Thursday, September 06, 2007

Lorong Kanan Untuk Semua!

Image Hosted by ImageShack.us


Oh … seperti entry sebelum ini, aku ingin menyatakan aku baru sahaja kembali ke Kuala Lumpur selepas balik bercuti di kampung halaman di Terengganu. Apa yang aku perasan, di Terengganu, lorong kanan jalan (sepatutnya lorong laju) adalah lorong untuk semua. Anda faham apa maksudnya?

Maksudnya semua kenderaan menggunakan ke dua-dua belah jalan dua lorong sebagai lorong biasa. Tiada istilah lorong laju di Terengganu (well at least tidak di atas Jambatan Sultan Mahmud). Jika anda ingin memotong maka anda perlu membuat selitan-selitan tahap sarkas untuk memotong dan melajukan kereta seperti berada di dalam sarkas juga.

Aku yang sudah terbiasa menjadikan lorong kanan sebagai lorong laju…hanya mampu bersabar. Aku tidak pasti dengan negeri-negeri lain tetapi bagi aku, pemandu di Terengganu sepatutnya lebih peka dengan keadaan jalan. Sejak bila lorong kanan menjadi lorong biasa? Cikgu sekolah memandu terlupa hendak membicarakan tentang apa itu lorong kanan semasa dalam kelas pemanduan mungkin. Aku bukan bercakap mengenai satu kereta….aku bercakap mengenai purata kenderaan! Ya Lorong Kanan Untuk Semua! Boleh anda dapati dengan mudah di Terengganu!.

Kembali ke Kuala Lumpur. Aku rasa rata-rata warga bandaraya serba moden ini tahu lorong kanan itu memang untuk lorong MEMOTONG atau lorong laju. Aku selalunya sentiasa berada di lorong kanan kerana aku selalunya lebih laju dan adalah tidak boleh berada di lorong tengah kecuali kalau aku betul betul nak rileks dan leisure tengok jalan yang amatlah jarang aku lakukan. Aku juga tidak segan untuk beralih ke lorong kiri apabila aku lihat kenderaan yang lebih laju berada di belakang aku. Aku takperlu menunggu sehingga orang memflashkan lampu untuk beralih.

Di sini ada banyak spesis pemandu (tak kiralah samada lelaki, perempuan, orang tua, budak sekolah) yang sudah terang lagi bersuluh. Bawa kereta pada kadar 50-60kmj tetapi tetap mempertahankan lorong kanan seolah-olah kereta dia tak mampu ditewaskan. Orang begini memang sakit mental. Apabila kita memberi lampu tinggi pun masih tidak berganjak atau mencucuk dengan kadar dekat juga tidak reti bahasa memang sahlah orang begini sakit mental tahap kronik.

Semalam, semasa memandu pulang di Lebuhraya Mahameru, di depan aku adalah sebuah Kenari (pesakit mental), yang memandu pada kadar 40kmj di lorong laju dan di depannya tidak ada kenderaan yang rapat (malah tidak ada kenderaan langsung sehingga 1kilometer seterusnya). Semua yang ingin memotong, samada putus asa selepas tak reti bahasa apabila di cucuk dan di flashkan lampu tinggi tetap tidak berganjak maka terpaksa mengambil tindakan drastic memotong dari kini. Oh…semasa aku memotong dari kiri juga, pesakit mental didalam kenari ini rupanya sedang menjadi monyet jadian bergayut di telefon bimbitnya. Ini adalah pemandu yang tidak bertanggungjawab. dan merasakan dengan memandu pada kadar 40kmj dia layak berada di lorong memotong!

Jadi…adakah betul, lorong kanan untuk semua? Entahlah..sesama kita tentukan apabila berada di jalan raya nanti.

Image Hosted by ImageShack.us


Foto ehsan dari potongqueue fotopages

4 comments:

Anonymous said...

banyak kali jugak aku jumpa pesakit mental macam ni kat jalanraya.Paling teruk kalau jalan persekutuan dimana jalan mempunyai satu hala sahaja...dia boleh bantai bergayut dengan telefon! Yang paling sakit hati boleh bercengkerama dengan buah hati dalam kereta..ntah apa yang dibuat kita tak tau..tapi menyusahkan orang lain...!!!

Tunggula kalau ada tanduk keluar dari kepala aku..masa tu baru korang tau langit tu tinggi ke rendah..nak bercengkerama ke, nak buat seks ke, balas sms ke, jawab telefon ke alih la kereta ke bahu jalan atau lane paling kiri..tak boleh ke? Ni kalau orang flash, hon tau pulak marah padahal salah dia..

Species macam nilah yang contribute kamalangan maut kat Malaysia..ada jugak sekali sekala aku jawab panggilan telefon..tapi aku pakai hands free..tak kacau orang lain...apa kalau pakai henpon harga RM2000 tu kira dapat lesen bawak kereta kat lane kanan ke?

yang marah ~venomie~

Wawa said...

oh tadi pun ada jugak orang macam nih.

infact ada 2 buah kereta.

mula-mula seekor kancil.

aduh geram betul.

belakang kancil ini ialah nissan, yg mencucuk2 tapi takde reaksi.

aku pun mencucuk si nissan.

jadi akhirnya kami sama2 potong belah kiri.

kemudian sang wira pula.
rupanya jawab telefon.

sekali lagi aku terpaksa(rela) potong belah kanan setelah 1 km aku ikut belakang bontotnya .

mmg la kan, tak reti bahasa betul diorang nih.

kang orang hibeam dia mengamuk plak.padahal sendiri punya salah.

apakah salah masuk lorong kiri kalau dah tahu lembab?

ezza erisa said...

Species macam nilah yang contribute kamalangan maut kat Malaysia

yang ni aku setuju 100%..manakan tidak apabila pesakit mental ini menggunakan lorong laju untuk berkelah dijalan raya....dan tak reti bahasa melayu/cina/tamil/omputih untuk beralih apabila dihon dan di hi beam maka kereta belakang terpaksa ambil langkah drastik dengan memotong dari belah kiri...

mental disorder...:D

ezza erisa said...

apakah salah masuk lorong kiri kalau dah tahu lembab?

tak boleh..jatuh maruah....kang nanti org kata..tak lorong kanan..tak gerek aa ...

mungkin orang begini membaca sign ikut kiri jika tidak memotong sebagai IKUT KIRI JIKA INGIN MEMOTONG sebab tu dia boleh berkelah di lorong kanan...