Monday, September 24, 2007

Isu Sepanjang Minggu

Arwah Nurin


Berita di TV3 pada hari pengkebumian jenazah amat mengharukan. Aku boleh andaikan bagi ramai yang menonton, akan merembeskan air mata atau sebak dengan paparan itu. Dimulakan dengan bacaan alfatihah dan ditunjukkan jenazah diambil dari Hospital Kuala Lumpur. Paling mengharukan apabila imam yang membacakan doa dimasjid turun dihujani air mata. Oh alangkah sedihnya. Aku juga tidak mampu mengawal air mata dari turun membasahi pipi.

Beralih pada pukul 8.30pm ke berita bernama di astro ria. Aduh, tiada jiwa raga betul bacaannya. Sudahlah boleh tersenyum sementara menunggu visual jenazah, beritanya dibaca sambil lewa, visualnya tidak cantik. Dapat gambar pun belakang-belakang orang sahaja. Patut belajar dari TV3 bagaimana menjadi juruphoto yang bijak mengambil peluang.

Oh bukan itu yang aku ingin ceritakan. Aku ingin meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pihak yang terbabit. Sekarang mereka ingin menyiasat samada kecuaian ibunya menjaga anak sehingga membawa kepada episode duka ini. Oh sungguh tidak ada perikemanusian. Kalaupun ibu bapanya cuai, mereka telah membayar harga yang cukup tinggi untuk kecuaian itu. Nyawa anak kandung mereka! Dan aku merasa, episode siasatan ini adalah tidak lain semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari mencari pembunuh sebenar kerana pihak tersebut tidak mempunyai petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan psikopat itu. Maka bergendanglah mereka untuk menyiasat kecuaian ibunya. Oh sungguh pelik episode duka itu.


Harga Minyak


Harga minyak dunia melambung sehingga USD80 setong. Nilai subsidi kerajaan meningkat (begitulah yang diwar-warkan oleh mereka). Kemudian keluarlah satu kenyataan yang kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana telah berjanji tiada kenaikan harga pada tahun ini (kita tengok tahun depan,…selepas pilihanraya, berapa puluh sen akan dinaikkan.) Maka kenyataan tersebut juga turut memetik ‘bahawa harga minyak tidak perlu dinaikkan kerana Petronas pun dapat keuntungan dari harga minyak yang meningkat’ Oh itu pernyataan tahun ini. Kita tengok tahun depan alasannya naik harga ‘malaysia masih lagi antara negara terendah harga minyak di Asean’. Dengan kebodohan melampau dibandingkan dengan negara Asean yang tak ada minyak!

Kemudian adalah rencana dalam surat khabar arus perdana semalam, memetik yang rakyat Malaysia membazir minyak. Berbanding tahun lepas, tahun ini lebih banyak minyak digunakan. Seolah olah rakyat tidak kisah dengan kenaikan harga minyak dan masih membazir. Kerana nilai yang dibayar adalah rendah. INI ADALAH KENYATAAN PALING BODOH YANG DIKELUARKAN SEPANJANG AKU HIDUP. Sebelum kenyataan bodoh ini dikeluarkan, seharusnya beliau menyemak atau membuat cross reference… jumlah kereta vs minyak. Proton resah kereta tak terjual, jualan kereta lembab macam tanah basah. Maka bermacam jenis formula digunakan untuk meningkatkan jualan kereta. Dari Savvy Lite kepada Persona. Dan apabila jualan kereta tinggi maka sudah tentu jualan minyak juga akan tinggi. Apakah beliau tidak tahu apa itu berkadaran rata? Kalau nak suruh rakyat jimat minyak, kau paksa industri permotoran negara tutup. Haramkan jualan kereta. Semua rakyat kayuh basikal. Maka pada ketika itulah, jualan minyak petrol dan diesel akan berkurangan.


Boikot Barang Keperluan.


Kempen yang kelakar. Itu pendapat awal aku. Kenapa? Sudah terang bersuluh namanya barang keperluan. Bagaimana harus aku menyertai boikot barang keperluan yang aku perlukan? Kalau suruh boikot beli tuala mandi ya boleh. Kalau suruh aku boikot beli baju baru ya boleh. Tapi apabila di adakah kempen boikot barang keperluan maka aku berfikir, aduh..kelakarnya fenomena ini. Nak boikot sampai bila? Balik dari beratur kat tol sungai besi kita singgah kedai beli minyak dengan tepung ya.

Apalah guna kempen boikot sekiranya berpanas berhujan di tol sungai besi itu tidak mendapatkan apa-apa kesan? Tapi sekurang-kurangnya mereka ada initiatif. Tapi apalah boikot atau orang diatas atas sana hanya hangat hangat tahi ayam untuk mengawal harga.


Sistem Bayaran Masuk Bandar Kuala Lumpur


Oh..yang tol berlambak lambak nak menuju ke Kuala Lumpur tu bukan bayaran masuk? Adakah aku buta? Mesra rakyat mengikut kenyataan akhbar. Ya..time kutip2 duit orang memang lah mesra rakyat. Padahal masuk dalam bandar stuck 1-2jam untuk perjalanan yang singkat. pengangkutan awam pula tak menyakinkan. LRT parking dah caj RM2.00. Parking terhad pula. Huh


Keluhan Pemandu Teksi


Aku menaiki teksi untuk ke Indonesia Embassy pada hari jumaat yang lalu. Oh seperti biasa apabila aku naik teksi, maka aku akan berbual dan menemuramah pemandu teksi. Perbualan aku dengan pemandu teksi tersebut benar-benar mengejutkan aku. Oh berkenaan dengan peraturan yang ditetapkan. Amat kelakar apabila pihak atasan mencaj pakai kasut tidak pakai stoking didenda beratus-ratus, begitu juga dengan baju tidak masuk dalam seluar. begitu juga dengan memakai seluar jeans. Oh sungguh kelakar. Ya mereka tidak mencerminkan imej pemandu teksi yang baik. Selekeh.


Tetapi, dari memburu pemandu teksi begini, adalah 10kali lebih baik diburu teksi yang tidak menggunakan meter. Kita tahu lokasinya. (At least aku tahu,, Puduraya salah satu darinya). Kenapa mereka tidak diburu? Meter dibekalkan oleh pihak penguatkuasa. Maka adalah salah jika mereka tidak menggunakannya. Jauh lebih memburukkan imej negara dengan menipu orang ramai dari pemakai kasut tanpa stoking. Dahulukanlah yang lebih penting..dan mempunyai impak yang lebih besar pada imej negara.

0 comments: