Tuesday, September 04, 2007

Ganu trip!

Bagi yang tak tahu, aku adalah warga negeri Terengganu. Di lahir, dibesarkan, sekolah, mendapat pendidikan peringkat tinggi pun di Terengganu juga. Pendek kata, aku dan Terengganu memang aku dan Terengganulah. Aku balik ke daerah aku iaitu Besut pada 29 Ogos 2007. Nak sambut merdeka di kampung!

Bertolak pukul 5 pagi…jalan sedap. Sejuk. Kereta pun tak banyak. Lori je banyak. Ayu pun balik bersama dalam trip kali ini. Macam trip-trip sebelum ini, Ayu akan jadi pendiam dan penakut tahap gaban apabila dibawa keluar dari rumah sampai tak bersuara pasal sepatah meow!

Gambar Ayu dalam cage dengan muka kesian dan sesatnya
Image Hosted by ImageShack.us

Perjalanan best, lebuhraya dah sambung sampai Jabor. Tapi satu yang tak menariknya, aku tak tau nak masuk jalan Felda kat mana. Sebab selalu aku guna exit Kuantan. Terpaksalah aku lalu jalan-jalan utama (menambahkan lagi kelambatan perjalanan aku). Lampu isyarat, lori, kereta banyak. Oh dan lama kelamaan apabila aku dah berjaya jumpa jalan yang keluar dari jalan utama, aku mula rasakan kereta aku perlahan. Tadi boleh tekan 130, now 105 sahaja. Serius cakap, aku nak muntah pasal lama sangat dalam kereta dan perjalanan menjadi perlahan.

Jadinya aku sampai ke rumah aku di kampung pada pukul 12.30 tengahari. Iaitu 7 jam setengah sebab kondisi jalan dan juga kondisi kereta aku yang perlahan bagai kereta lembu.

Esoknya aku ke bengkel kereta. Untuk selesaikan masalah kereta aku yang perlahan bagai mengayuh basikal itu. Tetapi tak selesai juga! Lepas tu ke pantai Bukit Keluang. Cantik..bersih. Aku bangga betul pernah bekerja di Port Dickson yang mashur itu sedangkan aku terlupa kampung halaman sendiri begitu banyak pantai yang boleh aku banggakan dan lagi cantik dari Port Dickson tuh. Makan-makan keropok dengan Zaimin dan Alif (heh adik adik aku) Lepak-lepak main air pantai. Orang tak ramai pun, mungkin sebab hari bekerja kot?

Bukit Keluang….gambar agak hampeh
Image Hosted by ImageShack.us

31 Ogos, aku ke La Hot Spring. ayah aku nak berendam dalam kolam air panas. Mujur juga pergi awal, orang tak berapa ramai. Yang boleh aku katakan, kolam air panas itu memang best. Memang iyanya begitu berkesan untuk aliran darah lah aku rasa. Aku ada bukti yang ianya berkesan serta merta kepada aku. Dan aku bangga juga sebab penjaga tempat tersebut tak banyak berkira. Ayah aku pening lepas mandi, dan aku minta izin untuk bawa kereta aku masuk sampai ke dalam. Dia tak banyak soal bagi je masuk. (in fact, satu-satunya kereta yang masuk sampai ke dalam, adalah kereta aku). Kalau di kota-kota besar, kerenah birokrasinya tinggi sekali, tetapi di kampung-kampung..nilai timbang rasa tu lebih besar. Peraturan ada pengecualiannya.

1 September, aku ke pantai Benting Lintang pula. Pun tak ramai orang. Lepak-lepak guling dalam air…sambil cari remis. hohoh..hampir nak terbakar muka cun haku. hahaha. Banyak aktiviti aku buat sebenarnya.

Ayu dah mula tension duk kat kampung. Maklumlah dia kucing yang merasa selesa di rumah di kuala Lumpur sahaja. Dia tak selesa di tempat yang dia tak biasa. Maka dia mulalah buat muka dan mengigit aku dengan harapan aku cepat bawa balik dia ke rumah. Dahlah takde orang layan sangat pasal sifat penakutnya yang menyusahkan orang itu.

Image Hosted by ImageShack.us

Ini pula basikal patriotik.
Image Hosted by ImageShack.us


Bersama tuan punya basikal pula. Basikal patriotik ini adalah hasil kerja tangan tuan punya basikal itu sendiri.
Image Hosted by ImageShack.us

Semalam, aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Baru 15 minit perjalanan, aku sudah mula merasa nak muntah. Kereta aku masih perlahan dan aku kena bersabar untuk sekurang-kurangnya 6-7jam lagi. Perlahan-perlahan pun, berani lagi memotong di garisan berkembar yang selamat dan memotong 2-3 buah lori serentak. Dan nasib baik juga kereta aku perlahan, kalau tidak mesti dah kena speed trap kerana aku dapat mengesan 2 lokasi ber POLIS sedang shoot kereta kereta laju. Hehehe

Image Hosted by ImageShack.us


Nah..gambar lebuh raya pantai timur yang sepi.
Image Hosted by ImageShack.us

Semua kenderaan lain dah jauh meninggalkan aku. Kalau sebelum ini, selalunya aku nak berpesta memotong kereta lain, nah kali ini aku berpesta membawa kereta mengikut had laju. Sempat berjumpa dengan kemalangan-kemalangan ngeri di LPT dan di Lentang. Sebuah pacuan 4 roda menjunam ke dalam gaung dan sedang diangkat oleh penunda lebuh raya.

Apapun akhirnya aku tau juga macammana nak masuk ke laluan bukan utama dari exit Jabor. Lain kali aku balik tak perlulah aku masuk laluan utama ke Kuala Terengganu lagi dah. Dan aku menyampah dengan keadaan jalan raya….manjang ada pembinaan..

2 comments:

Anonymous said...

dok royat takdok no talipong (kempunan ayam kolonel)... Aizam

Anonymous said...

ler tak cakap balik kampung..nak kirim losong...

~venomie~