Wednesday, September 12, 2007

Media Di Malaysia

Aku terpanggil nak menulis mengenai media atas dua sebab yang aku rasa cukup mencengkam minda aku.

1. Pasal satu tulisan di Malaysia today berkenaan kesedihan penulisnya apabila akhbar melayu paling tinggi jualan adalah Harian Metro yaitu akhbar tabloid dan akhbar yang paling cepat berkembang adalah Kosmo yang juga tabloid.
2. Berkenaan rusuhan di Terengganu.

Ya atas dua sebab ini aku rasa meronta-ronta nak bagi pendapat dari segi pemikiran kolot aku sendiri. Aku tidak ada account di Malaysia today jadi aku tidak boleh membalas apabila penulisnya kesedihan mengenangkan sikap pembacaan rakyat Malaysia yang lebih memilih akhbar tabloid yang suka mengsensasikan cerita dari akhbar-akhbar yang lebih serius.

Aku ingin menjawab mengapa Harian Metro dan Kosmo mendapat tempat dihati orang Melayu yang didakwanya kurang suka membaca berita-berita serius. Suka membaca gossip-gossip dan berita-berita ringan. Suka untuk aku katakan ke dua dua akhbar ini datang dalam saiz COMPACT. Anda faham apa itu saiz compact? Maknanya saiznya yang sekali ganda lebih kecil dari akhbar akhbar berbahasa Melayu serius yang lain. Dengan saiznya yang kecil, mudah dibawa, mudah dibuka di dalam bas, mudah di selak sehelai demi sehelai dimeja makan, mudah di selak sehelai demi sehelai apabila menunggu giliran di pejabat pos, di bank, di kaunter kaunter bayaran segala jenis bil maka ke dua dua akhbar ini menjadi pilihan utama. Cuba bayangkan, membaca surat khabar Berita Harian atau Utusan Malaysia di dalam bas! Huh. Boleh membuatkan penumpang sebelah merasa annoy dengan anda!

New Strait Times yang dahulunya bersaiz gajah turut dicompactkan. Dulu jualannya selalu kalah dengan The Star yang bersaiz compact itu, tetapi kerana saiz mudah bawanya itu maka kini dia lebih berdaya saing sementelah pula apabila NST tidak mempunyai ketebalan seperti The Star yang iklannya sahaja melebihi bilangan berita! Apa yang ingin aku katakan, janganlah bersedih apabila akhbar akhbar rendah nilai perbincangan minda mendapat tempat teratas tetapi kajilah apa yang membuatkan ia mendapat tempat teratas. Orang kita bukan bodoh, orang kita bukan tidak peduli pada berita berita serius cuma kerana bahan berita serius datang dalam saiz gajah maka kita yang sentiasa bergerak ini memerlukan sesuatu yang mudah bawa.

Oh berkenaan isu ke dua, rusuhan (as per di hangatkan oleh berita berita arus perdana) berlaku di Terengganu. Yang menariknya, isu mengenai bendera Malaysia (aku menolak untuk memanggilnya jalur gemilang untuk sebab sebab yang aku nak simpan sendiri) yang dibakar lebih dibesar besarkan oleh media arus perdana berbanding dua peyokong parti pembangkang yang ditembak dengan peluru hidup yang sekarang cedera parah terlantar di hospital di Kota Bharu.

Image Hosted by ImageShack.us


Oh maafkan aku menyatakan hujah aku, pembakaran bendera oleh seorang manusia yang berseorangan dan tidak di ambil endah oleh orang lain malah tidak menarik perhatian orang lain langsung (as per photo) yang sedang elok di tangkap gambarnya oleh wartawan adalah amat menghairankan. Ikutkan gambar tersebut sahaja kita boleh tahu yang orang berkumpul berada jauh di belakang sana. Orang merusuh membakar bendera selalunya beramai-ramai. Kenapa ada pelaku yang melakukannya tepat dihadapan lensa kamera? Berseorangan, tidak mendapat perhatian..menutup muka seolah sudah tahu ini akan menjadi tajuk berita utama. Tak lain tak bukan, orang yang menangguk di air yang keruh! Upahan media barangkali untuk mensensasikan cerita. Spice up the story a bit..mengalih perhatian dari isu sebenar. Pembangkang mungkin membangkang ideologi party pemerintah tetapi amatlah mustahil pembangkang ingin kembali ke zaman pemerintahan British.

Bagaimana nasib yang tertembak di dada itu? Malang sungguh rakyat Terengganu. Kelengkapan hospital nya tidak setanding dengan hospital negeri terdekatnya. Dan amatlah lagi malang kepada yang tertembak itu, apabila beliau merusuh ditembak di dada…tetapi yang lebih di gembar gemburkan berita pembakaran bendera Malaysia oleh parti pembangkang yang disensasikan oleh media arus perdana dan parti pemerintah. Adakah pasti yang membakar bendera itu parti pembangkang? Belum, belum pasti. Malah pengenalan lelaki itu pun masih kabur. Jadi..bagaimana media dan pemerintah boleh begitu pasti? Oh ini kerana mereka mempunyai bola sakti yang boleh meramal muka dan undi makhluk bertopeng ini. Kelakar bukan?

Oh dan media arus perdana..sepatutnya juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk muncul di dalam sisipan akhbar dan kaca tv mereka untuk turut menjelaskan apa pandangan mereka pada kejadian tersebut. After all…there are always two sides to a story right?

7 comments:

zuhairy.mustafa said...
This comment has been removed by the author.
Wawa said...

yeah.

there will always be two sides of the stories.

suami aku selalu ckp benda yg sama.

rakyat sekarang dah bijak.

tahu menilai mana kaca, mana permata walau hak dinafikan.

tapi yang golongan itu pun makin bijak le jugak kan.

btw, gambar itu mmg sangat la doubtful kan.

sebol said...

http://nahdah.wordpress.com/2007/09/12/insiden-batu-buruk-3-perkara-yang-pelik/

kasorrga said...

alah...korang sibuk... BN gak yg menang pilhanraya...
sebagai org kuat UMNO... Hidup UMNO...muahahhahahahha....

p/s: diorg marah sbb diorg kena halau dgn FRU... even penternak babi kat Melaka pon x kena halau ngan FRU... sbb tuh kot yg marah sgt...
apa pon...bakar bendera ka...rosakkan traffic light ka...aku still x setuju politik mcm nih...PEACE!

ezza erisa said...

BN gak yg menang pilhanraya...

ini memang fact ah...parti lain bertanding bagai nak rak pun bukan boleh memerintah negara..kerusi bertanding lagi kecik dari kerusi 2/3 parlimen... :P

aku tak sokong memana....buleh kategori undi rosak la kot? hahah

Encik Aizam Profil said...

Ada duit serba jadi..

Sorry kes haritu bukan kes pembangkang tapi Mat Rempit yang BODOH mcm KERA yang buat onar.. Xder satupun parti politik yang menyuruh pengikutnya membakar bendera.. Yang bakar bendera tu yang TAK PERNAH BERSYUKUR dgn pemberian..

Musuh utama Negara sekarang ialah MAK BAPAK MAT REMPIT yang tak tahu jaga anak..Bodoh punya MAK BAPAK MAT REMPIT

belatuk said...

tidak ade kerajaan yang kekal selain kerajaan Allah. sampai masanya, kerajaan yang ade akan diganti juga.