Tuesday, October 02, 2007

Kanak-kanak itu…

Semalam aku bercuti. Ya aku cuti untuk membeli belah. Seronok rasanya merayap ke sana sini dan berada dalam situasi yang aman tanpa kesesakan dalam kompleks membeli belah.

Oh apa yang aku buat semalam tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas, aku cuma merasa kagum dengan dua adik beradik yang berusia tidak lebih dari 7 tahun ini.

Semasa aku sedang berada di Carrefour, dan sedang memilih untuk membeli makanan ringan untuk dibawa sebagai buah tangan ke kampung di seksyen makanan ringan tentunya, aku terdengar perbualan dibawah:

Si adik: Mak…nak marshmallow..
Si ibu: Ha tengoklah yang mana satu adik berkenan
Si adik: Yang ni nampak sedap
Si abang: Tengok tengok, ada tanda halal ke tak?
Si adik: Tak adalah bang.
Si abang: Kita beli yang lain lah..yang ada halal.

Dan mereka berlari lari mencari marshmallow yang bertanda halal. Kagumnya aku. Hampir aku mengalir airmata melihat ke dua dua kanak-kanak yang begitu bijak dan prihatin pada tanda halal. Yang lebih mengagumkan, si ibu ketika itu sudah jauh ke hadapan, hanya anak anak berdua itu yang membuat keputusan untuk tidak mengambilnya kerana tiada tanda halal.

Oh, berbeza pula dengan kita yang dewasa. Prihatinkah kita seprihatin kanak-kanak itu? Aku masih melihat ramai yang membeli sebagai contoh sunsweet prune (yang berwarna unggu bungkusannya). Aku membelek belek bungkusannya, nampak sedap apabila diiklankan di TV tetapi aku tidak nampak tanda Ha Lamalif Lam (halal) dari mana-mana negara di cetak di atas bungkusan itu. Begitu juga Pringle. Sedangkan disebelah Pringle ialah Mr Potato yang ada tanda halal.

Kekaguman aku kepada ke dua kanak kanak itu berterusan… ;)

0 comments: