Monday, October 08, 2007

Jualan Murah…Mari Mari!

Oh….seminggu sebelum hari raya adalah minggu yang hectic, gigantic..bombastic. (oh tolong, aku ingin menggunakan tic tic ini dalam entry kali ini) Dimana-mana pusat membeli belah, maka bertaburanlah manusia manusia membeli belah. Pendek kata, dimana ada tempat menjual, disitu ada 100 orang pembeli. Dari tempat letak kereta lengang di malam satu Ramadan, menjadi tempat letak kereta penuh bermula dua minggu menjelang raya. Sungguh, ini bukan setakat hari raya sahaja, CNY juga, Deepavali juga. Tanpa pusat membeli belah tiadalah kemeriahan menyambut ketibaan hari raya (agaknya).

Hairan juga, kerana manusia manusia yang sama ini jugalah yang begitu bising dengan kenaikan 30sen sekilo ayam, 20sen susu tetapi masa membeli belah, tak pula bising. Malah membeli belah dengan penuh senyuman pula.

(Oh Kepada bekas rakan serumah aku yang kami hadiahkan beg tangan cantik tapi murah itu…kalau kamu masuk ke blog ini, sila keluar balik. :P nanti kamu dapat meneka berapa harga beg tangan kamu itu. Hehe, Oh rasanya dia tidak masuk pun..)

Pada malam 1 Ramadan yang lalu, seperti di entry menjelang bulan puasa..aku pergi ke JUSCO. Membeli hadiah untuk sambutan ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak berusia 27tahun. Disebabkan membeli disaat akhir, jadi aku dan Deida menjadi tidak tahu hendak membeli apa. Maka kami merayap di satu seksyen ke seksyen yang lain. Kemudian, kami singgah di bahagian beg tangan membelek satu demi satu. Ya..murah sahaja. Ada yang semurah RM15.00. Maka kami membuat keputusan untuk membeli beg tangan dan satu barang lain untuk kawan kami itu.

Tiada satu beg tangan pun yang berharga lebih dari RM100.00. Apabila di tanya kepada jurujual Jusco sesyen beg, ‘dik. tak ada sale ke’, maka jawabnya ‘ tak adalah kak, dekat raya nanti baru ada’

Oh keadaannya berbeza semalam. Tidak hanya tempat letak kereta Jusco bagai diserang oleh jualan murah. (Nasib baik kereta aku kecik dan nasib aku baik, mudah sahaja berjumpa parking). Jualan murah bertag ungu untuk 50% dan tag merah untuk 70% juga kelihatan dimana-mana. Oh patutlah manusia semua mabuk kepayang. Harga runtuh sampai begitu sekali!

Aku ke seksyen beg tangan sekali lagi. Wah beg yang sama yang aku belikan untuk kawan aku ada di atas rak itu. Sebaik aku mengambilnya, eh. harganya sudah menjadi RM129.00? Dan diberi tag ungu. Bermakna sekarang harganya ialah RM64.50. Aku membelinya dengan harga RM40.00. RM64.50 – RM40.00 = RM24.50! Jadi..jualan murah apakah ini??

Kita sering tertipu dengan tanda diskaun sehingga terlupa untuk berfikir secara waras dan logik. Diskaun adalah peluang peniaga peniaga ini untuk menambah keuntungan (di kaut). Secara logiknya, siap yang ingin menurunkan harga dengan begitu drastik??

2 comments:

chinozie said...

beli beg tangan jeee !!!
takde beli benda lain kee...??

Wawa said...

orang tak peduli la beb.

lagipunlebih mahal harga barang tu lebih class.

:)