Thursday, September 27, 2007

Kami

KAMI . The TV Series


Kami. Kami. Kami. Ke udara setiap hari Rabu pada pukul 10.00malam di 8tv. Siaran ulangan atau tertunda boleh di dapati di laman web media prima. Drama drama cutting edge begini jarang berada di kaca televisyen negara Malaysia kerana kebanyakkan stesen tv gemar drama drama tangkap leleh mengenai percintaan terhalang, memandu sambil menggunakan telefon bimbit tanpa menggunakan alat bantuan, bercakap sesama pasangan suami isteri dengan ganti diri aku etc. Kebanyakkan drama di kaca televisyen Malaysia masih belum merdeka dari kisah kisah perebutan harta pusaka, adegan makan sarapan terlambat nak pergi kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun drama Kami mengambil pendekatan berbeza. Bukan sahaja para pelakonnya bukan orang ternama dalam bidang lakonan, malah kebanyakkannya muka muka baru yang diberi peluang menunjukkan bakat. Kami ditaja sepenuhnya oleh nokia (wow!). Maka tajuknya telah menjadi Kami Nokia kalau ada sesiapa perasanlah. Nokia, pengeluar telefon bimbit terkemuka dunia ini mengambil peluang untuk mempromosi telefon bimbit mereka melalui sebuah drama moden. Maka tak kisahlah apabila seorang remaja begitu asyik dengan telefonnya mendengar lagu, merakam video kerana itu semua adalah trend semasa. Tidaklah aku merasa terbeban melihat iklan telefon bimbit selama sejam kerana jalan ceritanya BELUM membosankan. Haha.

Apa yang aku suka pasal drama Kami ialah dalam Kami band band underground yang selama ini berada dibawah tanah (haha) mendapat exposure yang mereka patut dapat dengan kehadiran watak-watak dalam cerita ini ke gig-gig band-band ini. Kerana band band underground ini sebenarnya ramai yang berbakat besar cuma tidak ada peluang untuk menonjolkan diri dek kerana kegilaan kita kepada lagu Indon dan lagu English US. Haha. Meet Uncle Hussain juga dengan serta merta mendapat popularity sebaik drama ini ditayangkan. Banyak juga adegan lucu dalam Kami cuma argh lambatnya kelima-lima watak nak bertemu. Kerana Kami ditunjangi oleh 5 watak utama.

Apa yang aku salute pada Red Communication setakat ini ialah kebolehan mereka untuk menghasilkan drama – drama yang berbeza walaupun di terbitkan oleh syarikat yang sama. Apabila kita tengok Impian Ilyana, kita tidak teringatkan Gol dan Gincu. Apabila menonton Kami kita tidak terbayang-bayang Impian Ilyana.

Apapun, satu yang aku tak suka, apabila drama ini juga menjadi drama rojak seperti drama-drama lain. Untuk apakah ia dirojakkan? Dalam keadaan ini mahu tidak mahu aku terpaksa tabik hormat kepada drama Yusof Haslam kerana drama-dramanya yang hampagas dimata aku itu menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu.

Apabila aku menonton cerita yang berbahasa Inggeris, tidak pernah pula aku mendengar mereka bertutur dalam bahasa Melayu. Apabila aku menonton drama / filem cina, tidak pula aku mendengar mereka mencampur adukkan bahasa. Apabila aku terpandang cerita Tamil, pun hanya bahasa Tamil yang kedengaran. Malah dalam filem Bollywood yang begitu gah dengan warna warni itupun tidak bertutur dalam bahasa yang bercampur aduk. Susahkan untuk mengekalkan dalam satu bahasa?? Jika hendak jadikan ia drama Inggeris, maka bertuturlah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Jika ia hendak dijadikan drama Melayu, maka jadikan ia drama Melayu. Jangan jadikan ia separuh separuh.

Laman web rasmi Kami boleh di dapati di projekkami.com

13 comments:

sebol said...

2 perenggan terakhir menarik minat saya.

Tak semestinya kena campur adukkan bahasa walaupun atas alasan perpaduan kaum.

Banyak drama BM yang ada watak cina dan India tapi cakap melayu.

Anonymous said...

dlm BLOG neh pun ader jugak words English yg diselang seli dgn BM....
naper yeaK?

ezza erisa said...

Blog ini adalah latihan saya menulis dalam bahasa melayu sebenar.

saya dah cuba menulis hanya dalam BM tetapi kadangkala...perkataan Inggeris yang ditulis tidak mempunyai maksud yang tepat dalam bahasa melayu memaksa saya menggunakan bahasa Inggeris

contoh, Cool man! Takkan saya nak menulis sebagai 'sejuk!.

hehehehe

kasorrga said...

menda mu nih...
aku setuju ngan anonymous...
maybe cerita dia nok berlatih jugok la tuh...hehehehhehe...

p/s:baru nok download cerita kami tuh... aku dok juppe dia main di tv...kec G&G...hahahahaha

Anonymous said...

kenapa perlu diguna 'COOL MAN!?'itu bukan budaya dan adat melayu?..kenapa tak diguna bawa bertenang or bersabar?

mind to answer?

Anonymous said...

masih anony yg sama:

sebagai contoh dlm blog saudari..
Apa yang aku "salute" pada Red Communication setakat ini ialah kebolehan mereka untuk menghasilkan drama....

kenapa salute tak digantikan dgn bangga?

adakah perbendaharaan bahasa melayu saudari lemah disebabkan kerana sering terdedah dgn BI?atau terdedah dgn bahasa percakapan seharian @ slanga ?Yg mana satu?cuba fikirkan.

saudari kena mengakui...apa yg ditonjolkan dalam drama itu dgn mencampur aduk bahasa BM-BI adalah hakikat sebenar dunia realiti yg berlaku disekeliling kita terutamanya dikalangan masyarakat malaysia.Itu yg cuba dipaparkan.

nak salahkan sapa tak memperkasakan bahasa melayu??

Look at the bright side=Lihat dari sudut yg lain....wahai saudari....

apa beza accident dgn eksiden?

ezza erisa said...

Blog ini adalah latihan saya menulis dalam bahasa melayu sebenar.

Sekalil lagi saya katakan yang blog ini adalah latihan saya menulis dalam bahasa melayu rasmi. Bukan slanga,bukan juga bahasa pasar, bukan bahasa dialek. Kalau ada ayat ayat yang di italic kan (disengetkan) itu merupakan ayat pertuturan bahasa pasar ramadan. Hahaha

Ini jawapan saya sekali lagi kepada encik anon. Ramai yang mengaku mereka bertutur bahasa melayu tetapi untuk menulis seperti yang dibaca di dalam suratkhabar berbahasa melayu bukan sesuatu yang mudah. Kadangkala ada yang terlepas juga dalam bahasa Inggeris, tetapi drama-drama Melayu sekarang (bukan drama Kami sahaja) begitu bersungguh sungguh untuk merojakkan bahasa.

oh dan cool man tidak lah hanya digunakan untuk mengatakan bertenang. Ia juga merujuk kepada sesuatu yang cool yang dibuat oleh orang tersebut.

Boleh terjemahkan maksud cool ini kepada saya wahai en anon yang begitu rajin berbahas tetapi tidak meninggalkan nama...hehehehehe

Anonymous said...

cool yg cuba disampaikan mengambarkan sesuatu/aksi/perbuatan yg menarik.dan dalam keadaan marah tuk menenangkan.

apa beza cool dgn kewl?

kasorrga said...

weh anon...
mu doksoh dok berlawan kecek la ngan ezza...
dia meme gitu...
maklumlah...org key el!

hahhahahahahah

kelik raya gi la umoh aku!

ezza erisa said...

cool yg cuba disampaikan mengambarkan sesuatu/aksi/perbuatan yg menarik.dan dalam keadaan marah tuk menenangkan.

apa beza cool dgn kewl?


dalam jawapan cool encik anon di atas itu.en anon menerangkan maksud cool..soalan saya beberapa hari lepas adakah cool itu digantikan dengan satu perkataan sahaja yang bermaksud cool? malah sarikata dalam tv pun menterjemahkan cool sebagai 'cool'

kewl merujuk kepada cool. tetapi setelah saya google maksudnya...ia amatlah lawak;

1. kewl

A stupid way of spelling "cool". Made up by morons.

2. kewl 446 up, 153 down

Internet slang and spelling for the word "cool"

3. kewl 326 up, 181 down

The stupidest possible mispelling of a word in existance. Not only is it wrong, but it is also harder to type than "cool".

SUMBER: http://www.urbandictionary.com/define.php?term=kewl

Anonymous said...

apa beza accident dgn eksiden?

ezza erisa said...

apa beza accident dgn eksiden?

accident bermaksud kemalangan
eksiden merupakan accident yang dibahasa melayukan dan merujuk kepada accident. yang turut membawa maksud kemalangan.

ko ingat aku kamus dwi bahasa ke? kakakaka...:P

missy said...

alaa..bese la 2.trend skrg.lgpun skunk nikn byk bnda yg prlukn bhse inggeris.dsmping 2 bleh gak improvekn lg bhse inggeris kte.think positive la kwn...