Thursday, October 18, 2007

Raya, Dari Kuala Lumpur Ke Ganu

Lama aku tidak mengemaskini blog. Maklumlah, terputus dari dunia cyber. Balik berayalah katakan. Aku beraya ke? Hehe, separuh hari, tengahari membawa ke petang, aku isi dengan aktiviti tidur. Itupun dikejutkan dengan keluarga belah mak aku datang masak-masak berkelah di rumah aku. Haha! Punyalah tak meriah raya aku, duit raya aku yang aku sediakan pun tak habis dibahagikan. (Cukuplah untuk beli maggie sehingga dapat gaji) Hahahaha

Aku bertolak balik ke kampung pada hari Rabu 10.10.07 (Hari yang sama seorang rakyat Malaysia naik ke angkasa lepas dan diberikan liputan yang maha dasyat, siap siaran langsung semua TV percuma semasa pelepasan dan juga ada saluran 588 yang diberi nama Angkasa1. Aku tak bangga walau sekelumit pun dengan pemergian orang yang dipanggil angkasawan pertama Malaysia itu. Hanya kerana dia pergi berdasarkan kerana pembelian Sukhoi yang berjumlah berbillion itu, maka kita pun melaungkan Malaysia boleh. Apa yang boleh??? Menumpang kapal angkasa Russia? Dan Dr Muszaphar sendiri, begitu bangga membaca rukun negara di ISS. Membaca 'keluhuran' sebagai 'keluruhan'. Tetapi kerana yang pergi itu rakyat Malaysia yang diberi liputan sedasyat dashyatnya, maka tidak mengapalah apabila disebut 'keluruhan pelembagaan') Aduh, tertulis pada pelayar angkasa Malaysia pula, terfikir aku, kalau yang pergi itu perempuan, adakah dia akan bergelar angkasawati Negara? Hehe

Oh, berbalik kepada cerita balik kampung, dalam perjalanan, meter aku cecah ke suatu angka yang cantik sekali. (Siap berhenti tepi jalan untuk mengabadikan angka ini)
Image Hosted by ImageShack.us

Aku tidak tahulah samada aku pulang awal sehari atau orang terlepas jalan ini selepas keluar dari simpang Jabor di Lebuh Raya Pantai Timur tetapi yang nyata, aku memandu dengan penuh rasa selesa. Hanya aku dan kereta aku sahaja yang menyelusuri jalan raya.
Image Hosted by ImageShack.us

Keesokan harinya, aku ke Jertih. Eh, mana stesen bas? Mana pasar? Yang sesak gila ni semua orang pergi ke mana? Stesen bas telah dirobohkan dan sekarang dalam pembinaan suatu tempat yang dinamakan 'Jertih Souq'. Tak pasti pula aku sejak bila aku berada di Arab Saudi kerana setahu aku di Besut, orang memanggilnya sebagai Pasar. Mungkin ingin mengkomersilkannya. Maklumlah, kalau disebut Pasar Jertih tak sedap, tak glamour, tak ada kelas bunyinya. Apabila disebut Souq maka wahhh..... apakah Souq itu pun tak ramai yang tahu. Hahaha.

Sesaknya orang di Jertih, semua pakat-pakat masuk ke pekan kecil ini. Aduh, maju seketika. Ni suasana dalam pasar Jertih. Mana datang kereta banyak banyak ni woi! Hehe
Image Hosted by ImageShack.us

Malam raya, adik adik aku yang berdua itu pula sibuk dengan pelita. Kononnya, tak raya kalau tak ada pelita. Tapi betullah, tak ada pelita, macam tak ada semangat raya pula.
Image Hosted by ImageShack.us


Dipagi raya, ketika takbir bergema, aku melihat ada kesilapan menaip dalam rancangan TV ini. Sepcial ya? Hehe
Image Hosted by ImageShack.us

Malamnya buka hamper yang diterima. Wah, coklat. Tidak, aku tak berapa gemar coklat jenis begini. Semuanya kembali disumbat ke dalam peti sejuk. Untuk disejuk dan dingin beku entah sampai bila.
Image Hosted by ImageShack.us

Hari kedua raya, adik-adik lelaki ku, Zaimin dan Alif ajak makan buah kundang. Wah...sedapnya kundang masak yang manis ini.
Image Hosted by ImageShack.us

Sebelah pokok kundang, ada pokok tomyam. Eh..pokok limau purut la.
Image Hosted by ImageShack.us

Pagi Raya ke tiga, aku sekeluarga ke Kolam Air Panas La. Sampai di Kampung Kubang Ikan, aku akhirnya selepas 8tahun menjadi pemandu, berjaya menjadi seorang pembunuh. Ya, aku terlanggar ayam. Sedih siot. Kasihan ayam tersebut.

Aku sampai di Kolam Air Panas La pada pukul 8.30pagi. Belum ramai orang. Bolehlah main rendam-rendam kaki dalam kolam.
Image Hosted by ImageShack.us

Aku naik sampai ke atas, cuba sentuh mata air. Aduh panasnya. Maka terjawablah soalan adik bongsu aku yang bertanya aku suatu ketika dulu 'kaklong, kat Air Panas tu, siapa yang masak air? Pagi-pagi pun dia dah kerja masak air ke?'
Image Hosted by ImageShack.us

Air yang ini sejuk, sesuai untuk kanak kanak berendam dan bergumbira. Tidak berbahaya untuk kanak-kanak kerana airnya sangatlah cetek.
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan menuju ke Kolam Air Panas.
Image Hosted by ImageShack.us

Pukul 12.00tengah hari, apabila sudah ramai manusia memenuhi tempat tersebut maka kamipun beredar. Semasa melalui pekan Jertih, aduh,sudah sesak ke? Aku menuju ke Kampung Raja untuk mengisi minyak kerana kesesakan yang amat menuju ke stesen minyak Jertih. Alamak, di Kampung Raja pun beratur panjang daaa.
Image Hosted by ImageShack.us

Ayu yang turut pulang beraya, amatlah tension. Manjang dia terkejut akibat mendengar bunyi mercun.
Image Hosted by ImageShack.us

Sempat pula aku berinai. Inai ini dipakai selama sejam sahaja sebab lepas tu aku kena bergegas ke Jertih (again)
Image Hosted by ImageShack.us

Petang Raya ke empat, aku bersama adik adik aku merayap ke Pantai Bukit Keluang. Wah, ramainya orang, kereta banyak. Kagum betul aku. Tapi orang Besut memang cute cute, pergi pantai pakai baju kurung. Hahaha. Adik-adik aku berposing di atas jambatan.
Image Hosted by ImageShack.us

Salah satu jambatan di Pantai Bukit Keluang
Image Hosted by ImageShack.us

Adik-adik aku bergambar lagi.
Image Hosted by ImageShack.us

Seronok main air.
Image Hosted by ImageShack.us

Cantik kancil Opti ini. Gambar di tangkap di Jertih lagi pada hari terakhir aku di kampung (Hari-hari pergi Jertih, bosan!!!). No plat KL nih.
Image Hosted by ImageShack.us/span>

Pukul 4.00petang 17/10/07 bertolak balik ke Kuala Lumpur. Keadaan tidak seperti waktu balik, hari ini kereta tiada pengakhirannya. Aku penat memotong, penat juga berada di dalam barisan tetapi, kereta tidak habis-habis. Sehingga aku merasa jemu untuk memotong. Pukul 7.30malam baru boleh masuk lebuhraya!

Kepada Kancil Biru yang bermain-main dengan kereta saya itu, terima kasih. Hilang mengantuk apabila mempunyai hiburan. Tetapi terpisah juga kita apabila kamu masuk perhentian. Gelap amat cermin kereta kamu, tidak boleh aku nak mengintai siapa di dalam. Hahahaha

Alhamdulillah, selamat pulang dan selamat balik ke Kuala Lumpur. Nak gaji nak gaji. Aku sudah tipis poket. Haha

4 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Erisa..poket kempis nampak gaya makan maggie ayam je la..dengan serdak kuih raya heheheh
~venomie~

kasorrga said...

bakpe la ada org besut(?) yg berfikiran negatif gini... heran aku! cuba la positive thinking sket...kalu pbangkang tuh, hok molek pon nok bangkang(alih bahasa cerita zombie kg pisang!)
anyway... aku ske mu cerita pasal kg halaman kita...

p/s1: dok teramik ke gambar keta aku?
p/s2: kim salam ke adik mu neh...hok baju meroh tuh...

sebol said...

Setuju program angkasawan tu bukan untuk dibangga, tapi nak buka minda pelajar.

Calon angkasawati
di Di sini

delang said...

souq dalam bahasa arab bermaksud pasar . hehhehe
harap tidak salah paham.