3rd, the police attempted to prevent the event from taking place by denying permission to the organisers. The day of the rally, roadblocks were set up to check busses and cars coming into Kuala Lumpur and many participants were refused entry into the vicinity of the venue. Several roads leading there were blocked. Police also warned the public that anyone who attended the rally risked to be arrested.

During the rally, which nevertheless took place, the police used excessive violence including over a dozen rounds of chemical-laced water and teargas against peaceful demonstrators. Several individuals were reportedly injured and at least one of them was sent to hospital. 34 persons were arbitrarily arrested. All of them were subsequently released.

FIDH condemns these acts of violence and the arbitrary arrest of peaceful demonstrators and considers that they violate the right to peaceful assembly, enshrined both in the Malaysian Constitution (art. 10) and in the Universal Declaration on Human Rights (UDHR, Art. 20). The right to « periodic and genuine elections » is enshrined in the UDHR (art. 21), and citizens are fully entitled to ask for the full respect of that provision.

FIDH calls upon the Malaysian authorities to carry out an independent investigation into these acts of police violence, and to bring those responsible to justice.

Press contact : Gaƫl Grilhot : +33-1 43 55 90 19

Menjadi Cuai dan Pelupa... Apa Masalah Aku?

Aku tidak tahu samada aku dah terlalu tua, atau aku ada penyakit nyanyuk muda atau aku banyak masalah sampai tertekan sehingga otak aku menjadi tidak terkawal, Tetapi yang pasti kebelakangan ini aku menjadi seorang yang sangat cuai dan sangat pelupa.

Kes 1 (8/11/07):
Makan dengan Deida di Kampung Baru. Aku memandu, Patut kalau nak makan kat situ, tak payah lah menuju ke jalan Raja Abdullah. Boleh selit selit masuk lorong je. Apakah aku cuai sebab duk bercakap atau aku terbiasa pergi ambil kak Mi sehingga aku boleh terlepas lorong itu?

Kes 2 (8/11/07):
Baru lepas ambil adik aku dari UITM Shah Alam. Aku gunakan jalan Keramat AU2 untuk balik ke rumah. Hajat nak masuk lorong behampiran Petronas AU2 di hadapan TEXAS Instruments tetapi akibat aku cuai, aku terlepas lorong itu. Maka aku harus masuk di lorong di hadapan balai polis Hulu Klang.

Kes 3 (10/11/07):
Aku dan adik aku ke Hentian Putra untuk membeli tiket bas untuk adik aku. Dalam perjalanan balik ke Setiawangsa, aku hampir singgah di Bengkel Mara AU1 untuk beli tiket bas (sekali lagi!). Gila

Kes 4 (12/11/07):
Aku memasang pintu dan tombol baru di rumah. Aku nak buat kunci pendua untuk adik aku. Padahal aku tinggalkan kunci rumah pada dia. Aku huyun hayan pergi ke Carrefour Wangsa Maju untuk membuat kunci pendua.

Kes 5 (12/11/07):
Selepas aku membeli belah di Carrefour , aku ingin ke pejabat pos. Aku letakkan troli barang aku diluar pejabat pos. Selesai urusan, aku berjalan lenggang kangkung ke kereta. Hanya apabila aku nak turun ke eskelator, barulah aku sedar, aku tertinggal barang di pejabat pos. Berlari aku ke pejabat pos. Takut kena pow lak barang aku beli.

Ada lagi kes kes minor, aku sendiri sudah hampir terlupa apakah yang aku alami. Sungguh aku takut dengan perubahan ini. Kerana aku bukan seorang yang pelupa dan cuai sebelum ini. Apa masalah aku? Nak mati ke? Huhu

Wednesday, November 07, 2007

Iklan Raya

Rasanya dah terlambat benar aku nak mengulas mengenai iklan raya. Tetapi tak mengapalah. Orang pun masih duk berkalut – kalut dengan kontroversi iklan raya Petronas. Dari isu ciplak kepada isu bayaran tak setimpal kepada pelakonnya. Tak mengapalah. Bukan itu yang aku ingin ulas.

Tumpuan aku raya ini adalah iklan TM atau lebih dahulu dikenali sebagai Telekom Malaysia. Tentang seorang remaja yang menyelongkar barangan datuknya. (Iklan ini sepatutnya menjadi iklan merdeka, mungkin TM tersalah pandang kot). Yang paling mengejutkan apabila remaja berkenaan berdialog Oh...Atuk askar dulu rupanya’. Bagi aku, dialog ini lebih sepuluh kali ganda sedihnya dari isu burung murai Petronas. Kenapa?? Remaja dalam iklan TM ini, putus saudara kah dengan datuknya sehingga tidak tahu pekerjaan datuknya dahulu? Apatah lagi askar, yang menjadi satu pekerjaan kebanggaan pada masyarakat kita suatu ketika dulu??



Sehingga adik perempuan aku berkata Oloh, takkan taktau atuk keje mende’.

Baik layan iklan raya TV3. Mencuit hati.

Peraduan SMS di Televisyen

Link asal disini

Aku br aje tgk rancangan fulus mania dkt astro 104. Selepas sekali tgk, aku dh buat conclusion pasal rancangan ni & pengacaranya sekali.

Tentang rancangan tu:
• mcm manalah rancangan ni blh ada kt tv. nmpk sgt penipuannya..
• wang yg dtawarkan berpuluh ribu ringgit nilainya. ini mbuatkan org ramai berpusu2 menelefon dan mhantar msg dgn kos RM3 sekali htr.
• soalan senang aje tp, mcm org kt msia amatlah bXdXhnya smpai susah sgt nk meneka jwpnnya.
• hanya pmanggil yg ke50 blh meneka
• wang bernilai rendah ditawarkan dahulu sehinggalah nilai itu naik apabila tkde org yg tau jwpnnya..
• Klu2 makin byk apabila wang itu naik nilainya..

Tentang pengacaranya pulak:
• hampeh2 belaka...

Malam td punya rancangan:
• sekali tgk dh tau jwpnnya camelia tp setiap pemanggil ke50 yg meneka, semua tk tau. hanya jwpn mengarut aje.. azharinalah, ziana zain, elly mazlein, dyg nurfaizah.. tk ke bXdXh tu.. aku rasa pemanggil tu semua org2 aXtXo.
• klu dh main byk ni, wang un mningkat naik smpai RM20K, tp pemanggil2 makin bXdXh. tk ke korang semua pelik.
• bila wang dh turun nilainya (RM1K), barulah ada pemanggil yg betul tekaannya..
cuba korang bygkan brp banyak astro tu untung dpd rancangan ni.. sdh tentu ramai yg menelefon/sms..

Aku punya pendapat sendiri:
Ya, aku rasa memang jelas dan nyata ini rancangan sebegini menipu masyarakat. Aku pun selalu merasa hairan, kenapa dan kenapa dan kenapa lagi, pemanggil yang bernasib baik menjadi pemanggil ke 50 atau ke 100 atau ke 1000 semuanya memberi jawapan yang bukan sahaja tidak tepat, malah berulang kali memberi jawapan yang salah padahal sudah terang lagi bersuluh akan jawapannya.

Bukan sahaja fulus mania, terdapat pelbagai jenis rancangan teka SMS ke udara di televisyen sekarang. Di TV3 pun ada, di TV8 pun ada, TV9 dan TV7 aku tak pasti pula. Semuanya berdasarkan teori yang sama. Satu sms RM3.00 jawapannya mudah. Semua pasti akan tergoda untuk memberi jawapan. Apalah salahnya RM3.00 kalau dapat RM30,000 kan? Tetapi kalau ada 50,000 orang yang menghantar SMS bernilai RM3.00 itu, sudah berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh pengendali syarikat telekomunikasi dan stesen televisyen berkenaan??? Secara logiknya, kalau tak menguntungkan 15kali ganda, kenapa mereka mengadakan rancangan yang saja-saja bagi orang duit percuma????

Malah lebih aku tak faham, pada tahun 2004 atau tahun 2005 dahulu, mufti sudah memutuskan peraduan berunsur sms di kaca TV adalah haram kerana unsur judi. Malah berita itu turut disiarkan di Buletin Utama Di waktu itu semua stesen TV nampaknya dengan tanpa banyak soal menghentikan rancangan-rancangan berbentuk Kuiz SMS di kaca TV. Tetapi sepertimana biasa, selepas isu itu sejuk, tidak lagi di ingati oleh rakyat jelata, maka stesen TV memulakan kembali rancangan yang ternyata mengaut keuntungan berlipat kali ganda ini.

Jadi, sekarang, apakah mufti sudah menarik balik fatwa yang mengatakan Kuiz SMS di kaca TV adalah haram, atau kita seperti biasa sudah lupa akan fatwa tersebut? Stesen TV pula tidak lagi menyebut mengenai pengharaman kuiz SMS di TV. Yang penting bagi mereka, untuk satu jam rancangan begini ke udara, beratus ribu ringgit Malaysia berjaya di perah dari kredit kredit penonton.

Kuiz SMS sudah halal bermula tahun 2006?

Tuesday, November 06, 2007

Surat Terbuka Untuk Radio Xfresh

Kepada Sesiapa yang Berkenaan,

Tuan / Puan,

Saya selaku pendengar radio berbahasa Melayu dan Inggeris di negara Malaysia ini ingin mengucapkan tahniah kepada radio xfresh yang pada mulanya muncul dengan gaya yang berbeza. xfresh pada asalnya ke udara untuk menarik golongan remaja dalam lingkungan usia 12-25 tahun mengikut pendengaran saya semasa radio ini dirasmikan pada tahun 2004 kalau tak silap saya. Apabila xfresh muncul dengan konsep 100% buatan Malaysia, dan lain beb, saya tertarik pada awalnya. Xfresh juga di gembar gemburkan sebagai radio no 2 Malaysia dibelakang kakak sesyarikat dengannya iaitu Era.

Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini saya kurang faham dengan hala tuju Xfresh. Saya juga turut merasa jengkel dengan cara radio ini ditadbir. Maafkan saya jikalau bahasa yang saya guna menyakitkan hati pihak yang berkenaan.

Dek kerana radio ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, kurang pendengar yakni 500,000 sahaja pendengarnya maka susunatur dan konsepnya terpaksa di ubah. Tiada lagi 100% buatan Malaysia. (Ya, maka fahamlah kita, radio kita memang memerlukan lagu-lagu asing, jadi artis-artis picisan jangan nak memekak kata radio tak menyokong mereka, sudah terbukti radio yang main 100% lagu Malaysia tak boleh hidup)

Konsep barunya dengan DJ buangan dari kakak sesyarikat diharap dapat membangkitkan kemeriahan radio Xfresh ini. Betul tak pihak yang berkenaan? Malangnya, akibat keseganan hidup, mati tak mahu radio Xfresh ini dan diberi masa setahun untuk memperbaiki rating pendengar, maka radio Xfresh menjadi radio yang terdesak. Terdesak mencari rating. Terdesak agar tidak dihentikan operasi. Mungkin juga satu radio yang digunakan oleh kakak sesyarikat yang menjadi no 1 itu untuk menyingkirkan saingan terdekatnya. Dek kerana kakak sesyarikat tidak boleh mengutuk dan menghina saingannya, maka adakah Xfresh dijadikan sebagai satu alat mengutuk radio-radio lain ya?

Xfresh dengan tema barunya Lain Punya Hangat, Panggilan Hangus, Sasau = Sarah Sauzana, Super K, Lebih Hangat, Segar (heh, xfresh = ex fresh = dulu segar). Dengan segala macam iklan yang memburuk burukkan radio yang mendakwa mereka lebih hangat dari biasa, adakah itu satu strategi? Kerana saya merasa mual, loya dan hampir muntah darah dengan tindakan murahan ingin menjatuhkan stesen radio lain dengan mengambil pendekatan mengutuk begini. Kalau ingin bersaing, bersainglah dengan cara yang betul, bersih, sepertimana radio yang mendakwa mereka hangat itu, tidak pernah pula aku mendengar DJ dan iklan mereka mengutuk stesen-stesen radio lain secara langsung dari corong frekuensi mereka.

Semoga soalan saya mendapat jawapan dari pihak berkenaan kerana saya sudah tidak dapat menahan telinga saya, dan tidak dapat menahan perasaan untuk mencaci Xfresh kerana konsepnya sekarang yang membuat saya hilang hormat.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Pendengar Radio Malaysia

Satu Negara, Satu Nombor – 999

Mulai 1 Oktober 2007, nombor talian kecemasan adalah 999. Tidak kira anda ingin menelefon polis, bomba, ambulan, Jabatan Pertahanan Awam dari telefon kediaman atau telefon bimbit. Maka pengguna telefon bimbit yang sebelum ini perlu mengingati no yang berbeza yang jauh benar dari angka sembilan iaitu 112 tidak perlu lagi bersusah payah dengan no itu kerana kini Malaysia mempunyai talian sehenti untuk semua jenis kecemasan. 999.

Membaca teks kenyataan akhbar (click disini) maka amatlah menyedihkan dan mengecewakan akan sikap rakyat Malaysia ini. Kenapa?


Image Hosted by ImageShack.us


Terbaca juga teks ucapan perasmian majlis satu negara, satu nombor (click disini)


Dalam petikan ucapan tersebut maka aku semakin kecewa. Rupanya, tak bertamadun lagi rakyat Malaysia. Rupanya kita masih bagai katak baru jumpa talian percuma.


"Bagi pihak penyedia perkhidmatan kecemasan pula, di antara isu yang paling kritikal untuk ditangani adalah isu panggilan palsu. Mengikut rekod sedia ada, pada tahun 2006, nombor 999 yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) telah menerima sebanyak 98.9% panggilan palsu daripada 15.7 juta panggilan. Bagi nombor 994 yang dikendalikan oleh JBPM pula telah menerima sebanyak 555, 923 panggilan yang mana sebanyak 98% adalah panggilan palsu manakala bagi nombor 991 yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Awam pula menerima sebanyak 855, 711 yang mana hanya 2.32% sahaja merupakan panggilan dari mereka yang benar-benar mengalami kecemasan.

Secara purata, kurang daripada 2% panggilan yang diterima oleh agensi-agensi ini adalah panggilan yang benar. Manakala selebihnya iaitu 98% panggilan lagi merupakan panggilan palsu. Perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana disebabkan 98% panggilan yang mengganggu talian ini, maka penerimaan panggilan kecemasan menjadi sukar seterusnya mengganggu usaha menyelamat dan memberi perkhidmatan kecemasan.”


98% dari panggilan yang diterima adalah panggilan palsu????? Aduh, aku ingat apabila negara kita membangun dan kenal apa itu fungsi telefon maka kita berubah. Ya zaman aku sekolah dulu, ada pelajar yang kerjanya yang bergayut di telefon awam sekolah dengan operator no kecemasan. Itu 15 tahun lalu. Zaman telefon masih lagi merupakan sesuatu yang mahal dan merupakan satu teknologi tinggi. Tetapi sekarang, ada lagi yang kuno dan ketinggalan dan menggunakan talian kecemasan untuk main-main.

Disebalik itu, aku turut membaca komen mengenai 999 yang lambat bertindak, lembab, transfer call meraban.


Di petik:
“well...lps berbuka n solat, siap2 nk balik rr...
tiber2 ader kejadian yg tak disangka2 lak...pak anjang's neighbour tiber2 dtg umah mintak tolong...rumah dia dipecah org...
so, hero2 bergegas lar kerumah puan tu...n heroin ni pun (aku lar tu!!hehehe) memberi sumbangan jugak tau....tolong call polis arr...hehehehe...
bengang gak call 999 tu...kater no kecemasan..tp ada arr dlm seminit call aku tak berjawab...apa kejadahnyer ntah!!! pastu siap transfer2 call lak tu...ke jabatan sana lar..sini lar...
dey...org nk kena bunuh pun dah selamat dibunuh kalo selembab ini servisnyer...
tak efisien lgsg....lembab...mkn gaji buta la tu, kenyang2 lps berbuka!!
nasib baiklar perompak tu mmg dh takder kt umah tu...tp sempat gak arr dia rehat2 kt umah tu smbl mkn kuaci2...bersepah2 lak tu...
hampes punyer perompak...ada ke patut lepak umah org...takder umah sendiri ka??”


Dari blog sapa tah disini

Oh, aku cuma nak beritahu, sekarang takyah ingat banyak banyak nombor. 999 dah cukup. Yang disebalik tabir tu, pandai pandailah kita tafsir dan fikirkan bersama!

Monday, November 05, 2007

Ramainya Pekerja Asing!

Dalam minggu kemeriahan Hari Raya Aidilfitri 3 minggu lepas, TV3 dalam Buletin Utamanya tidak habis habis mengeluarkan rencana mengenai lambakan pekerja asing di Malaysia. Mulanya aku bosan, hari hari bersambung. Setiap hari bersambung dan bersambung dan bersambung. Topiknya pula tak habis-habis dengan menunjukkan muka muka mamat / minah indon, mamat Bangla, mamat Nepal dan sebagainya di depoh depoh tahanan pekerja tanpa izin ini.

Apabila aku kembali ke Kuala Lumpur, dan dikurung di dalam sebuah hotel di Bukit Bintang selama 5-6 hari, aku mula dapat merasakan yang rencana yang disiarkan di TV3 bukan semata-mata untuk mengekalkan rating, tetapi kebanjiran warga asing ini memang parah. Secara tiba tiba aku jadi menyampah dan benci pada mamat-mamat Bangla dan Nepal ini. (Sepanjang aku di Bukit Bintang, aku tidak berjumpa dengan kedai kedai yang menggunakan pekerja asing dari Indonesia, maka kerana itu aku belum menyampah dengan mereka)

Contoh paling mudah, pada jam 12malam, aku memerlukan salinan dokumen penting untuk dibuat salinan sebanyak 40 keping (double sided). Aku menuju ke kedai berhampiran (ala-ala seven eleven tetapi bukan seven eleven). Puas aku menerangkan kepada mamat Bangla itu apa kehendak aku. Kerana salinan asal di cetak di atas kertas one sided maka habislah ayat aku berterabur. Dari Bahasa Inggeris sebenar kepada Bahasa Melayu sebenar kepada Bahasa Rojak kepada bahasa isyarat! Rasa hendak aku terajang sahaja muka mamat Bangla yang tidak faham dengan kehendak aku itu dan buat muka tak tau itu.

Kemudian 3-4 hari lepas, semasa aku sedang dalam proses merayap ke Carrefour Midvalley, aku sedang mencari cari di seksyen perkakasan. Aku mencari benda yang sangat biasa iaitu ‘cable tie’. atau dalam bahasa melayunya pengikat kabel. Carrefour besar. Dan aku berlegar-legal di kawasan ‘hardware’ berkali kali. Takkan tak ada? Lalu aku ternampak akan mamat South Asia ini sedang menyusun barang di seksyen hardware. Aku menuju ke arahnya dan bertanya dimana cable tie. Dia menggeleng, aku tak pasti samada dia tak faham bahasa Inggeris atau dia tak tahu dimana cable tie atau apa.

Majikan memang suka menggaji pekerja asing. Satu kelebihan kepada mereka. Gaji murah, tidak perlu bersusah payah untuk menambahkan kos untuk mencarum di dalam KWSP. (SOCSO aku tak pasti pula). Maka majikan dengan penuh tamak haloba berduyun-duyun membawa masuk pekerja asing ini. Yang kadangkala amatlah menjengkelkan.

Minta maaflah, aku tahu kamu datang mencari kerja kerana kesusahan di negara sendiri, Malaysia menjanjikan kehidupan yang senang kepada keluarga kamu. Tetapi apabila kamu datang ke mari mengkahwini anak-anak dara / teruna kami semata-mata untuk menjadi warga negara itu amatlah menjengkelkan.

Memang mereka ni diperlukan, itu memang tidak boleh dinafikan kerana rakyat Malaysia sekarang tinggi kelas dan standardnya. Rela masuk rancangan Bersamamu, Finding Angel, surat khabar dan segala jenis media sambil mengeluarkan tangisan dari bekerja menjadi buruh binaan, tukang sapu lantai dan sebagainya kerana kita tinggi kelasnya untuk bersama-sama mencari rezeki dengan cara susah ini. Sungguh kita rasa kurang standard untuk bersama-sama Mamat / Minah Indon atau Mamat-mamat South Asia untuk mencuci longkang. Sedangkan hakikatnya, mereka bekerja mencari rezeki yang halal, tetapi ada antara kita pula yang lebih suka meminta-minta memohon simpati dan bantuan orang.

Sekarang juga trend, mamat-mamat South Asia ini juga turut diambil bekerja sebagai pengawal-pengawal kondominium, apartment-apartment yang kerjanya duduk melanguk di dalam pondoknya sahaja. Apa yang dikisahnya hanya kalau ada pelawat nak masuk, sila tandatangan buku, atau buka halangan untuk masuk. Apa sahaja yang berlaku di luar kawasan jagaan, walaupun hanya 10-20meter tidak diendahkan, termasuklah yang meraung-raung meminta tolong akibat diragut.

Belum lagi menyentuh kepada minah-minah Filipina, Indon, China yang dibawa masuk atau datang sendiri dengan pass lawatan social atau menyalahgunakan visa on Arrival untuk menjadi GRO dan pelacur murahan di lorong – lorong popular di ibu kota. Kadangkala terasa seperti berjalan di Bangkok sahaja!

Maaflah kalau ada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku. Ini adalah luahan perasaan kecewa aku setelah berhadapan dan memerlukan urusniaga dengan mereka ini.

Aiskrim yang Lazat

Image Hosted by ImageShack.us
Entah kenapa minggu ini aku diserang kegilaan makan aiskrim. Bukan sebarangan aiskrim. Resepi aiskrim kegemaran aku minggu ini:

1. Buah mangga. Di kopek dan dipotong kecil-kecil
2. Aiskrim vanila
3. Sos coklat

Mangga potong kecil dilapisan paling bawah
Disaluti dengan aiskrim vanila
Diatasnya di penuhi dengan sos coklat.
Sungguh lazat lagi menyelerakan.

PS: Saja nak menampal gambar Ayu ketiduran. Kotak ini merupakan katil Ayu tetapi kerana selalu dicakar-cakar maka ia sudah menjadi katil yang roboh. Siapa nak derma katil baru untuk Cik Ayu? Heheh

Image Hosted by ImageShack.us

Typo di Info Astro

Malaysia sudah lama menggunakan RM yang bermaksud Ringgit Malaysia menggantikan $. $ telah digantikan dengan RM. Jadi aku tidak faham kenapa menjelang berpuluh tahun selepas RM menggantikan $, typo RM$ boleh wujud.
Image Hosted by ImageShack.us


CSI mana ni???
Image Hosted by ImageShack.us


Dan sudah tentu siaran ulang tayang ini
Image Hosted by ImageShack.us

Filem Minggu Ini

Terlambat, sungguh aku terlambat. Maklumlah sejak sebelum bulan puasa aku tidak berkunjung ke tempat gelap itu. Kesempatan cuti ganti pada hari Jumaat lalu membolehkan aku membuat larian filem, ganti balik apa yang aku terlepas akibat kesibukan. (huh percayalah apabila aku katakan sibuk, bermakna aku benar-benar sibuk, ingat aku buat lawak ke? hehe)

Filem 1: Bourne Ultimatum

Ya ya ya, aku terlambat untuk filem ini tetapi sebab aku mengelak membaca spoiler dan juga review maka aku boleh enjoy filem ini dengan begitu baik sekali. Seperti filem filem Bourne yang terdahulu, kita boleh harapkan aksi dan babak-babak menarik dari filem ini. Aku bukan pengemar filem-filem aksi. Tetapi untuk filem filem seperti Bourne (hero mesti hensem) aku terpaksa buat pengecualian.

Terjawablah siapa Bourne yang sebenar. Banyak aksi tak logik tetap boleh dimaafkan. Sesiapa yang terlepas menonton Bourne akhir ini, bolehlah pergi ke panggung atau tunggu DVD original. (atau kalau nak cepat, silalah tunggu celebriti dunia memuat turun filem filem barat memuat naikkan versi DVD ripnya).

Filem 2: Resident Evil the Extinction

Ya, ini adalah filem yang amat mengujakan aku. Lagi tak logik dari Bourne. Tetapi kerana ianya adalah adaptasi dari permainan video tak bolehlah nak merapu banyak. Alice, aku rindu kau beraksi dalam baju merahmu yang mengoda itu!

Memang sangat best

Filem 3: 30 days of nights

Filem yang begitu hebat dipromosi. Sedangkan pada awalnya aku nak membeli tiket untuk ‘Stardust’ pun boleh tergoda untuk untuk membeli tiket ini. Maklumlah, pontianak, ngeri kejam kapak...semua ada.

Akupun masuklah tengok dengan pengharapan yang tinggi. Orang yang terlibat bukan calang-calang orang. Tetapi sedihnya, hampa. Tak menarik. Bosan. Tidak diperincikan sebaik mungkin. Aku yang ratu terkejut apabila tengok cerita, dan juga ratu tutup mata apabila adegan ngeri sebab takut darah ini boleh membuka mata sehingga ke akhir cerita. Ianya memanglah ngeri, kapak leher, gigit leher. Tetapi entahlah, jalan ceritanya bagai tidak kena, perinciannya hilang. Ketakutannya bagai tidak mampu menyerap.

Dari korang pergi layan ini filem, mungkin ada baiknya pergi tengok filem Hati Malaya. (Oh aku pun belum tengok, jadi tidak mampu nak komen)

Filem 4: Hari lain pula (Stardust)

Aku tertarik nak tengok filem ini apabila tengok dia punya tag line ‘Cerita Dongeng yang banyak songeh’

Sungguh banyak songeh. Permulaan agak perlahan dan bosan tetapi ianya menjadi semakin menarik. Ya....memang best cerita ini.