Monday, October 01, 2007

Orang berniaga, kita pun berniaga

Rentetan peristiwa:
"Pintu rumah aku tidak dapat dikunci lagi akibat kayu pintu sudah reput akibat tempias hujan setiap kali hujan lebat turun kerana rumah aku paling hampir dengan tepi bangunan. Maka aku pun meminta tuan rumah menukar pintu yang membawa kepada aku yang mencari orang yang boleh tukar pintu kerana tuan rumah aku berada di luar kawasan yakni di Melaka.

Maka misi mencari pembuat pintu pun bermula. Aku ke kedai pekakasan di Keramat Permai dan mendapat nombor untuk dihubungi. Aku menghubungi nombor itu dan dari suaranya maka di ketahuilah dia adalah Melayu. Pada hari yang sama juga dia datang mengambil ukuran dan memberi sebut harga (wah..pantas!) Seterusnya aku memberikan sebut harga tersebut kepada tuan rumah dan dipersetujui.

Keesokkan harinya aku menghubungi pembuat pintu itu (R bukan nama sebenar) dan dia berjanji untuk menyiapkannya menjelang hujung minggu. Siap cakap. Sehari je dah boleh siap. Pada hari Ahad, aku menghubunginya untuk bertanya bila boleh datang memasang pintu. Tidak hanya dia tidak mengangkat apabila aku membuat panggilan, apabila aku menghantar pesanan ringkas juga tidak menerima balasan. (Pekak badak ke). Aku cuba menelefon dua tiga kali lagi selepas itu, wow pelanggan bertubi-tubi buat panggilan follow up ni.Akhirnya pada pukul 12.30 tengahari, panggilan aku berbunyi deringan sekali dan seterusnya masuk peti simpanan suara. Aku bukan bodoh, itu bermakna dia mereject panggilan aku. Ya, panggilan aku direject”

Aku punya moral cerita:
Jadi dengan perbuatannya itu, aku memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan dia. Kalau ditakdirkan dia menelefon untuk memberitahu pintu aku sudah siap, akan aku khabarkan, simpanlah pintu itu di dalam jamban rumahnya.

Beginikah cara kita menjaga hati pelanggan? Panggilan di reject, tiada sebarang berita selepas dia bersetuju untuk membuat pintu itu. Kalau tak boleh buat, cakap sahajalah. Bukannya aku suruh dia buat percuma. Sekeping pintu bersama upah ialah RM450.00. Itu bukan nilai mengemis ya. Aku membayar untuk setiapa kerja yang dilakukannya bermula dari harga pintu, harga cat kepada harga pemasangan. Bukan ada seorang tukang pintu di Kuala Lumpur jadi kalau tidak mahu membuatnya, jangan bersetuju.

Atau lebih tepat, jangan berniaga. Orang nak berniaga, kita nak berniaga. Melalak bising apabila orang Melayu tidak membantu sesama sendiri malah pergi kepada orang lain memberi peluang perniagaan dan kerja. Jawapannya ada pada diri sendiri. Kalau lembab, tidak tahu menjaga perhubungan dengan pelanggan maka tidak hairan apabila pelanggan mencari alternatif lain. Kami pelanggan mencari perkhidmatan yang boleh dipercayai, tepat masa bukan menjadi tanggungjawab kami untuk membantu peniaga-peniaga melayu kalau peniaga peniaga ini sendiri tidak mahu membantu diri sendiri!

Kalau perniagaan kamu gagal dan tidak berjaya bersaing dengan kaum-kaum lain, maka kesalahan itu menjadi milik kamu sepenuhnya. Sesuatu yang baik. Sentiasa mendapat tempat dalam bidang perniagaan manakala yang suka bertangguh dan tidak mempunyai sikap bertanggungjawab bolehlah bungkus tikar dan tidur baring sahaja menunggu waktu kematian.

0 comments: