Wednesday, October 31, 2007

Semua Orang Benci Vista?

Image Hosted by ImageShack.us


Berikutan pembelian dua buah komputer riba baru yang mana tidak lagi di datangi dengan Sistem Pengoperasian XP. Secara mandotarinya ianya datang dengan sistem pengoperasian Vista. Vista memerlukan 2GB RAM untuk berfungsi dengan cemerlang mengikut kata pembuatnya, tetapi tidak. Tidak pada mata pengguna akhir seperti aku apabila komputer baru itu sudah di lengkapi dengan 2GB RAM tetapi Vista masih tidak stabil. Penggunaan CPU turun naik dari 5% ke 99% ke 50% dan seterusnya. Vista yang di dakwa begitu ramah pengguna akhirnya dibenci oleh pengguna malah berebut rebut pula kawan-kawan sepejabat dengan aku untuk menggunakan komputer riba version XP walaupun komputer riba baru itu sungguh menarik, lebih ringan, didatangi dengan webcam 2.0MP semata-mata mereka mahu mengelak dari menggunakan sistem operasi Vista.

Begitu juga dengan Microsoft Office 2007 yang bodoh apabila format defaultnya tidak boleh dibaca oleh Microsoft Office versi terdahulu. Dikeluarkan oleh pengeluar yang sama, mereka harus mencari jalan dalam mencanggihkan perisian dan seterusnya menyeragamkan format.

Oh Microsoft Office 2007 juga tidak compatible dengan Outlook Express Spelling Checker. Hanya bahasa French yang ada dalam pilihan. Microsoft Office 2007 = Microsoft. Outlook Express datang dari Microsoft juga.

Microsoft memang sentiasa memperbodohkan diri, begitu juga pada zaman aku mula-mula kenal dengan Microsoft Visual Basic (VB) versi 5.0 dan 6.0 dahulu. Waktu itu aku hanya pandai menghubungkan pangkalan data dengan VB dengan menggunakan DAO. Bukan ADO. Maka bersusah payah lah aku mencari jalan untuk menghubungkan VB dengan Microsoft Access (pangkalan data). Lebih memburukkan keadaan, VB tidak compatible dengan Microsoft Access 2000. Dengan DAO, VB hanya boleh membaca format Microsoft Access 97. Maka menjadi kerja berat apabila setiap kali hendak dicreatekan satu table baru, harus di convert dahulu menjadi fail 2000.

XP sendiri mengambil masa hampir 4-5tahun untuk stabil seperti sekarang. Mengikut keperluan minimum, XP memerlukan 128MB Ram untuk berfungsi. Manakala sistem yang disarangkan ialah 256MB RAM. Aduh, sesiapa pernah menggunakan XP yang berjalan di atas RAM 256MB pasti merasakan mahu membunuh diri. Jadi situasinya sama dengan Vista. Rekomen 2GB RAM.. dan akan merasa mahu bunuh diri juga.

Oh entry di atas memang meraban. Aku memang sudah cukup anti dengan Vista. Malah apabila kawan serumah dan adik aku membeli komputer baru pun, aku suruh mereka menggunakan XP.

Oh, ada sesiapa tahu, Air Asia menjual komputer lama dengan kerjasama Citibank kredit kad dengan sistem pengoperasian Vista dengan harga RM299? Mungkin kalau ada sesiapa yang terbeli, boleh bercerita akan saat mereka hendak membunuh diri apabila menggunakan komputer tersebut. Hehehe

Tiada tajuk sesuai

Aku sangat sibuk, rasanya dua tangan tak cukup untuk diri aku sepanjang 2-3minggu selepas raya ini. Sekembalinya ke pejabat, sudah tinggi bertingkat susunan fail-fail yang menunggu. Tidak termasuk dengan kursus yang berlangsung pada 25-28hb yang lepas. Aduh, semuanya memerlukan perhatian sehingga tidak ada masa untuk aku berenak-enakkan di hadapan komputer.

Sekembalinya ke pejabat selepas 6hari bersepak terajang di hotel Royale Bintang (yang amat lembab perkhidmatannya, tidak disyorkan kepada mana-mana korporat untuk membuat apa-apa event di sana jika hotel lain masih ada) sibuk pula dengan persiapan mesyuarat di Bellagio, Italy.

Aku tidak pernah ke Bukit Bintang selepas pukul 10.00 malam tetapi peluang bermalam di hotel Royale yang terletak di Jalan Bukit Bintang benar benar membuatkan aku buka mata. Terasa seolah-olah aku berada di Bangkok. Begitu banyak kedai-kedai urut, segala jenis 7Eleven wanna be, dengan mat bangla yang bekerja di dalam pasaraya 24jam tetapi tidak tahu bertutur bahasa Inggeris dan Melayu yang membuatkan aku hampir nak menerajang mukanya pada pukul 12malam setelah 10kali aku cuba menerangkan apa yang aku nak, tetapi tidak di fahami oleh beliau.

Gambar sewaktu balik dari Welcome Dinner di Bangsar Seafood Garden Restaurant
Image Hosted by ImageShack.us


Aku nampak gergasiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, tolong
Image Hosted by ImageShack.us


Cuba teka, kat Kuala Lumpur atau kat Arab Saudi nih?
Image Hosted by ImageShack.us


Sekembalinya aku ke pejabat, setelah lama tidak memblog, aku dikejutkan dengan kadar saluran internet yang amat lembab, basah, dan amatlah tidak masuk akal. Pakej 1.5mbps aku sudah menjadi 300kbps????? TMBekkk... Apa ni? Cepat selesaikan, aku sudah lapor dan dijanjikan untuk kembali ke asal dalam tempoh 24jam. Ini sudah lebih. Cepat bertindak la!
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, October 23, 2007

Saya sangat sibuk.
Tidak dapat mengemaskini blog sehingga 30hb October 2007

- Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Thursday, October 18, 2007

Raya, Dari Kuala Lumpur Ke Ganu

Lama aku tidak mengemaskini blog. Maklumlah, terputus dari dunia cyber. Balik berayalah katakan. Aku beraya ke? Hehe, separuh hari, tengahari membawa ke petang, aku isi dengan aktiviti tidur. Itupun dikejutkan dengan keluarga belah mak aku datang masak-masak berkelah di rumah aku. Haha! Punyalah tak meriah raya aku, duit raya aku yang aku sediakan pun tak habis dibahagikan. (Cukuplah untuk beli maggie sehingga dapat gaji) Hahahaha

Aku bertolak balik ke kampung pada hari Rabu 10.10.07 (Hari yang sama seorang rakyat Malaysia naik ke angkasa lepas dan diberikan liputan yang maha dasyat, siap siaran langsung semua TV percuma semasa pelepasan dan juga ada saluran 588 yang diberi nama Angkasa1. Aku tak bangga walau sekelumit pun dengan pemergian orang yang dipanggil angkasawan pertama Malaysia itu. Hanya kerana dia pergi berdasarkan kerana pembelian Sukhoi yang berjumlah berbillion itu, maka kita pun melaungkan Malaysia boleh. Apa yang boleh??? Menumpang kapal angkasa Russia? Dan Dr Muszaphar sendiri, begitu bangga membaca rukun negara di ISS. Membaca 'keluhuran' sebagai 'keluruhan'. Tetapi kerana yang pergi itu rakyat Malaysia yang diberi liputan sedasyat dashyatnya, maka tidak mengapalah apabila disebut 'keluruhan pelembagaan') Aduh, tertulis pada pelayar angkasa Malaysia pula, terfikir aku, kalau yang pergi itu perempuan, adakah dia akan bergelar angkasawati Negara? Hehe

Oh, berbalik kepada cerita balik kampung, dalam perjalanan, meter aku cecah ke suatu angka yang cantik sekali. (Siap berhenti tepi jalan untuk mengabadikan angka ini)
Image Hosted by ImageShack.us

Aku tidak tahulah samada aku pulang awal sehari atau orang terlepas jalan ini selepas keluar dari simpang Jabor di Lebuh Raya Pantai Timur tetapi yang nyata, aku memandu dengan penuh rasa selesa. Hanya aku dan kereta aku sahaja yang menyelusuri jalan raya.
Image Hosted by ImageShack.us

Keesokan harinya, aku ke Jertih. Eh, mana stesen bas? Mana pasar? Yang sesak gila ni semua orang pergi ke mana? Stesen bas telah dirobohkan dan sekarang dalam pembinaan suatu tempat yang dinamakan 'Jertih Souq'. Tak pasti pula aku sejak bila aku berada di Arab Saudi kerana setahu aku di Besut, orang memanggilnya sebagai Pasar. Mungkin ingin mengkomersilkannya. Maklumlah, kalau disebut Pasar Jertih tak sedap, tak glamour, tak ada kelas bunyinya. Apabila disebut Souq maka wahhh..... apakah Souq itu pun tak ramai yang tahu. Hahaha.

Sesaknya orang di Jertih, semua pakat-pakat masuk ke pekan kecil ini. Aduh, maju seketika. Ni suasana dalam pasar Jertih. Mana datang kereta banyak banyak ni woi! Hehe
Image Hosted by ImageShack.us

Malam raya, adik adik aku yang berdua itu pula sibuk dengan pelita. Kononnya, tak raya kalau tak ada pelita. Tapi betullah, tak ada pelita, macam tak ada semangat raya pula.
Image Hosted by ImageShack.us


Dipagi raya, ketika takbir bergema, aku melihat ada kesilapan menaip dalam rancangan TV ini. Sepcial ya? Hehe
Image Hosted by ImageShack.us

Malamnya buka hamper yang diterima. Wah, coklat. Tidak, aku tak berapa gemar coklat jenis begini. Semuanya kembali disumbat ke dalam peti sejuk. Untuk disejuk dan dingin beku entah sampai bila.
Image Hosted by ImageShack.us

Hari kedua raya, adik-adik lelaki ku, Zaimin dan Alif ajak makan buah kundang. Wah...sedapnya kundang masak yang manis ini.
Image Hosted by ImageShack.us

Sebelah pokok kundang, ada pokok tomyam. Eh..pokok limau purut la.
Image Hosted by ImageShack.us

Pagi Raya ke tiga, aku sekeluarga ke Kolam Air Panas La. Sampai di Kampung Kubang Ikan, aku akhirnya selepas 8tahun menjadi pemandu, berjaya menjadi seorang pembunuh. Ya, aku terlanggar ayam. Sedih siot. Kasihan ayam tersebut.

Aku sampai di Kolam Air Panas La pada pukul 8.30pagi. Belum ramai orang. Bolehlah main rendam-rendam kaki dalam kolam.
Image Hosted by ImageShack.us

Aku naik sampai ke atas, cuba sentuh mata air. Aduh panasnya. Maka terjawablah soalan adik bongsu aku yang bertanya aku suatu ketika dulu 'kaklong, kat Air Panas tu, siapa yang masak air? Pagi-pagi pun dia dah kerja masak air ke?'
Image Hosted by ImageShack.us

Air yang ini sejuk, sesuai untuk kanak kanak berendam dan bergumbira. Tidak berbahaya untuk kanak-kanak kerana airnya sangatlah cetek.
Image Hosted by ImageShack.us

Jalan menuju ke Kolam Air Panas.
Image Hosted by ImageShack.us

Pukul 12.00tengah hari, apabila sudah ramai manusia memenuhi tempat tersebut maka kamipun beredar. Semasa melalui pekan Jertih, aduh,sudah sesak ke? Aku menuju ke Kampung Raja untuk mengisi minyak kerana kesesakan yang amat menuju ke stesen minyak Jertih. Alamak, di Kampung Raja pun beratur panjang daaa.
Image Hosted by ImageShack.us

Ayu yang turut pulang beraya, amatlah tension. Manjang dia terkejut akibat mendengar bunyi mercun.
Image Hosted by ImageShack.us

Sempat pula aku berinai. Inai ini dipakai selama sejam sahaja sebab lepas tu aku kena bergegas ke Jertih (again)
Image Hosted by ImageShack.us

Petang Raya ke empat, aku bersama adik adik aku merayap ke Pantai Bukit Keluang. Wah, ramainya orang, kereta banyak. Kagum betul aku. Tapi orang Besut memang cute cute, pergi pantai pakai baju kurung. Hahaha. Adik-adik aku berposing di atas jambatan.
Image Hosted by ImageShack.us

Salah satu jambatan di Pantai Bukit Keluang
Image Hosted by ImageShack.us

Adik-adik aku bergambar lagi.
Image Hosted by ImageShack.us

Seronok main air.
Image Hosted by ImageShack.us

Cantik kancil Opti ini. Gambar di tangkap di Jertih lagi pada hari terakhir aku di kampung (Hari-hari pergi Jertih, bosan!!!). No plat KL nih.
Image Hosted by ImageShack.us/span>

Pukul 4.00petang 17/10/07 bertolak balik ke Kuala Lumpur. Keadaan tidak seperti waktu balik, hari ini kereta tiada pengakhirannya. Aku penat memotong, penat juga berada di dalam barisan tetapi, kereta tidak habis-habis. Sehingga aku merasa jemu untuk memotong. Pukul 7.30malam baru boleh masuk lebuhraya!

Kepada Kancil Biru yang bermain-main dengan kereta saya itu, terima kasih. Hilang mengantuk apabila mempunyai hiburan. Tetapi terpisah juga kita apabila kamu masuk perhentian. Gelap amat cermin kereta kamu, tidak boleh aku nak mengintai siapa di dalam. Hahahaha

Alhamdulillah, selamat pulang dan selamat balik ke Kuala Lumpur. Nak gaji nak gaji. Aku sudah tipis poket. Haha

Bunga Api di Hari Raya

Susulan dari entry sebelum ini mengenai mercun dan bunga api. Aku rasa keliru, sungguh. Bukan sedikit kekeliruan aku. Apakah betul bunga api dan mercun diharamkan? Rampasan demi rampasan yang dibuat, apakah betul atau dibuat-buat? Bunyi dentuman di sana sini, kerlipan cahaya bunga api pun melimpah ruah di sana disini. Jadi dimana pengharamannya?

Lebih mengelirukan aku apabila drama-drama semperna raya juga, dengan tanpa mengendahkan pengharaman bunga api dan mercun, turut menyelitkan adegan kanak-kanak dengan riang ria berlari-lari dihalaman rumah sambil disaksikan (atau disertai) oleh ibu bapa masing-masing bermain mercun.

Contoh drama dengan bunga api, “Diary Ramadan Rafique”, “Rendang Untuk Mertua” (sekadar menyebut beberapa drama sahaja). Oh, drama kepolisan di malam raya iaitu Gerak Khas di TV2 juga tanpa segan silu memaparkan adegan kanak-kanak bermain bunga api dihadapan rumah Pak Polis bermisai sewaktu pak polis berjalan kaki balik dari surau. Tidak diendahkan pun kanak-kanak itu. Jadi kalau dalam drama polis sendiri ada bunga api, maka apakah betul bunga api diharamkan? Elok sahaja bunga api masuk ke televisyen setiap kali musim raya.

Pelik.. sungguh aku pelik…belum hilang lagi rasa pelik aku ini.

Tuesday, October 09, 2007

Upin dan Ipin

Animasi ini disiarkan di TV9 setiap hari Jumaat sehingga Ahad dalam bulan Ramadan ini.

Sangatlah comel si upin dan ipin ini. Terutama si Ipin setiap kali dia kata 'betul betul betul'. Lagu tema Upin & Ipin boleh dimuat turun di laman web Yuriwong.com

Ada empat episod ke semuanya. Enjoy youtube.com

Episod Satu: Esok Puasa


Episod Dua: Dugaan


Episod Tiga: Nikmat


Episod Empat: Terawih

Monday, October 08, 2007

Jualan Murah…Mari Mari!

Oh….seminggu sebelum hari raya adalah minggu yang hectic, gigantic..bombastic. (oh tolong, aku ingin menggunakan tic tic ini dalam entry kali ini) Dimana-mana pusat membeli belah, maka bertaburanlah manusia manusia membeli belah. Pendek kata, dimana ada tempat menjual, disitu ada 100 orang pembeli. Dari tempat letak kereta lengang di malam satu Ramadan, menjadi tempat letak kereta penuh bermula dua minggu menjelang raya. Sungguh, ini bukan setakat hari raya sahaja, CNY juga, Deepavali juga. Tanpa pusat membeli belah tiadalah kemeriahan menyambut ketibaan hari raya (agaknya).

Hairan juga, kerana manusia manusia yang sama ini jugalah yang begitu bising dengan kenaikan 30sen sekilo ayam, 20sen susu tetapi masa membeli belah, tak pula bising. Malah membeli belah dengan penuh senyuman pula.

(Oh Kepada bekas rakan serumah aku yang kami hadiahkan beg tangan cantik tapi murah itu…kalau kamu masuk ke blog ini, sila keluar balik. :P nanti kamu dapat meneka berapa harga beg tangan kamu itu. Hehe, Oh rasanya dia tidak masuk pun..)

Pada malam 1 Ramadan yang lalu, seperti di entry menjelang bulan puasa..aku pergi ke JUSCO. Membeli hadiah untuk sambutan ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak berusia 27tahun. Disebabkan membeli disaat akhir, jadi aku dan Deida menjadi tidak tahu hendak membeli apa. Maka kami merayap di satu seksyen ke seksyen yang lain. Kemudian, kami singgah di bahagian beg tangan membelek satu demi satu. Ya..murah sahaja. Ada yang semurah RM15.00. Maka kami membuat keputusan untuk membeli beg tangan dan satu barang lain untuk kawan kami itu.

Tiada satu beg tangan pun yang berharga lebih dari RM100.00. Apabila di tanya kepada jurujual Jusco sesyen beg, ‘dik. tak ada sale ke’, maka jawabnya ‘ tak adalah kak, dekat raya nanti baru ada’

Oh keadaannya berbeza semalam. Tidak hanya tempat letak kereta Jusco bagai diserang oleh jualan murah. (Nasib baik kereta aku kecik dan nasib aku baik, mudah sahaja berjumpa parking). Jualan murah bertag ungu untuk 50% dan tag merah untuk 70% juga kelihatan dimana-mana. Oh patutlah manusia semua mabuk kepayang. Harga runtuh sampai begitu sekali!

Aku ke seksyen beg tangan sekali lagi. Wah beg yang sama yang aku belikan untuk kawan aku ada di atas rak itu. Sebaik aku mengambilnya, eh. harganya sudah menjadi RM129.00? Dan diberi tag ungu. Bermakna sekarang harganya ialah RM64.50. Aku membelinya dengan harga RM40.00. RM64.50 – RM40.00 = RM24.50! Jadi..jualan murah apakah ini??

Kita sering tertipu dengan tanda diskaun sehingga terlupa untuk berfikir secara waras dan logik. Diskaun adalah peluang peniaga peniaga ini untuk menambah keuntungan (di kaut). Secara logiknya, siap yang ingin menurunkan harga dengan begitu drastik??

Thursday, October 04, 2007

Menjelang Hari Raya

Apa yang aku tidak suka apabila menjelang raya? Ya..ada satu benda yang aku memang tak boleh tahan. LAGU RAYA!!! Aku benci lagu raya sampai ke tulang sumsum aku, ke jantung aku, ke hati aku, ke setiap denyutan nadi aku, ke setiap pembuluh darah aku. Aku rasa nak termuntah setiap kali aku dengar lagu raya. Aku juga rasa pening apabila lagu raya berkumdangang. Aku tidak ada koleksi lagu raya di dalam komputer, di dalam telefon bimbit, di dalam MP3 CD untuk di dengar di dalam kereta juga tiada. Jangan tanya dan minta aku carikan lagu raya. Aku menentang keras kewujudan lagu-lagu raya.

Kenapa? Entah. Aku bukan nostalgia atau sentimental atau bersedih atau teringat kenangan buruk atau manis apabila mendengar lagu raya. Yang pasti aku bosan dengan lagu yang sama dimainkan setiap kali menjelang raya. Dah 27kali aku sambut raya, dah berbelas ribu kali lagu – lagu raya kedengaran di telinga aku. Jadi aku rasa aku sudah betul betul tidak mahu mendengarnya lagi. Walaupun tak suka, kalau pergi kompleks membeli belah maka mereka sibuk menghidangkan juadah lagu raya sebagai membangkitkan ‘mood’ untuk orang ramai menghabiskan duit lebih banyak di kedai mereka.

Lagu raya, aduh…tak ada ke orang rasa bosan dengan lagu raya seperti aku??? Lagu yang sama diputar dan diputar dan diputar setiap tahun. Aduh..sungguh membosankan. Ada yang kata lagu-lagu begini menimbulkan nostalgia kepada mereka. Entahlah..

Seriusnya, aku tak akan dengar lagu raya dengan rela. Kalau berkumandang di radio, aku alihkan ke radio lain. Tapi kalau di tempat awam, yang aku tidak boleh kontrol terpaksa lah aku hadapkan telinga aku dan akan merasa sedikit pening lalat.

Apapun, sebanyak mana aku boikot dan benci pada lagu raya, aku kena terima hakikat…lagu-lagu begini akan sentiasa di mainkan menjelang hari raya. Yang paling menyampahkan ialah lagu raya dimainkan di pasar-pasar malam pada hari ke tiga berpuasa. Gila ke apa?

Wednesday, October 03, 2007

Petua Kereta Lebih Selamat

Image Hosted by ImageShack.us

“Don’t Steal This Car; The Car over There is So Much Nicer”


Tag gantung ini menarik perhatian aku. Sungguh menarik. Adakah dengan melekatkan tag ini pada kereta, maka kereta akan menjadi lebih selamat? Maka pencuri bangsat akan mengalihkan perhatian dari kereta anda dan cuba meninjau "the car over there” yang “so much nicer”?

Tuesday, October 02, 2007

Kanak-kanak itu…

Semalam aku bercuti. Ya aku cuti untuk membeli belah. Seronok rasanya merayap ke sana sini dan berada dalam situasi yang aman tanpa kesesakan dalam kompleks membeli belah.

Oh apa yang aku buat semalam tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas, aku cuma merasa kagum dengan dua adik beradik yang berusia tidak lebih dari 7 tahun ini.

Semasa aku sedang berada di Carrefour, dan sedang memilih untuk membeli makanan ringan untuk dibawa sebagai buah tangan ke kampung di seksyen makanan ringan tentunya, aku terdengar perbualan dibawah:

Si adik: Mak…nak marshmallow..
Si ibu: Ha tengoklah yang mana satu adik berkenan
Si adik: Yang ni nampak sedap
Si abang: Tengok tengok, ada tanda halal ke tak?
Si adik: Tak adalah bang.
Si abang: Kita beli yang lain lah..yang ada halal.

Dan mereka berlari lari mencari marshmallow yang bertanda halal. Kagumnya aku. Hampir aku mengalir airmata melihat ke dua dua kanak-kanak yang begitu bijak dan prihatin pada tanda halal. Yang lebih mengagumkan, si ibu ketika itu sudah jauh ke hadapan, hanya anak anak berdua itu yang membuat keputusan untuk tidak mengambilnya kerana tiada tanda halal.

Oh, berbeza pula dengan kita yang dewasa. Prihatinkah kita seprihatin kanak-kanak itu? Aku masih melihat ramai yang membeli sebagai contoh sunsweet prune (yang berwarna unggu bungkusannya). Aku membelek belek bungkusannya, nampak sedap apabila diiklankan di TV tetapi aku tidak nampak tanda Ha Lamalif Lam (halal) dari mana-mana negara di cetak di atas bungkusan itu. Begitu juga Pringle. Sedangkan disebelah Pringle ialah Mr Potato yang ada tanda halal.

Kekaguman aku kepada ke dua kanak kanak itu berterusan… ;)

Monday, October 01, 2007

Servis Kereta Anda

Aku sudah menservis kereta untuk pulang ke kampung menjelang raya. Anda sudah? Untuk perjalanan yang selamat dan lebih menyakinkan dan mengurangkan risiko terpaksa beraya di lebuh raya, maka servis kereta amatlah penting. Bukan hanya semasa ingin pulang kekampung pastinya, pastikan anda menservis kereta pada masa yang ditetapkan bagi mengelakkan kesan kesan yang lebih menipiskan poket anda pada masa hadapan.

Aku menservis kereta dengan minyak hitam keluaran Shell dan Castrol jika Shell tiada. Sekali ini aku membawa kereta aku ke bengkel yang tidak biasa aku kunjungi kerana aku sahaja nak berubah angin. Apabila aku minta minyak hitam Shell maka dia menjawab tidak ada. Yang lagi pandai jawapannya ialah tiada minyak shell untuk kancil. Hanya ada 20W 50. Adeh.. kalau nak menipu, silalah tipu perempuan lain. Aku dah berkurun pakai minyak Shell 10W 30 itu. Kemudian aku bertanya apa minyak hitam yang dia ada. Maka dia membawa aku dan menunjukkan aku minyak hitam yang didakwanya bagus, enjin senyap (Senyap ke padam?) Samlube. Huh adakah aku begitu bodoh/ sudah tentu ini adalah jenama saduran Chemlube.

Dan kemudian apabila aku meminta brek pad jenama sekian sekian, dia tunjukkan aku satu brekpad bodoh yang amat nyata juga tidak berkualiti. Aduh, kalau begini sikap pemilik bengkel yang begitu ghairah mengaut keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab kepada pemilik kenderaan sewaktu berada diatas jalan raya nanti maka tidak hairan setiap hari ada sahaja kemalangan maut berlaku. Kegagalan teknikal kerana disumbat dengan pelbagai barangan murahan bengkel kereta yang tamak haloba.

Mudah lagi kalau yang datang itu perempuan perempuan yang naïf yang mengharapkan pemilik bengkel menolong mereka mendapatkan yang terbaik untuk kereta mereka. Maka apabila si naïf ini datang, tanpa pengetahuan langsung mengenai tubuh badan kereta mereka, maka mereka akan pulang dengan poket yang nipis dan membawa pulang pelbagai alat ganti tiruan yang hanya membahayakan nyawa mereka sendiri.Aku juga digesa menukar itu dan ini dengan alasan sudah itulah sudah inilah. Tidak..terima kasih.

Pihak berkuasa, tidak ada sebarang peruntukankah untuk menahan si bengkel bengkel begini?

Mercun dan Bunga Api Kewajipan Raya

Ya, wajib! Walau telah menjadi larangan tetapi masih sahaja ada bunyinya dimana-mana. Diseludup masuk senyap senyap dan tertangkap juga tidak menjadi kudis kepada pembekalnya kerana untung yang terlepas adalah berlipat kali ganda. Walaupun ada yang buta mata, kudung jarinya, tempang kakinya masih tidak menjadi masalah kepada pembelinya. Ya bunyi bunyian dan kemilauan cahaya mercun dan bunga api satu kemestian. Tidak boleh tidak ada. Maka rayapun tidak berseri. Huh tidak sama sekali!

Ada sebab kenapa ianya diharamkan. Bunyi-bunyian itu sendiri menyampahkan. Boleh terkejut apabila meletup masa tidak terjangka. Menganggu kejiranan dan bayi-bayi yang tidur (yang mungkin apabila berusia 4-5tahun akan turut membeli mercun) Tidak juga dikirakan bahaya-bahayanya yang lain.

Oh, ketika ini, aku amatlah menyampah apabila anak-anak penghuni apartment ini yang ibubapanya sedang melanguk melihat TV barangkali, membiarkan anak mereka turun ke bawah dan membakar mercun di kawasan parking kereta. Pagi semalam, aku melihat kesan terbakar akibat mercun di cermin kereta aku. Mujur sahaja soft99 berjaya mengpudarkan kesan yang betul betul berada dicermin depan aku itu.

Jikalau anak-anak yang bermain mercun itu, terjadi sesuatu yang ektrem seperti mercun terbang ke dalam mata, meletup di tangan, maka keluarkan dalam peti televisyen. Mangsa mercun keberapa tahun ini. Maka ibu dan ayahnya akan melalak-lalak menunding jari kepada sesiapa sahaja yang dirasakan boleh. Dimana ibu dan ayah semasa anak-anak mereka sibuk membakar mercun diparking lot? Kalau meletup kereta-kereta tersebut, dan anak-anak mereka terbunuh, maka meroyanlah bergolek-golek menangis. Tetapi tidak pula melarang dan menyekat ketika anak-anak keluar membeli dan bermain mercun.

Tipikal pemikiran rakyat Malaysia. Sudah terlanggar baru mahu berundur.

Orang berniaga, kita pun berniaga

Rentetan peristiwa:
"Pintu rumah aku tidak dapat dikunci lagi akibat kayu pintu sudah reput akibat tempias hujan setiap kali hujan lebat turun kerana rumah aku paling hampir dengan tepi bangunan. Maka aku pun meminta tuan rumah menukar pintu yang membawa kepada aku yang mencari orang yang boleh tukar pintu kerana tuan rumah aku berada di luar kawasan yakni di Melaka.

Maka misi mencari pembuat pintu pun bermula. Aku ke kedai pekakasan di Keramat Permai dan mendapat nombor untuk dihubungi. Aku menghubungi nombor itu dan dari suaranya maka di ketahuilah dia adalah Melayu. Pada hari yang sama juga dia datang mengambil ukuran dan memberi sebut harga (wah..pantas!) Seterusnya aku memberikan sebut harga tersebut kepada tuan rumah dan dipersetujui.

Keesokkan harinya aku menghubungi pembuat pintu itu (R bukan nama sebenar) dan dia berjanji untuk menyiapkannya menjelang hujung minggu. Siap cakap. Sehari je dah boleh siap. Pada hari Ahad, aku menghubunginya untuk bertanya bila boleh datang memasang pintu. Tidak hanya dia tidak mengangkat apabila aku membuat panggilan, apabila aku menghantar pesanan ringkas juga tidak menerima balasan. (Pekak badak ke). Aku cuba menelefon dua tiga kali lagi selepas itu, wow pelanggan bertubi-tubi buat panggilan follow up ni.Akhirnya pada pukul 12.30 tengahari, panggilan aku berbunyi deringan sekali dan seterusnya masuk peti simpanan suara. Aku bukan bodoh, itu bermakna dia mereject panggilan aku. Ya, panggilan aku direject”

Aku punya moral cerita:
Jadi dengan perbuatannya itu, aku memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan dia. Kalau ditakdirkan dia menelefon untuk memberitahu pintu aku sudah siap, akan aku khabarkan, simpanlah pintu itu di dalam jamban rumahnya.

Beginikah cara kita menjaga hati pelanggan? Panggilan di reject, tiada sebarang berita selepas dia bersetuju untuk membuat pintu itu. Kalau tak boleh buat, cakap sahajalah. Bukannya aku suruh dia buat percuma. Sekeping pintu bersama upah ialah RM450.00. Itu bukan nilai mengemis ya. Aku membayar untuk setiapa kerja yang dilakukannya bermula dari harga pintu, harga cat kepada harga pemasangan. Bukan ada seorang tukang pintu di Kuala Lumpur jadi kalau tidak mahu membuatnya, jangan bersetuju.

Atau lebih tepat, jangan berniaga. Orang nak berniaga, kita nak berniaga. Melalak bising apabila orang Melayu tidak membantu sesama sendiri malah pergi kepada orang lain memberi peluang perniagaan dan kerja. Jawapannya ada pada diri sendiri. Kalau lembab, tidak tahu menjaga perhubungan dengan pelanggan maka tidak hairan apabila pelanggan mencari alternatif lain. Kami pelanggan mencari perkhidmatan yang boleh dipercayai, tepat masa bukan menjadi tanggungjawab kami untuk membantu peniaga-peniaga melayu kalau peniaga peniaga ini sendiri tidak mahu membantu diri sendiri!

Kalau perniagaan kamu gagal dan tidak berjaya bersaing dengan kaum-kaum lain, maka kesalahan itu menjadi milik kamu sepenuhnya. Sesuatu yang baik. Sentiasa mendapat tempat dalam bidang perniagaan manakala yang suka bertangguh dan tidak mempunyai sikap bertanggungjawab bolehlah bungkus tikar dan tidur baring sahaja menunggu waktu kematian.

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 13

Gol dan Gincu dan sampai ke episod akhir pada musim ke dua ini. Aduh…dah berakhir ke musim ke dua? Tidak tidak. Aku tak mampu terima kenyataan ini. (wah dramatiknya!) Bolehlah lepas ini tengok TV3 Smallville pulak (huh pasti ramai yang tergolek gelak pasal aku belum download cerita ni..tak mengapa tak mengapa) :P

Episod dimulakan dengan Reza menghalau Ayu si muka ketupat keluar dari rumahnya diatas peristiwa penangkapan mereka berdua. Berdua-duaan dalam satu rumah pada minggu lepas. Ayu si gedik dengan bulu mata palsu kekononnya lawa itu buat muka bodoh sahaja. (oh aku rasa Ayu memang bodoh..apalah yang direbutkan kepada Reza tu. Kalau kaya atau hensem atau gabungan kedua-duanya, mungkin wajar tindakan ekstrem gilanya itu) semasa Ayu hendak berambus, Ikan kebetulan balik. Dan Ikan dapat tahu pasal peristiwa tangkap basah itu. Ikan terus berlalu meninggalkan rumah. Rupanya tidur kat hentian bas. (adeh…sadis sadis)

Reza menghubungi Putri. Esoknya pagi-pagi lagi Putri telah ke rumah Reza (tak serik-serik berdua-duaan ya). Ibu bapa Ayu bersama Ayu si gedik muncul dan seterusnya meminta Reza mengahwini anak mereka dan mengatakan mereka ingin bertemu dengan keluarga Reza. Kesian betul mak ayah Ayu dapat anak bitchy seperti itu. Reza seterusnya menghubungi kakaknya untuk membantunya.

Zie kebetulan terjumpa Ikan yang sedang tidur di hentian bas seterusnya mendapat tahu mengenai hal tangkap basah itu. Dan memanggil ahli ahli BTB untuk bermesyuarat. Dalam adegan lain pula, Sasha dan Irwan sedang duduk bersantai (tidak diketahui pula dimana mereka bersantai, tasik ke…taman ke…) irwan memberitahu Sasha mengenai tawaran kerja yang menantinya di New York untuk tempoh tiga tahun. Awalnya aku ingatkan Sasha akan halang Irwan pergi sebab Sasha cakap ‘Nanti dia tak boleh tengok muka Irwan setiap hari’ Tapi rupanya tidak. Sasha tidak ada perasaan pada Irwan. Sedih. Irwan baik tapi memangpun Irwan tu macam tunggul kayu sikit. Oh mungkin cara lakonannya mungkin juga wataknya memang begitu. Haha.

Eddie ke hospital berjumpa Mia. Tapi masa ini lah juga si bulat Jeff tu datang. Sangatlah menyampahkan. Eddie mohon diri. Kemudian sampai di kolej. Yang ini aku tak faham, Sasha tanya Eddie, ‘eh bukan you cuti setahun ke, buat apa kat sini’ kemudian Eddie menjawab emaknya bertambah baik jadi dia ambil keputusan sambung belajar. Aku ingat merujuk kepada kolej itulah. Rupanya merujuk kepada kolejnya di Australia. Jadi kenapa mesti Eddie ke kolej lamanya? Sasha tengah sibuk mencari Haikal di internet, blog, instant messenger tetapi Haikal tiada dimana-mana. Sasha juga dapat meneka yang Eddie mempunyai perasaan kepada Mia. Wow. Aku suka aku suka. Mia dan Eddie memang nampak sesuai sangat. Eddie dah banyak berubah sejak membantu Mia. Siap berazam nak jadi ayah dan suami yang baik.

Aina yang dilamar dengan tidak romantiknya pada episod yang lepas, tidak mempunyai peluang untuk memberitahu dan berbincang dengan Putri memandangkan Putri begitu tertekan dan sibuk dengan masalah Reza ditangkap khalwat. Kakak Reza pula bertemu dengan ibu bapa Ayu yang tidak membawa apa-apa makna apabila mak ayah Ayu berkeras hendak Reza menikahi anak mereka.

Team BTB bertemu, dan bermesyuarat, dan datang dengan cadangan untuk menyamar menjadi saudara Reza untuk berjumpa dengan ibubapa Ayu dan menceritakan latar belakang lapuk Reza pada mereka. Zie terpilih, siap bergaya macam ustazah tapi duduk terkangkang sementara menunggu kehadiran ibubapa Ayu. Zie menceritakan latar Reza seterusnya berjaya merubah fikiran mereka. Ya..ibubapa mana yang nak anak mereka kahwin dengan pembawa kuman HIV?

Putri yang hendak keluar bertemu Reza terpandang cincin di dalam kotak dan bertanya ibunya. Ya ya ya. Dan kemudian ibunya memberita mengenai lamaran Riki. Ya kalau dah berpacaran tidak dihalang, takkanlah Putri yang begitu minda terbuka nak menghalang pula apabila Riki melamar ibunya. ‘What makes you happy, makes me happy too’. Begitulah ayat Putri.

Putri sedang lepak lepak di rumah Reza bersama kakak reza apabila ibubapa Ayu muncul. Ya mereka datang untuk memberitahu mereka tidak ingin bermenantukan pembawa kuman HIV. Putri yang lembab memaki hamun mereka kerana menghina Reza sementara Reza dan kakaknya sudah tersengih-sengih. ‘Mujurlah mak ayah Ayu berfikiran sempit’ Demikian kata kakak Reza. Wah…siapa tak sempit fikiran apabila berkaitan dengan HIV dan AIDS?

Oh terlupa, Ikan boleh menerima kenyataan yang Ayu kesayangannya itu adalah tidak sesuai dengan dia malah sempat bergurau dengan Reza, jika Reza kahwin dengan Ayu boleh tak sekiranya dia hendak memikat Putri.

Kakak Reza balik selepas kejadian tersebut dan mencadangkan Reza mengukuhkan hubungannya dengan Putri sekiranya benar-benar serius supaya tiada lagi gangguan-gangguan bodoh dari sesiapa. Eddie pula setia melawat Mia dan rasanya dialah yang menghubungi ibu bapa Mia. Mereka datang melawat seterusnya dapat menerima kehadiran Ali.

Sasha pula tidak putus-putus mencari Haikal dan bertemunya di dalam perpustakaan. Haikal memberitahu yang dia sudah berubah (haha. Ragulah aku!) Nasib baik Sasha cuma menerimanya sebagai kawan sahaja. Fuh..aku taknak Sasha kembali pada Haikal!!!

Aina membuat panggilan kepada Riki dan seterusnya bersetuju dengan lamaran riki. Di padang futsal pula Putri menerima lamaran romantic dari Reza. Jeng jeng habis. Tak pastilah bersambung ke musim ketiga atau tidak kerana diakhir rancangan, telah disimpulkan apa yang berlaku selepas itu.

Putri dan Reza berkahwin dan mendapat dua anak angkat.

Aina dan Riki mengelilingi dunia

Sasha berkahwin dengan lelaki idamannya yang bukan Haikal atau Irwan

Mia menjadi seorang yang berdikari dan membuka pusat didikan kanak-kanaknya sendiri.

Eddie menjadi ayah dan suami yang baik (Rasanya kepada Mia lah sebab ditunjukkan gambar Eddie, Mia dan kanak-kanak)

Dayang menjadi majistret mahkamah syariah (patutpun macam warak sahaja minah ni)

Impian Ikan untuk berkahwin dengan Zie.Haha. Tidak pernah tercapai

Haikal masih berusaha menjadi lelaki yang baik

Ling dan Atoi berkahwin

J masih tidak berjaya memiliki kereta sport.

Dimana hidup Ayu? Harap-harap Ayu mati dilanggar kereta. Haha!