Monday, September 10, 2007

Radio Kita

Mencari radio yang bermaklumat di Malaysia? Radio Bernama baru sahaja beroperasi. Setakat ini liputan hanya sekitar lembah kelang pada frekuensi fm 93.9. Mencari radio liputan keadaan lalu lintas sekitar bandar Kuala Lumpur di waktu puncak? Sila setkan frekuensi ke 92.7 fm Radio Kuala Lumpur. Banyak maklumat penting yang kedengaran di sini.

Mencari radio berhiburan tak bermaklumat, ya ampun banyak sekali! Mudah lagi mencari radio yang syok sendiri. Bukan satu, bukan dua tapi rasanya berlambak. Seorang kawan yang berada di dalam kereta aku meminta aku memasang radio Era semasa aku sedang mendengar radio KL. Jawapan aku simple ‘tidak, aku tidak set frekuensi radio era, di kereta atau telefon bimbit’. Maka sessi soal jawab mengenai radio bermula.

Kenapa ko tak set? Gila, macam tak caya sahaja ada orang macam ko.

Itulah reaksi sahabat aku apabila aku memberitahu dengan jujur, aku tak set radio meroyan itu di dalam kereta aku (Amaran Keras (bukan minuman keras)! Peminat radio Era sila skip entry ini dan datang melawat apabila entry lain ditulis, nanti tak setuju pula apabila aku condemn radio kesayangan korang itu).

Kenapa? Ya kenapa? Aku mula dengar tentang radio Era semasa di kampus. Masa ni dia baru je masuk Terengganu. Maka berduyun-duyunlah warga terengganu memasang siaran nya di sekitar kawasan kediaman siswi. Masa ni anti tu tidaklah, tetapi aku rasa ianya macam radio lain juga. Bila aku mula menyampah dengan Era??

Apabila mereka mempromosi artis artis AF sehingga lagu masa konsert pun di mainkan dalam radio. Aku tahu Era adalah radio rasmi AF tetapi setahu aku juga radio mempunyai standard tertentu apabila hendak memainkan lagu. Dan lagu cikai nyanyi di konsert dengan suara sumbang pun boleh lepas di radio, maka aku mula merasakan Era poyo!

Perlu aku tegaskan, aku bukan peminat Era dari mula kejadian Era ini. Maka apabila orang bercakap mengenai Jamal Jamaluddin, Linda Onn, Halim Othman, aku hanya terkial-kial. Malah tidak kenal dengan suara mereka ini. Sesekali aku tune juga ke radio mereka ini kerana pilihan radio melayu popular terhad. Selalunya aku mendengar radio Hitz dan traxxfm kerana aku ingin mempelajari bahasa Inggeris. Walaupun English mereka tidak perfect kerana siapa boleh perfect dalam perbualan malah bahasa melayu sendiri di dendangkan oleh DJ melayu sendiri pun salah tatabahasanya! tetapi at least memberi aku keyakinan untuk bertutur dalam bahasa inggeris.

Bila Era start meroyan? Oh soalan penting nih. Apabila Hotfm ditubuhkan. Apabila Fara Fauzana yang suam suam kuku di Era dipukau oleh media prima maka Era pun start meroyan. Semasa Fara di Era, Fara tidaklah sepopular mana. Fara tidak menjadi pengacara astro, fara tidak ada program tv sendiri. Fara Fauzana cuma popular apabila menjadi warga kerja Media Prima.

Apabila Hotfm AM Krew ke udara, maka Era mula gabra seperti kera kena belacan. Memancing Aznil dan Apek untuk menjadi DJ. Apabila rating Hotfm AM Krew mula meninggi (yeah sebelumnya Era tinggi pasal Seelan Paul disana, semua idea Seelan…dibawanya ke Hotfm) maka Era lebih meroyan. Dari dua krew pagi Khairil dan Kieran, Era membawa Raja Azura dengan harapan Raja Azura boleh menaikkan kembali rating pendengar. Tetapi percaturan itu memang tidak kena. Kenapa? Kerana bertiga membingitkan. Terlalu banyak mulut yang hendak bercakap. Dan suara Raja Azura sendiri bukan suara DJ. Jadinya kontrak Raja Azura tidak disambung.

Khairil dan Kieran kembali berdua untuk sementara. Oh kemudian Era tambah meroyan. Diangkutnya semua celebrity ke Era. Dari Krew Pagi ke Krew Senja. Ianya sudah menjadi Astro Ria version tak nampak muka. Krew paginya menyaksikan Khairil dikeluarkan dan diganti dengan Yasmin Hani dan AC Mizal. Hasilnya? Hotfm AM Krew menjadi rancangan pagi no satu Malaysia. Kelakar!

Oh Khairil yang disingkirkan, dicampakkan ke radio Xfresh. Radio yang dari awal meroyan keseorangan pasal tidak ada pendengar. Aku suka juga pada awal –awal concept ‘tiada dj diwaktu pagi diperkenalkan’ tapi lately aku mula merasakan Xfresh pun dah mula meroyan. Tiada concept sendiri sehingga menceduk nama-nama DJ popular. Fafau = Fara Fauzana ditukarkan kepada Sasau = Sara Sauzana yang suaranya seperti awek baru lepas buat seks. Tiada nama sendiri untuk digunakankah? Dari tag ‘Lain Beb’ kepada ‘Lain Punyer Hangat Beb’ Bukankah terang-terang meniru Hotfm yang tagnya ialah ‘Lebih Hangat Dari Biasa’ ke?’

Oh Khairil yang tersingkir tadi, sekarang menjadi superhero ‘Super K’ di radio Xfresh. Rasa nak tercabut wayar gelak aku apabila kedengaran ‘Jaga-jaga Super K kang datang yo’. Radio Xfresh sasarannya remaja atau kanak-kanak berusia kurang dari 12tahun???

Hitzfm, aku suka siaran paginya. Seperti yang aku katakan, aku suka dengar radio English kerana aku nak merasa confident apabila speaking. Rudy and JJ betul betul menggamatkan. Sentiasa ada kelakar apabila mereka ke udara. Panggilan hangit di Hotfm sekarang jelas meniru gotcha call mereka.

Dan kenapa sebenarnya aku up entry ini? Sebab masa pagi tadi..trafik amat teruk dari depan rumah aku. Semua radio di atas (kecuali KL.fm) tidak memberi sebarang maklumat trafik yang tepat melainkan KL.fm. Kesimpulannya, jika anda mencari maklumat-maklumat penting semasa, radio radio komersil di atas tidak memilikinya. Mungkin radio bernama mempunyainya. Aku tidak tahu, belum sempat hendak set frekuensinya di set hiburan kereta aku. Radio-radio yang tinggi ratingnya meroyan untuk mendapat pendengar dengan celoteh dan lagu-lagu indon sehingga tidak sempat hendak memberi laporan trafik yang tepat. Laporan trafik yang disediakan hanyalah sekadar memenuhi slot.

Image Hosted by ImageShack.us

11 comments:

kasorrga said...

itu pasal aku x dgr radio pepagi naik keta...
dah sampai opis pon lagunya blom kuar...asik dgr diorg merepek saja...

Jis said...

sy pon x dgr radio. sy dgr radio bila hadiah best saja & sungguh2 nk menang.

tp, bila practical dulu, radio la jadi teman saya. saya pilih Era *:P*. tp tu dulu. Era skang xtau apa cite. X penah dgr.

pakcik2 bas pon suka KLfm. sy tumpang layan je la.

Wawa said...

aku dah stop dengar era.

seriously semakin ntah apapa.

tapi aku masih layan xfresh.

12 lagu tanpa iklan tu at least boleh layan lagilah.

cuma aku setuju ko pasal sasau tuh.

mmg sasau gila siot

sebol said...

93.9 bukankah dulu Radio Irama Melayu Asli?

lepas tu tukar nama, kemudian apa jadi?

...RIMA... Radio Irama Melayu Asli.....

Wawa said...

skrg RIMA jadi
KLASIK FM

ezza erisa said...

ya radio radio yang tinggi ratingnya byk bercakap merepek-repek..iklan berjela (sumber pendapatan) dari memberi informasi. (bukankah fungsi utama radio adalah memberi informasi?)

hahah sasau very the sasau. aku benci her suara gedik after sex tuh..hahaha

mungkin bernama mengambil frekuensi yang sama. tetapi beritanya kekadang sgt kelakar.

contoh
'daging lebihan masak..hendaklah di simpan kembali di dalam peti sejuk.' what.....pendengar stupid ka? kalau dah lebih ..of course simpan takkan buang dalam tong sampah?

apapun radio baru..takleh nak komen sgt..tapi aku suka ah berita di baca dibelakangnya ada muzik2 santai ala-ala hotel..hehhe

Adreen said...

haha aku baca entry ni baru aku tau
selama ni mampos aku tak amek tau
klu aku bukak radio pun sumer surfing channel jer
byk aku dgr klfm, tapi dah makin mengarut dgn dj terjerit2 mcm cik be
redfm pun funee jugak
tapi aku prefer dgr lagu dari dgr org bercakap
klu nak dgr radio pree tanpa iklan abah aku ada

ezza erisa said...

kuden..berapa gelombang frekuensi ayah hang?

kekekekeke

JJ said...

Apa Khabar? Kalau bahasa saya tak bagus saya minta maaf, tetapi terima kasih because you dengar kita dua orang. You ROCK bro, and now you know. Call us anytime.

ezza erisa said...

hi jj,

It is an honor to know that you have been here! my default radio station is hitz fm, man...hitfm morning crew is the funniest radio show.

I still remember the unsuccessful gotcha call 'Brandon' That so funny man.

snooze said...

yeah..tol2..era ke, ex-fresh ke (dah xfreshh dahhh..da mcm radio yg sarcastic ade r) mcm TAIK.sori to say man..dh kering idea ke..?

nyampah thp maxx bile ac memekak, hani mrepek tah papa..nana lak..sori la..ckp mcm org xskolah.

aku cadangkanla..nk jd dj neh, blaja siap2 smpai degree ke..dip ke paling koman..sori kpd org yg xpuas ati ngn comment aku.

lastly..aku dh xdgr era!!!lagu tahpape

aku skarang laYan~ :

hot.fm
fly.fm
hitz.fm
ikim.fm

kalo balek uni aku, aku layan mutiara fm atau kedah fm.bgs gak..ade ceramah agame hr khamis ptg tu.