Thursday, October 18, 2007

Bunga Api di Hari Raya

Susulan dari entry sebelum ini mengenai mercun dan bunga api. Aku rasa keliru, sungguh. Bukan sedikit kekeliruan aku. Apakah betul bunga api dan mercun diharamkan? Rampasan demi rampasan yang dibuat, apakah betul atau dibuat-buat? Bunyi dentuman di sana sini, kerlipan cahaya bunga api pun melimpah ruah di sana disini. Jadi dimana pengharamannya?

Lebih mengelirukan aku apabila drama-drama semperna raya juga, dengan tanpa mengendahkan pengharaman bunga api dan mercun, turut menyelitkan adegan kanak-kanak dengan riang ria berlari-lari dihalaman rumah sambil disaksikan (atau disertai) oleh ibu bapa masing-masing bermain mercun.

Contoh drama dengan bunga api, “Diary Ramadan Rafique”, “Rendang Untuk Mertua” (sekadar menyebut beberapa drama sahaja). Oh, drama kepolisan di malam raya iaitu Gerak Khas di TV2 juga tanpa segan silu memaparkan adegan kanak-kanak bermain bunga api dihadapan rumah Pak Polis bermisai sewaktu pak polis berjalan kaki balik dari surau. Tidak diendahkan pun kanak-kanak itu. Jadi kalau dalam drama polis sendiri ada bunga api, maka apakah betul bunga api diharamkan? Elok sahaja bunga api masuk ke televisyen setiap kali musim raya.

Pelik.. sungguh aku pelik…belum hilang lagi rasa pelik aku ini.

0 comments: