Thursday, October 04, 2007

Menjelang Hari Raya

Apa yang aku tidak suka apabila menjelang raya? Ya..ada satu benda yang aku memang tak boleh tahan. LAGU RAYA!!! Aku benci lagu raya sampai ke tulang sumsum aku, ke jantung aku, ke hati aku, ke setiap denyutan nadi aku, ke setiap pembuluh darah aku. Aku rasa nak termuntah setiap kali aku dengar lagu raya. Aku juga rasa pening apabila lagu raya berkumdangang. Aku tidak ada koleksi lagu raya di dalam komputer, di dalam telefon bimbit, di dalam MP3 CD untuk di dengar di dalam kereta juga tiada. Jangan tanya dan minta aku carikan lagu raya. Aku menentang keras kewujudan lagu-lagu raya.

Kenapa? Entah. Aku bukan nostalgia atau sentimental atau bersedih atau teringat kenangan buruk atau manis apabila mendengar lagu raya. Yang pasti aku bosan dengan lagu yang sama dimainkan setiap kali menjelang raya. Dah 27kali aku sambut raya, dah berbelas ribu kali lagu – lagu raya kedengaran di telinga aku. Jadi aku rasa aku sudah betul betul tidak mahu mendengarnya lagi. Walaupun tak suka, kalau pergi kompleks membeli belah maka mereka sibuk menghidangkan juadah lagu raya sebagai membangkitkan ‘mood’ untuk orang ramai menghabiskan duit lebih banyak di kedai mereka.

Lagu raya, aduh…tak ada ke orang rasa bosan dengan lagu raya seperti aku??? Lagu yang sama diputar dan diputar dan diputar setiap tahun. Aduh..sungguh membosankan. Ada yang kata lagu-lagu begini menimbulkan nostalgia kepada mereka. Entahlah..

Seriusnya, aku tak akan dengar lagu raya dengan rela. Kalau berkumandang di radio, aku alihkan ke radio lain. Tapi kalau di tempat awam, yang aku tidak boleh kontrol terpaksa lah aku hadapkan telinga aku dan akan merasa sedikit pening lalat.

Apapun, sebanyak mana aku boikot dan benci pada lagu raya, aku kena terima hakikat…lagu-lagu begini akan sentiasa di mainkan menjelang hari raya. Yang paling menyampahkan ialah lagu raya dimainkan di pasar-pasar malam pada hari ke tiga berpuasa. Gila ke apa?

5 comments:

Aizam said...

1st time jumpa org yg anti lagu raya.. ha ha..

ezza erisa said...

hahah nak buat camne..jiwa tak sentimenteeellll....hahah

sebol said...

Hmmm
bagi aku normal.

Tapi Ezza dah dengar lagu raya iwancmn?

cuba check kat blog wawa

Aizam said...

ni nak taruk dalam kategori kecacatan ke idak ni.. keh keh

LED said...

dude, bukan nko sorang jek yg benci, aku sampai dah takde feel bila dgr lagu raya.

n aku tak suka celebrate raya.