Monday, October 01, 2007

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 13

Gol dan Gincu dan sampai ke episod akhir pada musim ke dua ini. Aduh…dah berakhir ke musim ke dua? Tidak tidak. Aku tak mampu terima kenyataan ini. (wah dramatiknya!) Bolehlah lepas ini tengok TV3 Smallville pulak (huh pasti ramai yang tergolek gelak pasal aku belum download cerita ni..tak mengapa tak mengapa) :P

Episod dimulakan dengan Reza menghalau Ayu si muka ketupat keluar dari rumahnya diatas peristiwa penangkapan mereka berdua. Berdua-duaan dalam satu rumah pada minggu lepas. Ayu si gedik dengan bulu mata palsu kekononnya lawa itu buat muka bodoh sahaja. (oh aku rasa Ayu memang bodoh..apalah yang direbutkan kepada Reza tu. Kalau kaya atau hensem atau gabungan kedua-duanya, mungkin wajar tindakan ekstrem gilanya itu) semasa Ayu hendak berambus, Ikan kebetulan balik. Dan Ikan dapat tahu pasal peristiwa tangkap basah itu. Ikan terus berlalu meninggalkan rumah. Rupanya tidur kat hentian bas. (adeh…sadis sadis)

Reza menghubungi Putri. Esoknya pagi-pagi lagi Putri telah ke rumah Reza (tak serik-serik berdua-duaan ya). Ibu bapa Ayu bersama Ayu si gedik muncul dan seterusnya meminta Reza mengahwini anak mereka dan mengatakan mereka ingin bertemu dengan keluarga Reza. Kesian betul mak ayah Ayu dapat anak bitchy seperti itu. Reza seterusnya menghubungi kakaknya untuk membantunya.

Zie kebetulan terjumpa Ikan yang sedang tidur di hentian bas seterusnya mendapat tahu mengenai hal tangkap basah itu. Dan memanggil ahli ahli BTB untuk bermesyuarat. Dalam adegan lain pula, Sasha dan Irwan sedang duduk bersantai (tidak diketahui pula dimana mereka bersantai, tasik ke…taman ke…) irwan memberitahu Sasha mengenai tawaran kerja yang menantinya di New York untuk tempoh tiga tahun. Awalnya aku ingatkan Sasha akan halang Irwan pergi sebab Sasha cakap ‘Nanti dia tak boleh tengok muka Irwan setiap hari’ Tapi rupanya tidak. Sasha tidak ada perasaan pada Irwan. Sedih. Irwan baik tapi memangpun Irwan tu macam tunggul kayu sikit. Oh mungkin cara lakonannya mungkin juga wataknya memang begitu. Haha.

Eddie ke hospital berjumpa Mia. Tapi masa ini lah juga si bulat Jeff tu datang. Sangatlah menyampahkan. Eddie mohon diri. Kemudian sampai di kolej. Yang ini aku tak faham, Sasha tanya Eddie, ‘eh bukan you cuti setahun ke, buat apa kat sini’ kemudian Eddie menjawab emaknya bertambah baik jadi dia ambil keputusan sambung belajar. Aku ingat merujuk kepada kolej itulah. Rupanya merujuk kepada kolejnya di Australia. Jadi kenapa mesti Eddie ke kolej lamanya? Sasha tengah sibuk mencari Haikal di internet, blog, instant messenger tetapi Haikal tiada dimana-mana. Sasha juga dapat meneka yang Eddie mempunyai perasaan kepada Mia. Wow. Aku suka aku suka. Mia dan Eddie memang nampak sesuai sangat. Eddie dah banyak berubah sejak membantu Mia. Siap berazam nak jadi ayah dan suami yang baik.

Aina yang dilamar dengan tidak romantiknya pada episod yang lepas, tidak mempunyai peluang untuk memberitahu dan berbincang dengan Putri memandangkan Putri begitu tertekan dan sibuk dengan masalah Reza ditangkap khalwat. Kakak Reza pula bertemu dengan ibu bapa Ayu yang tidak membawa apa-apa makna apabila mak ayah Ayu berkeras hendak Reza menikahi anak mereka.

Team BTB bertemu, dan bermesyuarat, dan datang dengan cadangan untuk menyamar menjadi saudara Reza untuk berjumpa dengan ibubapa Ayu dan menceritakan latar belakang lapuk Reza pada mereka. Zie terpilih, siap bergaya macam ustazah tapi duduk terkangkang sementara menunggu kehadiran ibubapa Ayu. Zie menceritakan latar Reza seterusnya berjaya merubah fikiran mereka. Ya..ibubapa mana yang nak anak mereka kahwin dengan pembawa kuman HIV?

Putri yang hendak keluar bertemu Reza terpandang cincin di dalam kotak dan bertanya ibunya. Ya ya ya. Dan kemudian ibunya memberita mengenai lamaran Riki. Ya kalau dah berpacaran tidak dihalang, takkanlah Putri yang begitu minda terbuka nak menghalang pula apabila Riki melamar ibunya. ‘What makes you happy, makes me happy too’. Begitulah ayat Putri.

Putri sedang lepak lepak di rumah Reza bersama kakak reza apabila ibubapa Ayu muncul. Ya mereka datang untuk memberitahu mereka tidak ingin bermenantukan pembawa kuman HIV. Putri yang lembab memaki hamun mereka kerana menghina Reza sementara Reza dan kakaknya sudah tersengih-sengih. ‘Mujurlah mak ayah Ayu berfikiran sempit’ Demikian kata kakak Reza. Wah…siapa tak sempit fikiran apabila berkaitan dengan HIV dan AIDS?

Oh terlupa, Ikan boleh menerima kenyataan yang Ayu kesayangannya itu adalah tidak sesuai dengan dia malah sempat bergurau dengan Reza, jika Reza kahwin dengan Ayu boleh tak sekiranya dia hendak memikat Putri.

Kakak Reza balik selepas kejadian tersebut dan mencadangkan Reza mengukuhkan hubungannya dengan Putri sekiranya benar-benar serius supaya tiada lagi gangguan-gangguan bodoh dari sesiapa. Eddie pula setia melawat Mia dan rasanya dialah yang menghubungi ibu bapa Mia. Mereka datang melawat seterusnya dapat menerima kehadiran Ali.

Sasha pula tidak putus-putus mencari Haikal dan bertemunya di dalam perpustakaan. Haikal memberitahu yang dia sudah berubah (haha. Ragulah aku!) Nasib baik Sasha cuma menerimanya sebagai kawan sahaja. Fuh..aku taknak Sasha kembali pada Haikal!!!

Aina membuat panggilan kepada Riki dan seterusnya bersetuju dengan lamaran riki. Di padang futsal pula Putri menerima lamaran romantic dari Reza. Jeng jeng habis. Tak pastilah bersambung ke musim ketiga atau tidak kerana diakhir rancangan, telah disimpulkan apa yang berlaku selepas itu.

Putri dan Reza berkahwin dan mendapat dua anak angkat.

Aina dan Riki mengelilingi dunia

Sasha berkahwin dengan lelaki idamannya yang bukan Haikal atau Irwan

Mia menjadi seorang yang berdikari dan membuka pusat didikan kanak-kanaknya sendiri.

Eddie menjadi ayah dan suami yang baik (Rasanya kepada Mia lah sebab ditunjukkan gambar Eddie, Mia dan kanak-kanak)

Dayang menjadi majistret mahkamah syariah (patutpun macam warak sahaja minah ni)

Impian Ikan untuk berkahwin dengan Zie.Haha. Tidak pernah tercapai

Haikal masih berusaha menjadi lelaki yang baik

Ling dan Atoi berkahwin

J masih tidak berjaya memiliki kereta sport.

Dimana hidup Ayu? Harap-harap Ayu mati dilanggar kereta. Haha!

4 comments:

Anonymous said...

Ikan tak kawin dgn zie...
kan ade tulis...tak pernah tercapai...

kasorrga said...

conclusion mu saloh tuh...
mu x tgk mollek ko ending dia?

ezza erisa said...

alamak..my bad my bad

aku dah betulkan..heheh thanks.. ;)

Wawa said...

ah sampai sudah aku tak tengok.

nasib baik ada kau punya review nih.

teruima kasih ya ezza

:P:P