Friday, September 21, 2007

Kekejaman Di Mana Mana 2

Mana mana blog yang aku masuk hari ini berkisarkan kepada adik Nurin. Nurin disana Nurin disini. Semuanya pakat-pakat menghulurkan simpati. Ya..siapa tidak simpati pada tubuh milik si kecil itu yang menerima pelbagai jenis derita di akhir nyawanya. Tetapi ada satu pendapat peribadi yang kedengaran di telinga aku malam tadi yang membuatkan aku terasa ingin memflying dan menside kick orang yang memberi pendapat itu (Ya..maafkan aku, tetapi aku tidak sependapat denganmu teman).

Pendapatnya berbunyi ‘check and balance. nature’ Ringkas tetapi cukup membuatkan aku terkedu. Apakah pemberi pendapat ini tidak ada hati dan perasaan? Dalam ilmu hutan kita biasa dengan pemangsa dan mangsa. Harimau pemangsa untuk memburu mangsa-mangsanya untuk ‘check and balance’ Kalau tak ada harimau…binatang jadi banyak…tak cukup rumput dan sebagainya. Begitu juga dengan pembunuhan dan segala macam kejahatan yang dilakukan oleh manusia. Ada yang jadi baik..ada yang jadi jahat..Semuanya untuk check and balance. Begitulah penerangan ringkas pemberi pendapat itu.

Tanpa disedari…dihutan, dilaut atau di alam manusia..yang banyak menjadi pemangsa bukan lagi harimau..atau jerung. Tetapi manusia. Manusia yang dikurniakan akal menjadi pemangsa yang lebih kejam dari harimau, singa atau jerung. Buktinya? Jerung tidak membunuh jerung, harimau tidak memburu harimau TETAPI manusia yang kononnya berakal…membunuh spesis sendiri. Kalau harimau dan binatang lain memburu untuk mengisi perut tetapi manusia memburu dan membunuh untuk kepuasan nafsu liar dan ganas. Oh..malangnya kita menjadi manusia. Buruknya manusia.

Nurin bukan kanak-kanak perempuan pertama yang diperlakukan secara kejam di Malaysia. Tapi ianya yang terbaru dan berlaku pula pada bulan Ramadan. Tercemar Ramadan tahun ini dengan perlakuan kejam, ganas dan lebih binatang dari binatang ini. Maka media pun berpesta lagi Radio, tv, surat khabar berpusu-pusu untuk memberi berita tanpa berfikir apakah perasaan ibu bapa kanak-kanak malang itu. Oh aku tidak anti media. Jangan salah faham pula. Tetapi apabila radio-radio memberi peluang kepada orang awam yang tidak ada kena mengena langsung dengan kes ini untuk memberi pandangan dan pendapat mengenai ibu bapa Nurin yang tidak memperakui yang mayat tersebut anak mereka, maka bagi aku itu sudah too much.

Masih ingatkah kita seorang pelajar perempuan di Johor yang dalam perjalanan ke sekolah hilang? Ditemui terbunuh dan dicampak ke dalam longkang berhampiran sekolahnya dalam keadaan mengaibkan? Masih ingatkah kita seorang kanak-kanak perempuan yang menaiki basikal untuk ke kedai membeli gula gula tetapi ditemui di dalam pondok jaga TNB terbunuh dan di rahangnya retak akibat diperlakukan seperti binatang? Masih ingatkah kita nasib seorang kanak-kanak yang dirogol jirannya dan kemudian di sula dengan kayu sehingga ke dada? Masih ingatkah kita tentang seorang remaja awal dua puluan yang dirogol beramai-ramai dan kemudian dibawa ke bawah pokok setelah mereka tidak ada idea lain untuk membunuhnya kerana bimbang ditangkap atas perlakuan mereka maka mereka beramai-ramai memanjat pokok seterusnya terjun ke atas dada gadis malang berkenaan sehingga patah riuk tulang dadanya yang membawa kepada kematiannya?

Tidak, kita tidak ingat. Kerana ianya tidak berlaku kepada kita atau keluarga terdekat kita. Sebab itulah walau pelbagai jenis kejadian buruk berlaku diluar sana, kita suka ambil tahu…tetapi akan tiba masanya kita akan beransur ansur melupakannya dan menganggap yang kejadian buruk seperti itu tidak akan pernah menimpa kita. Kita juga tidak mengambil langkah untuk lebih berhati-hati. Kemudian jadilah ayat rasmi apabila perkara buruk menimpa ‘Tak sangka kejadian sebegini berlaku pada kami sekeluarga’.

Aku doakan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan besar ini. Semoga pelaku akan dapat ditangkap..dan selayaknya disembelih dan diberi kepada harimau sahaja daging badannya.

0 comments: