Monday, October 01, 2007

Mercun dan Bunga Api Kewajipan Raya

Ya, wajib! Walau telah menjadi larangan tetapi masih sahaja ada bunyinya dimana-mana. Diseludup masuk senyap senyap dan tertangkap juga tidak menjadi kudis kepada pembekalnya kerana untung yang terlepas adalah berlipat kali ganda. Walaupun ada yang buta mata, kudung jarinya, tempang kakinya masih tidak menjadi masalah kepada pembelinya. Ya bunyi bunyian dan kemilauan cahaya mercun dan bunga api satu kemestian. Tidak boleh tidak ada. Maka rayapun tidak berseri. Huh tidak sama sekali!

Ada sebab kenapa ianya diharamkan. Bunyi-bunyian itu sendiri menyampahkan. Boleh terkejut apabila meletup masa tidak terjangka. Menganggu kejiranan dan bayi-bayi yang tidur (yang mungkin apabila berusia 4-5tahun akan turut membeli mercun) Tidak juga dikirakan bahaya-bahayanya yang lain.

Oh, ketika ini, aku amatlah menyampah apabila anak-anak penghuni apartment ini yang ibubapanya sedang melanguk melihat TV barangkali, membiarkan anak mereka turun ke bawah dan membakar mercun di kawasan parking kereta. Pagi semalam, aku melihat kesan terbakar akibat mercun di cermin kereta aku. Mujur sahaja soft99 berjaya mengpudarkan kesan yang betul betul berada dicermin depan aku itu.

Jikalau anak-anak yang bermain mercun itu, terjadi sesuatu yang ektrem seperti mercun terbang ke dalam mata, meletup di tangan, maka keluarkan dalam peti televisyen. Mangsa mercun keberapa tahun ini. Maka ibu dan ayahnya akan melalak-lalak menunding jari kepada sesiapa sahaja yang dirasakan boleh. Dimana ibu dan ayah semasa anak-anak mereka sibuk membakar mercun diparking lot? Kalau meletup kereta-kereta tersebut, dan anak-anak mereka terbunuh, maka meroyanlah bergolek-golek menangis. Tetapi tidak pula melarang dan menyekat ketika anak-anak keluar membeli dan bermain mercun.

Tipikal pemikiran rakyat Malaysia. Sudah terlanggar baru mahu berundur.

3 comments:

Wawa said...

Aku menyampah gila dgn orang main mercunek bunga api ke.

aritu diorang baling betul2 depan aku, mak bapak dok senyum je.

kepala otak letak kat lutut agaknya.

geram betul.

ezza erisa said...

haha tu la...

last two night, ada rumah terbakar kat apartment aku..
gara2 main mercun dalam rumah (or beranda kut)

kena sofa..hahaha padan muka padan muka...

Anonymous said...

AKu pun bengang gile ngan bebudak main mercun kat parking lot area flat aku ni,,,mana tah peginya mak bapak derang ni,,,Dah seminggu aku trauma takleh tido

Aku dah buat report polis kat rakan cops,,tengok la macamana reaksi polis kita ni boleh pakai ke tak...aku dah geram sgt nih,,

Aku terpikir kalau aku ada bomb nak jer aku bomb budak2 tengah main mercum tu biar sekor2 terbungkang baru mak bapak dia tau nikmat kene bomb nih!